18/03/2012

Satu Info Simple Wudhuk Yang Kita Tak Ambil Tahu.

Dear journal,

  “Si pedajal mana pulak update blog ni??”

  Aku dah agak dah. Yelah, common readers aku kenal aku sebagai Wani. Harini aku kasi tukar sikit nama aku. Why? Sebab dah berlambak tahap gaban nama Wani kat luar sana. Sampai aku sendiri naik konfius dengan komen-komen aku. Nasib, nasib. So, aku panggil diri aku Sis AI. Kenapa ‘AI’? Alamak, biar la rahsia. Satu hari nanti kalau aku dah famous macam Bill Gate, macam bro Ben, macam bro K, aku kasi tau.

  Apapun, aku takmau banyak cerita harini. Aku baru balik dari Matta Fair and singgah jap Karnival MARA kat Putra World Convenction Centre. Takmau komen banyak, takde yang special untuk dikomen. Just best dan sesak je. Tapi yang menarik minat aku untuk harini, pasal wudhuk.

**********************************************************************************

zharifalimin.blogspot.com 

  “Ala, wudhuk. Dari zaman moyang aku lagi dah tau semua. Kau kasi short jela.”

  Simple, tapi aku yakin 80% orang Islam takkan sedar. TAKKAN wei, takkan. Aku bukan nak cakap kosong, tapi bagi masyarakat kita yang kaya dengan air, benda ni remeh gila.

  Tengah la kau ambik wudhuk, tiba-tiba jiran sebelah yang wudhuk pun join. Tapi yang tak boleh blah nya, nak kasi cuci cuma seluruh muka, tangan berapa kerat je air pakai, telinga lagi la, tapi.. Air kasi keluar deras gila, sampai kau nak ambik wudhuk pun mengelak-ngelak ala elak peluru air. Kau perasan tak?

  Jujur la, aku ni sama je kaki main air. Hujan, dah macam geng aku, apatah lagi air kat batang paip. Tiba-tiba aku terdengar satu hadith.


**********************************************************************************


"Dari Abdullah bin Amru bin Al-As bahawa Rasulullah SAW lalu berdekatan Saad yang sedang berwudhuk. Lalu Rasulullah SAW bersabda ;
Pembaziran jenis apa ini, wahai Saad ?
Maka Saad berkata :
Dalam wudhuk pun ada pembaziran ?
Rasulullah SAW menjawab : Ya, walaupun kamu berwudhuk dalam sungai yang sedang mengalir."
Hadis Riwayat Ibnu Majah  dan Ahmad.

**********************************************************************************

greenprophet.com 

  Sejak haritu, aku agak seram sejuk la jugak bila tangan gatal nak main air. Cuba kita bayangkan, kita tengah bukak air ekstrem gila, tiba-tiba baginda Rasulullah SAW tegur,

  “Pembaziran jenis apakah ini?”

  Mesti tak terkata.

  Apapun, wudhuk ni memang dah selalu sinonim dalam hidup seorang muslim. Tapi kita kena lagi teliti dalam menjalankan satu-satu kewajipan. Ok la, korang nak kata aku start berleter kan? Bukan apa bro, sis, mudah-mudahan orang yang tengok perbuatan kita akan tersedar dan ikut dengan niat perbaiki diri. Aku mampu guna jari aku typing kasi ingat, aku ingatkan sedaya upaya aku. Tapi yang the best adalah perbuatan. So, apa kata harini kita kasi ubah sikit cara kita wudhuk?

  Aku harap entri harini dapat la jadi peringatan sikit untuk kita.. And kalau aku terlupa satu hari nanti tentang ni and bukak balik blog aku, boleh la aku sedar-sedar diri ni sikit.


8 comments:

  1. bahek sis ai..

    aku dengar ceramah kat radio ikim haritu..kata orang tu jimat2 kan la guna air ni..walaupon air kat dunia ni banyak..yang boleh minum tinggal 1% je kot kalau tak silap aku dengar..air laut banyak la..haha..

    ReplyDelete
  2. walahualamMarch 19, 2012

    Wani
    9 March 2012 07:27

    Post yang sangat menarik, syabas!
    Isu ni agak susah org nak cakap memandangkn kat Malaysia ni tak rmai sgt berpurdah, tapi sbnrnya sgt mnarik.

    Ya memang betul isu ini sebenarnya sgt menarik tapi kenapa masih ramai wanita yang menidakannya?

    Kenapa wanita enggan dikenakan purdah sedangkan ianya satu penyerahan yang dituntut.

    Wanita muda seperti Cik Wani selalunya ego dan tidak sanggup. Sepatutnya kita mengikut lelaki di Iran dan Saudi Arabia yang tidak memberi pilihan kepada wanita.

    Dan kita lihat betapa jinaknya wanita2 arab hari ini. Sebenarnya setelah dipaksa anda akan merasa tenang dan aman didalam dunia hijab anda.

    Ya pasti lelaki tidak dapat melihat wajah anda yang menarik tetapi dengan mengenakan hijab anda mengaku kalah sebagai wanita dan menyerahkan diri kepada kaum lelaki. Dengan ini lebih ramai lelaki akan mendekati.

    tidak hairan di Iran wanita yang degil , ego dan enggan dihijabkan di rotan sehingga mereka taat.

    Tidak seperti feminis barat yang menentang diduakan atau ditigakan oleh lelaki. Wanita arab rela di diempatkan sekali gus. Begitu kesan hijab melemahkan semangat wanita dari melawan kehendaki ilahi.

    ReplyDelete
  3. walahualam :

    Terima kasih atas skongan utk post isu purdah tu. :)

    Apapun, tentang ulasan komen anda, pemakaian purdah adalah bukan wajib dan dituntut oleh agama Islam. Kita digalakkan memakai purdah sekiranya wajah seorang muslimah tu trlalu cntik atau atas galakan suami yg kalau boleh nakkan kcantikan si isteri hnya dberikan utk dia sahaja.

    Utk pngetahuan anda, disebabkn pemaksaan memakai purdah la orientalis Barat selagi boleh nak haramkan pemakaian purdah dengan alasan pemakaian purdah adalah dipaksa. Sepatutnya alasan ni perlu dielakkan. Dan kebanyakan muslimah berpurdah yang menetang pengharaman purdah adalah wanita yg sukarela memakai purdah, bukan dipaksa.

    Pemakaian purdah adalah pilihan seorg muslimah, manakala pmakaian hijab atau lg tepat mnutup aurat, barulah takde pilihan kerana sudah tntu itu atas arahan Allah SWT.

    Dan melalui pandangan sy sbagai org prempuan dan org muda yang anda katakan, sbnrnya rmai muslimah muda yg nak berpurdah. Tp msing2 ada sebab dan masalah. Dan msalah yg pling perlu dititiberat adalah tentangan keluarga.

    Bagi sy, brsabar la dulu jika nk brpurdah klu dtentang keluarga. Daripada kita ingkar arahan ibu bapa [yakni dosa besar]??

    Fikir2kan la.. Apapun, galakan pemakaian purdah masih sy katakan dlm entri tu. Sy menggalakkn pmakaian purdah.

    ReplyDelete
  4. Ym.Bundle [Blog.Sampah] :
    Haha! BAHEK pun boleh..

    Pergh.. Tu la, mnusia ni ambik mudah sangat bab bnda yg dh ada.. Kalau esk takde air, brulah kita ni nk mnyesal, apa pasal tak reti saving air dulu.

    Air laut? Ntah brapa byk mkhluk yg buang 'saham' kat situ, hahaha! Berat hati bro nk telan, haha!

    ReplyDelete
  5. Pada zaman para nabi, kekadang sesuatau perkataan itu tidak dikatakan secara terang2 melainkan melalui perumpamaan. Kadang2 ianya bertujuan untuk menjaga hati sesetengah pihak atau sekadar untuk renungan.
    Pada pndgn sy tntg wudhuk ni, pembaziran yag dimaksudkan membawa erti lebih. Semacam sungai, pembaziran air pada logiknya tidak boleh diterima. Itulah yang dikatakan perumpamaan. Pada asalnya, motif kita ilh wudhuk, namun beralih kepada main air. Apa yang dibazir ialah air, masa dan juga niat. mungkin ada lagi, sekadar pandangan 20sen. Lol.

    ReplyDelete
  6. Apple :
    Yup! Mmbawa maksud lebih? Yg tu sy fhm..

    Tntang niat dan msa tu, sy sjujurnya kurang nmpk kena-ngena. Sbb time sy dgr taskirah and hadith tu, mmg ustaz mngkhususkn utk pmbaziran. Sbb wudhuk yg smpurna boleh mampu kluarkn dosa2 kecil kita. Tp klu pmbaziran brlaku? Itu yg ptut kita fkir2kan.. :)

    Apapun, trima ksih atas pndangan bro!

    ReplyDelete
  7. time tak ada air, boleh pulak guna secebok air utk berwuduk..kan..kan?.. bila ada air, tak ingat dah semua tu.....adeh

    ReplyDelete
  8. Ckin Kembaq :
    Btul.. Kita ni fkir susah je.. Bila snang, tknak fkir klu dh susah..

    ReplyDelete

Hentam saja la...