19/03/2012

7 Sebab Kau Kena 'Dump'

Dear journal,

balisvision.com 

  Entri harini takde kena-mengena pun dengan life aku sekarang. Yang pasti, dalam entri aku yang lepas pasal 7 Cara Apabila Putus Cinta, mesti dalam waktu yang sama segelintir akan ngomel,

  “Haih.. Apa la dosa aku sampai kena dump dengan dia.”

  Well, aku bukan kaki nujum, boleh ramal salah kau. Tapi mesti sikit-sebanyak ada la jugak salah kau kan? Jangan kau nak kata kau takde salah langsung? Rileks bro, sis, entri kali ni kasi tunjuk point-point yang MUNGKIN korang TERBUAT salah. Apapun, kalau korang budak baik, tak main couple sebelum kahwin, point ni pun boleh kasi pengalaman and peringatan untuk korang hadapi life korang. Ambik yang jernih, buang yang keruh. Point-point ni boleh apply dengan macam-macam jenis relationship sebenarnya. Asalkan kau pandai tengok point.

  Tapi as usual, entri aku ni bukan kasi galak kau cinta tanpa nikah untuk muslim. Kau kutip point-point ni, letak dalam minda, esok kau dah kahwin, apa-apa hal kau boleh kasi elak sebarang ‘kehambaran’ relationship yang berlaku. Yes, dengan baca point-point aku!

  Dan lagi penting, point-point ni boleh baiki diri korang jadi manusia yang lebih baik. Itu yang paling penting, alrite!

**********************************************************************************

layoutsparks.com 

1. Relationship Korang Melampaui Batas.

  Yes, itu adalah the main point. Untuk yang tangkap cintan, pegang tangan la, over-sweet-talk, or sampai naik ke katil, benda ni boleh menyebabkan hubungan jadi hambar. Serius hambar. Jadi bosan, jadi tak special langsung. Bagaikan kau tak pernah makan coklat Ferrero Rocher and satu hari kau makan and kau claim rasa sedap gila babas. Bila dah makan kau makan lagi, kau makan lagi. Sampai kau dah naik muak and rasa tak special pun coklat tu sebenarnya. Harga je melambung. See? Sebab tu la Islam sarankan kahwin, kahwin..

  “Sis, apa beza couple dengan kahwin? Sama je, kita duk lovey-dovey jugak kan?”

  Well, tak sama sebenarnya. Aku bagi equation mudah untuk kau faham,

  Couple = Aura negatif = Hubungan makin negatif
  Kahwin = Aura positif = Hubungan makin positif

  See? Big deal. So kalau pernah terlajak semua ni and korang clash, aku dengan sadisnya bagitau, sangat kerugian bila gadai semua. Nanti dah kahwin, mesti tak special dah feeling-feeling semua. And kalau korang couple and fikir boleh hadap, boleh kawal pun, susah jugak. Percaya la, susah. Kalau kau boleh tahan diri kau, kau punya pasangan boleh? Iman kita tak sama. Fikir-fikir la.

thatonerule.com 

2. Terlalu Senang Untuk Dapat, Macam Makan Kacang!

  Sejujurnya, bagi aku agak susah nak makan kacang. Kopek dulu, baru boleh makan. But still, salah satu point kau kena dump adalah sebab kau sangat mudah. Aku tak kata maksudnya kau ni cheap, tak. CARA kau sahaja cheap dan bagi aku se cheap-cheap pun cara dapat seseorang, perasaan dia masih mahal.

  So, nak dijadikan cerita, mamat ni datang mintak nombor, kau terus kasi. Mesej satu-dua bulan, dah dapat couple. Baru add friend kat Facebook, terus dapat couple. See? Kau tak pernah terfikir ke, maybe kalau dia dah bosan dengan kau, dia akan buat benda yang sama kat girls lain? And oleh kerana kau salah sorang girls yang ‘menerima’, tak mustahil dia takkan dapat ‘mangsa’ lain. Betul tak? And yang tak boleh blah nya, kau dah buat macam-macam, last-last kena tendang macam tu je. Tak ke kau rasa cheap gila diri kau bagi dia??

  Tak kisah la orang kata kau jual mahal ke, apa ke, yang penting memang kau mahal pun! Tapi aku tak kata kau kena membujang sampai ke tua. Maksud aku, kalau nampak someone minat kat kau, just play along je. Tak payah extend relationship korang. Biar kawan je. Tengok dulu diri dia macam mana. Kalau dia jenis tak reti sabar, tinggalkan jela, kau peduli apa. Daripada kau yang sakit nanti? Kalau sayang tu, biarlah berpada-pada kan?

  Cuba bayangkan.. Dia kenal kau, kau play along je, tak lebih tak kurang. Dia punyalah sabar dengan kau, then dia dah tak tahan dia terus kasi lamar kau. Punyalah susah nak dapat, akhirnya kahwin jugak! Pergh, aku jamin dia tak kasi lepas punya. Samalah bila kau kerja separuh mati lepas tu kau dapat duit. Mesti berat gila hati kau nak kasi spend duit tu dengan sia-sia kan?

  Kita ni manusia. Lagi senang, lagi terabai. Lagi susah, lagi dihargai.

loqlin.blogspot.com 

3. “Bila aku ada, kau takde. Bila aku dah takde, baru kau terkial-kial.”

  Kau pernah baca tak ayat orang,

  “Jangan tinggalkan aku. Ada banyak lagi benda aku nak cakap dengan kau. Ada banyak benda aku nak cerita kat kau.”

  Kau nak tau tak kenapa orang yang dah kena dump akan cakap macam ni? Sebab time together-gether, diorang ni tak hargai relationship yang diorang ada and last sekali menyesal tak sudah-sudah. Seingat aku dalam blog Terfaktab, ada satu kisah laki ni kasi luah kat kawan dia tentang penyesalan dia. Dulu time dia dengan sorang perempuan ni, dia tak ambik berat, tak kisah. Perempuan ni banyak gadai untuk laki tu, siap masuk hospital lagi pasal satu kes. Banyak menahan la senang cerita. Last sekali laki tu tengok perempuan tu tersenyum naik pelamin dengan orang lain. Lepas tu dia menyesal tak sudah-sudah sebab itu the best of the best bride that he can get, but he waste it.

tazkirahs.blogspot.com 

  So, apa maksud kau? Nak hargai macam mana lagi maksud kau?”

  Banyak faktor. Antaranya bila kau janji jangan kau mungkir, bila cakap jangan kau dusta, bila kau minta maaf jangan kau ulang. Ni tak. Janji kemain, last-last kau yang lupa. Siapa tak sakit hati? Kau minta maaf bagai nak gila, tapi kau ulang balik sampai dia dah naik muak nak dengar maaf kau. Apa cerita? Bila kau cakap kemain lagi tunjuk kasih kau, tapi langsung tak nampak dari segi perbuatan. Ini kau nak kekal?

  Aku cakap straight jela. Kalau kau tak reti jaga satu hubungan ni and kau keep on sakitkan hati dia, kau tak layak genggam dia sampai ke anak cucu. Kau pergi balik, kau pergi khatam buku kemanusiaan, kau pergi praktik, baru kau datang balik. Itu pun kalau dia nak kat kau lagi la. Tapi takpe. At least kau dah ada pengalaman. Itu yang penting.

wartashubhi.blogspot.com 

4. Kau Sangat, Membosankan.

  Serius, ini salah satu point best. Bukan maksud aku kau kena jadi badut, buat lawak selalu, tak. Keep it real, but on the same time pandai-pandai jadi unik. Ini tak. Cakap benda yang sama. Bual benda yang sama. Kau kena la rajin share pasal life kau, apa yang best, apa yang tak best. Tell something fresh.

  Or kalau kau rasa relationship kau dah hambar, kau bagi surprise present. Serius. Kalau kau bagi tanpa sebab, lagi buat orang happy. Takkan kau nak tunggu birthday je? Satu dunia tau, kita akan jadi excited bila dapat benda yang tak terjangka daripada terjangka. Buatlah something yang baru.

  Or stick kertas dalam beg dia ke, bagi nota ke, hantar lagu kat Facebook dia ke, bagi something fresh, yang buat dia,

  “Ahhh, aku rasa macam hari pertama dia ngorat aku.”

  Serius bila dah dapat dia kau just nak buat benda plain, tapi time nak ngorat kemain kau buat banyak benda special? Go get your life back.

stickersurprise.com 

5. Kau Langsung Tak Ambik Kisah.

  Pergh, berat jugak hati aku nak bagi point ni. Macam mana eh aku nak explain. Kau tau tak what it feels like when you like something, and your lover try hard to know about it too? Yes, it feels great like heaven. Actually, aku ada pengalaman jugak bab ni. Aku akan rasa sangat excited kemain bila ada orang yang caring pasal aku nak tau apa yang aku suka. Bukan aku nak ajar korang jadi macam lembu cucuk hidung. 

  Benda ni natural sebenarnya. Bila kau minat someone, kau akan rasa nak tau pasal dia. Apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, apa yang dia minat, apa yang dia tak minat. Itu bukan stalker bro, tapi natural. And semula jadinya kau akan buat someone tu rasa appreciated, rasa nak difahami. And seremeh-remeh something yang dia bagitau, kau akan ingat.

  Ini tak. Time nak ngorat je kau concern pasal dia. Semua dia cakap kau ingat. Semua dia buat kau ingat. Tapi bila dah dapat dalam tangan, buat taktau je. Buat tak kisah je. Apa dia cakap kau lupa. Apa dia buat kau tak kisah. Memang kau mintak dump la.

  Kalau kau dapat someone macam tu and kau dah kena dump dengan dia, aku just nak cakap rugi gila babat wei! Sebab kau ingat senang ke nak jumpa orang macam ni.

  Dulu aku gila anime Jepun. Ex aku ni selalu datang kat aku and cakap,

  “Wei, kau tau tak anime bla3 dah keluar?”

  “Wei, aku dah bukak internet, saja tengok pasal anime yang kau cerita tu. Dah download dah.”

  “Wei, aku dah dengar lagu yang kau bagi. Best wei.”


staffordlakay.blogspot.com 

  Time tu zaman sekolah. Kalau dia tak bagitau pun bila aku tengok profile dia kat salah satu website ni, mesti ada je band yang aku suka dia paste kat web dia. Aku terkejut jugak sebab dia tak minat langsung semua tu sebenarnya. Still, dia ambik tau jugak and work hard untuk kenal aku. And aku ingat lagi, time tu aku agak suka shuffling. And aku nak tergelak tahap gaban bila dia mintak aku ajar. Walhal dia tak reti langsung semua tu. Walaupun kitorang dalam relationship, tapi aku rasa seolah-olah dia baru nak ngorat aku je, semua benda nak tau. 

  Tapi time tu aku taktau erti ‘hargai’, so aku macam tak feel apa-apa. Aku dah dump dia. And harini aku rasa kesal sikit. Sebab aku dah tak jumpa lagi orang macam dia.

  Life must go on. I learnt my lesson. Aku harap dia jumpa orang yang lagi baik daripada aku yang taktau hargai dia. Pergh, apa pasal aku rasa sadis gila babat ni?

gmathur.blogspot.com 

6. Kau Takde Komitmen.

  Ada sesetengah orang dalam hubungan ni diorang nak komitmen. Contohnya bila nak kahwin? Bila nak kerja? Bila? Bila? Kalau kau just nak lovey-dovey tapi tak gerak-gerak ke arah lagi elok, boleh jadi kau patut ditendang. Lagi-lagi orang perempuan. Orang perempuan ni suka laki berkomitmen.

  Contoh paling senang la, si fulan yang aku kenal ni. Dia siap cakap dengan aku,

  “Aku cakap betul sis. Kalau dia tak lamar aku sebelum tahun ni, aku dump dia tahun depan. Umur makin naik, kita kena pandai-pandai rangka life kita. Aku tak suka lama-lama.”

  See? So sepatutnya jangan la angan-angan bagai nak gila, tapi taknak komitmen. At least kau bagitau lover kau, apa komitmen kau, apa kau nak buat. Then, sama-sama bagi pandangan. Be mature, cinta ni bukan buat main-main. Kalau buat sekadar seronok-seronok, baik kau pergi main game The Sims.

  Jadi, tak hairan la kalau kau jenis tak reti berkomitmen kena dump. Kau kena ambik pengajaran, and start betulkan pegangan hidup kau.

imagegossips.com 

7. Kau Takde Jodoh.

  Habis cerita bro, sis. Kau dah takde jodoh dengan dia, kau nak buat macam mana lagi? Maybe kau tak pernah buat silap, tapi dia memang dah takde hati kat kau dah. Dulu dia gila kat kau. Harini dia rasa kau ni macam kawan dia. Kau nak buat macam mana lagi? Perasaan ni, Tuhan boleh bagi, Tuhan boleh tarik. Redha jela. Yang penting, semua benda jadi mesti bersebab.

  Contohnya, mana la tau kalau kau lama-lama dengan dia, korang akan berzina? Mana la tau kalau kau lama-lama dengan dia, nanti dah kahwin takde rasa kemanisan nikah? See? Banyak sebab. Tak perlu kita pertikaikan takdir Tuhan. Ilmu Dia lagi luas. Kita seciput je. Redha jela, nak buat macam mana lagi?

  Yang paling penting point kat sini, kau takde jodoh, kau ambik pengajaran yang Tuhan dah bagi kat kau. Ambik pengajaran. Itu paling penting dalam hidup ni.

********************************************************************************** 

harmonyradiantreads.blogspot.com 

  Apapun, melalui pandangan peribadi aku, kalau kau dah usaha tahap gaban dalam satu relationship and dia dump kau, percaya la, dia akan menyesal tak sudah-sudah. And kau akan rasa seksa, tapi sekejap je. Because you got nothing to lose. Relationship ni macam satu perlawanan. Siapa yang lagi usaha, dia la yang menang kalau hubungan tu terhenti. Kalau dah setahun korang break tapi kau yang seksa tahap gaban, ambik pengajaran. There must be something wrong when you’re in relationship.

  Yang mana dah terlajak tu, perbaiki diri untuk jadi yang lagi baik. Yang mana belum masuk alam cinta ni, tunggu la dulu. Pergi cari ilmu dulu, baru perform time dah nikah.

  Kalau kau fikir main-main cinta ni seronok, think twice. And then think thrice. And then, for muslim, think of Allah.


11 comments:

  1. hahaha..panjang no entri ko.tak tau nak komen apa..apa pon aku kagum ah style penulisan ko ni..pes entry ko ori..kedua ilmiah..gud job..

    ReplyDelete
  2. Ym.Bundle [Blog.Sampah] :
    Ala, sy tau knapa bro taktau nak komen apa. Sbb bro dah kahwin, untunglaaaah! Hahaha!

    Trima kasih bro utk smangat bro tu! InsyaAllah sy akn usaha lbih. Klu boleh, lpas baca tu biarla ada isi skit kan.. Hehe..

    ReplyDelete
  3. Percayala, saya pun sama cam Ym.Bundle, tak ble nk komen pape(sebab benda betul.. Hoho) n mmg orila entri kat dalam ni. Huhu.. keep it up!

    "Dan lagi penting, point-point ni boleh baiki diri korang jadi manusia yang lebih baik. Itu yang paling penting, alrite!" - Noted!

    ReplyDelete
  4. Apple :
    Hehe, alrite, thanks bro for the support!

    ReplyDelete
  5. wahh entri menarik lagi. I like...

    ReplyDelete
  6. kalu becinta nak syok2, semata2 nak nafsu, baik jangan....sebab nanti merana...teringat satu ayat tu.tah dari mana...

    "Aku rela menolak sekarang, dari aku ditinggalkan di kemudian hari..."

    p/s : baik menolak dan kawal diri sendiri..dah agak sedia, go on..inshaAllah..mintak dilindungi... ^_^

    ReplyDelete
  7. Chic Na :
    Alrite! Sy happy sis suka. :)

    Ckin Kembaq :
    Yes, sbb zman skrg ni sy byk dgr jgk budak bila couple katanya sbb suka2. Klu skadar mcm tu, mmg susah..

    Expect something that unexpected.

    Alhamdulillah, mohon sama2 dilindungi hati kita.. :)

    ReplyDelete
  8. tq! cuma musykil di sini. knp ek sis mesti tulis 7 perkara. sy perasan kat entry semuanya 7. hihi.. sibuk je kan nk tau. ;p

    ReplyDelete
  9. Chic Na :
    Haha! No problem sis. :)
    Sbb sy ni fanatik gila, suka nombor 7.. Skadar suka2 la.. Hehe. :)

    ReplyDelete
  10. komitmen.

    kalau setakat nak couple lama2 sampai bosan tahap gaban , langsung tak ada perancangan ke hadapan, aku reject.

    sekian.

    ReplyDelete
  11. Ok..Point no.7 tu betul..anggap saja dah tak ada johoh..:)

    ReplyDelete

Hentam saja la...