Dear journal,
Assalamua’laikum
dan selamat sejahtera! [Hehe, nak perbaiki jugak pembuka kata aku ni.]
Tajuk kemain macam nak attack artis, wakaka! Takde la, aku nak ajar berfikir. Sekadar nak carut kosong, nak cerita kosong, itu bukan aku.
Sebenarnya dah lama aku nak cakap pasal artis zaman sekarang ni, lagi-lagi artis muda.
Mana yang gila artis, gila muzik ni,
boleh cakap jugak ni entri
troll untuk diorang. Tapi niat aku bukan nak
aib kan. Aku nak ajak
berfikir dan tukar pandangan dengan bloggers
lain. Yang mana tak puas hati tu, boleh lontarkan pandangan korang. Tapi bahasa biar tunjuk awak tu berakal
sikit, alrite?
Yang penting, korang kena berlapang dada, fikir dulu
apa yang aku cuba sampaikan. Harap bermanfaat
dan ada part jernih untuk korang ambik.
Komen Pasal Artis
Muda ISLAM Kat Malaysia Ni.
magical-secret.blogspot.com |
Aku tak hairan pasal fenomena Justin
Bieber, Miley Cyrus, Jonas Brothers, yakni artis muda meletop zaman sekarang ni. First,
diorang ni orang Barat. Memang
ikut kepala diorang la nak
melalak apa-apa. Nak kutuk pun, Amerika. Standard!
Tapi aku tepuk dahi
dengan artis muda ISLAM yang
mengikut rentak diorang ni. Tak perlu la aku sebut
siapa, sebab confirm 90% orang Malaysia tau artis-artis
famous sekarang. Aku TAK KATA diorang ni langsung tak boleh menyanyi. Kita ada akal,
ada agama, ada adat. Fikir-fikir la
sendiri, ye tak?
Tapi cuba korang bayangkan kalau fenomena ni tersebar kat Malaysia. Baca betul-betul.
Negara kita selagi
boleh nak kurangkan zina, buang anak semua, terutama orang
muda.
Tapi on the same time ada ORANG MUDA yang duk menyanyi
lagu CINTA.
And peminat dia pun ORANG-ORANG MUDA. Ramai tak ramai fikir la sendiri.
muslimsdebate.com |
Cuba fikir.
Kalau anak korang kan, muda-muda dah jadi
artis. Ok fine, tu ikut minat anak korang
la. Then muda-muda macam tu,
dah nyanyi lagu cinta, lagu yang SEPATUTNYA orang dah kahwin je boleh
dengar, boleh kasi ‘feel’.
Ala, penipu besar tahap gaban
la kalau ada orang cakap,
“Ala, lagu je! Tak payah nak ‘feel’ sangat la!”
Kalau kau sorang je yang tak reti ‘feel’ muzik, takpe. Kat Malaysia ni, berapa ceruk pulak manusia? Kau ingat semua sama je macam kau, type takde ‘feel’ bila dengar? Even kadang-kadang aku terdengar pun, tiba-tiba hati aku terdetik fikir bab cinta. Istighfar. Terus bukak Mp4 sendiri,
dengar lagu lain.
Brother, sister, syaitan laknatullah
ni bukan darjat cikai-cikai. Dah berapa kurun diorang goda manusia ni?
Kalau ada tahap lagi tinggi daripada LEGEND, itulah diorang.
So, Orang Muda Ni Tak Patut Show Potential Ke??
allopinionsarenotequal.com |
Of course kena show potential! Even aku tak nafikan, aku pernah masuk side-side
artis ni. Aku masuk bidang teater. Macam-macam
aku tengok ragam artis ni. Diorang lebih kurang sama je sebenarnya dengan pelakon television. Sama je nama, ARTIS.
Bagi aku kan, yang suara lunak ni adalah satu kerugian kalau diorang tak try jadi qari’ atau qaria’h. Ala, yang
berlagu-lagu baca al-Quran tu. Ok, fine, zaman sekarang
ramai ke orang muda minat benda tu? Tak kan? So, aku terima
alasan tu.
Tapi, seriously, kalau kita reti menyanyi,
menyanyi sahaja ke bidang yang kita tau? Aku pun minat seni teater, tapi pembohong besar la kalau aku kata aku minat benda tu je. And kalau aku gila teater pun, aku fikir nak jadi pengarah je.
Aku susah nak fikir jadi pelakon.
Banyak risiko, seriously. Lagi-lagi
orang perempuan. Laki senang sikit.
theepochtimes.com |
Ok la, fine. Kita ada SATU MINAT sahaja. Kita nak menyanyi jugak. So, tak boleh ke kita nyanyi lagu yang tunjuk standard
kita? Macam nyanyi lagu ibu ke, lagu
ayah ke, lagu cikgu ke, lagu kawan ke.
Menyanyi la ikut standard umur, standard
kita. Ukur baju di badan sendiri la.
Bukan menyanyi sahaja, tak kira la apa benda kita nak buat pun, tak boleh ke ikut standard kita?
Banyak potential yang diberkati Tuhan boleh kita tunjuk. Nak jugak ambik potential yang kurang selesa tu. Biasa la. Kita ni manusia. Asalkan
jalan mudah, redah jela, ye tak?
Islam Ni Bukan
Sekadar Agama, Tapi The Way Of Life.
kondori.wordpress.com |
Kalau korang perasan la, aku bukan nak cakap
apa, tapi ada sesetengah cerita Hong
Kong and Barat aku tengok.. Diorang ni masuk kuil, masuk church.
Sembahyang. And lepas keluar je, bunuh orang, jadi samseng. Perasan tak?
Takkan la kita nak ikut cara macam tu? Even
sekarang pun aku tengok ada je orang Islam yang Islam sekadar
agama. Takkan kita nak ikut diorang? Mintak maaf, kubur
memang masing-masing. Tapi takkan
kita sampai nak beratur masuk neraka
dengan diorang nanti?
penjagaiman.blogspot.com |
Dan time tu macam kita tak kenal pulak manusia. Dah buat salah, masing-masing tunding jari kat orang lain. Time tu takkan
kita nak cakap,
“Eh, kau! Sebab aku minat kau la aku masuk neraka!”
Pulak? Dah lambat. Nak cerita banyak kena sebat dengan
penjaga neraka.
Duit tu duit jugak. Famous tu famous
jugak. Bakat tu bakat jugak. Tuhan dah bagi, kasi syukur. Cara syukur bukan sekadar cakap syukur
bila duit berkepuk dalam poket. Cara
bersyukur jugak dengan menggunakan kelebihan yang dipinjam dengan
sebaik-baiknya.
insideandoutofme.blogspot.com |
Yes, takde sapa pun sempurna dalam dunia ni.
Satu hari, takde sapa terlepas daripada buat dosa. Ini
semua pengajaran hidup. Mana yang mampu kawal, kita kawal la. Mana yang buruk tu,
kita cuba elak-elak, kurang-kurangkan.
Aku cakap ni bukan dasar nak attack artis. Tak kisah bidang apa pun,
sama je. Bakat yang ada, jangan
salah guna.
Jadi aku tulis ni untuk aku beringat dan ajak korang semua beringat sama.
Mudah-mudahan mintak jauh kat keturunan kita.
en.wikipedia.org |
Dan aku bagitau ni, sebab korang semua
bakal parents dan ada yang dah jadi parents pun. So boleh la fikir-fikirkan dan pandai-pandai la tarbia’h anak dengan
lebih baik. Ingat! Salah satu a’mal berterusan
kita selepas mati adalah meninggalkan anak yang soleh/solehah untuk mendoa’kan
kita.
Fikir-fikir la. Dan korang boleh lontar pandangan yang BERHEMAT korang kat sini. Aku sudi mendengar.