07/03/2012

"Mati lagi bagus la." Wait Seminit. Are you SURE???

Dear journal,

  Aku pernah lepak dengan si fulan ni pada satu hari dengan ayah aku. Lepas habis satu conversation tentang agama, tiba-tiba si fulan ni cakap,

  “Mati lagi senang la..”

  Sebab dia fikir hidup ni susah, mati lagi senang. Aku terus terdiam. Wait. Are you SURE? Kepada makhluk-makhluk kat luar sana yang terfikir nak bunuh diri, terfikir tentang ayat kat atas, meh sini aku habak sikit.

kesahsya.blogspot.com

  Aku tak nafi, dulu masa zaman ‘kegelapan’ aku, aku pernah terfikir nak bunuh diri. Masa tu aku rasa takde life, keluarga aku pun kucar-kacir, jiwa aku kucar-kacir. Everything in mess. Kau tanya je apa yang tak pernah aku hadap. Banyak benda buruk aku dah hadap. Tapi saat aku nak bunuh diri, aku mesti akan stop. Ilmu agama aku time tu cetek, tapi aku tau Tuhan mesti seksa aku kaw-kaw sebab lari daripada masalah.

  Tapi disebalik zaman pahit tu, aku sedar masih ada cahaya. Cahaya bila aku stop bunuh diri. Tuhan sayangkan aku. And aku bersyukur dengan diri aku harini. At least bila ada orang nak bunuh diri and diorang kata,

  “Kau tak faham macam mana perasaan aku!”

  Well, sebenarnya aku faham. Dan aku bersyukur diberi peluang balik ke jalan yang betul.

  So, the main point harini saudara-saudara satu alam, kita nak fikir balik sebelum kita sebut mati ni senang.


1. Fine, kita bunuh diri. So, lepas mati apa jadi?

yourordinaryday.blogspot.com

  Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa kita akan diseksa Tuhan start azab kubur sampai hari kiamat. Lebih mendukacitakan lagi, kita sah-sah dapat cop ahli neraka. Bayangkan, kita fikir lepas mati ni senang. Tapi sebenarnya lagi banyak kerja kita nak buat. Kat dunia ni at least kalau kita buat kerja, dapat lah gaji, terasa nikmat usaha tu. Tapi bab lepas mati ni, dahlah kena kerja, lepas tu terseksa lagi. Menanggung saudara, menanggung..


2. Tapi aku betul-betul tak tahan duduk kat dunia ni! Mak bapak macam tak sayang aku, kawan-kawan buli aku, cikgu kutuk aku, grade pelajaran aku macam haram. Aku hidup takde tujuan!

justinms66.deviantart.com

  Habis, kita fikir dalam dunia ni kita sorang je ada masalah macam tu? Yang penting, kita cari akar masalah, selesaikan. Contohnya grade kita jatuh. Sapa suruh taknak belajar. Kan dah aniaya diri sendiri tu? Kalau masalah family, kita nak buat apa lagi. Mana yang boleh selesaikan, selesaikan. Mana yang tak boleh selesaikan, bersabar lah. Tak rugi pun kita bersabar. Tuhan tengok apa kita buat. Have faith in God. Mesti ada sebab Tuhan kasi dugaan macam ni.

  Aku ingat zaman kanak-kanak aku lah yang paling gelap, sebab macam-macam jadi yang buat aku nak bunuh diri. Tapi bila ayah aku cerita zaman kanak-kanak dia, lagi sedih. Sampai bila aku teringat cerita dia, aku akan menangis sebab aku dapat rasa penderitaan dia. Bukan aku je menangis, family aku, sedara-sedara aku pun menangis bila dia cerita. Punyalah sadis. Bila aku teringat zaman kanak-kanak aku, takde pulak aku menangis.

  See, ada orang lagi teruk daripada kita. Tapi diorang survive and harini diorang hidup lebih gembira. Sebab Tuhan menduga kesabaran diorang, dan diorang lepas ujian tu and merasa nikmatnya. Samalah macam kita ambik exam. Masa exam tension bagai nak gila. Tapi kalau kita sabar, study betul-betul, dapat result kita akan gembira dan merasa nikmat dia. Same concept.


3. Tapi kenapa life ni susah sangat.. Argh, kan bagus aku tak hidup kat dunia ni..

wallpapersdb.org

  Rileks bro and sis.. Kita rasa life ni susah sangat sebab kita hidup takde tujuan, takde matlamat, takde pegangan. Kita nak kata life ni susah, cuba kita tengok kebanyakan orang kaya kat luar sana yang kaya, hidup mewah tapi still rasa life ni kosong, susah. No hard feelings to rich people, but this is a fact.

  “What on Earth? Ceruk mana pulak dia nak rasa susah! Dah loaded, lagi mau rasa susah.”

  Inilah kenyataan. Bila dah kaya and takde pegangan agama, dia dah tak rasa erti susah. Bila tak rasa erti susah, dia rasa kosong. Kita patut bersyukur, kita merasa erti susah.

  Contoh yang paling best for kaum Hawa menurut agama Islam. Kita sendiri dah akur lelaki soleh akan peroleh bidadari kat syurga nanti kan? Pernah terfikir tak kenapa bila kita jadi perempuan solehah and digelar ‘sebaik-baik perhiasan’, diangkat darjat oleh Allah SWT, bidadari yang perhatikan kita dari syurga rasa jealous??

  Sebab bidadari tu tak pernah rasa kesusahan hidup kat dunia. Diorang dicipta sempurna dalam syurga. Diorang jealous, kita ni kaum Hawa merasa keperitan hidup kat dunia, tapi kita survive, Allah angkat darjat kita sebagai ketua bidadari dalam syurga nanti. Sapa kata hidup takde dugaan ni best?

jannatulwardah.wordpress.com

  Pernah sekali seorang ustaz ingatkan aku dengan kawan-kawan aku dalam satu kem.

  “Orang yang masuk syurga tanpa satu kesusahan, bila dia toleh ke arah orang yang masuk syurga kerana diduga kesusahan, dia terus menangis. Sebab dia tak merasa susah, tak merasa nikmat.”

  Sebenarnya, kita tak pernah merasa hidup tanpa kesusahan lagi takde life. Pergi tanya sendiri orang-orang kaya kat luar sana.Kalau rasa taknak tanya, pergi tengok drama orang kaya yang takde life. Korang fikir drama tu langsung takkan wujud dalam dunia? Mustahil.


sketchaku.blogspot.com

  Ingat, semua dugaan yang kita dapat mesti bersebab. Mungkin Tuhan nak tengok prestasi kita, mungkin Tuhan nak ajar kita tentang hidup, mungkin Tuhan nak tambah kesabaran dan ketabahan kita, atau mungkin kita pernah buat something kat dunia ni yang Tuhan nak balas balik kat atas dunia jugak. Banyak kemungkinan yang wujud, so inilah masanya kita guna akal untuk berfikir.

  Pada pandangan peribadi aku la, lebih baik Tuhan balas keburukan kita kat dunia sebagai pengajaran and kesedaran kita. Kalau Tuhan balas balik lepas kita mati, kan lagi seksa? At least kat dunia kita akan mati jugak dan kita dapat berharap dengan balasan kat dunia, Tuhan maafkan kita. Tapi kalau dah mati? Nak tunggu kiamat lagi [taktau berapa lama] and pintu nak kembali ke jalan betul pun dah takde lagi. Menanggung.

  So, choose wisely.


3 comments:

  1. hargai nyawa y diberikan olehNya..

    ReplyDelete
  2. Yup, itulah yg spatutnya mnusia fkirkan dlm hidup diorg wlau apa pun jdi. :)

    ReplyDelete
  3. Si anak kecil merasa dunia ini bukan miliknya, lalu dia dekatkan diri kepada Allah dan Sailormoon. Setiap hari si ibu memarahinya, mengingatkan dia betapa dia ingin mati. Menonton tv ditegah, dipaksa untuk belajar, Result baik tidak dipuji, seolah dia orang asing. Dia merasakan, dia bukan anak yang diinginkan. Allah hanya sekadar nama baginya, Sailormoon heroin yang dipuja. Dia menciptakan dunia di dalam angan2, sebuah kediaman asing, jauh ke Pluto.

    Menginjak dewasa, dia dipaksa ke asrama penuh, sahabat membuli, ingin kembali namun ibubapa tidak peduli. Mengata dia jangan beremosi, berpura-pura terseksa walhal hal kecil biasa. Dia bersendiri, menyimpan tekad untuk berjaya agar tidak perlu bergantung pd sesiapa. matematik menjadi nadi untuk berdiri, imaginasi menjadi sahabat untuk bermimpi.

    Mengapa dia dibenci, mengapa ibubapanya tidak peduli, mengapa Allah tak... Ahh.. Allah tidak wujud sama sekali. Yang ada hanya diri sendiri. Lebih baik mati.

    Serupa filem "An American Crime", atau kisah hidup Junko Furuta, mereka pasti berkata benda sama. Hmm.. Mengapa masih ada benci?

    ReplyDelete

Hentam saja la...