01/05/2012

7 Blogger-Kena-Kipas Bulan MEI!

Bismillah.

Dear journal,

  Start bulan ni, aku nak mula kenalkan 7 Blogger tiap-tiap bulan yang bagi aku memang terbaik. Dari segi apa? Banyak benda, tapi aku akan bagitau sikit-sikit sambil perkenalkan diorang.

  Yang tak famous layak disokong untuk jdi famous, dan yang famous layak disokong untuk jdi famous amos, wakaka! Tak kisah la. Yang penting disebabkan diorang, aku seronok blogging. Dan aku akan pastikan diorang ni berbaloi untuk penyinggah aku Follow diorang.

NOTA : Aku akan letak diorang ni kat bloglist special aku dalam sebulan sebagai tanda sokongan kat diorang. Diorang kena kipas sekali seumur hidup la, wakaka! Aku nak perkenalkan Blogger best yang lain jugak nanti.


*********************************************************************************


1. Apple.

http://bwerking.blogspot.com/

  Kalau korang tengok kaki komen blog aku, dia la nombor satu and komen entri aku dari mula aku blogging. Aku bukan nak puji pasal dia kuat komen blog aku, tapi komen dia berkualiti. Tak percaya cuba check.

  Blog dia banyak kupas pasal isu sosial dan benda yang kita tak pernah dengar sebelum ni dalam masyarakat. Sebenarnya blog dia interesting untuk orang yang suka tau pasal psychology masyarakat.



2. Lady Milo.

http://lady-milo.blogspot.com/

  Sis ni bukan Followers aku dan aku taktau la kalau dia pernah terjah blog aku. Itu aku tak peduli. Yang pasti, personaliti dia sangat menarik aku. Carutan dia pun bila baca ada point, wakaka!

  Blog dia cerita pasal life dia, tapi masih bukan cerita kosong. And sis ni kahwin dengan samurai Jepun, wakaka! Serius.



3. YM. Bundle.

http://pablodeaskoba.blogspot.com/

  Aku taktau la apasal ada bundle. Bro ni ada pengalaman kat downtown kot, wakaka! Apapun, first time aku masuk blog dia, aku suka. Sebab dia laki yang berprinsip dan benci 'I follow you, you follow me'.

  Dalam blog dia memang banyak mengutuk, haha! Tapi apa yang dia kutuk tu logik dan kadang-kadang perlukan someone untuk tegur. Tapi teguran dia memang sentap. Terbako. Yang pasti, dia tak peduli.



4. Lisanul Hakim.

http://lisanul-hakim.blogspot.com/

  Sejujurnya aku takut nak cakap panjang lebar dengan bro ni mula-mula, sebab dia pelajar Al-Azhar kat Mesir sana. Manalah tau dia akan sound aku sebab kureng menepati muslimah yang lembut, haha! Tapi lama-lama bila aku rajin jenguk dan tegur blog dia, rupa-rupanya bro ni seorang yang mesra dan sporting. Fuh, lega.

  Aku suka datang blog dia, sebab blog dia walaupun banyak maklumat berunsur Islamik jenis salin balik, tapi bro ni dapat dari pelbagai sumber. Kiranya tak penat aku nak terjah semua website. Cukup aku tengok blog bro ni je. Takpe, bro ni sentiasa meninggalkan kredit dan sumber asal.



5. Encik H.

http://penulis-misteri.blogspot.com/

  Mula-mula aku kenal dia sebagai Penulis Misteri. Dia agak ramah berbanding blog dia yang lebih kepada tema 'kesunyian', wakaka! Dia kata satu hari nanti aku akan tau identiti sebenar dia. Pergh, merungkai alam Misteri Nusantara, wakaka!~

  Apapun, blog dia lebih bertemakan.. Buat masa sekarang, macam kesunyian je? Tapi yang aku suka, dia berterus-terang. Ceh, mentang-mentang misteri, dia hentam saja apa yang dia nak luah. Tapi aku respect bro ni. Tak semua laki akan cerita pahit hidup diorang.



6. Clive.

http://byclive.blogspot.com/

  Bro ni pun dikira baru jugak dalam hidup blogging aku. Tapi bro ni pun kalau komen, dia suka bagi pandangan yang bernas. Kira tak kosong la jugak bila dia dah start komen.

  Apa yang menarik, blog dia. First, walaupun bahasa Inggeris, tapi bahasa mudah dan sedap mata nak baca. Second, entri bro ni banyak benda yang buat aku,

  "A'ah la. Tak terfikir pulak."

  Dia suka cerita random issues, tapi lebih kepada karenah masyarakat. Kot. Buat masa sekarang yang aku ikuti blog dia la.



7. Muttallif.

http://i-think-of.blogspot.com/

  Yes, bro ni pun baru aku kenal jugak. Tapi komen dia kat blog aku sama, berguna. Kira kalau ada topik yang dia rasa patut lontar pandangan, dia bagi. Kalau tak perlu, dia still comment jugak. Aku taktau kenapa, tapi aku suka cara orang komen berkualiti ni.

  Apapun, blog bro ni random. Baru-baru ni setahu aku pasal cloud... Cloud what? Oh ya, cloud computing. Yakni benda yang aku tak pernah tau. Dan ada jugak tips pasal kehidupan, semangat, kepimpinan. Bergabung la jugak.

  Yang pasti, bro ni pencinta Tatabahasa, ekekeke!


*********************************************************************************


  So, inilah dia 7 Bloggers yang aku rasa, well, puas hati feature diorang dalam blog aku untuk bulan MEI ni. Aku akan terus cari lagi Blogger yang patut kena kipas macam diorang ni, wakaka!

  Maafkan aku ya kalau nampak macam pelik, banyak Bloggers laki, cuma ruang pengisian tak mengizinkan dan kalau korang perasan, ruangan Mei ni aku lebih cakap pasal Bloggers yang leklek, dan semua orang tau laki bila blogging, err, lagi leklek. Kot?

InsyaAllah minggu depan aku dapat tunjukkan sis-sis Bloggers yang berkualiti. Lagipun tak perlu la aku kipas dengan niat jahat. Siapa nak jaga hero kerinting aku nanti kalau bukan aku, muahahaha!~

  Oh ya! Aku gagal dapat tawaran IPG. Takpe, takpe. Bukan rezeki aku la tu. InsyaAllah tinggal keputusan UPU. Kalau tak dapat UPU, nampaknya aku kena campak la dalam Matrikulasi.

25 comments:

  1. ko ni bukan setakat kaki lepak + fikir jewr, tapi kaki kipas berjaya gak erk...huhu....lepas ni guna aircond la plop...nampak la moden sikit....hukhuk....

    ReplyDelete
  2. masuk matrik eh...hehehe

    ReplyDelete
  3. fara pon x dpt ipg !! haha ! wah3.. blog mereka.. ukn maen lg ea. tq for da sharing :)

    ReplyDelete
  4. salam sis, dalam banyak2 tu yg nh kenal, tallif je, yg lain tu belum kenal lagi mungkin.. nanti nh kasi terjah..heheh..

    selamat bercuti sis..

    ReplyDelete
  5. Arghhhh! Dua blogger je yg kenal kat situ. Haha! Lagi lima tuu, kalau ikut ulasan Sis, nampak ada gak yg menarek. Bleh laa carik kawan baruuuu. Hehe :D

    ReplyDelete
  6. ckj da terjah da blog mereka semua... simple je.. pengisian entry tu yang berkualiti.. :)

    ckj rasa sis Ai akan masuk matrix la sis... hehehe..

    ReplyDelete
  7. X penah masuk lagi kt blog2 tu, insyaAllah nti terjah.. ho3.. Btw, antara semua tu, tertarik ngan ENCIK H.. sebab dia misteri.. muahaha.. suka sgt ngn misteri2 ni.. :D

    ReplyDelete
  8. hee..dalam byk2 tu cuma kenal Clive je...nanti akan terjah dorang semua..:D

    ReplyDelete
  9. nanti nk pi terjah diorang.. heheh

    ReplyDelete
  10. Ehem2...patut rupa-rupa rasa sejuk hari ini. Walaupun sedang menebas rumput kena sengat dek lebah marah rumah kena kacau(Nasib Baik Seekor, kalau tidak masuk hospital). SIS Ai yang mengipas :)

    Apapun, terima kasih atas "pengipasan" tu. Saya memang pencinta tatabahasa... :)

    Untuk Kegagalan ke IPG, seperti kata SIS Ai bukan rezeki. Berserah dan tawakkal. Ada rezeki lain yang lebih besar menunggu. Talif pernah alaminya, Jangan putus asa.

    Terima kasih sekali lagi atas penghargaan tersebut.

    Salam.

    ReplyDelete
  11. sis,jom gua belanja mekdi..hahaha..
    #terharu ade entry camni..thnks a lot sis..

    ReplyDelete
  12. encik H sangat misteri :P

    ReplyDelete
  13. matrik pun ok jugak... dah habis matrik boleh mohon upsi... best jugak katenya...

    ReplyDelete
  14. wah.. nk terjah blog2 yg kena kipas ni :D

    ReplyDelete
  15. <--tetiba rasa panas.

    mohon dikipaskan jugak.

    kahkah

    ReplyDelete
  16. wahh sume blog2 kat atas tu mmg suka berfikir mcm sis ai gak lah. tp suka ngn blog Encik H, misteri tp comel. :)

    ReplyDelete
  17. AnonymousMay 02, 2012

    ok nak g terjah mereka sbb ada yg sis tak kenal :)

    ReplyDelete
  18. wahhh belum kenal lg ni blogger2 diatas..blh lah sma2 kenal hehee :) tq sis..

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Aaaaa...thanks anyway..#_#

    ReplyDelete
  21. hehe , kira2 prmote blog orang lar nih , hehehe . 9t aku terjah blog dorang ..

    ReplyDelete
  22. mintak ipg?

    adik2 la ni

    xpe tggu tawaran lain lak k

    #mane blog aku? haha

    ReplyDelete
  23. What??? Saya terkejut gak pas baca entri ni. Baru balik dari Terengganu so lama tak berblogging. Haha.. Thanx bnyk2 Sis Al. Lol. Bangga pun ada. Haha..

    Baru jadi follower encik H. Mmg misteri pun. Haha.. yang len akan singgah gak bila terluang.

    Owh.. tak dpt IPG, masuk UPU. Tak dapat gak, amik swasta. Kecuali nak merayu pada intake seterusnya kira2 bulan julai bagi tiap uni. Kena siapkan awal2 surat rayuan then datang ke fakulti yang Sis Al nak masuk. Rayuan tak semestinya melutut ye. Lol.

    ReplyDelete
  24. tengah dok pasang angan-angan..bila lah gamaknya blog uncle bakal diterjah. walaupun sedar blog uncle bukanlah sehebat mana huhuuuu

    ReplyDelete

Hentam saja la...