01/07/2012

Renungan Minggu Pengambilan Pelajar Baru di Kolej Matrikulasi.



Bismillah.

Dear journal,

Pergh, berkulat dah blog aku ni, segala makhluk dah melekat tanpa disedari. Apapun, sebelum aku mula, izinkan aku sampaikan berita gembira. Ayah dan ibu dah belikan laptop baru untuk aku, he he he. Ok fine, banyak assignment dan aku perlukan rujukan internet. KEPERLUAN!

Topik untuk harini agak santai, memandangkn aku pun baru nak asah tangan balik blogging ni. Aku nak cerita pasal hidup sebulan aku kat Kolej Matrikulasi Selangor. Tapi aku masih akan isi input, so pembaca takkan baca kosong.

yayasansofa.blogsome.com

Hari pertama, excited macam orang gila. Al-maklum la, budak tak pernah duduk asrama. Kemudian impian aku jadi mimpi ngeri bila kitorang kena buat Minggu Pengambilan Pelajar Baru seminggu. Percaya la, seminggu macam sebulan! Penuh seksa!

Mandi pun sehari sekali. Aku LANGSUNG tak makan nasi seminggu gara-gara kelam-kabut. Eleh, bukan aku sorang. Semua budak baru macam ni.


Tapi ada satu cerita menarik masa aku jalani MPPB.

Aku langsung tak bawak baju kurung. Aku hanya berbekalkan jubah dengan baju muslimah yang dipakai dengan kain. Masa minggu MPPB, kitorang kena berkumpul kat satu dewan. Tiba-tiba sorang akak, yakni fasilitator tegur aku.

Dia tanya kenapa aku tak pakai baju kurung. Aku kata, peraturan Matrikulasi tulis prempuan kena pakai pakaian sopan and perempuan muslim kena berkain. Pemakaian aku 100% menepati peraturan. Then dia tanya aku tak bawak baju kurung ke. Aku kata, aku tak bawak.

weheartit.com

Lepas dia ajukan soalan tak puas hati, dia terus bagi statement,

Adik, semua orang pergi kuliah pakai baju kurung. Mana boleh pakai baju ni. Lagipun kita kenalah pakai baju kurung, kita kan orang Islam. Barulah nampak sopan. Nanti pergi beli baju kurung kat pekan.”

Aku terkejut dengan pernyataan dia. Tapi aku senyum. Aku terus minta maaf berkali-kali sambil pegang bahu dia. Tapi dia terus berlalu pergi tanpa satu senyuman kat aku. Masa aku minta maaf pun dia membelakangkan aku dan pergi dengan muka tak puas hati.

And then, malam terakhir pelajar perempuan kena dera dengan semua fasilitator. Kenapa? Sebab akak fasiliator mengadu ramai pelajar perempuan tak hormat diorang, buat muka tak puas hati. Beberapa fasilitator lelaki menjerit-jerit dengan kasar kat kitorang sambil dera ramai-ramai.

Aku tersenyum lagi. Nak tau kenapa aku senyum?


Bila fasilitator kata baju kurung untuk orang Islam.

vladsokhin.wordpress.com

I cannot brain ayat dia. Habis, non-muslim yang pakai baju kurung tu? On the way nak masuk Islam ke? Kita kena reti bezakan budaya dengan agama. Sebenarnya, aku tau dia cakap melalut sebab dia penat dan dia tak puas hati aku dapat jawab semua soalan dia.

Sebab tu la Rasulullah SAW ajar kita untuk diam bila marah. Sebab bila marah, kita akan start cakap tanpa fikir. Yang peliknya, dia cakap seolah-olah aku pakai bikini je datang situ, langsung tak sopan. Walhal sebaliknya.

  Dan bila pelajar perempuan tanya pengetua matriks, dia kata pakaian bukan baju kurung tak salah, asalkan sopan dan muslimah kena pakai kain. So, apa point akak tu marah aku? Tapi takpe la. Aku maafkan. Mungkin dia tak tanya pengetua dulu.

  Cuma pengalaman ni buat aku angguk. Sekarang aku faham kenapa kaum lelaki yang boleh memimpin, bukan perempuan.


Bila fasilitator kata pelajar baru kurang ajar, tak hormat fasilitator.

Sepatutnya, sebelum kita hukum orang, TANPA BERAT SEBELAH, dia tanya dulu, ada tak fasilitator yang kurang ajar dengan orang lain. Semua benda jadi bersebab. Kalau dia tanya, aku la makhluk pertama angkat tangan.

Aku tak mengharapkan balasan kat akak yang tegur aku tu, tapi at least hormat sikit orang yang dah minta maaf. At least bagi satu senyuman atau at least tak membelakangkan aku bila aku hormat dia, minta maaf kat dia.

photosunion.com

What goes around comes around. Jadi, kalau fasilitator bersikap biadap, boleh? Kalau pelajar baru bersikap biadap, tak boleh? Kenapa? Sebab fasilitator berkuasa dan pelajar baru tidak?? Sebab fasilitator lebih berumur dan pelajar baru tidak?

Dan fasilitator kata, ada sorang pelajar batch kitorang kutuk sorang cleaner kat asrama. Jadi diorang hukum kitorang. Ironiknya, diorang taktau cerita panjang dan terus menghukum.

Sebenarnya cleaner tu bersikap biadap dengan parents kepada pelajar yang kutuk cleaner tu. Anak mana yang tak marah bila orang biadap dengan ibu ayah kita?

Tapi tak boleh bertindak melulu. Jangan terus menghukum. Kita still kena saling hormat.”

Lucunya, tindakan terburu-buru ni jugak dilakukan kat kitorang. Kita sama je, dua kali lima. Jadi tak perlu tunding jari kerana semua orang dalam dewan tu yang sebenarnya biadap.


Bila segelintir fasilitator lelaki menjerit-jerit dengan kasar kat perempuan time kena dera.

jameahmahmoodiyyah.blogspot.com

Bagi aku, part ni agak menyedihkan. Dan aku rasa kaum lelaki yang kasar macam ni memalukan Islam, memalukan baginda Rasulullah SAW. Kita renungkan balik cerita sangat popular, apabila Rasulullah SAW yang selalu disakiti oleh sorang perempuan tua apabila baginda berjalan depan rumah dia. Tapi Rasulullah hanya mendiamkan diri.

Sampailah satu hari baginda lalu depan rumah dia, tapi dia takde untuk sakiti baginda. Baginda Rasulullah hairan, dan dapati perempuan tu jatuh sakit.

Apa baginda buat?

Baginda tak balas dendam, tapi segera lawat perempuan tu dengan bawak makanan. Akhirnya, perempuan tu memeluk agama Islam sebab terharu dengan peribadi baginda.

Baginda tak pernah berkasar dengan kaum perempuan. Malangnya, harini kita tengok kaum lelaki muslim menjerit-jerit, siap sebut perkataan kurang enak kat orang perempuan. Persoalannya, PERLU KE?

  Mungkin, sebab perempuan pun sekarang dah jadi kasar, lontarkan perkataan kurang sopan jugak?


Apabila fasilitator tak puas hati pelajar baru buat muka.

primefox.com

  Ades. Yang part ni agak lucu jugak. Mungkin takde pengalaman jadi pengawas time kat sekolah, jadi kurang faham psikologi yang berlaku. Standard la bila kita jadi orang berkuasa, kena mengarah-ngarah, so orang buat muka.

  Even segelintir daripada kita, bila ibu kita suruh kita buat kerja pun kadang-kadang buat muka jugak kan? Walaupun ibu cakap baik-baik dengan satu senyuman.

  Apatah lagi sorang senior yang biadap, bermuka bengis mengarah-ngarah orang, mestilah akan buat muka. Yes, perlu matangkan lagi bab pemikiran tu. Lumrah manusia. Normal. 

  Kecuali kalau mungkin fasilitator selalu lontarkan senyuman? Mungkin boleh mengubah keadaan?


*********************************************************************************


  Aku tinggalkn post ni sebagai renungan bersama. Post ni bukan dibuat untuk kutuk suka-suka. Bagi aku semua ni kena jadikan pengajaran, lepas ni kita tak buat benda macam ni. Dan cerita fasilitator ni hanya untuk segelintir. Selebihnya, ada fasilitator yang sangat baik.

123muslim.com

Ada sorang fasilitator perempuan yang conduct koir kitorang. Comel sangat senyuman dia, baik sangat. Kalau marah pun sangat comel. Lagi sorang, yang rawat aku masa kaki aku terseliuh. Baik, lembut, sopan. Dia kata, muka aku mengingatkan kat sepupu dia yang belajar kat Mesir. Dan ramai lagi yang murah dengan budi bahasa.

  Hati aku yang panas terus sejuk bila dekat dengan fasilitator macam diorang. Tahniah sebab jadi fasilitator yang berjaya! Kepada yang terasa, jangan melatah tapi muhasabah.

Dan aku harap, aku takkan buat benda yang sama bila aku jadi senior di matrikulasi nanti. Sama-sama kita mintak jauh. Sama-sama kita jadi senior contoh lepas ni!