20/03/2012

Antara Soalan Budak Lepasan SPM.

Dear journal,

  Result Sijil Penilaian Menengah (SPM) esok. Macam-macam reaksi aku nampak. Ada yang budget straight, ada yang budget sedarhana tapi kasi inform trial result dia yang gempak, dan ada yang lagi best, langsung takde komen!

  So harini aku dengan baik hatinya nak bukak entri pasal further study. Yes, mana la tau result kau gempak kemain kan? And mana la tau result kau kecewa tahap babat? Meh sini aku kasi idea untuk korang buat further study.

**********************************************************************************

dtsing5.blogspot.com 

  “Oh Mak Kau! Aku dapat straight A’s! Gila babat, apa patut aku buat?!”

  Alhamdulillah, kasi syukur dulu. Firstly, kau kena tau dulu apa target kau. Contohnya kalau kau nak jadi pilot Air Asia, borang permohonan lepasan SPM dah ada kat SINI. Kalau taknak, kau boleh check result kau kat SINI and tengok la IPTA and course apa yang sesuai untuk kau.

  Result IPTA (Universiti awam) boleh check lepas seminggu result SPM, so rajin-rajin la lawat website kat SINI.

  And yang paling penting, kau dah tau result kau gila babat, pergi la cari borang kat website biasiswa yang ditawarkan. Kau ingat masuk universiti ni murah? Sebab tu la abah suruh belajar pandai-pandai. Boleh la kau ringkankan beban diorang dengan biasiswa.

studyineurope.yolasite.com 

  “Alamak, mahal gila ke? Biasiswa tu, free ke sis?”

  Yes, mahal, lagi-lagi IPTS (Universiti swasta). Ikut course la. Aku tengok course perubatan ni paling mahal. Biasiswa ni ada banyak jenis. Ada PTPTN, MARA, JPA, and sewaktu dengannya.

  Tiap-tiap biasiswa ada prinsip sendiri. Contohnya kalau MARA, kau belajar gila babat kat universiti and perform CGPA kau, kau boleh bayar separuh atau free. Kalau PTPTN, takde. Pandai tak pandai kena bayar. And ada caj tambahan.

  Kau kena hati-hati pilih biasiswa ni. Tengok, check syarat betul-betul. Kalau bagi kau berbaloi, terus mohon. Kau tunggu apa lagi.

2dayblogger.com 

“Sis! Sis rasa patut masuk IPTA ke IPTS?”

  Pada perspektif aku, terpulang kepada individu. Kalau kau banyak duit and nak further study kat IPTS sebab ada course kau suka, go on. Tapi kalau kau nak saving duit, masuk la IPTA. Kalau kau gagal dapat result IPTA, apa kata kau buat rayuan dulu? Jangan terus putus asa.


  “Perlu ke buat permohonan universiti? Result aku dah gempak dah ni. Tunggu orang promote je.”

  Yela, kalau result kau setinggi Nik Nur Madihah, boleh la kau open table. Kau ingat dalam Malaysia ni kau sorang je straight A’s? Jangan nak konfiden sangat, kau ingat usaha kena sekali je ke untuk berjaya dalam benda-benda macam ni?

  Aku pernah terbaca dalam forum, sorang perempuan menangis tak dapat masuk universiti walaupun result 10 A’s. Rupa-rupanya dia tunggu orang bagi tawaran. Seriously. Aku agak kesian kat perempuan tu, tapi on the same time buat pengajaran la wei.

  Sebab tu la aku bagitau korang harini. Jangan nak konfiden sangat. Pergi mohon je IPTA, Matriks, IPTS semua. At least dah ada back-up.

duniapesona.com 

  “Sis rasa kan, Matriks, Asasi, dengan Diploma mana lagi bagus?”

  Ini pandangan aku alrite. Aku fikir Asasi bagus kalau kau dah tau cita-cita kau. Kau terus tumpu kat bidang kau minat tu and saving pembelajaran untuk ke Degree. Matriks pun sama jugak tapi bezanya dengan Asasi kau kena perform gila-gila la. Matriks ni bersaing. Sapa top, dia dapat. Aku dengar Matriks ni bersaing dengan budak STPM. Nak selamat ambik Asasi.

  And kalau kau tau kau ni jenis tak suka belajar gila-gila, ambik la Diploma. Walaupun lama, tapi belajar santai je sebab lama. Yelah, at least kau score gila-gila walaupun belajar lama sikit, ye tak?

  So, benda ni perlukan perancangan yang rapi. Kau kena pandai rangka life study kau sebelum apply apa-apa.

nescafeais.com 

  “Sis.. Saya sedih gila babat.. Dah buat rayuan, ditolak. Nak masuk IPTS, saya ni tak berduit.. Tapi saya menyesal, betul-betul saya nak belajar. Macam mana ni sis?”

  Bagus, kau jangan putus asa! Kau ambik je STPM. Walaupun kau dengar STPM ni susah gila babat, tapi peluang untuk lanjutkan pelajaran ke universiti cerah kalau kau usaha time STPM tu. Sijil dia mahal.

  Ingat. Tiap orang lain jalan kejayaan dia. Jangan kau tengok member kau masuk universiti tapi kau pakai baju sekolah lagi, kau lagi hina. Tak, kau tak hina. Kau sama setaraf dengan member kau. Sebab kau ada hati yang kuat, keinginan yang kuat. Be strong!

  Cikgu aku pernah cerita pasal students dia yang teruk result SPM. Tapi dia tak putus asa, dia terus belajar and belajar. Harini, dia kerja sebagai engineer. See? Lama sikit, takpe. Adat la. Ini semua ujian untuk kau. Alrite?

dannybrown.me 

  “Any last words for me? Bagilah kata-kata semangat sikit sebelum ambik result ni!”

  Bila dapat je result, whatever you do, please, cry. Well, aku tak suruh pun korang akan buat punya. Ada yang nangis sebab gagal and nyesal, ada nangis sebab gembira bila usaha dah berbuah.

  Kepada yang berjaya, bersyukur dengan kejayaan kau. Ingat sapa yang bagi kejayaan kat kau sekarang? Check balik kelayakan universiti kau kat point yang aku dah bagi, pastikan kau mohon jurusan yang kau minat. Jangan ikut kawan. Aku cakap lagi. JANGAN IKUT KAWAN. Nanti kawan kau graduate, kau pulak menangis.

  Kepada yang kurang menepati target, bersyukur jugak. Sebab Tuhan sayang kau, Dia tengah duga kesabaran kau. Jangan kau terjun lombong. Nangis tu, nangis la. Tapi ingat, JANGAN PUTUS ASA!

theentrepreneur.my 

  Jangan kau sedih sebab tak seperti member-member kau. Mesti ada sebab. MESTI. Yang penting, kau terus belajar. Kau jangan fikir result SPM ni boleh down kan kau. You’re more than that. Spread your wings in different way. Because you’re different. As long as you get up, ok?

  Aku nak kata satu je. Kepada yang dapat banyak A’s, jangan budget-budget ok. Senior aku dapat 7 A’s, gagal masuk IPTA and gagal buat rayuan. Nasib baik dia ada duit, dia kat IPTS sekarang. So, I repeat. Jangan budget, ok. Result kau tak terhenti kat sini. Ingat tu.

  Cikgu aku pesan jugak, cikgu-cikgu taknak kita keluar sekolah jadi pandai. Dia nak kita keluar sekolah jadi ORANG. Jangan kita pandai tapi hati kita busuk, tak guna. Biar kita kurang pandai, tapi hati kita baik, berguna. Walaupun kerja kita cuma pengutip sampah.

  Kalau kau taktau lagi apa benda asasi, matrikulasi, diploma, degree, master, phD, boleh la kasi komen kat entri ni atau email aku. Ataupun just nak pandangan, insyaAllah aku try the best untuk jawab, alrite.

**********************************************************************************

  And for those yang esok dapat result SPM and nak kongsi time dapat result SPM, insyaAllah aku akan bikin first segmen aku.

Nama Segmen : Kongsi Debaran SPM!
Tarikh : 21/03/2012
Masa : 12 tengah hari.

  So, apa lagi. Balik dapat result kasi type korang punya pengalaman and tunggu post segmen ni.


13 comments:

  1. tambah 1 soalan. lepas ni aku nak keje apa eh? result ke longkang.

    ReplyDelete
  2. Cabaran belajar di IPTA/S sangat berbeza belajar di sekolah.

    Jika di sekolah, setiap ilmu 'makan suap

    Kalau pengaulan adalah bebas. Oleh itu kena pandai jaga diri. Kuatkan iman dan agama . Jagalah Allah Allah akan jaga kita.

    :)

    ReplyDelete
  3. kesian kan perempuan yang dapat 10A tapi tak dpt U

    ReplyDelete
  4. step apa pun yang nak diambil after SPM, yang penting perlu ada "perseverance" baru boleh konsisten berjaya.

    for me, tak semestinya ambil course ikut minat itu adalah pilihan yang bijak. Ada je yg gagal dalam course yg dikatakan "minat" pada awalnya..

    Buat pilihan atas rasional yang waras.^,^

    ReplyDelete
  5. apa pon gua tetap menyesal dulu tak belajar bebetul..perangai dah macam setan..result jahaman..hahaha..

    ReplyDelete
  6. eh..teranon pulak..hahaha..

    ReplyDelete
  7. galakkan student2 ni spaya banyak cari dan banyak tanya...jangan diam..kalu tak, mmg takkan tau...... ^_^

    ReplyDelete
  8. Bagus entri kali ni Sis Al.

    Pandangan 20sen sy mengatakan, semuanya terletak kpd pilihan. Pengalaman saya, SPM tak menjamin kerjaya sebenar melainkan hala tuju seterusnya. Dengan adanya result bagus, pilihan lebih luas, result ciput, pilihan ala kadar.

    Jika gagal, boleh mengulang Paper Julai, jika segan, ambil diploma kat IPTS.

    Hal kewangan, PTPTN banyak membantu namun bergantung kpd peribadi. Sy penerima biasiswa jadi pndgn sy berdasarkan apa yg sy lihat, ramai kengkawan yang tak pandai manage duit. Buat pilihan salah. Buat pinjaman PTPTN then beli itu ini macam wang peribadi. Sedar2, tamat pengajian, hidup bayar hutang. Diploma - 18K. Degreee - 48k. Itu anggaran hutang. Jika result bagus, dpt kerja baik, boleh bayar hutang. Jika result buruk, susah dapat kerja, hutang mengejar sampai ke mimpi. Semuanya pilihan untuk mendapatkan pilihan yang lebih baik akan pilihan terbaik di masa depan.


    http://bwerking.blogspot.com/2012/03/ring.html

    ReplyDelete
  9. terbaik.. patut budak2 ni kene baca..=)

    jom tambah ilmu sikit..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/turunnya-nabi-isa.html

    ReplyDelete
  10. hi sis,
    belajar x kira mana tempat dia.. formal n informal.
    n saya nak share, saya salah seorang penuntut IPTS. oleh kerana gagal menempatkan diri di IPTA walaupun berayu2an... but, IPTS pon Ok actually... jgn fikir ipts ni senang masuk sbb duit. no! depends on pemikiran masing2 nak kate IPTS ni macamane.

    ReplyDelete
  11. aku/a... h.... :
    Sila mohon IPG klu nk senang.

    naim :
    InsyaAllah.. Itulh yg sntiasa dhrap2kn.. Tkut nnti culture shock je kan.

    nurul-rasya :
    Ksian tu ksian, tp nsi dh jdi bubur sis..

    Meet Uncle Haire :
    Hmm.. Boleh jadi jgk. Ada dgr jgk budak kna cmpak course lain then tup tap tgk2 dia suka course tu.

    Anonymous :
    Wakakaka! Hanya mmpu tepuk bahu jela bro..

    missbiyaa :
    Ohh.. Mcm tu pulak.. Sbb sdara ada yg dh blaja kat IPTS.. N yet, dia ngadu mmg mahal gila kebabo. Mngkin klu plajar cmerlang, still IPTS boleh consider duit kot. Sbb ada jgk pi jalan hritu, ktanya klu result byk A, yuran semester pngajian akn dtolak.. Hmm.. Mngkin btul apa yg sis ckp la kn.

    Apple :
    Ish, seram gila bunyi bro crite tu.. (=___=) Untung la bro dpt biasiswa kan. Tu la, kna pndai manage duit ni, bhaya.. Hrap2 apa bro ckp tu sy dgn budak2 lain bringat la skit..

    ReplyDelete
  12. kalau kita just nak ade title saya student IPT, x yah study sbb just nak title kan, bazir duit je.. so, strive for future life.. betol tu, kalau A bertimbun insyaAllah, pinjaman kalau x salah la, half dipotong... if i'm not mistake...

    ReplyDelete
  13. nice entry..jom kita luaskan pandangan kat sini http://unityispower93.blogspot.com/2013/01/lets-mujahadah-ing.html

    ReplyDelete

Hentam saja la...