20/09/2013

Blog Aku Dah Muflis. Aku Nak Pindah Blog.

Assalamua'laikum.

Okay. Tolong jangan maki aku. Aku memang jahat tinggalkan blog ni. Okay fine. Maaf la.. Banyak benda jadi dalam hidup aku dan buatkan aku terleka dan terlepas blogging. Aku rasa intipati blog aku nak ubah sikit, tapi aku tak sampai hati nak delete blog ni sebab ada la info sikit-sikit yang berguna untuk korang.

Aku just nak cakap kepada visitors, terima kasih. Kepada followers, terima kasih. Kepada pemaki, terima kasih. By the way, aku dah kata dah dalam blog ni bahasa aku mungkin agak kasar. Aku dah buat note, tapi ada hamba Allah ni terlepas pandang kot. Biarlah dia. Aku minta maaf tau. Jangan marah tau.

Hidup aku sedikit drag. Banyak tinggi rendah jadi kat aku. Aku pindah kolej, kawan-kawan dah berubah, hidup pun.. Ok. Faham-faham jela! Tak apa, yang penting kena percaya Tuhan bersama aku.

Bersamamu.

K. Dah la. Aku nak bukak blog baru. Aku ada sebab sendiri. Korang faham kan? Pandai kan telepathy otak aku? K bye.

Aku akan rindu korang. Serius. So follow la aku, buahahaha! Aku tak paksa. Ni LINK dia. InsyaAllah ada manfaat sikit walaupun bodoh-bodoh.

Jadi, wassalamua'laikum.

16/08/2012

Etika Purdah Yang WAJIB Kita Maklum!


Bismillah.

Dear journal,

  Setelah lama aku invincible kan diri aku, akhirnya aku kembali jadi keyboard fighter balik! [Ok, ayat bro Bundle] Apapun, mula-mula aku susun 10 jari minta maaf kepada geng Blogger sebab.. Sebab nak raya? Ok, lupakan. Yang pasti, lepas bulan Ramadhan insyaAllah aku akan usaha check out geng Blogger. [Laptop baru aku rosak, itu cerita sebenarnya.]

  Alrite. Semalam, ada 2 orang akhwat [bro-bro] yang prihatin tentang isu niqabis, AKA gadis berpurdah meluahkan keprihatinan mereka dalam wall post Facebook diorang. Let’s check it out!


  Tiba-tiba tergerak hati aku nak buat perkongsian etika berpurdah. Mungkin ramai yang taktau, atau dah tau tapi dah lupa? Takpe, kita buat perkongsian bersama!

  Oh ya, dan kalau nak tau jugak cabaran berpurdah, boleh baca isu yang aku dah post lama dalam Dilema Orang Nak Berpurdah.


*********************************************************************************


No 1 : Niat Berpurdah?

xxmylifeisdabestxx.blogspot.com

  Sebab apa nak berpurdah? Sebab sunnah? Sebab suami suruh, jadi nak dapat keredhaan suami dan Allah? Atau sebab trend, tengok semua pakai purdah kita terikut-ikut? Atau sebab nak perhatian? Atau sebab nak gelaran wanita solehah?

  Tepuk dada, tanya iman, tanya diri sendiri. Kalau niat kita lurus, syukur. Kalau niat salah? Lebih baik betulkan dulu, sebab bila terpesong niat, apa yang kita buat, orang akan mudah nampak, terutama yang bersih hati dia. Percaya la.

  And siapa kata kalau dari awal niat dah lurus tak perlu diperbaharui dari semasa ke semasa? Kalau boleh, tiap kali nak ikat purdah kat muka, cakap dengan diri sendiri, ini semua untuk teruskan sunnah. Semua ni demi menuntut keredhaan Allah.

  Dah lepas etika 1? Alhamdulillah. Ops! Tunggu dulu! Ada lagi etika lain.


No 2 : Purdah, Perlu ke Istiqamah?


islampeace1.wordpress.com

  Sebab tu nak pakai purdah kena faham. Ada sesetengah orang pakai purdah untuk keselamatan. Jadi, kalau dia tak istiqamah pun tak salah. Misalnya kalau dia jalan-jalan dengan keluarga dia, dia yakin tak diancam, tak salah dia bukak.

  Kalau istiqamah? Lagi baik! Dia rasa kuat jalankan sunnah, apa salahnya? Yang pasti, Allah takkan kurangkan ganjaran untuk orang yang sentiasa berusaha kan?

  Jadi, tak perlu pertikaikan bila bukak tutup. Tapi, kenalah tahan sikit dengan persepsi masyarakat. Terutama bila pakai sekadar dalam gambar. [Maksud aku, pakai saja-saja] Kalau rasa tak mampu hadap, maka anda dah tersekat dalam etika no 2..

  Kalau mampu? Alhamdulillah! Jom teruskan!


No 3 : Bergambar Dengan Purdah, Bagaimana?

  Bagi aku, sebenarnya isu gambar ni antara isu terbesar orang berpurdah. Baik, jom kita ikut etika yang sebenar bergambar dengan purdah ya.

  Pertama. Digalakkan bergambar ramai-ramai. Contohnya,

fareeznazlan.wordpress.com

  See, kita takkan fokus kat seorang pemakai purdah sahaja. Dan kalau boleh, jangan difokus kat muka jugak bila bergambar. Jadi melindungi daripada jadi perhatian.

  Kedua. Kalau nak bergambar sorang boleh, tapi biarlah tak fokus kat muka, setegasnya tak bertabaruj [Hias lebih-lebih] dan sekurang-kurangnya separuh badan nampak. Contohnya,


saharayusuf.blogspot.com

  Dan tak perlu la buat posing comel, posing yang orang-awam-taknak-tengok-orang-berpurdah-buat. Faham kan? Dan tak perlu bertabaruj [lebih-lebih dalam berhias], sebab niat utama berpurdah ni untuk elakkan diri dipandang, bukannya makin gian dipandang.

  Kalau rasa ada gambar-gambar berpurdah yang tak kena dengan etika, eloklah dipadam dan muhasabah diri masing-masing..

  Kita dah lepas ketiga-tiga etika?



No 4 : Pemakaian Berpurdah.

  First, kita kena faham. Aku bukan cakap pakai purdah semua serba hitam kat Malaysia ni tak boleh, tapi personally aku tak galakkan. Sebab, persepsi masyarakat, penerimaan masyarakat Malaysia berbeza dengan masyarakat Arab.

  “Eleh, lantak la diorang punya penerimaan. Yang penting, niat!”

  Salah. Salah sangat. Sebenarnya dengan purdah kita boleh dakwah, dakwah melalui contoh kepada diri sendiri. Bila kita berpurdah dalam keadaan menyenangkan masyarakat, mesti masyarakat akan terima kita seadanya, seterusnya galakan sunnah diteruskan.

  Tapi kalau kita takutkan diorang? Pakai serba hitam, bak kata sedara aku macam ‘momok’? Tau tak dalam diam masyarakat luahkan perasaan yang diorang takut? Dan ada sesetengah pihak harap Malaysia haramkan purdah demi keselesaan, keselamatan diorang?

chynatic.tumblr.com

  Sikit banyak kita dah susahkan sis-sis kita yang nak ikut tegakkan sunnah. Tak ke naya namanya?

  Tak salah pun pakai purdah dengan baju berwarna. Pakai la warna yang lembut, warna yang tak menonjol, warna yang bukan berwarna-warni. Islam itu kan menyenangkan? Masyarakat tengok pun, sejuk hati.. Tak rasa takut pun nak komunikasi dengan kita.

  Dan kat sini aku nak ajak. Purdah tu, tak perlu la bermanik berhias bagai, kecuali time nikah. Pakai jela biasa-biasa punya dan tak aneh-aneh sampai menarik perhatian orang. Cukuplah ada macam-macam style tudung, sekarang purdah pulak?


No 5 : Kenapa Nak Harapkan Keselamatan Melalui Purdah Kalau Aurat Pun Tak Cukup Sempurna??

  Wahai adik-adik, wahai teman-teman yang aku sayang..

  Kalau kita pakai purdah tapi tudung tak lepas bahu, siap ada bonggol, baju menonjol sangat dengan warna-warni, nampak bentuk badan, so, apa point kita sebenarnya berpurdah? Sekadar nak tunjuk kita berpurdah kat orang awam?

  Fahami la konsep. Menutup aurat DENGAN SEMPURNA itu WAJIB. Allah SWT sendiri firman mengenai tutup aurat dengan sempurna akan dilindungiNya. Berpurdah itu SUNNAH. Dia macam tambahan lepas tutup aurat dengan sempurna.

  Kalau tutup aurat dengan sempurna pun tak lepas, macam mana nak selamat dengan purdah? Lain la kalau dah tutup aurat dengan sempurna, tapi rasa lebih selamat dengan purdah. Itu barulah betul.

  Tolong. Betulkan niat dan fahami konsep dengan teliti. Islam itu kan halus?


No 6 : Purdah dan Akhlak.

muslimwomennews.com

  Yang ni ramai jugak tanya aku. Nak berpurdah, tapi takut tak kena dengan perangai. Cuba bagitau aku sikit, perangai macam mana tu?

  Kalau asyik mencarut-carut tu.. Alamak, memang perlu baiki dulu. Kalau ramah, apa salahnya? Kenapa, semua orang berpurdah kena senyap-senyap je ke? Kena jadi pendiam gitu?

  Cuba kita tengok si purdah luar negara. Diorang siap berani masuk televisyen, demi tegakkan kebenaran tentang pandangan buruk masyarakat Barat tentang purdah. Diorang bersuara lantang, tegas.

  Kita? Duduk diam-diam? Jadi bayang-bayang?

  Oh tidak. Siapa kata jadi si purdah tak boleh aktif? Lain orang, lain personaliti. TAPI! Kita kena tau had limit kita. Kita sedar kedudukan kita, kita sedar tahap kita, kita sedar batasan kita. Cukuplah dengan segala kesedaran tu, kita buatlah macam orang normal.

  Tapi selalunya bila pakai purdah ni kan, automatik kita akan sentiasa jaga adab kita. Percaya la.


No 7 : Pandai-pandai La Cari Suami.

  Tau tak wujud lelaki yang bila kita kahwin, suami dia tak izinkan dia pakai purdah? Yup! Lelaki macam ni wujud kat luar sana. So salah satu etika aneh yang mana nak istiqamah berpurdah, jangan cakap aku tak ingatkan tanya bakal suami dulu redha atau tak bila pakai purdah.

  Apa pun jawapan bakal suami, semuanya terletak kat tangan kita.


No 8 : Bila Peraturan Tak Izinkan Pakai Purdah.

americanbedu.com

  Aku percaya ada segelintir si purdah kat IPTA atau kerja kerajaan yang tak boleh pakai purdah dilema dengan peraturan tu.

  Kalau orang tanya aku, aku jawab, ikut jela peraturan tu. Bukan bermaksud mengalah, tapi bagi aku benda macam ni kena ada tolak ansur. Asalkan dia tak kata kakitangan LANGSUNG tak boleh pakai purdah. Tu lagi naya.

  Bayangkan, kalau kita tolak ansur, tak pakai purdah time kerja. Pekerja-pekerja lain pun tak boleh cakap apa. Paling kuat pun cakap,

  “Eh, dia kat luar pakai purdah tau.”

  Tapi ayat tu normal la.

  Bayangkan, kalau kita tetap degil nak pakai. Bos bagi surat amaran, pekerja-pekerja pun ngomel,

“Dia ni tak faham bahasa ke? Purdah tu bukan wajib pun, sibuk nak pakai.”

  Kemudian si purdah dilabel ‘Si Degil’. And kalau ramai si purdah buat macam ni, maybe pihak atasan akan mula tapis untuk ambik si purdah sebagai pekerja. Tak ke naya semua orang? Dan bagi aku kalau nak pakai jugak, buatlah surat pengecualian. Guna jalan baik. Jangan memberontak, ikut kepala kita sendiri.


*********************************************************************************


  Aku rasa, ni jela yang aku nak kupas harini. Mudah-mudahan bermanfaat, mudah-mudahan si purdah dan bakal si purdah faham betul-betul tentang etika purdah ni.

  Tolong kaji dan fahami sepenuh hati tentang purdah. Lepas tu nak pakai, pakai la. Biar kita pakai dengan ilmu penuh kat dada. Bila orang tanya nanti, takde la tersedak, terkilan. Jangan jadi nila setitik yang merosakkan susu sebelanga.

  Kerana seorang si purdah yang cacat cela berpurdah tanpa ilmu, masyarakat hukum semua si purdah yang ada depan mata.

  Pegang erat-erat pernyataan ni.

  “Bidadari dunia tidak memandang dan tidak dipandang.”




13/08/2012

Karenah Pelanggan Pasar Malam Yang Tak Boleh Blah.

Bismillah.

Dear journal,

  Korang nak meniaga? Nak buat duit banyak-banyak? Meh sini explore sikit karenah pelanggan yang peniaga duk hadap hari-hari. Memang tak boleh blah. Tak tercapai dek akal. Kesabaran jela yang jadi benteng diri.

  Kepada pelanggan, leklek, jangan melatah bila baca entri aku. Aku pun seorang pelanggan. Kita buat entri karenah peniaga pulak lepas ni. Simpan dulu dendam tu, wakaka!

  Bukanlah niat aku untuk meluahkan rasa tekanan, cuma inilah realiti kehidupan. Kalau terasa, boleh la ubah-ubah part buruk tu. Ambik yang jernih, buang yang keruh.


*********************************************************************************



KARENAH 1 : Apabila Senyuman Dibalas Dengan Muka Ala Puaka.



  Yang ni memang selalu dah. Kita senyum, cakap terima kasih, tapi dibalas dengan muka ala puaka. Tapi takpe la. Mungkin dia dalam dilema. Mungkin dalam masalah. Mungkin risau kucingnya nak terberanak.



KARENAH 2 : Apabila Minta Diulang Cakap, Terus Melenting.



  Yang ni aku harap pelanggan faham. Bunyi generator kat pasar malam ni kuat. Atau bunyi orang makan berkocak sambil bercakap pun kuat. Kadang-kadang kami ni kurang dengar. Jadi minta diulang kalau customer cakap apa-apa. Aik, customer terus melenting. Tak suka la konon kena cakap berulang.

  Fahami la. Kita bukan nak buat-buat pekak.



KARENAH 3 : Apabila Pelanggan Tak Reti Sabar.



  Yang ni pun boleh tahan jugak menduga kesabaran yang ada. First come, first serve. Tapi ada sesetengah orang ni tak reti bersabar. Terus nak potong line. Lepas tu bertubi-tubi cakap,

  "Ni saya punya, ni saya punya."

  Selalunya orang macam ni aku hanya pandang muka dia dan cakap,

  "Tolong sabar eh."

  Of course, dengan satu senyuman. Tapi customer mesti senyap tengok senyuman aku tu.



KARENAH 4 : Apabila Pelanggan Budget Nak Plastik Ala Shopping Kat KLCC.




  Aku faham, orang Malaysia ni dah ramai yang kaya. Tapi kalau beli ayam seringgit, hulur duit RM50, lepas tu demand taknak beg plastik biasa tapi nak beg kertas, aku rasa dah cukup lemak demand dah tu. Dah cukup dah buat modal untuk sound balik.

  Fahami la. Ini pasar malam, bukan KLCC.



KARENAH 5 : Apabila Tengok Peniaga Kelam-Kabut, Customer Pun Nak Tambah Kelam-Kabut.


  Pernah sekali terjadi kat aku. Aku kelam-kabut tengah bungkus makanan pelanggan. Ramai sangat. Tiba-tiba datang sorang pelanggan ni, duk hulur bekas makanan kat aku, kononnya suruh aku bungkus. [Kes tak reti sabar la ni.]

  Oleh kerana aku sangat kelam-kabut, maka aku capai bekas tu tanpa tengok isi kandungannya. Tiba-tiba beberapa isi kandungan tu terkeluar daripada bekas tu. Aku terkesima kejap. Aku minta maaf. Muka customer jadi muka puaka.

"Dah, tak payah kau ambik hati sangat kak. Dah nampak kita kelam-kabut, buat-buat tak nampak. Lagi nak menambah kelam-kabut."

  Tolong la. Kalau nampak peniaga tengah kelam-kabut buat kerja, tolong jangan tambah kekalutan tu. Fahami la. Tangan kita ada 2 je, bukan 8.


KARENAH 6 : Apabila Customer Tak Reti Tuntut Barang.


  Kesian kat peniaga. Dah pilih-pilih barang, lepas tu cakap nak jalan-jalan dulu. Ok, kita bagi jalan-jalan dulu. Fikir nanti buang masa pelanggan. Tapi bila dah 2-3 jam, baru sedar pelanggan tak tuntut barang. Akhirnya? Kerugian. Peniaga balik kena makan barang yang dipilih pelanggan.

  Sadis kan? Aku just fikir. Wujud jugak la manusia yang tak bertamadun ni kan.. Dunia, dunia..


KARENAH 7 : Apabila Customer Mintak Kurang, Mintak Lebih.



  Sos nak lebih, plastik nak lebih, tapi bila nak hulur duit,

  "Ala, lebih kurang jela harga dia. Hehe."

  Haji bakhil alaf baru. Toleransi tu perlu ada dalam seorang peniaga, tapi bukan sampai merugikan bisnes sendiri. Tapi bila difikirkan balik, ada jugak manusia macam ni..

*********************************************************************************

  So, ini jela antara perangai customer yang aku pernah hadap masa meniaga dulu. Kita ambik yang jernih, yang keruh buat pengajaran.

  Kepada sesapa yang nak meniaga tapi tak kuat nak hadap ragam customer semua ni, pergi balik baca kitab perniagaan balik.