13/08/2012

Karenah Pelanggan Pasar Malam Yang Tak Boleh Blah.

Bismillah.

Dear journal,

  Korang nak meniaga? Nak buat duit banyak-banyak? Meh sini explore sikit karenah pelanggan yang peniaga duk hadap hari-hari. Memang tak boleh blah. Tak tercapai dek akal. Kesabaran jela yang jadi benteng diri.

  Kepada pelanggan, leklek, jangan melatah bila baca entri aku. Aku pun seorang pelanggan. Kita buat entri karenah peniaga pulak lepas ni. Simpan dulu dendam tu, wakaka!

  Bukanlah niat aku untuk meluahkan rasa tekanan, cuma inilah realiti kehidupan. Kalau terasa, boleh la ubah-ubah part buruk tu. Ambik yang jernih, buang yang keruh.


*********************************************************************************



KARENAH 1 : Apabila Senyuman Dibalas Dengan Muka Ala Puaka.



  Yang ni memang selalu dah. Kita senyum, cakap terima kasih, tapi dibalas dengan muka ala puaka. Tapi takpe la. Mungkin dia dalam dilema. Mungkin dalam masalah. Mungkin risau kucingnya nak terberanak.



KARENAH 2 : Apabila Minta Diulang Cakap, Terus Melenting.



  Yang ni aku harap pelanggan faham. Bunyi generator kat pasar malam ni kuat. Atau bunyi orang makan berkocak sambil bercakap pun kuat. Kadang-kadang kami ni kurang dengar. Jadi minta diulang kalau customer cakap apa-apa. Aik, customer terus melenting. Tak suka la konon kena cakap berulang.

  Fahami la. Kita bukan nak buat-buat pekak.



KARENAH 3 : Apabila Pelanggan Tak Reti Sabar.



  Yang ni pun boleh tahan jugak menduga kesabaran yang ada. First come, first serve. Tapi ada sesetengah orang ni tak reti bersabar. Terus nak potong line. Lepas tu bertubi-tubi cakap,

  "Ni saya punya, ni saya punya."

  Selalunya orang macam ni aku hanya pandang muka dia dan cakap,

  "Tolong sabar eh."

  Of course, dengan satu senyuman. Tapi customer mesti senyap tengok senyuman aku tu.



KARENAH 4 : Apabila Pelanggan Budget Nak Plastik Ala Shopping Kat KLCC.




  Aku faham, orang Malaysia ni dah ramai yang kaya. Tapi kalau beli ayam seringgit, hulur duit RM50, lepas tu demand taknak beg plastik biasa tapi nak beg kertas, aku rasa dah cukup lemak demand dah tu. Dah cukup dah buat modal untuk sound balik.

  Fahami la. Ini pasar malam, bukan KLCC.



KARENAH 5 : Apabila Tengok Peniaga Kelam-Kabut, Customer Pun Nak Tambah Kelam-Kabut.


  Pernah sekali terjadi kat aku. Aku kelam-kabut tengah bungkus makanan pelanggan. Ramai sangat. Tiba-tiba datang sorang pelanggan ni, duk hulur bekas makanan kat aku, kononnya suruh aku bungkus. [Kes tak reti sabar la ni.]

  Oleh kerana aku sangat kelam-kabut, maka aku capai bekas tu tanpa tengok isi kandungannya. Tiba-tiba beberapa isi kandungan tu terkeluar daripada bekas tu. Aku terkesima kejap. Aku minta maaf. Muka customer jadi muka puaka.

"Dah, tak payah kau ambik hati sangat kak. Dah nampak kita kelam-kabut, buat-buat tak nampak. Lagi nak menambah kelam-kabut."

  Tolong la. Kalau nampak peniaga tengah kelam-kabut buat kerja, tolong jangan tambah kekalutan tu. Fahami la. Tangan kita ada 2 je, bukan 8.


KARENAH 6 : Apabila Customer Tak Reti Tuntut Barang.


  Kesian kat peniaga. Dah pilih-pilih barang, lepas tu cakap nak jalan-jalan dulu. Ok, kita bagi jalan-jalan dulu. Fikir nanti buang masa pelanggan. Tapi bila dah 2-3 jam, baru sedar pelanggan tak tuntut barang. Akhirnya? Kerugian. Peniaga balik kena makan barang yang dipilih pelanggan.

  Sadis kan? Aku just fikir. Wujud jugak la manusia yang tak bertamadun ni kan.. Dunia, dunia..


KARENAH 7 : Apabila Customer Mintak Kurang, Mintak Lebih.



  Sos nak lebih, plastik nak lebih, tapi bila nak hulur duit,

  "Ala, lebih kurang jela harga dia. Hehe."

  Haji bakhil alaf baru. Toleransi tu perlu ada dalam seorang peniaga, tapi bukan sampai merugikan bisnes sendiri. Tapi bila difikirkan balik, ada jugak manusia macam ni..

*********************************************************************************

  So, ini jela antara perangai customer yang aku pernah hadap masa meniaga dulu. Kita ambik yang jernih, yang keruh buat pengajaran.

  Kepada sesapa yang nak meniaga tapi tak kuat nak hadap ragam customer semua ni, pergi balik baca kitab perniagaan balik.

11 comments:

  1. aku meluat je tang nak lebih la nak kurang la..dulu aku pon penah meniaga..amik je yg sedia ada tak leh ke..grr

    ana mohon semua customer jgn nak belagak sgt guna ayat costumer always right tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkkkk...sopannya ko bundle..kahkahkah

      Delete
  2. macam2 ragam pelanggan ni ye. tp terpaksa hadap jugak la sbb nak jaga hati. harus banyak2 sabar kalau nak meniaga. mcm cik na mmg tak boleh berniaga la kot. silap2 terbang semua barang. huhu..

    ReplyDelete
  3. hahaha... nama pun customer.. macam2 karenah

    ReplyDelete
  4. hahaha.. mcm2 pesen... dugaan bulan posa la tuh.. sabor je la.. hehehe

    ReplyDelete
  5. YA.

    ia berlaku di public.

    p/s:tergelak baca entri ini. hehe

    ReplyDelete
  6. memang btl tu... panah jugak hadap dengan diorg semua ni... sabar je lah...

    dah lama tak update... suka baca blog ni... penulisan dan penerangan serta pendpt yg baik dan bernas...

    sblm tu, anda telah di tag dalam entry ni... berharap dapat lah join dgn jayanya...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/segmen-dimana-aku-beraya-tahun-ini.html

    ReplyDelete
  7. ya! memang kena banyak bersabar... grrr! haha

    ReplyDelete
  8. bab2 niaga ni, mmg sy failed.. haha.. xpndai r nk handle customer.. tp, wlu apapun, sy cuba tuk jd pembeli yg budiman.. ahha

    ReplyDelete
  9. yup mcm2 perangai manusia kan :)

    ReplyDelete

Hentam saja la...