30/03/2012

7 Sebab Orang Taknak Tengok Blog Kita.

Dear journal,

  Kelmarin, aku kemain lagi rajin blogwalking. Biasa la, nak cari blog-blog yang best untuk bacaan dan mungkin kalau aku minat, aku follow. Tapi kan, ada sesetengah blog buat aku masuk keluar balik.

  Aku masuk, then mood aku spoil.

  Aku tengok sikit entri dia, tak berkenan, blah.

  Harini aku nak lepak-lepak sambil bagitau korang apa yang menyebabkan blogwalker keluar lari daripada blog korang secara korang tak sedar atau sedar. Aku taktau la kalau korang kejar followers ke tak.

  Kalau tak kejar pun, bagi aku satu kerugian kalau entri-entri kau terbaik dari ladang tapi takde sesapa pun nak baca. Kalau kau tak rasa rugi, aku rasa rugi. Sebab aku suka baca entri best.

*********************************************************************************

1. Segala ‘Pop-Out’ Kat Blog Korang Bila Nak Masuk Blog.

surfysurfy.net

  Kalau ‘pop-out’ mintak baca basmallah ke, aku boleh tahan lagi. [Sebab ajak bera’mal] Tapi yang keluar ayat ‘selamat datang’, ‘ayat pembuka’, or suruh add kat Facebook page korang, aku seriously rimas.

  Sebab korang kena faham, tak semua entri kita meletup. So aku sebagai blogwalker mesti akan guna kan teknik ‘add tab’ untuk bukak banyak page kat blog korang untuk baca sekali banyak entri korang. So on the same time aku kena la tutup semua ‘pop-out’ korang.

  Sikit sebanyak mood aku spoil. Kalau korang nak sangat cakap selamat datang semua tu, letak je la kat tepi post korang. Kalau takut tak nampak, letak kat top side blog korang.

  Benda ni sama la macam ‘first persepsi’ bila masuk blog korang. Belum baca entri, mood dah spoiler. Kalau entri macam haram, langsung tak di view lagi. Rugi kan?


2. Pasang Lagu Dan Aku Tak Jumpa Butang PAUSE.

last.fm

  “Alamak, lagu apa pulak ni!”

  Ayat tu mesti aku lontar bila blog someone ada lagu. Tapi yang lagi aku sakit hati tahap kebabo bila aku tak jumpa butang PAUSE. Bayangkan, aku nak baca je blog, kena scroll nak tutup lagu. Aku dah bosan, aku blah je la.

  Tak perlu bagi aku untuk korang letak lagu. Sebab kalau blogwalker macam aku yang dengar lagu, aku dah pasang lagu favourite aku dalam Winamp. Blogwalker yang tak suka lagu sebab tak boleh fokus? Lagi la diorang bengang.

  Kalau korang nak pasang jugak, boleh je. Aku galakkan lagu yang tanpa suara. Sebab serabut la. Nak dengar lirik lagu, nak baca blog. Susah nak fokus. And MAKE SURE butang PAUSE korang tak disorok atau letak bawah sekali. Kalau senang viewers nak pause, diorang takde la marah lagi.

  Contohnya macam buat butang PAUSE kat corner kiri blog. Banyak jugak blogger buat dan aku berterima kasih sangat-sangat kat diorang.


3. Kena Scrolling Blog Archive. Ada Yang Takde Langsung!

jasonrenshaw.typepad.com

  Ok la, kalau korang buat blog sebab saja nak buat diari, entri ringan-ringan, dan tak harapkan followers atau viewers langsung, tak perlu la letak Blog Archive tu. Sebab korang berjaya buat aku terus keluar.

  Aku ulang lagi, tak semua entri kita gempak. So, mana tau kalau aku minat baca first entri korang, mesti la aku nak tengok kalau previous or latest entri pun bagus. And takde blog archive ni spoiler sangat.

  Lagi-lagi yang letak tapi tulisan kecik gila. Then kena scrolling. Pedih mata aku. Baik tak payah. Teknik ni untuk tarik followers yang follow bukan sekadar dasar ‘follow’, tapi dasar nak baca entri blog korang.


4. Bila Blog Letak Satu Entri Sahaja.

flickr.com

  Pergh, punya lah bengang aku bila orang buat macam ni. Takde la bengang, just rasa,

  “Ok. Aku nak tutup.”

  Berapa kali daa nak aku kata. Tak semua blog kita ni best. So kalau satu entri je tinggal, lepas tu takde blog archive pulak tu, lagi lah aku malas. Aku taktau la, tapi kalau kejar hit page pun, letak la blog archive korang. Ni kena klikolder post’.

  Kalau gempak, ok jugak. Klik-klik je, another entri-biasa-biasa. Lagi la aku blah.

  Aku hanya boleh terima satu entri dalam satu blog bila dia paparkan BANYAK GAMBAR. Ada sesetengah blogger tak menulis, tapi bagi gambar untuk tengok. Yang tu aku boleh terima, sebab takut berat.

  Contohnya macam blog Aku Pelukis ni. Tapi kat main page blog dia memang banyak la gambar. Berat jugak pc aku nak terima. Kena baca satu-satu entri, baru ringan.Gambar dia lawa, aku layan jela.

  Kalau takut blog berat, at least letak la satu lagi entri kat bawah. Or letak Blog Archive korang. Barulah senang sikit. Kan?


5. Bila Blog Disable Right-Click.

hellboundbloggers.com

  Serius, confidential sangat ke entri tu? Aku taknak ulas banyak la, terpulang kepada individu. Tapi kalau korang nak baca kritikan pasal ‘Disable Right Click’ andTolong Jangan Copy Blog Saya’, sila la baca entri Blog Sampah ni. Moga dapat manfaat, dapat kesedaran.

  Aku tak bengang bila korang nak lindung entri blog korang. Lantak la. Tapi bila aku nak guna teknik ‘add tab’, punyalah susah.

  Aku tengok Blog Archive korang.

  Ada banyak tajuk aku suka kat previous entri.

  Aku ‘add tab’.

  Disable. Bengang.

  Blah.

  Suruh klik satu-satu? Ada berlambak lagi blog best kat luar sana yang aku taktau. Baik aku pergi tengok yang senangkan hati aku. Maksud aku, aku bukan visit korang punya blog je, tapi banyak blog. So, aku nak save masa and ruang tab aku.


6. ‘Read More’? Takpe La, Terima Kasih.

world-of-programmer.blogspot.com

  Aku bukan kata tak boleh, tapi serabut la otak aku. Dia ibarat macam nampak makanan sedap. Nampak sedap. Rasa sikit. Nak makan lagi, tapi kena klikEat More....’ Yes! Dia macam bantutkan viewers time nak baca entri korang.

  Kalau pembuka entri korang best, ok jugak. Ringan jugak nak klik. Tapi kalau pembuka pun dah buat aku sengguk, macam mana? Ada sesetengah entri best, tapi opening je macam bosan sikit. Tak ke rugi? Bagi aku, yang terel buat opening je boleh buat ‘Read More’ ni.

  Kalau nak ringankan page, as I said, pakai Blog Archive korang. Dan buat Blog Archive tu elok-elok sikit kalau nak orang suka blog korang.


7. BilEw AquE Tak PaHaM ApeW KaW TulEs.

featurepics.com

  First, aku tak suka baca ayat orang ‘alien’ ni. Sekejap kecik, sekejap besar. Kalau korang tak khatam Bahasa Malaysia, aku boleh terima. Ah, kalau ringan-ringan bahasa alien dia, aku boleh terima lagi.

  Ni yang dah la bahasa alien, font blog dia pun pakai bahasa alien! Tulisan kecik, font style pakai yang aneh-aneh dan sakit mata.

  Tolong, aku merayu. Aku akan tinggalkan blog kau. Tolong jangan seksa mata aku lagi.

  Jap. Aku nak tanya boleh? KALAU la korang terasa kan, aku nak tanya. Bukan SOALAN PERLI, tapi aku serius ni. Kenapa korang tulis macam tu? Aku nak tau tu je. Sebab aku suka belajar psikologi and salah satu yang pamerkan perangai orang dan cara dia berfikir ni dengan gaya dia menulis. So.. Aku nasihat, betulkan balik la cara tulisan tu. Tapi aku still nak tanya. Ada sesapa nak tolong jawab?

allblogtools.com


  Inilah dia 7 sebab bloggers taknak tengok blog korang. Mana yang rasa perlu diperbaiki tu, pergilah perbaiki. Mana yang rasa tak relevan tu, terimalah hakikat yang lain manusia, lain cara, lain minat. Kalau korang berimpian nak bloggers suka masuk blog korang, try la elakkan 7 perkara ni. Alrite?


25 comments:

  1. y lagu tu rimas gax.. >.< kat komen un ada verification words.. kalau sekali buat betul xpe la.. ni byk kali buat still xleh.. hahah.. ^^

    ReplyDelete
  2. AiSyA LiEzA :
    Yes, stuju! Yg word verification tu, insyaAllah akn dgunakn jgk bab lain. Tp stuju! Word vrification pun sakit hati sbnrnya..

    ReplyDelete
  3. hehe..adakah perkara2 itu di blog saya?hehehe kalu ada kenalah buang..memang agak annoying yang disable right click then kuar pulak pop out window..

    "Ops..takleh tekan2..mak nampak..."

    p/s : sabor je la..hehe

    ReplyDelete
  4. cita rasa kita sama la.. tak suka yg serabut2.. erkkk tensen aku.. depa ingat nak cantikkan blogg la konon, padahal serabut jaaaaaa..

    ReplyDelete
  5. verification word tu, tu tuk elak spammers. Tapi skrg Blogspot dah ada anti spam sendiri, so, takde pun takpe.

    Yang add tab tu, berbanding guna "right click" then open new tab, Sis Al boleh guna "CTRL-click". Dia akan buka tab baru gak.

    Paling tak best ilh yang tak ada blog archieve. Menyusahkan. lol!

    Post terbaru sy, komik pasal jerawat:

    http://bwerking.blogspot.com/2012/03/biggest-problem.html

    ReplyDelete
  6. Ckin Kembaq :
    Hehe! Yes, stuju sgt2 yg pop-out tu. BTW, stakat ni Alhamdulillah takde la pulak sy nk ckp apa2 psal blog Ckin. Bg sy clean je.. :D

    Nurulashyikin :
    Yes! Tu la.. Yg pnting isi dlm blog tu, bukannya blog lawa smata2. Klu nk lawa ok je, tp biarlah smpai tak sakitkn mata..

    Apple :
    Oooh.. Brulah sy tau! Thnks bro! Bab shortcut ni mmg lembap, hehe. Apapun, btul! Klu takde archive, sangat sakit hati. Tp klu dh biasa kita leklek je klik 'X'. Hehe!

    P/S: InsyaAllah akn bca entri trbru bro!

    ReplyDelete
  7. salam sis,,,

    Dulu memang letak lagu play sendiri+ popup msg dan banyak lagi..

    sejak berguru dgn google. akhir blog naim dah xdak.. :)

    haha

    :P

    ReplyDelete
  8. haha..gua ade 2 mistake disitu..1st blog archive tak view sepenuhnye.sebab taknak berat..tapi gua letak sitemap untuk semua entri..bleh tengok kat situ..hehe

    2nd-penggunaan readmore..adehh..tak sesuai ke sis??

    ReplyDelete
  9. errr..errr..aku terasa sikit (sikit jer) sebab aku disable right click..hehehe..tatau la apa pandangan org lain, tapi aku memang drpd dulu suka disable menatang tu..tanpa alasan konkrit..harap2 kau takde rasa tekanan la pasal benda tu..and thanks for keep tracking..:D

    p/s: aku pun tak gemar blog yang ada lagu2..tak gemar jugak bila tekan older post akan automatik buka tab baru..

    ReplyDelete
  10. ada jgk yg pict/gadjet byk sgt, lmbt nk loading. ;p

    ReplyDelete
  11. haha, xdapat dinafikan...hehehe...

    ReplyDelete
  12. Haha majoriti ni memang aku setuju, terutama lagu tu.
    Kita datang blog untuk mebaca, bukan nak dengo lagu, nak dengo lagu baik dengo kat youtube.

    ReplyDelete
  13. naim :
    W'salam!
    Bgusla klu mcm tu bro.. Sy rsa takde pulak sy mngomel time nk bca post2 bro.. Tu la, ilmu blogging ni kna pndai2 Google jugk kan. :)

    Ym.Bundle :
    Klu ada sitemap tu, ok la bro. Ada jgk pkai time nk cari entri bro kat sana.
    Yg Read More tu, sy rsa bro punya ok lagi. Tu la, kna tajuk yg mnarik dgn pmbuka mnarik, bru ringan skit nk klik. Cntohnya mcm bro ltak entri 'Lucid Dream' tu, sy klik Read More sbb bunyi intresting. :)

    Encik H :
    Hehe! Yg bro punya, mmg tak boleh nk right click pun! Sbb blog bro simple gila, haha! Yela, cntohnya mcm blog brmaklumat, itu yg spoiler. Apapun, sokong spenuhnya apa yg bro kureng brkenan!

    Chic Na :
    Yes! Itu point ke-8! Hehe, insyaAllah akan tmbah2 lg. Stuju sgt dgn sis!

    Iman Lurv Islam :
    Dfinitely! :)

    Arham Md Ali :
    Haa.. Tu la pasal. Nk kasi sedap skit kot blog dia tu.. Taktau la. Klu nk ltak, tak kisah. Ni ada yg smpai hide2 butang PAUSE. Mmg bikin bingit..

    ReplyDelete
  14. bab lagu paling sokong sgt2!
    rimaslah ;p

    ReplyDelete
  15. good points!
    POint "disable right click"
    actually boleh right click time blog tu tgh loading. Still ada weak point utk cara tu.
    maybe diorg nk lindungi gambar diorg dr orang curi. bahaya.

    ReplyDelete
  16. cik L.A.L.A :
    LIKE. Trlalu rimas. Lgi2 yg takde butang PAUSE, lg rimas!

    Meet Uncle Haire :
    Oh ya.. Klu gmbar tu, sy tak boleh kata apa la.. Still, ada jgk disable right click yg bila kita keep on right click, tiba2 dh boleh right click, haha! Err, belit. Tp hrap fhm, hehe.

    ReplyDelete
  17. lagu2 kat blog memang buat saya blah cepat ..hehe

    ReplyDelete
  18. tp kebanyakan point kt atas nun mmg cik setuju.
    dah byk blog yg cik xfollow sbb2 di atas ;p

    ReplyDelete
  19. kay masingan :
    Haha! Yes! Sgt mrimaskn bro.

    cik L.A.L.A :
    Hmm, sy pun sama sis. Tp taktau la diorg ni. Ada ssetengah kejar followers je, tu yg kasi hentam blog diorg kan.

    ReplyDelete
  20. aku pon ade part jugak ehh. haha. lagu aku baru jek letak then bile dah bace entry ko nie, rase mcmn nak buang jek. ak mmgtak suke denga lagu time blogwalking tapi aku suke lagu blog aku. haha.

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum,
    saya nk tanye 1 soalan,
    mcm mane nk buat blog archive ekk,
    please saye btol2 x tahu,
    anyway tq,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo pakai blogspot, boleh add gajet..

      Delete
    2. setujuuu..terutama no 2, 5, 7..
      lg 1 yg aku nyampah...bila tulis blog taknak eja betul2 setiap perkataan,semua main shortform, mcm taip sms..mmg bengang nak baca..bro, lu taip dengan keybod kan, bukan dengan keypad...bukan ada limited bilangan character pun..

      Delete
  22. Assalamualaiukum,
    seriously bende2 yg di senaraikan ni mmg bende yang aq gak benci time usya blog org.. grr

    ReplyDelete

Hentam saja la...