05/03/2012

TIPS: Keraskan 'Awning' Tudung.

Dear journal,

  Korang pernah tak pakai tudung [selalunya standard tudung bawal] and awning dia akan senget la, jatuh la, lagi-lagi bila angin kasi tiup. Satu hal lagi nak tiup-tiup awning tudung korang, kasi elok balik. Satu hal lagi korang menggagau cari cermin nak betulkan tudung , takut nanti nampak selekeh.

createdecoration.blogspot.com

  Harini aku nak kasi tips untuk kemaskan tudung dan kasi tudung statik, terbentuk lawa. Dulu-dulu aku taktau kaedah-kaedah ni. So aku pakai kertas, letak dalam tudung aku. Bagi aku kemas, tapi banyak fulan ngumpat aku nampak macam alien. So, aku pun cari solution lain kerana aku pun naik penat beli kertas nak sorok dalam tudung aku. And aku rasa bila berpeluh, haba tak lepas sebab kertas kat tudung aku macam halang haba lepas. Terseksa batinku.

  Walaupun tips ni mudah, tapi ramai orang sebenarnya taktau lagi. Meh sini aku bagitau.


Using Fabric Starch.


suehijab.com

  Benda ni korang boleh jumpa kat supermarket yang berhampiran, bahagian baju. Aku taktau semua store ada ke tak, tapi keep on searching. Result nya, kain tudung korang nampak normal and terasa lembut, tapi sebenarnya dah keras and statik kan awning tudung korang. Tak payahlah korang nak bazir air liur lagi duk meniup awning korang and sambil tu ada fulan lain ngumpat korang buat macam tu sebab budget comel. [Fakta wei, fakta] Sedara aku bagitau kat Cosway pun ada jugak, so kalau tak jumpa kat supermarket, cuba cari kat Cosway pulak.

kualalumpurcity.olx.com.my


Using White Candle.


anglowax.com

  Kaedah ni paling retro sebab budak sekolah agama selalu buat, dah pandai kaedah ni. Lagipun murah dude kos dia berbanding kaedah Fabric Starch. Korang beli lilin warna putih [warna lain jahanam tudung korang, nampak bekas dia] then kesat bahagian hujung kat awning tudung korang. Lepas tu kasi seterika. Awning gerenti keras punya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

  Kalau taknak kain jahanam, spray fabric starch sikit je, bahagian hujung. Pakai lilin pulak, jangan kesat kat tudung kasar-kasar. Rosak kain, jangan saman aku. By the way, aku tau ada sesetengah daripada korang blur-blur dengan penjelasan aku. So, aku kepilkan sekali step by step dalam video ni. Dia dah bagitau terang-terang dah. Kalau blur jugak, terjun lombong. Harap korang puas hati dengan result dia.







4 comments:

  1. yg lilin tu mmg biasa guna mase kt skolh dulu. mula2 tu letak tebal2, mcm hampeh lak. lame2 ok.
    yg spray tu mmg betul. spray kt tudung bawal, cantik je terbentuk nti.

    ReplyDelete
  2. cik L.A.L.A :
    Hahaha! Ada try jugak pkai lilin skali. Serius hampeh. Budak2 tangan dh pro pegang lilin je boleh. Tp yg spray tu mmg puas hati la..

    ReplyDelete
  3. haha yg lilin tu mmg slalu buat la kat asrama dulu

    ReplyDelete
  4. guna yg akak punya spray haritu terus saya pakai kan xD hehe guna lilin pun sy tak reti

    ReplyDelete

Hentam saja la...