12/03/2012

Antara Dilema Orang Nak Berpurdah.

  Dear journal,

  Aku duduk bertentangan dengan dua lembaga berbadan besar daripada aku. Mata diorang merenung aku dengan tajam macam pisau belati walaupun aku tau sebenarnya fikiran diorang melayang jauh.

  “Purdah?”

  Ibu and ayah aku baru nak cakap.

**********************************************************************************

satuumat.blogspot.com

  Apa benda yang aku duk bincang dengan parents aku, biarlah rahsia. Yang lebih penting, isu purdah ni walaupun segelintir je korang dengar, hakikatnya ramai kaum Hawa yang diam-diam pasang niat nak pakai. Cuma timbul beberapa isu yang jadi persoalan diorang. Harini aku bukan nak bagi pandangan aku terhadap orang pakai purdah. And kalau aku komen pun, of course aku sokong. Sebab aku suka tengok muslimah pakai purdah ni. Sejuk hati. And aku tak merasa lagi pakai purdah, sofeel’ nak bincang takde dan aku tak layak nak ulas.

  Aku nak reveal kat korang antara isu-isu orang yang tergerak hati nak pakai purdah. Serius, ada sesetengah aku pun tak pernah terfikir. Jadi, aku nak kongsi dengan korang harini sebagai ilmu bimbingan and sebagai panduan dan kefahaman orang nak pakai purdah ni.

  Wait seminit. AKU NAK TEGASKAN. Post ni bukan untuk kasi down orang yang nak berpurdah. Aku cuma nak bagitau apa halangan, dugaan yang si purdah ni kena hadap. And jugak untuk orang awam lebih faham pasal orang berpurdah, info umum. Kalau korang tak faham maksud aku, aku bagi contoh.

  Korang nak masuk gua. Sebelum korang nak masuk gua mestilah korang kena tau apa risikonya, apa peralatan yang nak dibawak, apa yang mental korang kena prepare, kan? So, aku bagitau. Mudah-mudahan korang prepare diri korang dulu and istiqamah dalam pemakaian purdah ni, takdelah berhenti separuh jalan. Aku pun berharap diri aku akan jadi lebih baik, so jangan lupa doakan aku sekali, hehe.


1. Ada sesetengah pakai purdah akan lupa diri. [Perasaan ujub, takbur, riak]

bicara-hamba.blogspot.com

  “Wei, kau dah melampau! Niat kitorang baik tau! Nak jaga diri kerana Allah. Fitnah, fitnah!”

  Wait wait wait seminit. Korang dengar dulu cakap aku. Nothing is impossible. Ok la, bagi korang isu ni mustahil, tapi tak mustahil sebenarnya. Aku dah pernah jumpa orang macam ni dan dia sendiri mengaku kat family aku. Tapi ni lain sikit, dia isu pakai serban, yang kasi belit atas kepala macam Ustaz Don tu and pakai macam seorang ustaz.

  “Dulu, pakai macam ni time sekolah pondok. Bila keluar, teruskan pemakaian macam ni. Kita pakai mula-mula memang ikhlas, tapi bila orang pandang kita, kita rasa lain. Tiba-tiba kita rasa kita ni lagi bagus. Entahlah, perasaan ni lain.”

  Akhirnya si fulan ni pakai pakaian biasa sebab taknak simpan perasaan riak dalam diri dia. Bagi aku dia macam ustaz, tapi aku tengok sekarang ‘ustaz sempoi’. Walaupun aku cerita isu serban, tapi same konsep. Pakai serban, pakai purdah adalah pemakaian yang jarang kat Malaysia. So bila orang pandang, akan pandang lama sikit atas sebab-sebab diorang la. Kalau korang nak pakai kat Arab sana, takdelah orang hairan.

peraktoday.com

  So, benda ni tak mustahil. Macam-macam cara syaitan boleh bisik kat hati korang. Korang nak pakai, terpulang kalau bagi korang itu lagi baik. Tapi beringatlah selalu dan berdoalah banyak-banyak, mudah-mudahan Allah lindung niat suci hati korang.

  Aku pernah ternampak sorang muslimah berpurdah yang berjalan dua orang. Salah sorang pandang aku, aku pun bagi satu senyuman. Malangnya, dia terus berpaling seolah-olah muka aku macam laki yang gatal nak ngorat dia. [By the way, aku perempuan, bukan khunsa] Ada la dia jalan depan aku 2-3 kali, time tu aku meniaga. Bila dia lalu lagi depan aku, muka dia hanya pandang aku dengan serius sambil berlalu pergi. Aku nampak, tapi aku buat-buat tak pandang. Aku tau beza antara orang berpurdah senyum atau tak, memandangkan aku selalu jumpa jugak muslimah berpurdah yang mesra alam dan suka senyum.

  Sadis, memang sadis. Nasib baik aku redha jela time dia pandang aku macam tu. Aku sedar dia fikir mata aku takde scanner. Kalau dia senyum pun tak guna. Yelah, aku sedar aku sapa. *Berdiri kat penjuru dinding sorang-sorang, sadis*


2. Orang berpurdah ni time nak makan memang dilema tahap gaban.

bemiesworld.com

  Kenapa dulu aku tak pernah terfikir arr benda ni? Kalau nak makan, punyalah payah. Even aku tak pernah tengok anime seorang ninja tutup mulut akan makan. Selalunya dia akan baca buku or bermeditasi time geng dia makan.

  Aku pernah baca satu post dah lama dah pasal cara makan untuk orang berpurdah. Antaranya tarik purdah sampai bawah mulut and makan la, duduk hujung-hujung and makan la, dan yang paling sadis perhatikan orang dulu, kalau takde orang pandang ambik satu suap. Then repeat. Serupa la korang kena puasa kalau keluar rumah.

bicarajutawan.com

  Ya ya ya, aku tau kalau galakkan puasa lagi bagus. Tapi kalau ada kenduri? Ada majlis? Tak baik tau tak makan. And kalau korang jalan jauh-jauh? Mesti nak minum kan? Kan kan kan? Haa. So benda ni kena pandai-pandai hidup la kalau korang pakai purdah.

  Tapi kalau aku la kan, aku suggest time nak makan and minum tu just tarik je purdah sampai bawah mulut and seeloknya hanya mahram korang yang nampak atau tempat takde orang. Kalau kat kenduri tu, korang makan la kat hujung meja. Atau paling senang duduk kat dapur. Atau kalau muka tebal kasi bungkus je, hehe! Eh, kalau kenduri family belah keturunan aku, aku rasa tak segan kot nak bungkus.

  Apapun, terpulang pada korang. Pandai-pandai la korang nak biasakan diri kan?


3. Ada yang pakai purdah make-up mata kemain lagi mengalahkan artis.

keluargakusayang.blogspot.com

  Benda ni agak mengecewakan aku dan sebahagian saudara satu agama dengan aku. Aku taktau la kenapa bila dah pakai purdah, ada sesetengah orang dia kasi make-up mata dia punya lah style. Aku tak rasa fenomena ni berlambak kat Malaysia, tapi still ada segelintir yang dah berpurdah tapi nak style.

  Bukan ke pakai purdah ni niat taknak orang tengok kita? Tapi kalau mata dah kasi touch-up lawa-lawa, tak ke orang pandang? And walaupun berpurdah, ada segelintir kaum Adam masih sukakan mata kaum Hawa, lagi-lagi bila di make-up. Aku mohon, tolonglah jangan.. Sadis sangat. Tersangat sadis. Dan aku mohon, kalau satu hari aku diberi petunjuk, aku tak ikut budaya macam ni.

  Harap orang kat Malaysia pun takdelah ikut amalan ni, ye tak?


4. Pakai purdah, ayunya. Bukak purdah, ya Allah. Tak terkata.

xxmylifeisdabestxx.blogspot.com

  Kes ni berlaku kat sahabat aku sendiri. Dia cerita pengalaman dia jumpa sorang perempuan berpurdah masa solat kat satu masjid ni. Oleh kerana sahabat aku ni pun jenis baik-baik, dia nak tegurlah perempuan berpurdah yang umur macam dekat-dekat sama dengan kitorang. Mungkin nak mintak experience pakai purdah ke, apa ke, aku pun taktau la.

  Tapi niat dia terbantut bila perempuan berpurdah tu punya phone berbunyi. Yang lagi buat sahabat aku terkejut tahap gaban, perempuan berpurdah tu mencarut-carut cakap dalam phone. Sadis, memang sadis.

  And sorang makcik ni datang kat perempuan tu and tegur kelakuan dia, lagi-lagi dalam masjid.

  Aku bukan nak kata orang berpurdah ni kena alim, tak. Aku tak kata. Tapi, berpada-padalah. Kita jangan pandang perspektif kita je.

picsquare.com

  “Aku pakai purdah lindung muka aku, takde kena ngena dengan akhlak aku.”

  Pada pandangan masyarakat, YES, akhlak pun ada kena-ngena. Aku tak mintak kita jadi hipokrit, aku mintak kita muhasabah diri selalu, lagi-lagi bila tengok muka kita kat cermin and sedar yang kita ni berpurdah. Orang kata, dah lindung luar, biarlah lindung dalam sekali. Ye tak?

  Kalau mulut jenis talkative, so why not? Tapi lebih banyakkan cakap benda yang bermanfaat. See? Gunakan cara yang lagi positif. Be yourself, but at the same time improves yourself. And kebanyakan sebab ni lah ada segelintir muslimah yang tak pandang pun muslimah berpurdah. Sepatutnya bila tengok perempuan berpurdah ni, bagi semangat lagi kat muslimah lain untuk jadi better.

  Macam sahabat aku la. Elok-elok dah semangat, sejuk hati, tiba-tiba sangkaan dia salah.


5. Nak pakai purdah, tapi family halang. *Sadis, berdiri kat penjuru dinding*

syauqahwardah1209.blogspot.com

  Ini satu kes yang aku selalu dengar dan kebanyakannya remaja perempuan la. Nak pakai purdah, tapi family halang. Ada yang siap kata,

  “Tak kira jugak! Nothing can stop me from being near to Allah!”

  Wait wait wait seminit. Korang kena faham, antara ikut perintah ibu bapa dengan pakai purdah, ibu bapa diutamakan dulu. Bukan maksud aku korang kena bantutkan niat korang and halang korang dekat dengan Allah SWT, tak. Ada sebab parents korang tak setuju. Ada sebab. Contohnya macam ayah aku. Aku pernah duduk saja cerita-cerita pasal purdah. And pendapat dia,

  “Tak perlulah pakai purdah. Ayah rasa kalau tengok orang yang pakai purdah, lagi orang laki pandang 2-3 kali. Ada yang pelik, lawa sangat ke muka dia? Orang laki rasa lagi nak bukak purdah dia and tengok. Lagipun orang Arab sana pakai purdah sebab pasir masuk hidung. Kita ni kat Malaysia.”

  Itu bagi pandangan ayah aku la. Setiap manusia ada pandangan masing-masing, so kita kena hormat. Aku jugak baru terfikir, tak sangka ada lelaki yang bila tengok orang pakai purdah, lagi nak tengok. Kiranya korang nampak tak implikasi dia? By the way, ayah aku lelaki. Itu pandangan sesetengah orang laki pulak la kan.

genta-rasa.com

  Aku faham niat orang perempuan nak berpurdah ni walaupun dengar pandangan ayah aku. And lagi satu. Kalau korang dah pakai purdah, tapi bila dah kahwin suami korang suruh tanggal purdah? Nak lawan cakap suami? Menanggung laaa. Tapi ni aku taktaulah, aku just nak korang prepare diri kalau situasi ni terjadi sebab sedara aku pernah cerita benda ni. So tak mustahil.

  Bagi aku, untuk elakkan orang laki pandang 2-3 kali tu, bersuami la. Kahwin la. Bila orang laki nampak suami dengan isteri dia yang berpurdah, diorang tak hairan. Sebab segelintir perempuan berpurdah untuk bagi kecantikan dia kat suami dia je.

  See? Aku dah bagi korang idea. Korang tanam cita-cita berpurdah korang dulu. Lepas kahwin, mintak izin suami. Suami izinkan, pakailah. Time tu keluarga pun sikit-sebanyak setuju. Alasan?

ibudamia.blogspot.com

  Nak tunjukkan kecantikan hanya untuk suami tercinta. Ceeettt...
 

6. Kerja aku bodyguard, nanti ada orang ingat aku ni perompak.

akuislam.com

  Yees! Inilah benda yang segelintir kaum purdah dilema tahap gaban. Pekerjaan. Kebanyakan muslimah berpurdah yang aku jumpa ni kerja depan komputer. Oleh kerana komputer tak kisah bekerja dengan manusia walaupun muka pecah rumah, jadi kira lampu hijau untuk orang berpurdah bekerja dengan diorang.

  Tapi kalau kerja dengan orang awam? Maksud aku kaunter pertanyaan. Korang jangan fikir,

  “Semua orang boleh terima orang pakai purdah.”

  Mana tau ada sorang budak ni sesat, nak cari ibu ayah dia. Then nak cakap kat kau, tapi dia tengok muka kau macam hantu kum-kum. Bukan budak-budak je, segelintir orang dewasa pun ada yang takut. Ada orang fikir macam pengikut Osama Bin Laden. Contohnya macam aku la. Korang suka tengok badut dan makhluk berkostum? Aku tak suka. Sebab diorang nampak menakutkan dan aku taktau rupa di sebalik ‘kecomelan’ diorang. Tapi kebanyakan orang suka. See? Masing-masing ada citarasa.

nurf1907.blogspot.com

  Maybe ini pun salah satu jugak kenapa family korang halang. Aku faham, rezeki di tangan Allah. Kalau ikhlas, mesti Allah permudahkan. Jadi, baguslah kalau korang fikir positif dan cari pekerjaan yang kena dengan diri korang nanti.

  Kalau jadi suri rumah, lagi bagus kan. Itu pun kalau lah suami korang owner syarikat Petronas atau Menteri Kewangan yang baru. Malaysia ni makin lama makin tinggi sara hidup. So, kita kena pandai-pandai lah hidup.

mforum.cari.com.my

  So, inilah antara masalah yang aku dapat tangkap dalam isu berpurdah ni. Sekali lagi aku nak nyatakan, aku bukan bermaksud halang korang berpurdah. Aku lagi suka. Aku bagitau ni nak mengingatkan, harap korang dah bersedia sepenuhnya sebelum menempuh ujian-ujian ni. Aku berdoa niat suci korang dipermudahkan. Doakan aku jugak, mudah-mudahan aku dapat jadi lebih baik daripada sekarang. Alrite! Usaha!


15 comments:

  1. betul tu..inilah ujian2nya..kalu seseorang itu duduk rumah, jd housewife full time, it's okay..tp kalu nak bkerja,susah sikit..klu keja dlamn ok kot..cth, lecturer pun kalu nak mengjar wajib buka purdah.ada sebab.sebabnya kalu tutup agak2 dgr x?....purdah tidak diwajibkan tapi digalakkan....terutama bg yg ada sebab2 tertentu spt terlalu cntik..kan?...

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Kalau kerja ofis, insyaAllah boleh la boss kasi lepas. Tapi kalau kerja dengan umum ni, susah skit la. Kenalah pandai2 hidup.
    Kalau nk try pkai, knalah tau ujian dia, takdelah separuh jalan.

    Apapun, yup! Pemakaian purdah digalakkan, lagi2 yg selalu kaum laki kata dia comel, cantik. Dan jgk klu suami nk kita cntik depan dia je, pun boleh. Tp, smua ni kena pandai2 la. :)

    ReplyDelete
  3. Slalu gak terjumpa org arab pakai purdah kat airport tapi tak terpikirpun dilemma dorg. Hoho..

    Mungkinkah jika wujud keadaan kerja yang serupa pensyarah, jika keadaan memerlukan mereka berpurdah, mungkin mic yang jenis kecik melekat kat baju boleh digunakan. Cuma ianya pakai bateri berbanding bil mic uni/ kolej tersebut kot.

    Yang part makan mmg saya takde komen bnyk sbb secara logiknya mereka tetap akan memerlukan mulut untuk makan. Jadi ianya bergantung kepada jenis purdah. Ada purdah, bahagian mulut ditutupi selendang kecik. Jika yang betul2 tertutup, lebih afdal jika makan kat tempat tertentu yang tertutup seperti cadangan adik tu. Part jalan jauh n haus, straw rasanya tidak membebankan untuk dibawa di dalam beg/ poket. Jika pendek, dapatkan straw yang boleh sambung macam tic-tac tu. ada dijual, alasan je jika kata takde. Ataupun berinovasi, cipta straw sendiri yang boleh dipanjangkan cam ariel tv (tiang kecik atas tv tu) atau terus je pakai ariel tv tu.

    ReplyDelete
  4. Bukan senang untuk berpurdah, ibarat menggenggam bara api. Namun disebalik semua kesulitan, ada kejayaan dihari kemudian.
    dan aku harap bakal bini aku nti mahu berpurdah. whoa!!

    ReplyDelete
  5. Lensa Cahaya :
    Yes, tu mmg betul. Rasanya boleh je try, insyaAllah Allah prmudahkn krja kalau niat ikhlas.
    Isteri purdah? Woha! Lari prempuan2 sosial yg tgk nk jadi bini, haha!

    Apple :
    A'ah la, yg straw tu pernah dengar. Trima kasih Apple for the extend info! Yg pnsyarah tu, u can be right. Tp, klu jdi kaunselor? Haa.. Kita nak crite msalah kita, tp muka dia buat kita berat nk crite pulak..
    Byk cbaran org nk purdah ni. :)

    ReplyDelete
  6. hehehe... Ninja! Cuma takde shuriken nak baling kat orang, haha!

    ReplyDelete
  7. satu je..kalau nk pakai purdah kena sedia dri semua aspek.. :D

    ReplyDelete
  8. aku :
    Hahaha! Tak hbis2 dengan ninja kmu. Mmg org purdah ni byk gelaran dia..

    AiSyA LiEzA :
    Yup, sebaik-baiknya mcm tu lah lngkah yg terbaik. :)

    ReplyDelete
  9. Kaunselor yakni kaunseling? Setelah seseorang melakukan langkah pertama mendekatkan diri dengan kaunselor, langkah seterusnya adalah memberi peluang.
    Sngt2 sukar untuk langkah pertama berlaku sebab membuka apa yng terbuku dihati bukanlah perkara mudah apatah lagi apabila melibatkan hal yang terpendam lama. Kunci kepada satu kaunseling berjya ialah mendengar. Rupa memainkan peranan namun tidak sebanding mendengar. Hal ini dipraktikkan di dalam gereja katholik spt yg kita lihat di dalam filem2 barat.

    ReplyDelete
  10. Apple :
    Oh ya.. Betul jugak bab tu. Sy berpandangan kalau kita tak boleh 'open' dgn org lain, mcm mana org nk open dgn kita, kan?

    Apapun, sy tak trfkir langsung mcm cra gereja tu. Sy hrap inisiatif ni boleh diuji kaji oleh msyarakat kita dalam bidang awam utk tau hasil dia..

    ReplyDelete
  11. I'm agree with your father.

    Sebagai seorang lelaki, betul. Aku tengok perempuan pakai purdah, selalu wonder, macam mana muka dia ni sebenarnya?

    Tengok 2-3 kali jugak. Then cuba imagine muka dia ni. Kalau tengok mata macam dah chun, lagilah banyak kali intai-intai nak tengok.

    Jika nak dibandingkan dengan orang yang tak pakai pardah.. Bagi aku lah. Aku tengok sekali je. Kut-kut kawan sekolah rendah dulu ka apa. Then tak pandang-pandang dah.

    Kalau yang berpurdah ni.. Lain sikit. Tak tahu kenapa. Tertarik nak tengok banyak kali.

    ReplyDelete
  12. takutake :
    Tu la.. Sbb kita tak biasa tgk org purdah kat Malaysia, so rsa lagi nak tgk kemain.. Sy pun kdang2 mcm tu jugak klu nmpk mcm muka cun2.

    Klu suami dia ada skali dgn dia, sy tak pndang byk kali sbb tak hairan bila org purdah ni dlm satu fmily.

    ReplyDelete
  13. biasa tengok org purdah makan, dia masukkan tgn bawah tutup mulut dia tu kan...rasa wow....kagum, tak kekok langsung.

    ReplyDelete
  14. yap,sgt tepat. nak buat ape2 kebaikan pn,kna dgn ilmu. sebelum mahupun semasa. baru mantappp! ^_^

    mmg betul,dilema2 ni mmg blaku dlm realiti.
    bgntung pd dri msg2 utk husnuzzon pd Allah dgn cara yg bgaimana,kan..

    klu muka yg ditutup,org laki rs nk tengok byk kali,imagine macam2..
    what abaout baju yg dipakai utk menutup aurat yg len tu?
    hmm..juz wonder
    mungkin pkai bj tu,org bese tgk agknya..

    purdah jadi pakaian biasa atau tidak,bergantung pada setiap dari kita. kalau ianya tetap weird, mudah2an itulah slh 1 golongan yg disebut oleh Nabi s.a.w sbg "ghuraba'" (asing).

    nk buat kebaikan, dr sekecik2 hggalah ke sebesar2nya, ttp ada ujiannya.
    Allah menguji utk kita buktikan keimanan kita, hakikatnya DIA tahu siapa kita.

    mudah2an kita semua Allah izin utk sntiasa memperbaiki diri,tak kiralah dgn cara apa skalipun, (& pki purdah 2 x),semata keranaNya. thanx 4 sharing!^__^

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum...saya seorg student uni baru jer start pakai purdah tahun ini
    ..kerana ape saya pakai pasti korg sume tau kan..sebelum saya mengambil keputusan nk pakai purdah saya buat research tentang mazhab yg kita guna kat malaysia iaitu mazhab syafie..jazakumullah khair atas sharing ini..benarlah orang yang nk pakai purdah kena btol2 kuat..mcm2 dugaan yg akan dtg kerana Allah ingin menguji kita sebagai hambaNya..:)

    ReplyDelete

Hentam saja la...