11/03/2012

Islam Itu Mudah, Tapi Jangan Mudahkan Islam.

Dear journal,

  Aku teringat lagi dua tahun lepas aku ke kem Nadwah Kepimpinan Islam peringkat Kebangsaan kat Kelantan. Time tu kitorang ada satu hari panjat bukit bagai nak gila. Aku yang perasan gemuk ni pun boleh terjuih lidah menahan panas and lelah. Serius, merah muka aku, bau macam sambal petai memandangkan aku bermandi air peluh.

http://jurnal-fikir.blogspot.com/


  Lepas panjat bukit, kitorang turun bukit. Lepas turun bukit, semua teruja sebab dapat pergi tepi laut. And yang the best experience, kitorang berwudhuk ramai-ramai dengan air laut then solat ramai-ramai tepi laut. Time tu muka semua sadis tahap gaban sebab merasa perit untuk solat Zohor. Terharu gila.

  For your information, time tu kitorang badan masing-masing dah berbau and budak perempuan tak pakai telekung pun. Berbekalkan baju labuh, seluar, dan tudung yang ditarik sikit untuk tutup leher. Segmen ni dipanggil, ‘Islam Itu Mudah’.

  Aku tak faham bila ada orang yang pandai-pandai buat hukum kata tak boleh solat kalau tak pakai telekung la, badan busuk la, apa la. Aku tak faham. Yang tak boleh blahnya, orang macam ni bila di explain tentang konsep, diorang tolak. Sadis betul. Okey lah, biar aku cakap dengan lagi jelas.

jannatulwardah.wordpress.com

  Islam Itu Mudah. Tapi ada orang label Islam Itu Susah. Contohnya, kita tau pakai wangi-wangian ketika solat adalah sunnah baginda Rasulullah SAW, jadi kita pakailah dan bawaklah wangi-wangian untuk kegunaan solat. Tapi adakah bermaksud kalau kita terlupa bawak wangi-wangian, badan dah bau busuk, kita nak cakap,

  “Ah, tak payahlah solat. Badan busuk, malu lah. Tunggulah mandi dulu.”

anwarshazali.blogspot.com

  Walhal badan busuk time solat tu makruh. And last sekali oleh kerana si fulan tu melewatkan solat, tiba-tiba dia mati sebelum menunaikan solat atau terlupa dan langsung tak solat. Nothing is impossible. Syaitan keliling kita. Korang nampak tak permainan dia kat situ? 

  Islam itu mudah, tapi dia menyempitkan akal fikiran dia dengan membuat tafsiran Islam Itu Susah/Cerewet. Yang bestnya ada orang buat alasan ni and then langsung taknak solat. True story. Dan disebabkan pemikiran masyarakat Islam yang sempit inilah menyebabkan orang yang berminat dengan Islam fikir 2-3 kali.

  “Macam leceh je Islam ni. Macam-macam kena ikut. Itu tak boleh, ini tak boleh. Pening kepala je.”

  Sebenarnya Islam tu mudah, tapi kita sempitkan dan susahkan. Sadis, memang sadis.

fdl9010.blogspot.com

  Islam Itu Mudah, Tapi Jangan Mudahkan Islam. Ada sesetengah orang pulak tau Islam tu mudah, tapi dia melemak nak lagi mudah.

  Contoh lagi satu bila si fulan ni dah tahu sebaik-baik dan paling mudah nak solat untuk orang perempuan adalah dengan pakai telekung. Sebab takdelah kita khuatir tentang aurat, bentuk tubuh badan semua ketika melakukan pergerakan solat. Dan si fulan ni bila keluar mesti bawak beg, so apa salahnya bawak sekali telekung dia yang serupa makan ¼ ruang beg dia je. Tapi dia fikir,

  “Ah, tak payahlah bawak. Aku pakai dah cukup tutup aurat. Kalau nanti time solat ternampak bentuk tubuh ke, apa ke, tawakal jela. Yang penting aku solat.”

  Ini lagi sorang makhluk Allah yang dah senang then berlemak nak senang lagi. Taknak usaha sempurnakan benda yang lebih baik. Menyalahgunakan tema ‘Islam Itu Mudah’. Dan akhirnya orang lain yang tengok kita pun permudahkan semua kewajipan, termasuk pakai tudung tapi tak menepati syarak, adab-adab, dan yang sewaktu dengannya.

islamituindah.my

  Aku bukan berniat untuk attack orang yang TERLALU mudahkan Islam atau susahkan Islam. Aku jugak seorang hamba Allah yang hina. Sebagai orang Islam yang prihatin, aku jugak nak ingatkan diri aku agar aku terus bersedarhana dan pandai mengimbangi diri aku dalam perkara macam ni. Cuma, kita ni bila cerita pasal Islam, bukan cerita pasal diri kita je. Kita cerita pasal orang Islam, pasal agama Allah. Aku sedihlah bila ada orang pandai-pandai buat kerja macam ni. Kalau buat kat orang yang dah faham konsep ni, takpelah.Tapi kalau buat kat orang yang kurang ilmu, sikit sebanyak affect hidup diorang sebagai orang Islam. Kita nak menanggung?

  Janganlah kita jadi nila yang setitik, rosak susu sebelanga. Lu fikirlah sendiri.

corbisimages.com

P/S: Kepada kaum Hawa, untuk pengetahuan anda, anda boleh memakai seluar ketika solat. Aurat di luar solat sama seperti aurat semasa solat. Kalau aurat anda lengkap, pakaian labuh, longgar, tudung tidak menampakkan bentuk dada dan mengikut syarak, memakai seluar yang longgar dan memakai stokin, anda boleh bersolat sedemkian. Kalau nak tau lebih lanjut, sila lah klik disini.


5 comments:

  1. Betul! islam tu mudah tapi manusia selalu ambil mudah :)

    ReplyDelete
  2. kalu ketat, nampak dada, nampak badan, memang tak boleh...aurat bukan sekadar membalut tubuh, tapi menutupi semuanya..... ^_^

    ReplyDelete
  3. Muhammad Nurfirdaus :
    Yup, terlalu ambik mudah sampai mencalarkan nama agama sendiri.. Mudah2han kita selalu prbaiki diri kita. :)

    Ckin Kembaq :
    Betul tu! Kalau ketat, aurat, perhiasan kita masih nampak, jadi masih dikira tak menepati syarak aurat. Prempuan ni trlalu precious.

    ReplyDelete
  4. Saya stuju dgn pandangan dik wani. Islam menjadi susah kerana alasan. Sama spt mendaki bukit bg org perasan gemuk cam wani pst merasa sukar, namun setelah dilakukan, berjaya gak mendaki, tak gitu? Jika sebelumnya, kerana wani perasan gemuk lalu berkata dlm hati "aku ni gemuk" sepanjang perjalanan mendaki tu, separuh energy dah terbuang ketika berfikir lalu usaha/ motivasi pst berkurangan.

    Dalam kedua2 kes, "alasan"lah yang membebankan mereka dan menyusahkan apa yang mudah. Berkaitan dengan "Syaitan keliling kita", ianya benar sekali. Seperti kes kawan adik yang memakai serban/purdah, mungkin sekali pujukan syaitan adalah seperti ini:
    Mengapa berpurdah? Orang tengok akan kelihatan pelik
    (Lalu dibukakan serban)
    Mengapa memakai baju lengan panjang? Fesyen kini tak sepadan
    (Demi fesyen, menukar ke pakaian berlengan pendek)
    Alang2 berlengan pendek, baju tak berkolar tak cantik tanpa hiasan permata
    (Lalu dipakailah alat kemasan cantik)
    Syaitan ketawa, "Anda kini sempurna"

    p/s: Kemasan yang diperkenalkan oleh syaitan bukanlah material spt rantai tembaga namun celahan dada (Sorry, too 18sx).

    ReplyDelete
  5. Woah, panjang. Hehe, tp pnjelasan yg jelas.
    Yup! Sbnrnya klu kita duk renung2 kan, ada hikmah kat sebalik smua ni. Cuma tu lah, kita sentiasa kena brfkir.

    BTW, sokong sgt yg pasal syaitan kat last prenggan tu. Mmg itulah motif asal diorg sbnrnya.

    ReplyDelete

Hentam saja la...