Bismillah.
Dear journal,
  Dalam hidup aku, ada satu benda aku 
tak faham. Cukup aku 
tak faham. 
SERIUS tak faham. Kalau 
nak bagi pandangan, silakan.
*********************************************************************************
Apa Tujuan Buat Puak So-Called-Alim Ni?
  Maksud aku, pernah 
tak korang jumpa satu puak yang 
alim? 
Ok, kita 
tak kisah 
la diorang nak nampak 
alim ke, 
nak jadi bakal 
ustaz or ustazah ke. Lagi baik, 
ye tak? Bumi 
ni dibanjiri orang yang 
nak tegakkan kebenaran, lagi-lagi bab agama 
Islam. 
Sapa tak sokong?
  | 
| flickr.com
 | 
  Tapi aku sejujurnya rasa sedih bila ada puak 
so-called 'Alim' ni bila pandang orang yang kurang sikit daripada 
diorang, 
diorang mula tunjuk muka meluat. Tunjuk macam orang yang buat 
dosa ni hina, bakal penghuni neraka dan 
kaw-kaw diorang confirm masuk syurga.
  Motif? Sebab 
diorang dalam puak 
alim?
Aku Tak Faham La. Cuba Kau Bagi Contoh?
  CONTOH :
1. Bila 
tudung kau 
tak labuh, biasa-biasa 
je, diorang akan pandang macam kau 
ni hina.
2. 
Nak cakap pandangan 
diorang pasal 
freehair, apatah lagi.
3. Apabila 
diorang ni anti, benci sangat dengan orang yang 
slack agama.
4. Apabila 
diorang pandang orang 
tak solat, 
tak puasa 
ni hina 
jugak.
  | 
| fairuzliyana.blogspot.com
 | 
  Itu antara contoh yang aku pernah nampak. Selebihnya, 
korang boleh cari sendiri.
  Kalau
 korang nak contoh pengalaman aku sendiri, aku boleh bagi. 
Dah lama 
dah. Ada 
sorang makcik 
ni selalu aku nampak dia. Pakaian 
ala ustazah la jugak. Dan satu hari, aku nampak dia tengah sapu sampah 
kat luar rumah dia. Dengan cucu dia 
kot.
  Aku tegur 
hai kat cucu dia memandangkan cucu dia comel dan berambut kerinting. Tiba-tiba muka makcik 
tu berubah. Anak mata dia pandang aku sikit dan dia cepat-cepat angkat cucu dia 
bawak masuk rumah. Aku terus..
  "Apa 
kejadahnya makcik 
ni? Muka aku ada 
ala puaka 
ke?"
  Aku 
taktau kalau aku pernah buat 
pape kat dia tapi seumur hidup aku, aku 
tak pernah cakap dengan dia lagi. Dan aku agak 
tersentap jap. Kalau aku ada buat 
pape salah, ini 
ke cara penyelesaian masalah? Daripada pemakaian, sahsiah dia, aku rasa dia boleh buat lebih daripada 
tu.
Meh Sini Aku Nak Tegur Sikit.
  Wahai orang yang sentap dan terasa bila aku buat 
entri ni.
  | 
| forum.lowyat.net
 | 
  Sejujurnya aku sangat kecewa sebagai saudara seagama. Kita fikir kalau kita buat 
amal sendiri-sendiri, kita dapat 
free-free masuk syurga 
ke? Kita fikir duduk 
kat dunia 
ni hanya pegang seketul tanggungjawab 
je ke? Jaga kain masing-masing?
 
 Ok la, kalau contohnya kau jumpa seorang pendosa. 
So, kau kena elakkan diri daripada dia 
ke? Takut dosa dia terpercik 
kat buku 
amal kau? 
So, apa gunanya kau tuntut 
ilmu banyak-banyak? Apa gunanya kau 
berserban, bertudung labuh, 
berkopiah tapi bergaul sesama 
korang sahaja?
TAKE NOTE : Aku sebut bertudung labuh, aku sedar salah satu tujuan utama adalah untuk menjaga diri kita sebagai orang perempuan. Tapi dalam sedar tak sedar, bila luaran orang dah nampak Islam, jadi faham-faham la sendiri tanggungjawab kita.
Orang Yang Alim Untuk Diikuti, Bukan Untuk Dibenci.
  | 
| tariganter.wordpress.com
 | 
  Patut 
la kita tengok 
dah ramai orang biasa-biasa cukup 
tak suka orang 
ala alim ni. Kenapa? Sebab sikap deskriminasi golongan
 so-called alim ni sendiri terhadap seseorang yang nampak 
plain, nampak macam bukan kaki 
solat, bukan kaki agama.
  
Korang ada tengok 
tak cerita '
Aku Masih Dara' watak 
Ashraf Muslim? Bagi aku, itulah sebenar-benar 
muslim sejati. Sentiasa bersangka baik, sentiasa menerima orang seadanya, sentiasa faham yang manusia 
ni berbeza, dan bijak gunakan 
dakwah dengan cara halus.
  Orang yang 
alim, yang misi untuk tegakkan agama adalah orang untuk diikuti, bukan untuk dibenci. Bila kita dibenci, gagal 
la misi 
dakwah kita.
  
Tak kira berapa besar 
pun dosa seseorang yang kita jumpa,
 ingat sikit!
  Esok 
tak semestinya dia seorang 
pendosa tegar.
  Dan esok 
tak semestinya kita seorang '
muslim tegar'.
  Entah-entah 
time kita terkial-kial 
nak lalu 
Siratul Mustaqim, si pendosa yang kita cerca, yang kita hina 
tu dengan sepantas kilat masuk syurga. 
Time tu, menganga 
la kita 
kat tengah jambatan 
tu.
  Jangan kita 
nak keji orang yang lebih buruk daripada kita, sebab esok mungkin dia jadi lebih baik daripada kita.
Kepada Puak Yang So-called Alim.
  Berbalik 
la kepada 
akhlak, 
dakwah yang sebenar yang dipamerkan oleh baginda mulia kita, 
Rasulullah SAW. Jangan kita larikan diri, fikir 
nak bawak puak kita 
je ke syurga. Ingatlah bila dunia akan ceritakan perilaku kita 
kat Allah SWT.
  | 
| elsharkyy.tumblr.com
 | 
  Kita takut-takut, nanti kita bakal dilaknat kerana mementingkan diri sendiri. Hidup 
ni bukan sekadar menyelamatkan diri. Kalau prinsip macam 
tu ada, 
dah lama baginda
 Rasulullah SAW sisihkan kita, 
ummat baginda. 
Dah lama kita 
tak dapat 
syafaat, baginda 
sorang yang masuk syurga.
  
See? Kita hidup bukan untuk diri kita 
je. Kita hidup untuk diri kita dan 
bawak orang lain sama-sama.
  Dan sedarlah, kalau kita asyik berpuak macam 
ni, kita bagaikan menconteng arang 
kat agama kita sendiri. Sebab 
Islam menyatakan, '
Agama Itu Nasihat'. Fikir balik. Ada 
ke kita buat macam 
tu? Entah-entah sebab kita 
la, orang lain makin bencikan agama. Ya, sebab kita.
  Fikirkan. 
And take note jugak yang 
tak semestinya orang 
berkopiah dan bertudung labuh 
je boleh 
berdakwah. Kita 
tau ilmu agama kita 
tak banyak sangat, tapi dengan terapkan nilai-nilai murni, 
akhlak yang baik untuk orang ikut, itu 
pun dakwah.
  Dalam masa yang sama teruskan menuntut 
ilmu agama. Jangan bagi alasan kita 
tak sekolah agama, kita 
tak payah 
tau sangat bab agama. Apapun, aku berharap moga-moga berkurang 
la golongan macam 
ni. Dan aku berharap diri aku dan pembaca 
takkan jadi golongan macam 
ni..
  Bila 
dah rasa diri 
tu alim, perlu 
ke nak larikan diri bila orang yang kurang agama 
nak bergaul dengan kita? Apa ingat kita 
alim, 
amal dah banyak? 
Dah dapat 
dah tiket syurga? 
At least taknak gaul 
pun, hormat 
la sebagai manusia. Semua manusia ada buat 
dosa.. Kita bukan 
maksum.