14/03/2012

7 Cara Apabila Putus Cinta.

Dear journal,

mydecrescendo.blogspot.com

  Aku boleh kasi teka punya, muka korang yang tengah hadap post ni mesti muka sadis tahap gaban kan? Apa pasal? Putus cinta? Dah-dah-dah, kesat air mata tu. Jangan sedih-sedih.

  “Aku dah try banyak cara nak lupakan dia, tapi aku tak mampu. Argh, kenapa life aku memang sadis.”

  Aku pun boleh nampak kesadisan korang. Takpelah, biar aku bagi tips untuk korang bangun balik daripada kegagalan putus cinta korang. Harap tips ni dapat membantu meringankan baldi yang penuh dengan air mata korang tu. Tapi, wait wait wait seminit! Aku tak post benda ni dengan harapan korang akan pi bercinta sakan tanpa nikah and bila dah frust menonggeng,

  “Takpelah. Ada blog bagi tips putus cinta. Lepas aku dah elok balik, aku nak bercinta balik la.”

  Very funny. Aku cuma sedar, kes-kes macam ni dah berleluasa and ada sesetengah dah give up dalam hidup la, kasi toreh tangan la, taknak makan minum la, dan ada dah macam separuh gila. Aku post benda ni sebagai manusia yang tau erti simpati dan empati. Dan jugak sebagai blogger random yang nak tolong random person kat luar sana.


**********************************************************************************


1. Kau pergi menangis.

putuscinta.com

  Serius. Bila dah break-up, kau kasi nangis kaw-kaw. Kalau kau takut jiran sebelah dengar, kasi hentam saja la. Nangislah fikirkan apa yang kau dah usaha separuh mati, apa yang kau dah lalui, apa yang dah kau kasi tabah demi satu hubungan yang bagi kau tersangat precious tu.

  Kau nak nangis sejam, dua jam, tiga jam, nangis la. Tapi ingat. Kau dah nangis kaw-kaw sekali, dah, cukup. Kau nangis la bagai nak gila, tapi sekali je. Kau nak buang air mata kau untuk orang yang dah kasi sakit hati, jiwa, pengorbanan kau? Buat rugilah. Entah-entah dia tengah syok makan popcorn sambil tengok bola/drama dengan member dia. Rugi wei, rugi.


2. Kasi bakar, kasi rejam, kasi hilang semua ‘kenangan’ korang. Kasi luah semua.

weheartit.com

  Delete nombor phone dia, unfriend Facebook kau dengan dia, unfollow blog dia.

  Aku bukan nak ajar kau jadi kejam, tapi inilah hakikat. And contoh la dulu dia bagi kau teddy bear ke, foto susah-mati korang ke, tak ke kau akan emo tahap gaban kalau ternampak atau terjumpa? Elok-elok kau nak lupakan dia, tiba-tiba nampak barang kenangan korang. Dah, meraung balik sorang-sorang. [Walhal ex kau tengah syok menyanyi sambil mandi]

  Udah-udah la tu. Dia pun dah tak hairan la dengan benda-benda tu. Entah-entah barang-barang yang kau bagi dia dah campak dalam tong sampah, bawah katil, atau bagi stranger kat luar sana. Kalau kau nak erase something dalam hidup kau, kau kena erase betul-betul. Macam dia dah tak wujud lagi dalam kamus hidup kau. Kalau kau tak sampai hati nak bakar, nak rejam, kau kasi hantar satu kotak semua barang kenangan korang depan rumah dia. Jangan lupa bagi nota.

lucykatecrafts.blogspot.com

  “Ambik balik barang kau. Aku dah tak hingin lagi. Kalau taknak, kau bakar la sendiri.”

  Dalam nota tu aku recommend kau tambah luahan hati kau yang terbuku dan bernanah dan berkulat tu. Serius, selagi kau tak luah, kau akan rasa sesak gila. Lagipun, tu kan lastlove’ letter untuk dia. Bagilah dia ‘feel’ sikit sebagaimana dia ‘feel’ time kau bagi first love letter.

  Aku nak ingatkan. Kalau kau simpan lagi sikit-sikit barang kenangan korang or kau rasa beban gila sebab tak berani nak kasi luah perasaan sadis kau kat dia, jangan cakap tips aku tak menjadi, aku siku kau. Sebab bagi aku [dan pengalaman hidup aku], tips ni antara paling penting untuk lupakan someone.


3. Kau jangan nak jadi ‘puaka’ dalam hidup dia.

weddingbycolor.com

  Kalau kau jumpa dia, kau mesti diam-diam nak ikut dia kan? Kalau kau bukak Facebook, mesti kau intai profile dia kan? Kalau kau tak buat apa-apa, mesti tangan kau gatal nak bukak phone and type message cakap ‘hai’ kat dia kan? Seriously, stop puaka-ing hidup dia. Dia seronok hidup tanpa kau. Lagi kau jadi puaka dalam hidup dia, lagi dia menyampah atau budget digila-gilakan.

  Aku faham, kau terlalu sayang dia, bagi kau dia tu precious. Tapi, dah la. Cukup-cukup la tu. Aku cakap straight jela. Dia tak anggap kau precious lagi. Kau bertepuk sebelah tangan sekarang. Janganlah lukakan lagi hati kau dengan harapkan dia. Dia dah tak harapkan kau lagi macam dulu. Stop jadi puaka. Bangunlah dari mimpi kosong tu. Yes, kau berharap, tapi tu cuma harapan kosong. Tak payah kau nak follow dia. Live your own life. Uruskan dulu diri kau yang tak terurus tu. Itu lagi penting.


4. Kau pergi bercuti. Kalau takde duit, kau pergi dengar lagu atau hangout dengan family and members.

hikayatcikzqa.blogspot.com

  Yeess! Kau pergi bercuti, have fun, live your life again! Daki gunung ke, pergi shopping ke, pergi swimming ke, or buat camping dengan family and members kau. Kalau kau ni type low profile, members jauh, keluarga duduk Eropah, kau pergi bukak website lawak-lawak. Bagi bibir kau tersenyum balik. Bagi hati kau sejuk balik.

  Kalau kau gila muzik, kau dengar lagu yang bagi semangat untuk kau bangun balik. Macam album Avril LavigneLet Go ke, lagu 2NE1Go Away ke, or dengar lagu nasyid/ayat al-Quran yang buat hati kau sejuk. Apa-apa jela ikut taste korang untuk naikkan semangat korang.

  Bak kata pepatah blog aku. Tomorrow will die, but we never know when. So live your life fully!


5. “Aku dengan dia satu sekolah, satu universiti, satu tempat kerja la. Macam mana aku nak elak?”

ceriterasikacamata.blogspot.com

  *Tepuk bahu* Aku bersimpati dengan kau. Apapun, kalau benda tu jadi, so what? Dia kan bayang-bayang gelap dalam hidup kau. Kalau kau rasa tak selesa lagi, kau tak perlu bercakap or pandang dia. Buat taktau je. Sebab tu lah kau kena pergi bercuti. Hilangkan stress kau dulu sebelum hadap dia balik. Kalau dia start cakap or saja nak berbual dengan kau, just,

  “Hai, nama saya si fulan. Selamat berkenalan.”

  Seriously. Dia dah kasi rejam perasaan kau, kasih sayang yang kau dah bagi, and mostly dia tak hargai kau, kau nak get over it and start balik dengan dia? Tak berbaloi. Orang yang buat benda sekali akan ulang balik perbuatan dia. Nothing is impossible. Aku bukan nak ajar jadi Firaun, aku cuma nak nasihat betapa preciousnya perasaan kau. So, make it hard to get.  If you feel so hard  to get something, then you’ll  appreciate it the most. Ingat ayat tu sampai masuk liang lahad.


6. Dia mendengar luahan hati kau, Dia melihat penderitaan hati kau.

pimeusa.wordpress.com

  Kau fikir kau nangis semua, takde siapa nampak? Kau fikir kau terasa sakit jiwa kau, takde siapa dapat rasa? Ingat, Tuhan sentiasa dekat dengan kau. Dia dengar penderitaan kau, Dia tak pernah tinggalkan kau. Orang putus cinta selalu cakap,

  “Satu hari nanti apa aku rasa, dia akan rasa.”

  And kebanyakannya berlaku. Kau rasa dari ceruk mana pulak ada pembalasan macam ni kalau bukan Dia yang nampak semuanya? Bersujudlah, ucaplah syukur kepada Dia, sekurang-kurangnya Dia tak pernah tinggalkan kau walau seteruk mana pun kau. Janganlah kau give up sedangkan Dia sentiasa tolong kau untuk bangkit.

  Walaupun kau langgar perintah Dia, Dia tetap bagi kau hidup. Dia tetap bagi kau peluang untuk bangun. Dia bagi kau keluarga, Dia bagi kau kawan-kawan untuk kau bangkit balik. Dia tetap bagi kau peluang untuk senyum balik. Betapa luasnya, betapa tak ternilainya kasih sayang Dia kat kau. Bukak mata kau luas-luas. Sedarlah. Betapa kosongnya hidup kau tanpa cinta kat Dia.


7. Maafkan lah dia, ini semua pengajaran hidup untuk kau.

s570.photobucket.com

  Kau fikir, yang buat kau frust, jatuh bagai nak gila ni atas kehendak siapa kalau bukan Tuhan? Tapi Tuhan tak pernah aniaya hamba Dia, hamba Dia yang aniaya diri sendiri. Jadikan ini satu pengajaran hidup. Tuhan tengah bercakap dengan kau, tengah bagitau kau cara untuk tabah dalam hidup. Motif Dia ajar kau untuk jadi lagi tabah? Dia lagi tahu apa yang kita tak tahu. Aku pernah bagi perumpamaan kat someone,

  “Contohnya saya ditakdirkan ada ayah yang sangat garang, terlalu garang. Dari kecik sampai ke besar saya tabah hadap ayah saya. Mana tau saya dijodohkan dengan suami yang sama garang dengan ayah saya? Saya akan jadi lagi berlapang dada sebab dah biasa kan? Tapi kalau Tuhan bagi ayah saya lembut and tiba-tiba saya dapat suami garang? Tak ke cerai-berai nanti? Dia lagi tahu apa yang kita tak tahu.”

  Kalau kau dah lupakan perbuatan dia, udah-udah la tu. Maafkan jela dia, terima dia balik sebagai member-member kau. Janganlah sebab perbuatan korang dulu, korang nak putus terus hubungan korang and saling benci. Didik hati korang untuk berlapang dada. Semua benda jadi bersebab. So, terimalah seadanya.

**********************************************************************************


  Aku harap, sikit sebanyak korang dapat ambik pengajaran kat sini. Aku minta maaf la kalau ada sesetengah ayat straight je cakap, niat aku cuma nak bagi korang bukak mata luas-luas dengan situasi korang sekarang. Apapun, yang jernih korang ambik, yang keruh korang buang. Aku harapkan yang terbaik dalam hidup korang.

  Jangan kelar tangan, jangan give up, jangan nangis. Hidup korang panjang lagi, banyak lagi benda nak di explore. So, live your life! And kepada pembaca beragama Islam,

  ‘Laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Begitu juga sebaliknya.’

  Kalau aku frust menonggeng, mesti post aku ni akan meleter kat aku balik. Tapi kalau aku berjaya kahwin, Alhamdulillah.. Jangan lupa doakan aku, hehe.


19 comments:

  1. tips y boleh digunakan bila puts cinta.. tapi xputs cinta lagi.. hekhek.. :D

    ReplyDelete
  2. Hahaha! Baguslah kalau macam tu.. Sekadar buat bacaan umum pun boleh je. Boleh tlong org lain. :)

    ReplyDelete
  3. boleh buat sbagai bahan bacaan.. hehe

    ReplyDelete
  4. kasi dekat diri sama Allah lagi bagus..tenang la diri sikit kalau frust tu..tapi kalau sakit hati dengan panas,pegi je hardware beli asid pastu simbah kat muka orang tu...wakakakaka...

    ReplyDelete
  5. saya tak boleh apply cara2 yang kamu syorkan tu, haha. because it's complicated.

    ReplyDelete
  6. owh.. cara2 ni mmg slalu dibuat dek orang. Mungkin ad gak yg sesuai praktikkan. Tapi bila hati dah berbekas, mmg susah nak padam. Hoho..

    Tapi, part ex menyanyi sambil mandi, logik ke? mandi sambil bernyanyi adala kot. kecuali dia tengah karaoke then mandi.. Cheh.. Komen bodo dari saya.

    ReplyDelete
  7. Ckin Kembaq :
    Buat sebagai bacaan boleh la.. Mana tau ada kwn2 susah kan. :)

    Ym.Bundle [Blog.Sampah] :
    Hahaha! Itu mmg kejam gila. Yela, tp kasi dekatkn diri dengan Tuhan la the best idea utk kita yg beragama ni.. :)

    aku :
    Kaedah sy bukan complicated, tp kmu yg complicated.

    Apple :
    Haha! Yupe! Agk rmai org tau, tp bila dh putus cinta, slalunya org dh tak boleh fkir dah. Otak dh keruan. So, inilah masanya utk diorg ingat balik.

    Apapun, a'ah la. Err, Tatabahasa dah silap, hehe! Thanks for ur correction!

    ReplyDelete
  8. good advice.. mmg susah kot nk lupa lg2 first love. tq anyway, bleh try. huhu..

    ReplyDelete
  9. pernah putus cinta..dan memang payah untuk menghadapinya..tapi cara menghadapinya memang seperti yang tertulis dalam post ni..menangis mcm orang gila, bakar benda2 yg dia bagi, berdoa, hang out with friends..

    ReplyDelete
  10. singgah n follow sini. tips yg bgus. nice entry. jemput ke blog fisha yer
    http://coretandakfisha.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. Chic Na :
    Lah.. First love rupanya.. First love ni mmg takkan lupa smpai bila2. Tp last love pun cantik jugak kan? Usaha!

    kay masingan :
    Yup, bnda ni boleh work out. Waaah! Bru tau Mr. Kay prnh putus cinta, he he he!

    Dak Fisha :
    Alrite, thanks. :)

    ReplyDelete
  12. satu nasihat yg terbaik daripada kamu.. huhu

    thankz follow blog naim. dan naim foloow balik blog ini. Terus menulis.

    ReplyDelete
  13. last love? waiting! huhu.. tq Wani.

    ReplyDelete
  14. naim :
    Trima kasih atas skongan dan pandangan. :)

    Chic Na :
    InsyaAllah, usaha! And most welcome! (^_^)

    ReplyDelete
  15. kalau xpandai bercinta jgn menggatal nak bercinta,sbbnya, tgk member2 bercinta, dia pon sebok nak bercinta.. xpayah.... belahar biar pandai2, lps tu cari keje elok2, then nak brcinta, bercintalah.....

    ReplyDelete
  16. jazakallah. semua dah buat. alhamdulillah. kearah lebih baik. apa yang jd baik utk saya & dia.

    ReplyDelete
  17. Perkara paling susah ialah untuk ikhlaskan hati sendiri..

    Trust me, we can do anything we can and say everything we want..but somehow, bila tiba saatnya kita alami situasi macam ni, cuma masa jer kot yang dapat ubati..:D

    Anyway, point ke-6 memang betul, Dia Maha Mengetahui..:)

    ReplyDelete
  18. Lupa nak ulas point2 lain..hehehe..

    1. Saya berani kat yang saya tak menangis kalau putus chenta..entah sebab apa..mungkin cara penerimaan saya buat saya rasa menangis tu bukan pilihan utama..

    2. Saya tak unfriend, saya tak delete number, saya tak remove apa2..sebab pada saya, mungkin bila-bila masa takdir akan kembali memihak semula..lagipun saya taknak menyesal bila suatu hubungan baik terputus hanya kerana hubungan lama tiada..

    3. Oh my...I am a good stalker..kahkahkah :p

    4. Yang ni saya setuju..lagu yang saya paling suka daripada Dewa - Hadapi Dengan Senyuman..lagu ni buat saya pasrah dan redha..:)

    5. Yang ni tak ada masalah..sebab beliau nun jauh di sana..hehe

    6. Dia Maha Mengetahui..I think that phase is self explanatory..

    7. InsyaAllah, saya sentiasa maafkan dan halalkan semua perkara yang pernah ada..

    Sekian..:p

    ReplyDelete
  19. Time ingt tu mmg sakit arr....
    Lau ingt die dh happy ngan yg br lg la skiit....
    Tp mslhnya kite couple ngan org hipokrit lg susah taw...
    Die ttp act like die care kt kite... syg kt kite....
    But lau kite leka... start la gayut / sms ngan yg sane...
    Lau kite ckp ape yg x puas hati... mule la melenting... ckp kite xphm die la, x tolak ansur la... bosaan.....

    ReplyDelete

Hentam saja la...