02/05/2012

Dosa Halus : Jadi 'Orang Tengah' Dalam Facebook.

Bismillah.

Dear journal,


NOTA : Siapa rasa diri dia Islam dan ada Facebook, tolong baca sampai habis. Jangan baca separuh, terus nak hentam aku. Aku dah explain semua kat sini. Jangan remehkan benda yang bakal menyusahkan kita. 


  Orang tengah?

  Orang tengah macam mana tu?

  Kita dah tutup aurat dalam gambar Facebook. Apa lagi tak kena? Ok, so apa yang jadi 'orang tengah' pulak ni?

  Benda ni sebenarnya aku tak sedar, tapi aku tersedar bila ada member aku dalam Facebook yang ADD FRIEND members perempuan aku, walhal masing-masing duduk jauh. Kiranya member aku ni pakai ADD jela. Yang pasti, member aku yang ADD ni lelaki, dan korang tau-tau jela ada segelintir FRIENDS kita ni, tak menutup aurat.

  Tapi dalam entri ni tak bermaksud orang tak menutup aurat, kita boikot diorang. Even yang menutup aurat melakukan aksi 'ngeri' pun gambarnya masih ragu-ragu dan takut menimbulkan syahwat terhadap laki yang tengok.

  Seburuk-buruk pun seseorang, kita sebagai ummat Islam sepatutnya buang sikap prejudis. Terima la hakikat manusia ni berbeza dan hidayah datang dengan cara dan masa yang berbeza. Kita hanya mampu nasihat dalam hikmah dan mendoa'kan masing-masing.

  Jadi, kita lindung diorang. Kalau kita mampu dan rela untuk menutup aib orang lain, insyaAllah, Allah akan tutup balik aib kita satu hari nanti. Antara faktor yang boleh jadikan kita 'orang tengah' dalam Facebook dan terdedah dengan dosa halus adalah :



1. Senarai FRIENDS Dalam Profile Facebook Kita.

Gambar yang ditunjuk 100% bertujuan untuk dijadikan contoh,
bukan perlian atau niat menjatuhkan.
Err, gambar yang tak tutup aurat telah aku gelapkan.

  Untuk pengetahuan semua, terdapat spesies manusia yang suka tengok FRIENDS orang lain. Ada sesetengah lelaki akan cari perempuan cantik untuk ADD. Dan aku tak nafi, ada segelintir perempuan yang cari lelaki hensem untuk ADD.

  Bayangkan, orang yang masuk profile kita je, dia akan ternampak gambar member kita tak tutup aurat. Lepas tu dia terus ADD member kita. Kat sini, kita dah jadi 'orang tengah'.

  Jadi, aku nak ajak, tolonglah hide kan FRIENDS kita. Inilah tanggungjawab kita sebagai ummat Islam yang menggunakan Facebook. Janganlah kita 'bantu' keluarga/member kita terdedah daripada masalah ni.


2. Gambar-gambar Dalam Photos Of You.


  Selain tu, aku perasan FACEBOOK-ER ni bila dah bergambar, suka tag orang. Lepas tu terpampang gambar tag dalam profile Facebook kita. Apa salahnya tag member kan? Tak salah kan? Lagipun kita tutup aurat, takkan tak boleh?

  Memanglah kita dah sempurna tutup aurat, tapi ada sesetengah member kita pulak tak menutup aurat. Takkan la kita nak selamatkan diri kita je? Sikit sebanyak kita adalah 'orang tengah' jugak.

  Masalahnya, yang masukkan gambar tu member kita, kita tak boleh delete. Jadi kita boleh remove gambar tu daripada profile kita. Nanti bila orang masuk profile kita, takde la kita jadi 'orang tengah' yang dedahkan aurat orang lain.


3. Gambar Yang Kita Tangkap.

Oleh kerana rasa ngeri nak letak gambar orang, maka aku
letak gambar ni jela ya.
thebeautyofislam.tumblr.com

  Ada sesetengah gambar yang kita tangkap, memang takde muka kita langsung atau muka kita ada, menutup aurat. Tapi malangnya partner yang bergambar dengan kita tu tak menutup aurat. Jadi kat sini kita dah terdedah dengan jadi 'orang tengah'.

  Sebab tu la siapa yang nak jadi photographer, perlu peka dan sensitif tentang benda ni. Kalau dalam Facebook, elok la kita jangan letak gambar yang tak menutup aurat. TERMASUK gambar bukan diri kita, tapi orang lain yang tak menutup aurat jugak.

  Tak kisah la gambar kita tak kenal ke, artis ke, gambar K-Pop, J-Pop, M-Pop, dan segala -Pop ke. Kita tetap jadi 'orang tengah'.


*********************************************************************************

  Aku tau, mesti ada segelintir yang baca akan keluarkan statement kat bawah. Maka, aku dah prepare nak jawab.


*********************************************************************************



"Alahai, benda remeh macam ni pun boleh masuk line jugak kan?"

styledip.com

    FIRST, benda yang remeh ni la akan jadi penyumbang peratus kita masuk neraka esok. Kita tengok drama wayang semua. Bila dalam saat genting, manusia akan saling salahkan. Tak terfikir pulak bila kita nak menghadap mahkamah Allah kat padang Mahsyar nanti?

  Mesti masing-masing nak selamatkan diri. Masing-masing nak pertahankan diri. CONTOHNYA,

  "Sebab dia la, dosa saya makin bertambah! Dia tunjuk gambar saya dalam Facebook dia, orang ajnabi pun tengok. Bertambah la dosa saya!"

  "Kenapa pulak saya? Kamu yang tak menutup aurat! Jadi, bukan salah saya. Dosa tanggung masing-masing."

  "Tapi tanggungjawab kamu sebagai orang Islam untuk lindung sesama Islam kan? Kamu tak nasihat saya, dan saya taktau kalau kamu pernah doa'kan saya. Sekarang saya dikira teraniaya. Dan kamu yang menganiaya semua orang yang dapat dosa sebab gambar kamu."

  And then, dapatlah balasan yang setimpal sebab kalah kat mahkamah. Atas sebab? Tak bertanggungjawab sebagai sedara sesama Islam.


"Penulis ni memang tak open langsung la. Kalau ada gambar sedara aku tak tutup aurat, takkan aku nak delete jugak? Apa pulak cakap dia nanti?"

beautifulgirlphoto.info

  Semata-mata nak jaga hati sedara semua, kita perlu dedahkan aurat diorang? Aku tak faham kat mana nilai SAUDARA tu kalau kita bagi alasan macam ni. Open tak open cerita nombor dua. Banyak benda lain kita boleh open, tapi bukan dalam hal ni.

  Pilih, sama ada nak jelaskan kat sedara tentang sebab kita delete gambar-gambar atau delete dan senyap. Senang je. At least, kita dah mainkan peranan kita dalam bersaudara. Jangan kita tau nak seronok tapi esok terkantoi sama-sama macam persoalan yang pertama tadi.



"Macam mana aku nak promote photography aku kalau ketat gila syarat, tak boleh dedahkan aurat orang?"

Ada orang kata gambar ni tak tutup aurat. Yakin ke orang dewasa tu perempuan?
Zaman sekarang ramai je orang laki rambut panjang.
Dan naik ke syahwat laki tengok gambar ni? Langsung takde point ya.
Lain kali aku kena buat entri pasal ni pulak la nampaknya.
weheartit.com

  Jadilah photographer yang bertamadun dan berjiwa Islam. Rezeki Allah yang bagi. Kalau kita ada prinsip, insyaAllah rezeki kita akan terbentang luas. Percayakan Allah. Tepuk dada tanya iman.



  "Ala, kalau aku hide semua ni pun, orang boleh cari, boleh tengok jugak. Tak dapat elak."

  AT LEAST, kita dah usaha sesuatu. AT LEAST, kita dah 80% tolong diri kita, tolong orang lain. Yang cari, yang tengok tu, terpulang kat diorang. AT LEAST kita takde dalam list 'orang tengah' dah. Daripada orang yang banyak bagi alasan tapi AT LEAST tak buat apa-apa?



  "Baik kau tak payah pakai Facebook."

vivresimply.blogspot.com

  Facebook sekarang perlu untuk aku berhubung dengan member lama semua. Dan Facebook boleh hubungkan aku dengan info terbaru. Yang baik kita ambik, yang buruk kita elakkan. Habis cerita.

  Tak payah nak perli kalau tak suka. Aku cuma sebarkan sebagai peringatan untuk diri aku, sambil tu ajak pembaca berfikir jugak. Lebih baik diam daripada komen benda tak berguna macam tu.


NOTA : Hati-hati kepada para Blogger jugak. Elakkan daripada letak gambar tak sepatutnya dalam blog kita. Sebab ramai orang yang akan tengok nanti. Nanti tergagap nak jawab depan Tuhan.

63 comments:

  1. AnonymousMay 02, 2012

    sokongg akak. tak nakk la naikk kan peratuss untukk masuk neraka. nauzubillahh

    ReplyDelete
  2. bahaya manusia2 sekarang ni..bukan tak nak caye kawan , kadang2 kawan kite cengiituh.dari salahkan kawan ,elok kite ubah selamat kan diri dulu..ye dak ?bukan selfish.kadang2 selfish pon kene jugak lagi2 keadaan cam yang di atas tuh!

    ReplyDelete
  3. Bagus la buat entry macam ni. Pasni if nak delete gambar member tag ke apa ke bila member tanya terus bg link entry ni. Takyah sesusah nak explain pepanjang. Haha.

    Bab dosa2 halus ni memang manusia susah nak nampak, mudah lupa, or mudah tutup mata, Sis. <--- Maksudkan diri sendiri. Heeee

    Thanks sharing! :D

    ReplyDelete
  4. waaah.. sedikit terasa d ctu ya.. :) hehe.. thanx for penjelasan yg panjang lebar... mudah2an kita sntiasa d bwh perlindungan ALLAH :')

    ReplyDelete
  5. astagfirullahal azim ..hmm ,btol tu ..sokong2 ..xsemestinye kte kte tutup je semua acc ,cm fb ..kte bleh mnfaatkan nye jd medan utk kte tmbahkan ilmu agma ..hmm ,ksmpulan ,jgn men upload je gmbar tu ,adoi

    ReplyDelete
  6. dosa2 halus mcm ni yg selalu kita terlepas pandang...

    ya,hukum melihat dan "memperlihatkan" aurat orang lain adalah berdosa.

    selagi mna yg kita mmpu utk elak, elakkan. mcm sis ckp "at least" kn..

    nice sharing! =)

    ReplyDelete
  7. dulu aq punya lah nk upload gambar semua ni... lebih2 lg yg ada org.. tp, bila sekrg ni dah mcm2 boleh berlaku, aku fikir bnyk kali nk masuk kn atau tak... kalau aq masukkn pun gambar tu mesti tak ada org... sedangkan muka aq sendiri pun aku nk sorokkan... skrg ni mudah sngt dpt dosa...

    ReplyDelete
  8. betul tu.. thanx atas peringatan ni..

    ReplyDelete
  9. haha...kalau orang nak hentam pun,biar kan aje...kisah pulak? :P

    ReplyDelete
  10. huhoo.. bgos.. fara suke ni.. hehe.. :)

    ReplyDelete
  11. sentap jap..gambar aku kat fb atau blog ni sis agak2 dapat menaikkan nafsu awek-awek dak kalau tengok..kehkehekeh..

    ok habis joke bangang disitu..aku pon risau gak pasal penah nampak gambar bini aku mase free hair dulu kat page member dia..harap dah takde..

    ReplyDelete
  12. haha...betul sisAl..... sgt stuju dgn entry ni.. senang2 xyah pakai fb...kikiki

    ReplyDelete
  13. agree wif u.....nk upload gambar,kena check dulu kita tutup aurat ke tak..

    kalau utk simpanan dlm kamera sndiri, xpe la kan...^^

    ReplyDelete
  14. hmm.. tak pernah terfikir pon.. thanks untuk peringatan...

    ReplyDelete
  15. Thanks sis ai for sharing. ckj pun tak perasan benda ni. :)

    ReplyDelete
  16. Cik GayahMay 02, 2012

    aah la. x perasan pun selama ni. thanks.

    p/s: nak cakap yang gambar last sekali, gambar awek pegang kamera, nampak aurat (rambut) dia. acane?

    ReplyDelete
  17. nasib takde fb. dalam blog pun ada sekeping gambar je.

    nice info anyway :)

    ReplyDelete
  18. sometimes ramai yang x sedar perkara ni boleh brlaku..free2 dapat dosa..perlu disebarkan sbb ramai yang tak tahu bukan sebab dorang jahil ke what..kalau yang dah tahu buat jugak tu jenis yang what can i say???
    nice entry sis Al :D

    ReplyDelete
  19. Assalammualaikum sis..

    bagi lana, ni antara entry terbaik sis yg lana baca sejak kenal sis.. :)

    firstly,tahniah untuk usaha yg sis ambil, untuk explain mengikut cara sis sndiri. Soal tersentap hatta nak terkentot pun, depends pada org yg membaca..pe kentot2 ni,ahahaha.

    Lana juga,pernah gak buat sebahagian yg sis pernh sebut atas ni, letak gmbr,friend list suma. Then,sampai satu tahap, ada satu hari, berlaku sesuatu, berkaitan FB. Lana ada cerita mengenainya dalam sebuah entry. Since dari hari tu, lana lebih berhati2..sangat sebenarnya, sangat berhati2.

    Dalam dunia blog pula,lgi la berganda2 hati2nya, sebab kita hidup dizaman yg mana,ramai manusia. teknologi plak mudah dpt kat mana2. Dua faktor ni, bila disalahguna, jadila bermacam2 perkara yg hina.

    Ada blogger pernh tnya, kenapa lana tak tunjukkan muka.. Lana cuma mmpu gtau,takpala, biar org kenali lana melalui penulisan lana.

    Actually, satu perkara lagi, dalam hidup ni,kena ada prinsip. Pandangan peribadi lana, kebanyakkan orang suka meniru apa yg org lain buat. Dia tgk, macam syok,best je si A buat sekian2..dia pun nak buat jugak..tnpa fikirkan kesan. Org lain nak tayang gambar pi pulau, kita sibuk nak tayang gambar pi pantai.

    Memang, "aku punya hidup,aku punya sukala". Jadi, kena bersedia juga untuk jawab "aku punya dosa, lantak mana la aku nak kumpul azab bnyk mana"

    Bersediakah menjawab sebegitu rupa?

    ReplyDelete
  20. terima kasih diatas peringatan.. kadang-kadang kita terlupa dan terlepas pandang... semoga kita semua berada dalam rahmat dan perlindungan Allah...

    ReplyDelete
  21. tq sis coz telah membuatkan sy terfikir & sedar benda yg tak disedari selama nie. lepas ni akan lebih berhati2. :)

    ReplyDelete
  22. Cik Gayah :
    Hehe, gmbar tu, tak smestinya dia org prempuan sis. Kita tak nmpk muka dia. Laki zman skrg rmai je dh brambut pnjang.^^ Dan lelaki yg tengok gmbar tu pun mmg mustahil nk naik syahwat, haha!

    ReplyDelete
  23. Bukan tak boleh nak mesej atau call je pakai nombor telefon kalau nak contact member lama. -__-

    Facebook lagha. Aku tak suka.

    ReplyDelete
  24. betul la tu.
    takpe la sis. dorang takleh terima biar la. yang penting sis dah buat yang terbaik.
    nak share tau.

    ReplyDelete
  25. sila hati-hati dan jangan terlalu ghairah upload gambar hatta bertudung sekalipun di fb...dah pernah jumpa lelaki yg mungkin gila seks ke apa ntah...dia curi gambar wanita yang bertudung tapi pastu komen pasal bibir la...pasal buah dada la....allah memang malu baca...kesian gak kat perempuan2 yang gambar di curi...mungkin dorang tak tahu...tapi sis memang ada la orang yang memang suka upload gambar...bukan gadis2 saja.....mak2 yang dah ada anak pun sama...sikit2 tangkap gambar....upload tunggu org komen....lagi sedih mak2 ni ada yg sanggup upload gambar masa muda...yang tak pakai tudung semata-mata nak tunjuk cantiknya dia masa muda...allah....penat ustaz pesan pasal dosa2 facebook nih...rasanya bukan meka tak baca tapi meka kalah dgn bisikan syaitan....nauzubillah

    ReplyDelete
  26. trima kasih atas perkongsian ni...entri mnghala kearah kebaikan bagus untk dikongsikn brsama..

    ReplyDelete
  27. bagusnya Sis....nak like 10000 kali. nanti kena remove balik tag kenkawan. aurat nampak mudah tapi berat. berhati2 la sesama kita.

    ReplyDelete
  28. Allahuakbar..bahaya betul..kat friends tu..dah buat..igtkn dah terlepas..rupanya masih ada..huhu

    p/s : tq sebab ingatkan.. ^_^ nak share ni.. ^_^

    ReplyDelete
  29. eh eh , betol jugak kan :)

    ReplyDelete
  30. betol tu.kadang2 kita lebih jaga aurat kita dari org lain.. takut pulak dapat free ja dosa mcm ni.. dosa org tengah..

    ReplyDelete
  31. sis piqah mintak izin nak share tau.. :D

    ReplyDelete
  32. manusia memang suka komplen.. ringkas dan padat.. =)

    ReplyDelete
  33. AnonymousMay 03, 2012

    alhamdumdulillah masuk sini dapat ilmu sikit :)

    bukan setakat kat fb je..di alam nyata pun sama.. :)

    ReplyDelete
  34. em.. minta dijauhkan daripada dosa

    ReplyDelete
  35. saya sebenarnya nak komen...tapi...saya takut Sis AI n org lain hentam saya bertubi2..:D

    ReplyDelete
  36. Encik H :
    Bro nk ckp apa? Ce kasi luah je..

    ReplyDelete
  37. owh , selalunya aku minat bagi pendapat yang bertentangan nih , hehe , suka bertikam pendapat , tapi masuk kes nih , aku rasa lar kan ..

    u'r right! 100% ! .. insyAllah , aku akan buat yang termampu ..

    ReplyDelete
  38. ok, noted.. kdg2 terlepas pandang jgak hal2 cmni.. nice sharing ^^

    ReplyDelete
  39. Bismillahirrahmanirrahim..

    Formal nih..takut..hehe..harap jangan la marah kat saya..

    Honestly, entry Sis AI memang ada benarnya..Perihal agama, dosa dan pahala bukan boleh diambil suka-suka..Cuma, ada sedikit perkara yang bercanggah dengan pendapat saya..

    Saya sendiri ada fb and sejak dulu memang saya hide friendlist saya dengan alasan, "kawan aku sikit la,buat apa korang nak tengok..hehe". Tapi kalau gambar saya dengan kawan-kawan yang free hair tu memang ada dalam album gambar yang lama-lama..

    Apa yang Sis AI ulas memang betul..tentang menjaga aib sesama manusia..tentang menutup aurat..tentang elakkan rakan-rakan kita dari naik syahwat bila saja gambar2 seksi yang diorang lihat..

    Cuma pada pendapat saya, urusan dosa dan pahala bukan kita yang tentukannya..saya rasa tak adil bila kita katakan seseorang itu berdosa saat dia lihat kenalan atau gambar-gambar dalam fb atau blog kita..tak adil jugak untuk kata yang kita berdosa sebab jadi medium pengantara..

    Yes, at least kita cuba kurangkan benda2 macam tu dalam fb kita..tak salah untuk kita berpesan-pesan..tak salah untuk kita berjaga-jaga..tapi tak patut untuk kita jatuhkan dosa sesama manusia..

    Itu pendapat peribadi saya..maaf kalau pendapat saya tak sama dengan pemikiran kalian semua..Teramat-amat sorry pada Sis AI kalau comment ni buat kamu terasa..

    ReplyDelete
  40. Encik H :
    Ok, biar sy tnjuk prbezaan jelas kat bro. Sy cuba explain dgn jelas hal yg dosa pahala tak adil utk sy ckp tu.

    Bg sy, bro boleh ckp mcm ni bila seseorg tu mnjatuhkn hukum sesuka hati kat situasi yg brcanggah. CONTOH, dlm entri sy sblum ni, ckp psl aurat kat bahagian dagu. Ada pndapat mngatakn tak salah klu tak tutup. Ada pndapat kta kena tutup. Kiranya dia ada canggahan.

    Tiba2 dlm blog sy, sy kta dosa klu tak tutup. Kat situ bro dh boleh tgur sy. Itu bru tak adil, sbb ada prcanggahan, tp sy main jtuh hukum tnpa ambik tau psl prcanggahan yg dh jdi. See?

    TAPI, bro kta tak adil utk sy ckp yg tgk gmbar tak tutup aurat ni berdosa. Tak adil? Smua org dah al maklum klu kita tgk aurat bkn ajnabi akn brdosa. Apa yg prlu sy slindungkn lg? Bnda ni takde canggah, mmg dh btul2 tak boleh tgk.

    Dan tntng jadi 'ejen tengah', kita tau Islam tu agama lengkap, agama yg sgt halus hukumnya. Msuk tndas msuk kaki kiri pun dpt pahala sbb ikut sunnah Nabi. Apatah pulak hal ni? Ini smua halus, bro.

    Smalh mcm bila seorg gadis hilang ayah, abg dia pulak bkl tanggungjwb ats klakuan prempuan tu. Klu abg takde, ayh saudara pulak. Nmpk tak btapa adilnya Islam ni? Apatah lg bila bro jdi org tengah dan jdi pnyebar. Klu bro tak dituntut keadilan skrg, esk kat mahkamah akhirat? Islam ni adil.

    Bg sy, tak salah utk sy sbutkn psl dosa pahala ni ats dsar pringatan brsama. Bnda ni mmg kukuh. Dan mmg niat sy tulis smua ni utk org brfkir.

    Dan mngkin, pnggunaan ayt sy kot buat bro tak slesa. Tp sy mmg jnis suka ckp straight to the point. Sy tak suka pusing sna, belit sna. Sy rsa sy dh ckup sopan dlm prkongsian ni, cuma ayt sy byk straight to the point. Sbb bnda2 mcm ni bro, boleh kasi putar belit.

    Mcm bro bca komen kat ats sblum bro, ada org prtikaikn satu gmbar yg sy letak dlm entri ni. See? Tak salah org nk prtikaikn, tp utk elakkn prtikaian, sy kena ckp straight. Bg org fhm point sbenar sy. Lgpun isu ni sbnrnya agk remeh klu org tak trfkir.

    Apapun, sy rsa ayt jtuhkn hkum ni kurang sesuai dgunakn BILA kita brjmpa dan mngingatkn scara brdepan dgn seseorg. Mksud sy, dgn org yg kita kenal. Bg sy, part tu bru kna lbih brlapik. Tp dlm artikel, maaf, tp dlm hal ni sy lbih prefer straight.

    ReplyDelete
  41. aku ske

    ko ingtkan aku

    mkasih sis

    kdg org xley trime teguran

    ye aku akui tu

    ReplyDelete
  42. Ok..macam ni sebenarnya..kita masing-masing tahu perihal dosa dan pahala..kita tahu tak menutup aurat tu berdosa..kita tahu tak solat tu berdosa..kita tahu minum arak tu berdosa..itu betul sis..tapi apa yang saya tekankan tentang "tak adil" di sini ialah bila manusia menjatuhkan dosa sesama manusia..padahal dosa dan pahala tu Allah yang tentukannya..

    kita boleh bincang tentang dosa dan pahala..tapi bukan kerja kita untuk tentukan dosa dan pahala..ada beza tu sis..untuk lagi jelas ialah pernyataan ayat kat bawah ni..

    1: "kau ni, tak tutup aurat tu berdosa tau..."

    2: "kau berdosa sebab tak tutup aurat tau.."

    dua ayat tu nampak macam sama tapi pengisian tu berbeza..jangan salah faham, saya tak kata apa yang sis ulas ialah salah dan saya pun tak anggap apa yang saya taip ialah betul..tapi secara jujurnya, mentaliti tipikal orang kita ialah pada ayat ke-2 di mana kita sering jatuhkan dosa sesama manusia..

    saya sedar apa yang sis ulas cuma nak tekankan tentang penjagaan aurat supaya kita terhindar dari dosa..saya faham tentang hukum, jelas dan nyata..saya cuma tak setuju bila ada antara ayat yang saya baca seakan "jatuhkan dosa"..itu jer..

    kita boleh bercakap tentang hukum tapi kita bukan tuhan untuk jatuhkan hukum..:)

    ReplyDelete
  43. Encik H :
    Hmm.. Sy rsa bila bro ckp mcm ni bru sy fhm. Sy prnh trbaca psl isu ni, tp bila bro ckp mcm tu dan sy bca balik entri sy, bru sy trsedar mksud sbenar bro.

    Skrg sy dh fhm mksud bro. Trima ksih sbb mngingatkn sy tntng ni. Serius sy tak sedar yg bab tu. Apapun, sy akn lg hati2 lg lpas ni dlm tulis entri. Trima ksih bro sbb bg sy fhm btul2. Hehe! Maluu..

    Btw, sy akn btulkn balik entri ni. Mudah2han takkan berlaku lg! :)

    ReplyDelete
  44. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  45. Encik H :
    Ceh, bro perli sy eh! Hahaha! Takde la, sy yg ptut minta maaf.. Sbb sy kurang fhm mksud bro sbnrnya.. Bro, jgn la emo2. Nnti sy pulak rsa tekanan. (=___=;) Tp serius, sy mnta maaf.. Dan dah dbetulkn balik entri ni.^^

    ReplyDelete
  46. eh tak2...tak perli...aaaa...ok2 dah delete balik komen tadi...

    ReplyDelete
  47. Aiyayaya~ Knapa delete! Hahaha! Ok fine. Kita dah ngarut. Hehe, apapun, trima ksih sbb tegur sy! Lain kli klu ada apa2, tolong tegur sy lg alrite. Sy ni, plupa.. Mnusia biasa..^^

    ReplyDelete
  48. thanks for sharing ! nice dear. kena pandai jaga diri ye dak ?

    ReplyDelete
  49. hi hi...apa khabar perjalanan hidup? hehe :)

    ReplyDelete
  50. Dalam ayat-ayat Sis AI , sebenarnya taliff ingin nak nyatakan perkara yang sama sepeti Encik H katakan.

    Dalam satu pernyataan sebenarnya kita perlu berhati-hati menjelaskannya. Kerana perihal dosa dan pahala bukan dijatuhkan oleh manusia. "Kau MASUK Neraka" dan "Kau akan dimasukkan Neraka kalau...." berbeza :)

    Anyway, entri ini sebenarnya dijatuhkan kepda kita pihak ketiga yang juga menyumbang kepada pahala dan dosa.

    Dalam hal dosa dan pahala, saya betul-betul tidak berani untuk berkata lebih. Bagaimana dengan niat kita apabila telah ADD kawan2 difacebook?

    Saya terfikir satu perkara, adakah kita apabila bersama mereka yang mungkin berpakaian terbuka aurat (dalam dunia nyata) juga akan mendapat dosa? Tapi saya teriingat 1 sabda Rasullullah s.a.w yang hampir2 berbunyi begini...

    "Kalau lihat kemungkaran perbetulkan dengan tangan, Kalau tidak dengan lisan atau cegahlah ia dengan hati."

    Jadi, sama-sama kita jauhi segala yang boleh memudaratkan kita.

    Anyway, nice insightful entry. Salam

    ReplyDelete
  51. hahaha. hentam pengguna fb yer!

    ReplyDelete
  52. alhamdulillah..sy baru terfikir isu ni...mmg ada kebenarannya...memberi peringatan pd diri sndiri agar sntiasa berwaspada...thanks atas perkongsian tok sis...mek suka baca huraian ktk atas ya...jelas n detail

    ReplyDelete
  53. bagus pe entry ni.. thnks sharing.. :)

    ReplyDelete
  54. wah, entry ni hot...rasa cam nak deactivate je FB tuh...org dulu2 boleh je hidup bahagia tanpa FB, takkan kita takboleh kowt...huhu, k, aku nak share entry ni ye....like like like...teruskan usaha murni Sis AI...

    ReplyDelete
  55. ok cik fikir..dan cik setuju..seriously facebookers mmg suke main add je,dp salah satu pnyebabnya..hmm..photographer,bnyknya tanggung dosa kalo snap gmbr2 yg x elok :(

    ReplyDelete
  56. yup! sokong 100%.. sebab kita takut nanti di akhirat, bila kita tak tegur orang tu dekat dunia, nanti orang tu tegur balik kita di akhirat.. :)

    ReplyDelete
  57. salam benar sekali sis.. hati2 kekadang gambar seksi seksa kekadang di amik pihak x bertanggung jawab..

    naim ada penah tulis di sini
    http://pemudattbc.blogspot.com/2011/10/gambar-anda-telah-di-sabotaj-benarkah.html

    ReplyDelete
  58. Hurmm.. masa Baca kan akak byk angguk2 je.. Dan geleng2 bila teringat akak selalu ambik mudah je Hal mcm ni.

    ReplyDelete
  59. Kat dorm, amik gmbr ramai2 n ada kawan muslim yang tak tutup aurat. Then, kawan yg bertudung ni gi post kat fb, sbb nak share gmbr dari cam dia. Then dia siap tag lagi org2 yang ada dalam tu. So, ramai2 tengok pe ada kat dalam dorm budak pompuan, pe tergantung kat hanger blkg dorg, n sbgnya..

    ReplyDelete
  60. wah.. nice entry~ detail n spesifik!

    ReplyDelete
  61. AnonymousJune 10, 2012

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  62. Betul dik, baru terjumpa entry ni. Bukan sume org berfikir sprt yang kita fikir. Bagi yg alert sahaja.100% sokong.

    ReplyDelete

Hentam saja la...