29/03/2012

Cakap Biar Elok Sikit! Dunia Ni Berputar!

Dear journal,

  Sedang aku ber-Facebook, tiba-tiba mood aku terputus bila terbaca beberapa wall post.

  “Eeee, aku tak minat la cinta-cinta ni! Apa class!”

  “Budget cute je post gambar-gambar dia! Fikir dia tu bagus sangat?”

  “Orang yang online sampai ke buta malam ni tak solat ke??”

  Aku renung skrin pc aku. Aku takde kena mengena pun dengan diorang, tapi tolonglah jangan nak cakap besar. Please, tolonglah jangan tunjukkan mentaliti kita yang langsung-tak-matang dalam Facebook. Tolong lah.

  Nak tau kenapa?

**********************************************************************************

terrysdiary.com

1. What goes around, comes around.

  Yes! Tak kira la kau dah budget baik jauh mana pun, kau akan makan balik apa kau cakap. SERIOUS. Tak kisah la apa kau cakap. Dari sudut cinta, dari sudut solat, dari sudut budget, KAU AKAN TERKENA BALIK. Malah lagi teruk.

  “Eleh. Mana ada. Aku ok je??”

  Kalau tak harini esok, kalau tak esok lusa. Dan kalau bukan kat kau, anak kau. Tak kat kau, cucu kau. Dan aku sendiri dah tengok penangan ‘what goes around comes around’.

  Aku pernah terbaca satu majalah Islamik ni. Kisah benar pasal dua sahabat yang berpegang teguh dengan ‘bercinta selepas nikah’, terutama sorang perempuan ni. Oleh kerana perempuan ni duk anti dengan benda tu, tiba-tiba satu hari dia terjerumus dengan ‘cinta sebelum nikah’. Prinsip perempuan tu berubah.

  Sahabat dia tertanya-tanya. What goes around comes around?

  Yes! Point atas sekadar contoh. Aku bukan bermaksud tak perlu nasihat orang. Islam ni agama yang suka nasihat. Tapi nasihat ni ada cara, ada nada, ada tona dia sendiri. Kalau nak sound klepet macam tu, kita sedang menunjukkan mentaliti kita yang kurang berfikir.



novandri.blogspot.com

2. Tak Semua Facebooker Suka Baca ‘Diari’ Orang.

  Yes, perlu ke? Perlu ke kau nak bagitau satu dunia apa yang kau tak suka, apa yang kau benci? And then bila ada orang LIKE, kau berbangga-bangga dengan pegangan kau?

  Please. Tolong.

  Kalau kita tak suka satu-satu benda, diam kan sahaja. Perlu ke sebarkan? Bagi aku alam maya ni dah macam diari diorang. Takpe, kita tak kisah awak nak buat diari ke apa. Terpulang. Tapi awak, bila awak post benda-benda personal macam tu, tak semua suka, awak.

  Awak tau tak apa beza diari dengan Facebook? Diari ni tulis personal apa pun, takde sapa tau. And kalau orang meluat nak baca awak duk bercakap besar, orang terus stop baca. Tapi kalau kat Facebook, satu dunia tau. Nak taknak makhluk maya akan terbaca jugak. Awak kekurangan perhatian ke awak?

  Facebook ni tempat kita kongsi pandangan. Kalau kita celebrate something kita akan share happiness dengan orang yang connect dengan kita. Tempat nasihat pun boleh, dengan bagi mutiara kata yang bersifat nasihat. Kalau nak personal pun, lantak la Facebook kau, tapi biarlah berjaga sikit. Tunjuk sikit yang kita ni orang ada ilmu bab alam maya. Janganlah tunjuk cetek sangat akal tu.

  Dan kalau kita tak suka satu benda, of course we can talk about it. Tapi kita benci apa yang si pembuat lakukan, bukan kita benci si pembuat sekali. Nampak tak beza dia? Supaya buat iktibar, sama-sama mintak jauh. Bukan buat ngumpat. Lepas tu yang taktau hujung pangkal ikut telunjuk dia.

  Tak ke naya?



writingmywrongs.com

3. Kerana Tangan, Badan Binasa!

  Kalau dulu kerana mulut badan binasa, harini tangan pulak. Ingat! Tiba hari akhirat nanti, mulut kita akan ditutup, hanya anggota badan yang akan jadi saksi perbuatan kita! Kita manusia sentiasa lupa, sebab tu lah kita digalakkan berdamping dengan orang yang berilmu.

  Bukan yang pandai gila kebabo tapi knockout bab akhlak, tapi orang berilmu ni maksudnya orang yang seimbang dunia akhirat. Bergaul dengan sahabat yang soleh. Nak berdamping terus dengan alim ulamak, memang berkurun la. Paling tak pun tengok video ceramah ustaz-ustaz.

  Iman kita boleh berkurang, boleh bertambah. Jadi terpulang kat kita cara untuk seimbangkan hari-hari. Kalau kita beringat hari-hari, insyaAllah kita akan sentiasa berfikir sebelum buat something.

**********************************************************************************

fairtomiddling.wordpress.com

  Aku rasa entri ni termasuk dalam perangai manusia-manusia kat Facebook la pulak. Aku minta maaf kalau ayat aku straight forward mencucuk, menanah. Kalau berkias-kias ni, susah. Kita susah nak faham, kita susah nak get the point. Style aku pun memang macam ni, cakap terus. Yang penting kita ambik yang jernih, buang yang keruh.

  Apapun, aku berharap dengan entri kali ni akan menyedarkan, mengingatkan kita semua tentang perkara harian yang kita buat. Aku pun berharap, semakin kuranglah golongan macam ni, termasuk diri aku. Mintak jauh sangat-sangat.

  Kalau korang ada point nak cakap atau bagi pandangan pasal isu ni, cakap je. Aku suka kongsi-kongsi ni.


8 comments:

  1. oh tolonglah... huhuhu... >.< fb pun fb gax.. jgn smpai lalai... hehehe

    ReplyDelete
  2. Saya ada sorang kawan. Kawan perempuan. Salah satu aktiviti dia ialah mengepost setiap apa yang dia lakukan di dalam facebook. Kiranya facebook betul-betul dah macam diari..

    Itu tak apa lagi. Apa yang lebih "erkkkk" ialah bila dia upload gambar dia sedang menangis. And even gambar dia sedang menari..

    Menari dangdut.

    ReplyDelete
  3. AiSyA LiEzA :
    Yes. Nak FB, FB la. Tp tak perlu smpai trbawa2 dgn diri kita..

    Encik H :
    Serius? Nampaknya satu dunia mmg akn kenal dia. Yela, kita tak kisah msyarakat nk buat diari maya ke apa.. Tp klu ter-over ni yg susah..

    ReplyDelete
  4. Tak heranlah ada gambar yang dihack n disebarkan ke dalam internet (gmbr bogel etc). Jika terlebih gambar lak, disuperimposekan menjadi gambar tak senonoh. Ini penangan duni maya akan gambar2.

    Tentang post dan kata2, mmg ramai yang buat diari. tengah makan megi, tengah demam, tengah etc etc pun dipostkan. Agaknya nilah cara bersosial masa kini. Loner o lonely? entahlah..

    ReplyDelete
  5. Apple :
    Yes. Taktau la bro.. Mybe bgi diorg trlebih expose gmbar ni utk trikan umum kot.. Walhal snang nak diperdajjal kan.

    Klu mkn Maggi ke, buat somethin tu, ok la jugak kot bg sy.. Just somethin simple. Tp tak berkenan bila start mncarut, start kutuk sna, ktuk sini. Itu tak brkenan. Yela, tukang baca pun istighfar la byk2.

    ReplyDelete
  6. kdg2 jd pelik gak..
    tiap kali post mesti carut2kn org mcm dia perfect sgt..
    jgnlh cpt melentg. muhasabah diri..
    jgn krn FB, fitnah besepah merata-rata...

    ReplyDelete
  7. cik L.A.L.A :
    Stuju sgt! Yg cpat mncarut ni, aduyai.. Itu yg brmsalah sbnrnya FB ni.. Mcm pnyakit, lpeas tu brjangkit.

    ReplyDelete
  8. yg mencarut tu bertambah teruja sbb ade org like status depa & tokok caci maki hina kutuk. sedap!
    paling keji bila dok carut2 segala bagai and last part baru nak Istighfar..
    Apa da..Istighfarlh dulu..biar ht tu tenang...xlh 'carutan yg keluar'kt FB..

    ReplyDelete

Hentam saja la...