Dear journal,
“Lepas ni kau kerja la tinggi-tinggi. Biar sampai pangkat tinggi dulu. Zaman bujang ni bebas.”
“Kau kumpul duit banyak-banyak dulu, lagipun kau bujang lagi. Senang hidup kau.”
Aku terdiam. Kawan-kawan pun nak kerja tinggi, siap ada nak kahwin dengan Dato’. Semua nak kejar impian, cita-cita masing-masing. Semua kaum Hawa sekarang nak maju ke depan.
Aku terdiam.
Kaum Hawa, apa sebenarnya tujuan utama kita ni diciptakan? Untuk kejar duit? Untuk kejar kedudukan? Untuk kejar populariti? Itu ke???
Maka harini aku berdiri dalam blog aku kat sini untuk mengingatkan diri aku dan kaum Hawa kat luar sana... Agak-agak la sis kalau nak berimpian tu. Untuk orang laki yang baca, jangan lupa ingatkan kat adik perempuan, kakak korang jugak! Semoga manfaat!
“Apa masalah kau? Apa salahnya orang perempuan nak bercita tinggi-tinggi??”
Yes, takde masalah sebenarnya. Lagi bagus, sebab sekarang zaman dah maju. Siapa tak maju kena pijak, ye tak?
Tapi ingat! Perempuan ni banyak nafsu dia! Salah satunya mengejar kedudukan, mengejar populariti. Jangan bagi alasan la. Ada pelakon perempuan yang sanggup tidur dengan orang besar-besar untuk berlakon dan kaya. [Ini bukan gosip dalam negara. Lumrah hidup, luar negara pun berlambak je.]
Dan ada sesetengah kaum Hawa sanggup jadi anak dara tua semata-mata nak kejar cita-cita yang terlalu tinggi tu. Aku tak kata kita kena kahwin muda, masing-masing ada jodoh dan perancangan masing-masing. Maksud aku, yang sampai cakap,
“Saya busy kerja la. Takde masa nak cinta-cinta, nak kahwin ni.”
Jangan sampai kita kejar harta, kejar kedudukan sampai lupa diri, lupa amalkan sunnah Rasulullah SAW. Yes! Berkahwin adalah salah satu sunnah yang mulia. Dan jangan cakap kita takkan terfikir semua ni. Kita tak hadap lagi, kita taktau. Mengelak lebih baik daripada mengubati.
Cuba fikirkan.
“Aku kerja tinggi-tinggi sebab family aku miskin! Ibu ayah aku suruh kerja tinggi-tinggi! Kau lain la, kau orang ada duit!”
Bagus la kalau kau nak tolong family kau yang miskin. Ada aku kata tak boleh capai cita-cita ke? Aku kata, beringat! Syaitan banyak cara perdayakan kita. Takkan kita taktau, paling ramai duduk dalam syurga adalah orang miskin. Dan paling ramai duduk dalam neraka adalah orang perempuan.
Kau nak? Mesti taknak kan? So, beringat la sikit.. Kita ni mudah diperdaya.
Dan aku tak nafikan langsung bila ramai orang kata perempuan kampung masuk bandar, terus act mengalahkan perempuan bandar. Sebab aku dah tengok depan mata aku sendiri. Tapi aku tak kata semua perempuan kampung masuk bandar jadi act. Mohon jauh, mintak jauh. Tak semua.
Perasan tak, bila kita orang perempuan ni lebih sikit, mula lah kita nak melebih-lebih? Mula lah kita nak tunjuk kita ni bagus sangat? Mula lah kita nak tunjuk kita ni kebabo daripada lain?
Yang sebenarnya, orang perempuan masuk syurga ni macam mana??
“Seorang wanita yang mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti dia akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dikehendakinya.”
(Riwayat Abu Nuaim)
Wah! Macam kacang je masuk syurga ni! Tapi hakikatnya, ramai U-turn masuk neraka. Kenapa?? Fikir-fikir kan la.
“So.. Apa sebenarnya impian yang aku kena ada. Bukan cita-cita tinggi ke? Rumitnya..”
Tak rumit sebenarnya, kita ni yang malas untuk berfikir hal akhirat dan lebihkan duniawi. Impian yang patut ada kat seorang wanita adalah jadi seorang wanita solehah. Yes, solehah! Ada riwayat menyebut, seorang wanita solehah adalah sama taraf dengan seorang wali Allah.
“Wow! Aku taktau pun perempuan ni senang masuk syurga!”
Yes! Apatah lagi bila kita berkahwin, maka akan berganda lah segala kebaikan, terutama bila jadi seorang isteri yang solehah, dan seorang ibu mithali yang penuh kasih sayang. Itulah mission kita! Mission Sayyidatina Hawa dicipta! Untuk mengisi kekosongan dan menjadi pendamping Nabi Adam AS.
Kita lah bidadari dunia! Bidadari yang dicemburui bidadari langit bila kita berusaha keras untuk jadi yang terbaik pada pandangan Allah SWT dan RasulNya.
Mission impossible? Nothing is impossible.
**********************************************************************************
Kita orang perempuan selalu terlupa misi utama kita sebagai hamba Allah SWT yang dicipta kat muka Bumi ni. Kekayaan, kekuasaan, dan populariti takkan ada makna selagi niat semua tu diadakan bukan sebab Allah SWT dan bawah keredhaanNya.
Kita boleh kaya, tapi boleh miskin dengan tiba-tiba.
Kita boleh berkuasa, tapi boleh muflis dengan tiba-tiba.
Kita boleh diagungkan, tapi boleh dikeji dengan tiba-tiba.
Begitu juga sebaliknya.
Semua ni atas kuasa siapa? Tak perlu terlalu mengejar. Bersyukur dengan apa yang kita ada dan jalankan amanah sebenar kita. Mudah-mudahan peringatan atas diri aku dan kepada orang lain melekat di hati. Betulkan niat, insyaAllah Allah akan melindungi!
Nak tau lagi pasal orang perempuan ni?? Jom klik SINI.
Nak tau lagi pasal orang perempuan ni?? Jom klik SINI.
cukuplah sederhana dalm semuanya.. kena bijak membuat pilihan untuk hidup.. demi kebhagian dunia n akhirat.. :D
ReplyDeleteyes aku suka point yang ko cakap pasal perempuan kampung masuk bandar tu..kehkehkeh..tepat tang dahi..
ReplyDeletepenah masa aku mude sikit dulu,pegi la clubbing, sekali ada operasi..ramai kantoi nak2 perempuan..pakaian kemain seksi dah satu hal..nak speaking je pulak tu..sekali aku dengar dia cakap telefon dengan keluarga yang nk jamin..keluar slang kelantan..kahkahkah..
beringat dalam sesuatu hal. impian dan cita2 boleh dicapai tanpa halangan, selagi mana undang2 tuhan dipatuhi.
ReplyDeleteKadang-kadang diskriminasi terhadap orang perempuan terlalu tinggi. Even kalau belajar tinggi-tinggi pun, tak ramai yang boleh percaya kemampuan orang perempuan bekerja. Terutama dalam bidang yang dipelopori oleh kaum lelaki.
ReplyDeleteMentaliti tipikal masa kini..:)
seimbangkan dunia & akhirat. Insyaallah.. :)
ReplyDeleteAiSyA LiEzA :
ReplyDeleteYes, benar sekali. Bersyukurlah dgn apa yg kita dah ada, then kita akn rsa hidup kita dh lengkap! :)
Ym.Bundle :
Betul! Klu bro nmpk prempuan over tahap kebabo ni, boleh agk2 slalunya perempuan dari kmpung. Tu la sy ckp bro, prempuan ni tak boleh dpt lebih skit. Diri sy pun, Alhamdulillah brsyukur ada kkurangan. Klu perfect, taktau la apa yg jdi kat sy harini..
aku/a... h.. :
Utamakn undang2 dan tujuan Tuhan mencipta. Yes, then pndang la haluan yg drancang msing2. :)
Penulis Misteri :
Btul! And klu nk jdi ktua pun, mmg sgt2 susah. Biasa la bro, even dlm Islam pun prempuan msti kat bawah lelaki.
Ada hikmah dia sbnrnya. Tp klu trlalu pndang prempuan ke bawah, YES, DFINITELY deskriminasi zmn skrg.
Chic Na :
Ringkas, tapi ksimpulan yg tepat utk entri. :)
Nak balancekan hal duniawi dan akhirat bukan senang :)
ReplyDeleteLiyaa Mf :
ReplyDeleteDugaan ni senang mendatang..
Dalam hal peribadi, kata2 Chic Na jelas menyimpulkan entri ni. Dari segi umum bolehlah ditambahkan, Perempuan diciptakan sebagai manusia, yakni manusia sebagai khalifah di Bumi. Jadi, misi tak terhenti dengan misi peribadi shj.
ReplyDeleteP/S: Artis perempuan jual badan, kat negara kita memang ada, RM5000 semalam. Tapi tak semua tentunya. Ni pun terdengar masa perjumpaan dengan sorang YB ni. Ada pakcik ni cerita jika nak bermalam dgn artis pun boleh, kena sediakan rm5000 dl. Sick it is!
Apple :
ReplyDeleteYes, misi pribadi.. Hidup ni bukan utk diri sndiri kan? Hdup ni pun ada sbb dia.
Hmm.. Tu la, demi glamour, demi duit. Prempuan ni mudah trdedah bro. Mudah trgugat, tu tak dinafikn. Sy sndiri pun merasa mcm tu mmandangkn sy org prempuan. Yg kita boleh buat, btulkn prsepsi balik dan trus berdoa, mntak jauh. InsyaAllah kita akn dlindungi dri niat mcm tu.. :)
thank Sis AI...walaupun entri ni simple tp menarik minat sy utk bace..semoga Allah memberi rahmat kpd Sis kerana berjaya menyedar kan sy misi seorang perempuan didunia ni...
ReplyDelete