16/04/2012

9 Cara SALAH Dalam Menutup Aurat KEPALA

Bismillah.

Dear journal,

  Baru-baru ni aku terpanggil untuk cakap isu pemakaian tudung, atau lebih tepat lagi pemakaian untuk menutup aurat dalam masyarakat kita. Walaupun dah buih-buih ustaz duk pesan, tapi masih ada yang duk lupa dan lupa.

  So, harini meh aku kongsi sikit antara cara salah dalam menutup aurat kepala. InsyaAllah, lepas ni aku akan extend kat badan pulak. Kita satu demi satu dulu, alrite!

  Jangan lupa pesan kat keluarga perempuan, kawan-kawan, bini atau BAKAL bini korang. Yang penting, mudah-mudahan perkongsian ni jadi peringatan berguna untuk aku yang selalu lupa dan untuk korang.

  Yang terasa tu, jangan sentap je. Jom ler berubah. Dan maaflah kalau bahasa aku brief kasar sikit. Aku cakap direct je. Ambik yang jernih, buang yang keruh ya.

*********************************************************************************


CARA 1 : Pakai Tudung Rambut Terjuih.



  Bila sorang perempuan berkira nak beli anak tudung, ini la jadinya. Murah je anak tudung. Baru-baru ni aku beli untuk sedara, 2 ringgit. Bagi aku kan, rambut terjuih macam ni nampak selekeh.

  Lagipun, sehelai rambut pun dah berdosa kalau bukan mahram tengok. Apa lagi mau cerita?



CARA 2 : Pakai Tudung Singkat, Tayang Buah Dada.




  Jika anda rasa anda sorang je yang ada buah dada, maka anda silap besar la. Dan jika anda rasa menunjukkan buah dada ni perlu dibanggakan, maka anda silap besar jugak.

  Kenapa? Sebab 'harta' kita telah dicemari. Semua dah tengok, apa lagi mau simpan? Bakal suami pun lari, 'harta' dia dah kotor. Aku taktau la, tapi aku ni bila tengok perempuan lain tayang-tayang, aku malu sangat. Hanya mampu berdoa', mudah-mudahan diorang sedar dan aku dijauhkan daripada buat macam tu.

  Ada kata tak selesa labuh-labuh. Aku pun tak faham bab mana yang tak selesa. Aku rasa bila tutup kemas-kemas lagi selesa. Bagi aku TAK SELESA tu datang daripada bisikan syaitan laknatullah. Lama-lama kita dah biasa, rasa sangat selesa.

  Boleh je pakai pendek, tapi baju biar tebal dan longgar, tak nampak bentuk buah dada. Tapi kat Malaysia ni ada ke nak pakai tebal-tebal? Buat sembang boleh laa..



CARA 3 : Belit Tudung Sampai Nampak Bentuk Leher.



  Ya, aku faham ikut fesyen. Tapi agak-agak la sampai bentuk leher nampak.. Tak kisah kita nak lilit macam ular ke, macam biawak ke, takde sapa kisah. Tapi menampakkan bentuk leher adalah satu pendedahan aurat kerana ketat.

  Selalunya kalau ketat, biarlah ada selendang cover jangan bagi nampak.



CARA 4 : Tudung Ada Bonggol Pelik.


  Kalau buat sanggul tinggi-tinggi dan memang disengajakan nak jadikan bonggol, maka HARAM hukumnya. Manakala kalau rambut memang panjang atau suami mintak, maka boleh.

  Still, aku nak cakap sikit. Rambut perempuan lain pun panjang jugak.. Tapi takde la bonggol dia memanjang sangat ke atas. Dan aku terfikir. Ada ke suami yang nak tengok bini dia jadi alien??

resinilluminati.com
  Tapi takpe la. Apa hak aku pun. Lantak suami dia la.. Pandai-pandai la fikir sendiri lawa ke tak. [Bahaya ni. Sebelum nikah aku kena warning bakal suami aku jangan suruh aku jadi alien, wakaka!]



CARA 5 : Pakai Tudung Takmau Tutup Bahu!


  Yang ni selalu aku nampak secara rawak. Dan sebabnya diorang kata nanti nampak gemuk. Eh, boleh pulak macam tu? Salah tu. Salah satu syarak pemakaian tudung yang tepat adalah dengan melepasi bahagian bahu tudung tu. Kenapa? Nampak bentuk bahu la.

  Jangan risau.. Korang takkan nampak gemuk. Kalau nampak gemuk pun, apa masalahnya? Kita nak tunjuk badan kita yang kurus kat semua orang ke? Dari segi kecantikan, aku tak nampak masalah. Lagi kemas ada la tudung elok tutup bahu.

  Tak kisah la nampak gemuk pun. Gemuk kan chubby. Chubby kan comel. Ahh, aku terasa. Wakakaka!! Gurau wei, gurau. Jangan maki aku.



CARA 6 : Pakai Tudung Nipis Dan Nampak Bentuk Telinga.


  Pergh, punya detail sampai nampak telinga pun aku nak kasi sebat. Yes. Sejak keluar tudung sarung kain licin zaman sekarang, ramai orang tak sedar diorang pakai tudung tu nampak bentuk cuping telinga. Mungkin sebab ketat atau tak pakai anak tudung.

  Maka sebelum keluar rumah, pergilah tengok cermin. Longgarkan dulu bahagian telinga tu, ok. Lagipun nampak pelik la. Macam pakai tudung nak terkeluar telinga. Tolong betulkan ya. Nampak bentuk dah menunjukkan aurat.

  Sama jugak bila pakai tudung nipis. Sebelum keluar check dulu, terutama bahagian leher. Kalau nipis, sarung la tudung tebal sikit. Atau pakai dua lapis.



CARA 7 : Tudung Labuh, Tapi Masih Nampak Buah Dada.


  Pergh, aku pernah terkena pakai tudung kain licin macam ni, last-last nampak bentuk. Satu hal aku 24 jam pegang tudung aku untuk pastikan tak terkena tubuh badan aku. Walaupun tudung labuh, tapi disebabkan kain terlalu licin, bentuk buah dada nampak.

  Lawa dah lawa. Labuh dah labuh. Tapi sayang, jenis kain tak elok. Sebab tu la aku tak galakkan pakai tudung sarung yang kain licin tu. Sebab tetap nampak bentuk buah dada. Kalau nak sarung jugak, kena dua lapis.



CARA 8 : Tudung Ada Hiasan Tambahan.


  Bukan jealous.. Tapi kalau pakai hiasan kat kepala over sangat, akan jadi perhatian. Jangan lupa, sebaik-baik wanita adalah tidak dipandang dan tidak memandang. Aik, jangan cakap korang taknak jadi sebaik-baik wanita?

  Nak hias, hias la. Pakailah kerongsang cantik-cantik ke.. Janganlah letak rama-rama besar, riben besar atas kepala. Aku pernah terbaca sorang lelaki kritik cara pakai macam tu. See? Lelaki pun tak suka tengok, jadi udah-udah la tu.. 



CARA 9 : Dagu?? Adakah Dagu Itu Aurat????


  Ramai muslimah persoalkan. Adakah dagu tu aurat?? Kita sudah maklum, aurat dalam solat adalah SAMA dengan aurat semasa luar solat. So time solat kita tutup dagu. Luar solat??? Haaa... Sebab tu kebanyakan orang berpurdah salah satu alasannya untuk menutup dagu kerana khuatir. 

  Untuk pengetahuan korang, dagu sebagai aurat ada banyak pandangan daripada para ulamak. Ada yang kata dagu sebahagian dari leher, maka aurat. Ada pulak kata dagu sebahagian daripada muka, maka bukan aurat. Dan terdapat had-had dagu yang dibahaskan.

  Korang tanya aku?

personalgenomes.org
  
  Tulang dagu tu bukan aurat tapi bahagian isi dagu menuju ke leher itu aurat. Rujuk kat SINI. Tapi untuk langkah keselamatan, aku tutup jugak bahagian dagu. Kalau dalam gambar tak nampak bentuk isi dagu, maka aku rasa selamat. Kalau kat luar la, aku khuatir. Korang pilih la nak ikut mana, ok.


  Sesungguhnya pengetahuan atas segala-galanya adalah milik Allah SWT

  Allahhua'lam.


44 comments:

  1. 1st impression JS bila tgk org pakai tudung berbonggol tu adalah Alien muuhahaha kejam.

    ReplyDelete
  2. yeah!!!!

    kasi sentap sama itu girls2 perasaan muslimah di luar sana!!

    part buah dada tu saya suka

    SERIOUS

    ReplyDelete
  3. bebuih dah ustazah al ni bagitau,degil gak depa tu nak dengar..haha..

    ReplyDelete
  4. wahhh,, banyaknya kena improve... tima kacih yea kongsi2 ni.. tapi yg tong drum... kelaka beno gmbarnya... haha..

    ReplyDelete
  5. tenkiu info nie ..
    & share kat fb kite ..
    :)

    ReplyDelete
  6. salam..waaa seyesly,nice entry..skrg sgt susah nk cari tdg yg x de mslh2 kat ats..stiap tdg tuh,mesti la at least ade 1 mslh kat ats..so,bgntung kpd kita nk settle mcm mna..so,dsbbkn salah satu mslh diatas,sy tpggl utk buat bisnes shawl labuh..sy buat custom made..bukan beli yg dah siap..label sy sdiri,ANNISA SCARF..boleh cari kat page Big Shawl(Annisa Scarf)..stakat nih ramai planggan yg bpuas hati..n bgntg kpd kita cara nk pakai tutup dada n blkg..
    boleh tgk page sy kat sni:
    http://www.facebook.com/pages/Big-ShawlAnnisa-Scarf/243519972398412?ref=tn_tnmn

    ReplyDelete
  7. yeszaaa..... mantap....dalam gelak2 kena tarbiyah meresap juga...tq sis al

    ReplyDelete
  8. heheh.. banyak betul tak boleh..


    tapi bila dah tutup semua serius mmg ayu aje nampak.. hehehe

    ReplyDelete
  9. haha.saling perbaiki diri dan ingat
    mengingati :)

    ReplyDelete
  10. aku/a... h.... :
    Hehe, suka je kmu. Ingt! Pesan kat fmily kmu tu jugak.. Yg mana ada org prempuan tu.. Takmau tunding2 kat prempuan lain ok..

    Ym.Bundle :
    Biasalah bro, mnusia ni cepat lupa.. Kita ni kna la tlong ingt2 skit, hehe!

    aku HaniAsyira :
    Sama2, takde msalah.. Hehe! Yela, buat real2 karang susah jgk..

    Little Ah Moi tembam :
    Alrite! Sama2 dan silakan, demi pmbaikan brsama. :)

    nancy anisa :
    InsyaAllah.. Sy akn sokong usaha sis dgn LIKE FB tu! (^_^)

    aiyang :
    Hehe! Alrite.. Leklek je, jgn emosi2 bila bca bnda2 ni.. :)

    ReplyDelete
  11. menarik.. ramai ambil mudah isu tudung..

    satu lg isu gunting rambut kat kedai cina.. kita lupa aurat wanita Islam ngan wanita bukan Islam camne..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah, nice entry...walaupun aku lelaki, aku nak komen jugak...tanya la lelaki mana sekalipun, bila nak cari bini mesti nak yang mcm bidadari...so, kalo tutup aurat dengan sempurna, anda jgn fikir anda tak laku...sebab lelaki akan hormat wanita (mcm kucing malu tersipu-sipu) tapi dlm hati berbunga-bunga...tunggu masa je anda utk dipetik...mulia kan....

    kadang2, susah nak tegur....tapi, kita jgn seronok2 sumpah seranah perempuan yang tak tutup aurat dengan sempurna ni...kesian dorunk...kalo kita tak mampu nak bimbing dorunk, kita doa la (paling minimum)...hehehe

    ReplyDelete
  13. perghh , kasi sentap girls2 macam nih , pheww . nasib baik aku laki , hehe ,

    ReplyDelete
  14. Salam.

    Firstly, lana nak gelak dulu,hahahaha. lagi2 yg lukisan dada cam tong drum, jahat betoi la al ni,hahaha

    Teguran macamni, bagusla, berfaedah, tpi kekal santai.. keep it up! ^^

    ReplyDelete
  15. wahaha.. kartunnya sgt kelakar tp infonya sgt bermanfaat. meng'highlight'kan perkara2 yg slalu dipandang remeh. thanks sis bg peringatan. :)

    ReplyDelete
  16. padlie :
    Ya, kita sgt ambik mudah bab tudung. InsyaAllah lpas ni rmai org akn hati2 lg. Apapun, trima ksih ats pndangan potong rmbut tu. Sy akn take note dan akn utarakn kat entri sterusnya.. :)

    Iman Lurv Islam :
    Btul tu! Lelaki ni, hehe, mana ada nak bini yg tak baik.. Buat main2 boleh la.. Buat bini, smua yg nk baik.. Dan bg sy pun klu sopan lbih trjaga, org pndang pun takde la pndang byk kali. Takde la jaja badan sbgai cuci mata..

    Hnya mmpu usaha dgn sebarkn entri mcm ni dan brdoa' terbuka hati..

    shafiq :
    Haha! Sentap tu sentap jugak, bro ingt2 kn jgk org prempuan dlm rumah bro ok.. :)

    Tinta Lana :
    Hehe! Jgn mara ehh mana yg rsa 'aset' tercabar.. Apapun, trima ksih Lana sbb sokong. :)

    Chic Na :
    Alrite sis! Sama2, moga2 manfaat pringatan bersama.. :)

    ReplyDelete
  17. sama2 lah kita beramal.. :)) saya suka artikel awk.. eheh ^__^ oh yea... zaman sekarang ni trend pelik2.. ahaha

    ReplyDelete
  18. Skrg ni dah ada tudung versi tangkap muat, yang digunakan tuk budak2 kecik tu. Namun dah ada dah yang direkakan tuk saiz org dewasa. Banyak kita nampak dalam drama2 Indonesia yang berunsur ilmiah.
    Berkaitan dengan tudung kain nipis, kdg2 ad tudung yng serupa ringan amat. Ditiup angin lalu menampakkan bentuk.
    Ada gak tudung yang direka semata2 untuk fesyen lalu hanya menutupkan rambut sahaja. Mungkin pemahaman tentang maksud bertudung yakni menutup aurat itu harus ditekankan semasa pembelajaran. Sebab ada yang memakai tudung sbg ala kadar shj dan bukan sebab tuntutan agama (aurat).

    ReplyDelete
  19. kt kolej sis ada sorang ni, dia dikenali dgn nama akk bonggol ..haha
    sbb dia suka sgt bonggol unta tu huhu

    ReplyDelete
  20. haha , sangat best ! ade satu dua tu yang mun tersentap . hehe . awesome ! :)))

    ReplyDelete
  21. haha..terbaik la..nais entri..makan dalam beb..(^_^)..10 bintang saya bg kat entri ni...

    ReplyDelete
  22. AiSyA LiEzA :
    Yes, insyaAllah.. Trima ksih! Sbb pelik2 tu kita kna start ingtkn.. :)

    Apple :
    Yes, btul. Skrg org trlupa, lg utamakn tdung sbagai fesyen drpada agama. Kira pkai tngkap muat je.. Lpas tu brgaya.. Apapun, kna slalu ingtkn msing2. InsyaAllah akn ada pmbaikan..

    sis92 :
    Hehe! Ada jgk nmpk rmai time mula2 knalkn bonggol unta tu.. Pelik sbnrnya, nk tau apa kat sbalik tdung tu.. Msa tu mmg taktau tu bonggol..

    CikMunBlogger :
    Hehe! Yg sentap tu, moga2 ada pmbaikan ye.. :)

    Si Jagung :
    Haha! Makan pun makn jgk.. Biar perut kenyang, haha!

    ReplyDelete
  23. suke post ni~ bia girls kat luar sane yg tak reti-2 tutup aurat tu terase~ lol :D

    ReplyDelete
  24. thanks sangat2 suke lepak sini... banyak benda yang ckj dpt tau.. suke la ayat ni..

    sebaik-baik wanita adalah tidak dipandang dan tidak memandang..


    >_<

    ReplyDelete
  25. tutorial cara bertudung yg lengkap.. terbaik..

    ReplyDelete
  26. nice sharing.. sdah terang lagi bsuluh, so pilih yg sesuai kn ^^

    ReplyDelete
  27. nak tambah sket, ustazah kata 'tutup aurat, bukan balut aurat'. :)

    ReplyDelete
  28. Tidak menutup aurat dengan sempurna adalah berdosa dan merupakan suatu maksiat yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak jika tidak sempat bertaubat.

    Bertaubatlah sebelum terlambat.
    *peringatn utk dri sndri jgk ^^,

    ReplyDelete
  29. nice sharing dear...blh lah beramal dgn entri ni :)

    ReplyDelete
  30. Cantik peringatan..teruskan ye dengan postings mcm ni.

    Dalam serius ada juga nak tersenyum tengok kartun2 tu esp. yg no 8 :-)

    ReplyDelete
  31. salam..

    kesimbungan entri dalam blog Naim. terbaik la.. :)

    ReplyDelete
  32. Pasal dagu ni aurat atau x, ad khilaf nya. Dalam solat, harus tutup dagu. Luar solat , klu x tutup dagu 'khair' saja.
    *isi yg agak santai.tp harap ada buat rujukn dr syeikh2 yg pakar dlm bidang yg d bicarakn. Xnk penyampaian yg terlalu jumud akn mbuat org lain risau.
    *perubahn stiap insan itu agak payah, apabila x kuat. tp biasalh,kte hanya usaha menunjuk perkara yg betul, apa2 pun terserah pd diri sendiri utk memilih yg mana.
    Kita xleh kata sume yg berlaku mostly dsbbkn takdir-Nya, padahal kte yg memilih sedemikian.terimalah natijahnya.

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum..mohon share :)

    ReplyDelete
  34. AnonymousMay 29, 2013

    Assalammualaikum , saya mohon share :)

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum.. best entry nie kak.. syukran ^^

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum sis. Saya nak mintak izin kongsi isian sis. Hihi. Niat saya cuma menyampaikan apa yg disampaikan sis. Saya dah dapat input berguna, kawan kawan saya pun boleh lah dapat input serupa. Kan? Hihi. Terima kasih ya sis :) Jazakumullahu khairan kathira :)

    ReplyDelete
  37. mcm mane kalu bibir yg mungil sexy n mata yg cantik bulat.. pipi yg gebu.. mcm mane nk tutup tu... mata tu yg susah tu..dh pkai telekung pun still ade yg nk tenung kawan akak nih..

    ReplyDelete
  38. camne ye.. mata yg bulat cantik.. bulu mata melentik tuh... sian die asyik kena tenung ngan org lelaki jer...

    ReplyDelete
  39. I LUV THIS...♥♥♥ info yg sgt bermanfaat...jom same2 audit dri :)

    ReplyDelete
  40. Alhamdulillah ♥♥♥
    Suke sgt2 same2 audit dri :)

    ReplyDelete

Hentam saja la...