10/03/2012

"Kau Nak Nasihat Aku, Tapi Aku Rasa Kau Patut Betulkan Diri Kau Dulu!"

Dear journal,

  Aku memang dah sangka dalam dunia ni memang wujud makhluk-makhluk yang apabila dinasihat, dia akan kata,

- “Kau nasihat aku, kau dah bagus la?”
- “Tengok diri sendiri dulu, baru nak complain pasal aku.”
- “Dah, Kau senyap. Jaga tepi kain family kau. Kubur masing-masing.”

  First of all, aku nak tahniah lah untuk orang yang kena komen macam ni. Serius. Aku bukan perli, tapi sebab korang nasihat sampai dikutuk macam tu. Dapatlah free pahala, free experience, free for all lah senang cerita.

pakarcinta.com

  Harini aku bukan nak bagi tips nasihat orang dengan betul. Tapi aku nak bagi sebab untuk orang yang dah kena nasihat tapi tak boleh blah. Korang tak pernah terfikir kenapa diorang tak boleh terima nasihat? Kebanyakan akan jawab,

  “Diorang buta hati..”

  Brother, sister, kalau diorang semua buta hati, sampai bila diorang nak berubah? Hidayah memang milik Tuhan, tapi kita yang kena usaha. Meh sini aku bagitau sikit antara sebab diorang cakap macam ni yang aku pernah dengar supaya kita yang nasihat ni bolehlah diterima.. At least diorang dengar dan diam. Tu dah cukup baik kan?


1. “Kau cakap macam bagus je, tapi perangai kau lagi dahysat daripada aku!”

padinno.com

  Kita bukan manusia sempurna. Walau seburuk mana kita pun, ajaklah kepada kebaikan. Mudah-mudahan kita jugak akan tergerak hati untuk membuat kebaikan.

  Walau seburuk mana kita pun, nasihatlah akan keburukan. Mudah-mudahan kita jugak akan tergerak hati untuk elakkan keburukan tu.

  Tapi kalau kita yang nasihat nibuta hatijugak and nak tuduh pendengar yang kutuk kita tubuta hati’, apa cerita? Sama-sama buta hati. Pulak dah. Memanglah si pendengar tak puas hati bila kita ni pun dua kali lima dengan dia. Benda ni jarang berlaku kat orang yang 2-3 kali nasihat. Tapi ayat kat atas tu boleh terlontar kat orang yang suka nasihat 10-20 kali tapi perangai lagi sadis.

  Janganlah kita si penasihat terus melatah. Tengok diri sendiri. Check diri sendiri dulu. Bukan maksud aku stop nasihat and betulkan diri. Tak. Kau keep on nasihat, but on the same time kau pun berubah perlahan-lahan. Orang yang tengok and kena nasihat pun boleh terima slow-slow dengan kita.


2. “Kau ni apahal? Tiba-tiba nak nasihat aku? Kau ada sijil ‘Imam Muda’ ke?”

akudansesuatuz.blogspot.com

  Sadis, memang sadis. Kita duduk Kampung Mayat, dia duduk Kampung Kubur. Tak kenal maka tak cinta. Janganlah kita main sergah and nasihat orang yang tak kenal atau kurang kenal kita secara direct atau terang-terangan.

  Bukan maksud aku kita tak boleh tegah kat orang yang kita tak kenal. Tak. Ni aku bagi contohlah, kisah benar.

  Dalam surau, ada sorang makcik ni salah seorang jema’ah kat surau. Ada beberapa jema’ah lain jugak kat situ, tapi takdelah bertimbun. Then sorang jema’ah muda ni taktau lah slack dia kat mana, habis solat je makcik tu terus nak tegur dia. 

sabahanmuslim.blogspot.com

  Yang aku tak setuju time lepas habis solat kan doa’, makcik tu menganggu jema’ah muda tu nak berdoa’. Kalau ye pun, habiskan dulu la doa’ tu. Second, dia siap buat posing yang jema’ah muda tu buat silap. Mestilah semua jema’ah lain pelik dan pandang diorang. Malulah jema’ah muda tu. Silap-silap dia dah taknak datang surau lagi dah. Aku tengok muka jema’ah muda tu dah berubah dah.

  See? Aku bukan nak cakap apa, tapi kadang-kadang orang yang kita nasihat bukan kita kenal, so cara dia lain, adab dia lain. Kalau tau adab, mesti dia boleh terima punya walaupun tak kenal.

  Biar aku explain. Cuba habis solat and doa’, makcik tu tarik dia slow-slow pergi kat ruang yang orang tak nampak. Minta maaf dulu kalau teguran dia mengguris hati, senyum, nasihat slow-slow and berhikmah. Then last sekali minta maaf lagi sekali and salam ke, apa ke. Tak ke seronok orang yang terima teguran tu? Ini terus sergah, terus melalut, terus.. Aiseh, sadis!


3. “Muka aku ada macam ahli surau ke? Aku tengah busy, kau nampak tak? Jaga kubur kau lah!”

hulukelang.com

  Wrong time, wrong place. Ada sesetengah orang niat baik nak nasihat, tapi nasihat kat salah tempat dan situasi.

  Contohnya si Minah ni kelam-kabut tengah siapkan kerja dia, lepas tu kau dengan sucinya nak ajak dia pergi solat. Tak salah kau ajak dia, tapi tanya pendek sudah memandangkan bagi dia, dia takde masa nak dengar taskirah kau panjang-panjang. Tanya,

  “Minah, nak ikut aku solat dulu?”

  Kalau dia jawab,

  “Taknak la.”

  Tak payahlah kau nak extend,

  “Mana boleh macam tu. Kau ni bla-bla-bla....”

  “Muka aku ada macam ahli surau ke? Aku tengah busy, kau nampak tak? Jaga kubur kau lah!”

  Ambik kau. Menanggung. Kita nak nasihat, kena pandai cari perspektif si pendengar jugak. Jangan ikut tekak kita je. Cuba kau tunggu time dia dah habis kerja, kau bagi dia kopi secawan, bual benda ringan-ringan dulu, then baru kau start nasihat. Mulakan dengan ayat ringan jugak.

  “Aku kesian dengan kau. Kerja kau banyak, sampai tak dapat ikut aku tadi. Tapi, tu lah Minah, aku sebagai sahabat dunia akhirat kau, bla-bla-bla..”

  Kita bukan nak tackle, tapi ilmu ambik hati ni penting untuk mulakan nasihat positif. Manusia ni berperasaan, so kita kena pandai-pandai olah ayat.


4. “Kau ingat aku orang tua ke? Berapa kali kau nak cakap?!”

jiwakacau.com

  Ada sesetengah orang akan balas macam tu bila dinasihat. Kau dah nasihat, dia tak berubah. So kau dengan baiknya nak nasihat la lagi. Tapi last-last kena maki. Frust menonggeng. Yang ni aku susah nak jelaskan sebab takut ada orang tak faham, tapi gentle aku cakap.

  Kalau orang tu cakap macam tu, maybe kau nasihat terlalu kerap. Bukan maksud aku tak bagus nasihat selalu, tapi ada sesetengah orang tak suka dinasihat selalu. Walau betapa bencinya kau dengan hakikat tu, kau kena terima and ikut olah diorang kalau kau nak berjaya.

  Kau tunggu dalam jangka waktu yang sesuai dalam jarak yang sesuai, then baru nasihat balik elok-elok. Orang jenis macam ni tak suka dipaksa. Kita nak nasihat tak boleh paksa orang terima. Biar dia duduk and fikir sendiri.

  Kecuali lah ahli family kau. Macam si suami yang akan tanggung dosa kalau tak suruh family members dia bersolat. Orang yang rapat, ahli family yang kau cukup kenal, tak salah nasihat banyak kali. Kalau anak kau berbulu sebab naik menanah telinga dinasihat, masih ada ampun lagi. Tapi pandai-pandai la kau pakai kreativiti kau didik anak. Kalau anak rebel sebab hati keras nak terima nasihat, susah jugak, ye tak?

sabahanmuslim.blogspot.com

  Setakat ni, aku pernah dengar ayat-ayat yang lebih kurang macam tu lah. Kalau korang pernah dengar yang lagi best, bagitau aku, alrite. Kesimpulan dia, kita tukang nasihat ni memang dah bagus nasihat orang.

 Rasulullah SAW juga seorang penasihat. Tapi baginda bijak dalam memberi nasihat. Bila orang dengar nasihat baginda, rasa lagi nak dengar. Siap berkumpul lagi, mengelilingi baginda. Takde pun yang nak lari, menjauhkan diri. Baginda memang hebat dan bijak nak olah cara nasihat dengan tepat!

  Kita kena ingat tu. Kita asyik salahkan si pendengar nasihat. Hakikatnya, cara kita kurang tepat. Check balik mana yang salah. Kita tak sempurna, tapi kita boleh sentiasa usaha melangkah setapak untuk jadi lebih baik.


5 comments:

  1. Yup nk tegur org kena lah berhemah kan.
    Xsemua org blh terima cara kita....

    ReplyDelete
  2. cik L.A.L.A :
    Itulah masalah kita sekarang.. Bila nasihat tak diterima, terus melatah.

    ReplyDelete
  3. Adik wani, saya suka blog anda ini, ianya bijak dan saya suka. So kbnykn komen sy pnjng berjela sbb adminnya saya rasa sukakan pndgan yang bukan sekadar menyedapkan telinga. Ok kan?
    Hoho..

    Dakwah selalu disamaertikan dengan kata-kata bijaksana berunsur agama. Nasihat berupa pandangan yang seringkali dikaitkan dengan kebaikan dan membina. Pada zaman para nabi, hal ini selalunya dipraktikkan dengan metafora. menasihat tidak semestinya menempelak atau bersemuka. Kita tak perlu memalukan seseorang untuk mengubah pendirian mereka. Ianya pernah ditulis oleh Carniege dalam bukunya yang menerangkan psikologi manusia.
    Menjadi teladan adalah satu cara yang baik dalam menasihat. Itulah yang kita dapati dalam pempraktikan penggunaan Sunnah Nabi, dari cara teladan itu sendiri.
    Jika orang nak membenci kita, bagaimana caranya jika kita kekal baik dengan mereka? Orang yang marah pasti akan malu kerana kita tetap berbuat kebaikan kepadanya. Kita tak perlu bersemuka dan bermuka-muka untuk mengubah hatinya, namun perbuatan kita telah memenangkan jiwanya. Saya mungkin silap, sila perbetulkan.

    ReplyDelete
  4. Em, trima ksih sbb pujian bro. Niat mmg blogging utk manfaat pmbaca dgn diri sndiri, tak lebih dan tak kurang. :)

    Apapun, pendapat bro mmg boleh dterima. N yet, Rasulullah SAW mmg gunakan teknik 'ikut teladan' bagi mata org lain.

    Ada ssetengah input masih tak lengkap dan skrg bro dah lengkapkn input yg lain. Terima kasih and moga2 kita dpt sama2 gunakn ilmu ni untuk brdkwah dan nasihat. :)

    ReplyDelete
  5. hurm, aku pernah ada experience dinasihati, aku memang pantang kalo orang yang nak kasi nasihat, tapi dia pun 2x5, cakap je pandai, tapi mcm hampeh...sorry to say, masa zaman2 jahiliah aku dulu, mmg aku "sound" direct atas muka dia...hurm, memang perang besaq la...

    but, bila dah makin matang ni, aku cuba muhasabah balik, kalo kita terima bukan kita rugi pown...dah kalo benda betul, xpayah kita nak tgk orang yg bagi nasihat tu mcm mana...terima je...lagi 1, kalo nak bagi nasihat, sila connect the tongue to the brain first...that was very2 important...

    ReplyDelete

Hentam saja la...