16/08/2012

Etika Purdah Yang WAJIB Kita Maklum!


Bismillah.

Dear journal,

  Setelah lama aku invincible kan diri aku, akhirnya aku kembali jadi keyboard fighter balik! [Ok, ayat bro Bundle] Apapun, mula-mula aku susun 10 jari minta maaf kepada geng Blogger sebab.. Sebab nak raya? Ok, lupakan. Yang pasti, lepas bulan Ramadhan insyaAllah aku akan usaha check out geng Blogger. [Laptop baru aku rosak, itu cerita sebenarnya.]

  Alrite. Semalam, ada 2 orang akhwat [bro-bro] yang prihatin tentang isu niqabis, AKA gadis berpurdah meluahkan keprihatinan mereka dalam wall post Facebook diorang. Let’s check it out!


  Tiba-tiba tergerak hati aku nak buat perkongsian etika berpurdah. Mungkin ramai yang taktau, atau dah tau tapi dah lupa? Takpe, kita buat perkongsian bersama!

  Oh ya, dan kalau nak tau jugak cabaran berpurdah, boleh baca isu yang aku dah post lama dalam Dilema Orang Nak Berpurdah.


*********************************************************************************


No 1 : Niat Berpurdah?

xxmylifeisdabestxx.blogspot.com

  Sebab apa nak berpurdah? Sebab sunnah? Sebab suami suruh, jadi nak dapat keredhaan suami dan Allah? Atau sebab trend, tengok semua pakai purdah kita terikut-ikut? Atau sebab nak perhatian? Atau sebab nak gelaran wanita solehah?

  Tepuk dada, tanya iman, tanya diri sendiri. Kalau niat kita lurus, syukur. Kalau niat salah? Lebih baik betulkan dulu, sebab bila terpesong niat, apa yang kita buat, orang akan mudah nampak, terutama yang bersih hati dia. Percaya la.

  And siapa kata kalau dari awal niat dah lurus tak perlu diperbaharui dari semasa ke semasa? Kalau boleh, tiap kali nak ikat purdah kat muka, cakap dengan diri sendiri, ini semua untuk teruskan sunnah. Semua ni demi menuntut keredhaan Allah.

  Dah lepas etika 1? Alhamdulillah. Ops! Tunggu dulu! Ada lagi etika lain.


No 2 : Purdah, Perlu ke Istiqamah?


islampeace1.wordpress.com

  Sebab tu nak pakai purdah kena faham. Ada sesetengah orang pakai purdah untuk keselamatan. Jadi, kalau dia tak istiqamah pun tak salah. Misalnya kalau dia jalan-jalan dengan keluarga dia, dia yakin tak diancam, tak salah dia bukak.

  Kalau istiqamah? Lagi baik! Dia rasa kuat jalankan sunnah, apa salahnya? Yang pasti, Allah takkan kurangkan ganjaran untuk orang yang sentiasa berusaha kan?

  Jadi, tak perlu pertikaikan bila bukak tutup. Tapi, kenalah tahan sikit dengan persepsi masyarakat. Terutama bila pakai sekadar dalam gambar. [Maksud aku, pakai saja-saja] Kalau rasa tak mampu hadap, maka anda dah tersekat dalam etika no 2..

  Kalau mampu? Alhamdulillah! Jom teruskan!


No 3 : Bergambar Dengan Purdah, Bagaimana?

  Bagi aku, sebenarnya isu gambar ni antara isu terbesar orang berpurdah. Baik, jom kita ikut etika yang sebenar bergambar dengan purdah ya.

  Pertama. Digalakkan bergambar ramai-ramai. Contohnya,

fareeznazlan.wordpress.com

  See, kita takkan fokus kat seorang pemakai purdah sahaja. Dan kalau boleh, jangan difokus kat muka jugak bila bergambar. Jadi melindungi daripada jadi perhatian.

  Kedua. Kalau nak bergambar sorang boleh, tapi biarlah tak fokus kat muka, setegasnya tak bertabaruj [Hias lebih-lebih] dan sekurang-kurangnya separuh badan nampak. Contohnya,


saharayusuf.blogspot.com

  Dan tak perlu la buat posing comel, posing yang orang-awam-taknak-tengok-orang-berpurdah-buat. Faham kan? Dan tak perlu bertabaruj [lebih-lebih dalam berhias], sebab niat utama berpurdah ni untuk elakkan diri dipandang, bukannya makin gian dipandang.

  Kalau rasa ada gambar-gambar berpurdah yang tak kena dengan etika, eloklah dipadam dan muhasabah diri masing-masing..

  Kita dah lepas ketiga-tiga etika?



No 4 : Pemakaian Berpurdah.

  First, kita kena faham. Aku bukan cakap pakai purdah semua serba hitam kat Malaysia ni tak boleh, tapi personally aku tak galakkan. Sebab, persepsi masyarakat, penerimaan masyarakat Malaysia berbeza dengan masyarakat Arab.

  “Eleh, lantak la diorang punya penerimaan. Yang penting, niat!”

  Salah. Salah sangat. Sebenarnya dengan purdah kita boleh dakwah, dakwah melalui contoh kepada diri sendiri. Bila kita berpurdah dalam keadaan menyenangkan masyarakat, mesti masyarakat akan terima kita seadanya, seterusnya galakan sunnah diteruskan.

  Tapi kalau kita takutkan diorang? Pakai serba hitam, bak kata sedara aku macam ‘momok’? Tau tak dalam diam masyarakat luahkan perasaan yang diorang takut? Dan ada sesetengah pihak harap Malaysia haramkan purdah demi keselesaan, keselamatan diorang?

chynatic.tumblr.com

  Sikit banyak kita dah susahkan sis-sis kita yang nak ikut tegakkan sunnah. Tak ke naya namanya?

  Tak salah pun pakai purdah dengan baju berwarna. Pakai la warna yang lembut, warna yang tak menonjol, warna yang bukan berwarna-warni. Islam itu kan menyenangkan? Masyarakat tengok pun, sejuk hati.. Tak rasa takut pun nak komunikasi dengan kita.

  Dan kat sini aku nak ajak. Purdah tu, tak perlu la bermanik berhias bagai, kecuali time nikah. Pakai jela biasa-biasa punya dan tak aneh-aneh sampai menarik perhatian orang. Cukuplah ada macam-macam style tudung, sekarang purdah pulak?


No 5 : Kenapa Nak Harapkan Keselamatan Melalui Purdah Kalau Aurat Pun Tak Cukup Sempurna??

  Wahai adik-adik, wahai teman-teman yang aku sayang..

  Kalau kita pakai purdah tapi tudung tak lepas bahu, siap ada bonggol, baju menonjol sangat dengan warna-warni, nampak bentuk badan, so, apa point kita sebenarnya berpurdah? Sekadar nak tunjuk kita berpurdah kat orang awam?

  Fahami la konsep. Menutup aurat DENGAN SEMPURNA itu WAJIB. Allah SWT sendiri firman mengenai tutup aurat dengan sempurna akan dilindungiNya. Berpurdah itu SUNNAH. Dia macam tambahan lepas tutup aurat dengan sempurna.

  Kalau tutup aurat dengan sempurna pun tak lepas, macam mana nak selamat dengan purdah? Lain la kalau dah tutup aurat dengan sempurna, tapi rasa lebih selamat dengan purdah. Itu barulah betul.

  Tolong. Betulkan niat dan fahami konsep dengan teliti. Islam itu kan halus?


No 6 : Purdah dan Akhlak.

muslimwomennews.com

  Yang ni ramai jugak tanya aku. Nak berpurdah, tapi takut tak kena dengan perangai. Cuba bagitau aku sikit, perangai macam mana tu?

  Kalau asyik mencarut-carut tu.. Alamak, memang perlu baiki dulu. Kalau ramah, apa salahnya? Kenapa, semua orang berpurdah kena senyap-senyap je ke? Kena jadi pendiam gitu?

  Cuba kita tengok si purdah luar negara. Diorang siap berani masuk televisyen, demi tegakkan kebenaran tentang pandangan buruk masyarakat Barat tentang purdah. Diorang bersuara lantang, tegas.

  Kita? Duduk diam-diam? Jadi bayang-bayang?

  Oh tidak. Siapa kata jadi si purdah tak boleh aktif? Lain orang, lain personaliti. TAPI! Kita kena tau had limit kita. Kita sedar kedudukan kita, kita sedar tahap kita, kita sedar batasan kita. Cukuplah dengan segala kesedaran tu, kita buatlah macam orang normal.

  Tapi selalunya bila pakai purdah ni kan, automatik kita akan sentiasa jaga adab kita. Percaya la.


No 7 : Pandai-pandai La Cari Suami.

  Tau tak wujud lelaki yang bila kita kahwin, suami dia tak izinkan dia pakai purdah? Yup! Lelaki macam ni wujud kat luar sana. So salah satu etika aneh yang mana nak istiqamah berpurdah, jangan cakap aku tak ingatkan tanya bakal suami dulu redha atau tak bila pakai purdah.

  Apa pun jawapan bakal suami, semuanya terletak kat tangan kita.


No 8 : Bila Peraturan Tak Izinkan Pakai Purdah.

americanbedu.com

  Aku percaya ada segelintir si purdah kat IPTA atau kerja kerajaan yang tak boleh pakai purdah dilema dengan peraturan tu.

  Kalau orang tanya aku, aku jawab, ikut jela peraturan tu. Bukan bermaksud mengalah, tapi bagi aku benda macam ni kena ada tolak ansur. Asalkan dia tak kata kakitangan LANGSUNG tak boleh pakai purdah. Tu lagi naya.

  Bayangkan, kalau kita tolak ansur, tak pakai purdah time kerja. Pekerja-pekerja lain pun tak boleh cakap apa. Paling kuat pun cakap,

  “Eh, dia kat luar pakai purdah tau.”

  Tapi ayat tu normal la.

  Bayangkan, kalau kita tetap degil nak pakai. Bos bagi surat amaran, pekerja-pekerja pun ngomel,

“Dia ni tak faham bahasa ke? Purdah tu bukan wajib pun, sibuk nak pakai.”

  Kemudian si purdah dilabel ‘Si Degil’. And kalau ramai si purdah buat macam ni, maybe pihak atasan akan mula tapis untuk ambik si purdah sebagai pekerja. Tak ke naya semua orang? Dan bagi aku kalau nak pakai jugak, buatlah surat pengecualian. Guna jalan baik. Jangan memberontak, ikut kepala kita sendiri.


*********************************************************************************


  Aku rasa, ni jela yang aku nak kupas harini. Mudah-mudahan bermanfaat, mudah-mudahan si purdah dan bakal si purdah faham betul-betul tentang etika purdah ni.

  Tolong kaji dan fahami sepenuh hati tentang purdah. Lepas tu nak pakai, pakai la. Biar kita pakai dengan ilmu penuh kat dada. Bila orang tanya nanti, takde la tersedak, terkilan. Jangan jadi nila setitik yang merosakkan susu sebelanga.

  Kerana seorang si purdah yang cacat cela berpurdah tanpa ilmu, masyarakat hukum semua si purdah yang ada depan mata.

  Pegang erat-erat pernyataan ni.

  “Bidadari dunia tidak memandang dan tidak dipandang.”




28 comments:

  1. Assalamualaikum akak,
    pasal post akak ni kan, teringat saya kat someone yang pakai purdah kat sekolah haritu.....

    ReplyDelete
  2. kebabomm..ko ni sis asal tulis ade je sentap menyentap..hahahhaa...

    ok komen aku ni mungkin agak merepek la gak..tapi tu yg terbayang memula kat kepala otak aku..lepas aku gugel baru jeles..

    biasenya aku dengar sunnah nabi bab2 tentang cara2 nabi bepakaian,makan,kawin dan urusan org lelaki la senang citer..tp bila ko cakap ikut sunnah nabi berpurdah aku dah err...................otak aku just tangkap bila masa pulak nabi pakai purdah..adehh..aku paham sunnah tu perbuatan dan kata-kata nabi.cume terlencong sikit pikiran aku td..haha..

    so sunnah nabi pasal purdah tu boleh ko citer sikit tak camne..sekadar untuk pengetahuan jela..

    ReplyDelete
  3. sentap gua. nice sis.

    makin menganas entri kali ini

    ReplyDelete
  4. thnx,,,harap dapat jadi panduan untuk ukhti2 kat luar sana ;)

    http://jjdamaya.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. wah, mantop penjelasan Sis AI....harap dapat jadi peringatan kpd semua bukan sekadar kpd pemakai niqab & yang bakal memakainya...bytheway, setuju dgn Ym. Bundle...kalo boleh nk minta penjelasan utk menambah ilmu di dada....hehehe

    ReplyDelete
  6. Yang konfius dengan hukum sunnah tu, cuba tgk link ni :

    http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/12/139-pakaian-seorang-wanita-beriman.html

    http://asrulhadiabdulrahman.blogspot.com/2011/01/kenapa-pakai-purdah.html

    ReplyDelete
  7. wah3.. nice sharing sis :D skang ble dikatakn rmai gak la yg bgmbar guna purdah, seolah2 bertujuan nk tunjukkan mata dorg yg lawa tu.. adehh laa.. berpurdah tuk sja2..

    ReplyDelete
  8. sy dikelilingi insan yg berpurdah..yg memang jelas tahu apa yg mereka nak..alahmdulillah semoga mereka istiqomah..

    yg ni lari topik sikit..sy sempat berbual dgn lelaki yg nak cari calon isteri..tp dia nak sgt tgk muka perempuan yg dia kenal dlm fb termasuk sy..tp sy nyatakan sy memang tak letak gambar & sy maklumkan yg sy sudah berkahwin..

    namun dia masih inginkan sy menjadi org tengah kpd kwn2 yg belum berpunya..tp yg sy terkejut, dia lebih berminat wanita berpurdah..hati sy sudah lain..bukan apa, niat dh bagus cuma sy perhatikn ramai kwn2 perempuan dlm fb dia..huhu..

    ReplyDelete
  9. post yg bguna... boleh jadikn pnduan dlm khidupn kita...

    ReplyDelete
  10. bertudung atau berpurdah niat kerana Allah swt bukan untuk tujuan lain..

    ReplyDelete
  11. nice entry!!

    segalanya bermula dengan niat..
    moga Allah perlihara mereka yang berpudah atau tidak

    #teamkhemah

    http://nurainishahroni.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. assalammualaikum..nice post..mmg sentap..best awk:)

    ReplyDelete
  13. pakai biarlah kerana Allah.bukan kerana manusia. =)

    ReplyDelete
  14. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Ingatlah selalu bahwa tekad Anda untuk sukses lebih penting daripada yang lainnya.

    ReplyDelete
  15. masyaAllah..
    sangat mantap pengisiannya..
    banyak yang saya tak tahu..
    even saya buka si pemakai purdah..
    at least saya kena ada ilmu ttgnya..
    thanks a lot!

    from ::Arkitek Hati::

    ReplyDelete
  16. sebelum berpurdah kita dah kena fikir semua ni kan.. yang penting kena kuat

    ReplyDelete
  17. Sebagai perkongsian..sesungguhnya, ada seorang sahabat kita muslimin, yang belajar di luar negara, kagum dan jatuh cinta pada amalan umat islam diluar sana kerana kekuatan terhadap pegangan mereka tentang agamanya. Bagi mereka, Islam bukan sesuatu yang boleh diperolokkan. Seumpama dengan kalimah La illahaillallah..satu penyaksian yang bisa meruntuh keegoan, kesombongan, dan kekerasan hati seseorang manusia untuk berserah segala pada penciptanya Allah swt. Di luar sana, dakwah dijalankan terang-terangan, di jalanan dan setiap hari penduduk disana masuk Islam MasyaAllah... :') dan wanitanya pula, tiada segan pilu melabuhkan pemakaian hitam, juga niqabnya, bukan sebilangan kecil, tapi besar. Apabila ada anjuran majlis, ceramah, forum, ternyata diasingkan lelaki dan perempuan MassyaAllah, kita dengar pun rasa nak keluar je dari negara ini. Betapa mereka tekankan aspek kewajipan dalam penjagaan batas segala batas. MasyaAllah.. bila disini..sering kali yang berpurdah ini dijadikan topik hangat, dipersoalkan, dilabelkan DIASINGKAN. Kenapa??? jangan tanya pada si pemakai..tanya pada si penyoal itu..apa ada dalam hati mereka. kenapa sakit melihat orang berpurdah, ikut sunnah, kenapa? kenapa? Seperti buih-buih dilautan.. Seperti arus, ku lawan arahnya.. Seperti satu rumpun, aku terasing darinya.. Maaf jika kami sipemakai ini mencacatkan penglihatan kalian..kami bersedih kerana kami seumpama anjing yang diharamkan tapi taat pada manusia.. itulah kami..itulah kami.. :') terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih nye.. knp masyarakat malaysia ni berfikiran mcm tu. org berpurdah tetap manusia tetap hamba Allah. knp perlu buka purdah klu nk dpt kerja. itu dah melanggar hak asasi manusia

      Delete
  18. salam..nak share sket..
    ekceli, kalau ikut mazhab syafie, aurat wanita tu ada 2 pendapat:
    1. seluruh tubuh kecuali muka dan 2 pergelangan tangan - qaul yang lemah : diamalkan oleh kebanyakan masyarakat kita
    2. seluruh tubuh, termasuk muka dan pergelangan tgn - qaul yang kuat

    boleh rujuk video ceramah UAI di utube. wallahua'lam..

    p/s : aku suka no. 7 :)

    ReplyDelete
  19. Salam. Niat awk mmg baik tapi harap remove la gambar yg awk letak sebagai contoh tu. Sesungguhnya Allah pun tutup keaiban orang, awk pula siap letak link blog. Saya pastu niat awk bukan untuk memalukan tapi apabila awk letakkan contoh yg buruk dgn link skali, awk seperti memalukan dia. Manusia x sempurna.. Untuk pengetahuan, saya tak berpurdah dan tidak pula memakai tudung labuh.. tetapi saya pasti yg Allah pndang adalah hati yg ikhlas apabila saya menutup aurat kerana-Nya.

    ReplyDelete
  20. ANONYMOUS
    Kepada cik/encik yang bg komen tu, trima ksih utk kprihatinan trhadap isu aib2 ni, tp contoh gmbar yg sy tnjuk tu adalh contoh yg mnepati piawaian yg sy sokong, bknnya sy kutuk. -_- Minta maaf ya utk salah fhm ni. Chao.

    ReplyDelete
  21. Copy boleh ? Entry ni menarik :)

    ReplyDelete
  22. my dream .hopefully one fine day :)

    ReplyDelete
  23. hari ni, 16/08/2013, genap setahun blog ni ditinggalkan..uhuk2..

    ReplyDelete
  24. Mula2tu okey bile baca topik ni, Tapi yg last tu cam tak kena pulak...bg ana kalau da tekad berpurdah kerana ALLAH, campak lah mana2,kalau kata tempat keje x boley terima pada ana baik cari keje lain..jgn takut la rezeki ALLAH yg bagi,bukan manusia..kalau tak dapat skali pon anggaplah ALLAH sedang uji kamu kerana ALLAH NAK NAIKAN DARJAT MU...hitam atau gelap lebih baik bagi pakaian org yg bertakwa...biar la org takut ke apa ke.. Tapi makin ramai pakai , maka makin ramai akan boleh terima...sudah terbukti di tmpt ana di mana org bukan islam lebih selesa berniaga dgn org yang berpurdah dan serba hitam..mula2 tu memang lah mereka takut, tapi melihat hasil kerja kita yg tak pernah mengecewakan mereka,insyaallah...mereka berminat dgn islam sbb peribadi kita sebagai umat islam...tak usah ikut kehendak manusia..Allah da bagi hidayah maka seharusnya kenalah jaga hidayah tu jgn sampai hilang...takwa itu penting..manusia hanyalah ujian bagi org beriman..

    ReplyDelete

Hentam saja la...