09/03/2012

6 Cara Nak Menahan Leteran Family.

Dear journal,

  Masa aku kecik-kecik, aku selalu kena leter dengan family aku. Tapi aku mengaku, memang aku yang banyak buat silap. Aku still budak-budak and diorang lagi arif tentang hidup. Aku yakin, mesti banyak makhluk-makhluk kat luar sana yang makin lama makin ramai kena leter. Lepas tu tak tahan, angkat kaki keluar rumah, duduk dengan member. Lepas tu dah takde arah, balik kat family.

  Percaya la, whatever u do, korang akan balik kat family. Sebab susah senang, family kau yang akan datang. Even tak ngaku family pun, darah kau still sama. Kau mau kasi sedut darah kau?

  Kecuali budak 11 tahun yang kena rogol dengan teman lelaki ibu dia. [Ada dalam newspaper] Privately aku rasa ibu dia gila la. Serius gila. Or kena rasukan iblis.

intantarita.blogspot.com

  So the main point is,

-          Kau taknak lari rumah, tapi otak kau dah jem nak terima leteran family kau.
-          Kau rasa tertekan dengan family. Kau lagi sanggup duduk Tanjung Rambutan.
-         Kau rasa takde life sebab family kau pun macam takde life.
-          Kau just nak baca post ni, untuk nasihat member kau kat sebelah yang baru lari rumah.

  So, aku cadangkan beberapa solution. Aku taktau situasi korang, tapi ini solution untuk ‘kebanyakan’ parents kat luar sana. Kalau kau dalam kategori ‘bukan kebanyakan’, email aku. Kita boleh kasi cincai maa..

1. Kau Diam.

  Kau diam je, serius diam. Sebab parents ni suka membebel, er, maksud halus lagi nasihat.. Aku faham telinga kau dah bernanah, cuma tinggal skru telinga nak tercabut je. Tapi, sabarlah. Aku tengok budak-budak ni suka melawan, termasuk aku dulu-dulu yang suka rebel. Last-last makan penyepak sekali. Lepas tu kemain nak makin rebel.

jimyblitz.blogspot.com

  Kalau kau diam je, benda tu takkan melarat. Biarlah diorang luahkan apa diorang nak luah. Situasi dia macam putus cinta la. Kalau kau tak luah kekecewaan kau, kau akan tertekan. N then nak bunuh diri la, nak lari la.

  Sama konsep macam parents korang. Kalau duk tengok korang buat benda buruk, takkan nak pendam je. Korang pun tau kalau pendam boleh gila. Biar je diorang nak cakap apa, nak maki apa, nak kutuk apa. Kalau diorang sanggup mencarut, kau just fikir atuk nenek kau tak ajar diorang cakap elok-elok time diorang budak-budak and keadaan persekitaran diorang yang suka carut. Tapi jangan la kau dah besar ikut jejak parents korang. Tanam dalam diri, kau akan jadi better parents.

  Ni ada sesetengah orang dah dendam dengan parents, kat anak diorang turunkan. Pulak. Kau diam je. Kalau kau tau parents kau akan melalut, yes, ada jenis parents suka melalut, or kau dah tak tahan gila, kau pandang satu tempat and nyanyi lagu Justin Bieber dalam hati.


2. Kalau diorang tanya, bagi jawapan yang tak kena makan kaki.

  Dah ditanya tu, kau jawab la.. Wait seminit. Ada 2 jenis pertanyaan.

  First, Pertanyaan ‘Double Meaning’.

  Contohnya,

  “Kau fikir kau dah besar??!!”

  Kau jangan la jadi anak bendul sangat jawab,

  “Ya, ayah. Saya fikir saya dah besar.”

  Confirm kena rembat, kena rejam. Kalau dia perli, serius kau diam jugak. Nak budget baik kau tunduk je, jangan pandang muka dia. Nanti nampak kau rebel. And ngelakkan kau tengok muka ‘singa lapar’.


  Second, Pertanyaan Yang Betul Pertanyaan.

  Contohnya,

  “Kenapa kau tak lap meja tadi? Kan ibu dah suruh???”

akhardhi.wordpress.com

  Kadang-kadang parents tanya ni sebab diorang taknak marah kau banyak-banyak secara melulu. And cara ni buat diorang lebih faham kau.

  Kau jawab la. Tarik nafas panjang-panjang, hembus. Then jawab dengan slow and steady. Kalau kau jerit-jerit, memang kena makan kaki. And kalau kau dah jawab tapi jawapan kau diputar-belit, kau diam je. Tu namanya parents yang rasa diri diorang je betul. So, terimalah hakikat korang ditakdirkan parents macam tu. Redha jela. At least korang ada parents. Mesti ada sebab Tuhan kasi parents macam tu.


3. Mintak maaf dengan parents korang.

  Kau dah dengar, kau dah jawab mana yang patut, family kau dah puas, kau pergi mintak maaf kalau kau gentle punya orang. Yes, hati parents kau akan lembut SELAGI kau cakap dengan penuh ikhlas and insaf. Percayalah. Sama la macam kawan kau buang sampah kat meja kau, then kau ngamuk, dia datang kat muka kau, dengan muka suci and ikhlasnya dia kata,

alkurawi.blogspot.com

  “Aku mintak maaf bro. Memang silap aku tadi buang kat tempat kau.”

  Pergh, lembut hati kau. Kalau perempuan, dah boleh pancing dah buat bini. Minta maaf ni penting. Dulu-dulu pun aku rasa kekok sebab family aku bukan jenis gentle naksorry-sorry’. Tapi kena latih diri. Ni pun salah satu adab kemanusiaan. Barulah kau boleh dipanggil manusia bertamadun.


4. Kau janganlah ulang balik kesalahan kau.

  Kau dah tau family kau tak berkenan kau melepak malam-malam, lari pergi cyber cafe, apa kejadahnya kau teruskan jugak? Memang kau menempa bebelan la. Lepas tu kau fikir,

  “Family aku asyik bebel je. Takde life betul.”

  Sebenarnya kau tu yang takde life. Parents korang lagi banyak makan gula dengan garam, diorang lagi tau mana baik dengan buruk. Benda buruk yang diorang bebelkan, janganlah kau ulang. Kalau kau tak ulang, takdelah dia membebel.

gamebanana.com

  And kalau kau dah mintak maaf tapi kau buat lagi sampai berbuih mulut diorang bercakap, memang dah takde harga lagi lah maaf kau tu. Manusia tu pelupa, tapi takkan dengan statement ni kau nak ‘melupakan’ diri kau? Kau nak tunggu parents kau rejam dengan batu baru kau akan ingat sampai bila-bila?

  Lu fikirlah sendiri.


5. Kau buat aktiviti luar.

  Apa guna kau merempat kat sekolah tu. Kau pergilah jadi librarian ke, ahli surau sekolah ke or just tolong-tolong cikgu yang memerlukan. Dah teruk benarlah parents korang mengongkong sampai aktiviti sekolah pun tak boleh buat, kan? Mesti diorang bagi punya. Time tu, kau berseronok lah. Maksud aku, enjoy buat kerja kau, aktiviti kau.

  Janganlah kau pergi merokok belakang sekolah, ambik dadah, hisap gam sebagai tanda kau rebel dengan family kau. Kau pun susah lah bro, sis. Kau akan sakit, dibenci masyarakat, takde life. See? Elok-elok kau benci parents kau, sekarang masyarakat pun benci kau. Menanggung.


6. Dekatkan diri dengan Tuhan.

  Kalau parents kau kaki leter and kau ceritalah kat sapa-sapa pun, takde sapa boleh ubah, melainkan Tuhan. Kalau kau fikir kau buat baik pun parents kau tak nampak tapi dibebelkan lagi, kau kena ingat, Tuhan sentiasa nampak. Balasannya hanya Tuhan yang boleh balas. Sekejap ke, lama ke, itu terpulang kepada Dia. Dia lebih mengetahui apa yang kita tak tahu.

  So, yang boleh tolong kau hanyalah Tuhan. Kau banyak-banyak la berdoa, laksanakan perintah Dia dengan sungguh-sungguh, barulah kau rasa ada life walaupun buat masa sekarang macam takde life. Ada masa kita jatuh, ada masa kita naik. Bersabar jela. Semua ni ada hikmah. Kau jangan putus asa, benda ni semua untuk kebaikan kau, Cuma kau je taktau bila dan bagaimana. Lagi sekali, Dia lagi tahu apa yang kita tak tahu.

202.45.139.16

  Aku berharap, dengan cara-cara ni, korang takdelah berfikir jauh sampai nak lari rumah semua. Korang fikir korang ada member, tapi member korang pun family dia support. Lagi mau support kau, pigi daa. Kalau kau kata kau pandai-pandai cari kerja, kau kena ingat, Tuhan nampak apa kau buat. Kau lari dari rumah dah kira derhaka. And jadi anak derhaka ni kan Tuhan dah tegah. Yang bagi rezeki Tuhan. Kau langgar perintah Dia, apa lagi kau mau cakap?

  Aku teringat lagi cerita ‘Budak Kelantan’. Budak perempuan ni lari rumah tak tahan kena leter. Last sekali keluar rumah takde haluan, kena rogol, lepas tu kena jual jadi pelacur. Kau nak? Sama-sama lah doa mintak jauh kat kita, keturunan kita. Mudah-mudahan peringatan ni berguna untuk diri aku sendiri kalau tiba-tiba buang tebiat nak lari rumah and korang kat luar sana.


6 comments:

  1. time kecil2 bukan ja ibu dan bapa meleter, tetapi kakak pun ikut berleter..hehe. Tapi x pernah sampai terniat nak lari dari rumah lah..:)

    ReplyDelete
  2. kay masingan :
    Baguslah kalau macam tu.. Ala, biasa la org prempuan. Kalau tak leter tu bukan org prempuan la kan, hehe.

    ReplyDelete
  3. Post ni, saya tak tau nak kata apa wani. Sbb semua cadangan tu telah dilakukan dan gagal dan telah memusnahkan hidup seorang anak kecil yang sukakan Sailormoon, cintakan Tuhan dan sukakan kedamaian. Namun si anak belum melarikan diri lagi, cuma dia terperangkap dalam trauma dan kini masih berada di dalam penjara jiwanya sendiri.

    Anak merupakan aset penting dan seperti juga mana-mana benda hidup lainnya, kekerasan bukanlah sesuatu yang boleh diterima untuk menuju kepada kebaikan, termasuklah kekerasan dalam bersuara. Itulah gunanya perkataan dibelai dan dimanja diciptakan. Susuli ia dengan pendidikan agama dan keasih sayang pasti akan membuahkan hasil yang lebih baik berbanding menggunakan kekerasan.

    ReplyDelete
  4. Hee, em! Pndangan yg bernas. Tp slama pngalaman hidup sy, sy dididik dengan tegas, tapi dalam msa yg sama msih ada ksih sayang.

    Bg sy didik ank dgn KEKERASAN mmg satu bnda yg tak boleh dterima dlm kluarga, tapi klu didikan TEGAS, disertai dgn ksih syang dan input agama, sy lg suka cara tu.

    Lgpun kita ikut predaran zman kan. Dunia yg makin mncabar ni, cra didik anak pun makin mncabar.

    Apapun, maaflah klu tips sy tak dpt mnepati citarasa bro. Sbb slama sy jmpa kanak2, bbrapa tips ni brjaya. Mngkin bro jumpa 'special kid', yg mana sy ktakn cra pndekatan dia trpksa diubah suai dgn kreatif..

    ReplyDelete
  5. Owh.. Tak perlu meminta maaf, ianya satu input yang berguna dan menepati citarasa saya. Hehe.. Sapa kata saya tak setuju tegas hah? Lol. Tegas namun berhemah, macam komen adik kat atas tu.

    Saya cuma berkongsikan tentang seseorang yang saya kenal dan ianya tak berkesan untuknya. Sebab ketegasan itu keterlaluan malahan sampai ke tahap kekerasan. harap segalanya berubah baik untuk dirinya.

    ReplyDelete
  6. Ohh.. Hehe, maaf lagi skali ya..
    (^_^;)

    Apapun, sy pun rsa kwn bro trlbih kekerasan, sbb bab lain tak menjadi. Mudah2han, dia dapat hadap dugaan dia..

    ReplyDelete

Hentam saja la...