20/04/2012

Perlu Ke Pikat Perempuan Pakai Politik Duit?

Bismillah.

Dear journal,

  Nak dijadikan cerita, lepas aku duk tolong ibu aku berniaga, aku pun pergi gerai ayam, memandangkan aku penggila peha ayam goreng selepas daging lembu sizzling.

  Yang aku tak boleh blah, ada sorang brader ni pekerja gerai ayam tu. Melayu, muda. Asal aku beli je, dia bagi murah. Satu ketul standard RM 2.50. Tapi dia bagi aku RM 2.00. Yang lagi tak boleh blah, pernah aku beli RM 5.00, tapi dia kira RM 3.00.

nokchaicecream.wordpress.com 
Oh, lihatlah betapa comelnya kanak-kanak kerinting!


  Yang buat aku confirm dia nak 'try' aku bila makin lama dia makin berani nak 'hai-hai' dengan aku.

  Ayah aku cakap,

  "Biasa la. Awek memang dapat murah."

  Awek tak awek la, tapi aku sejujurnya rasa geram. Yela, kalau nak pikat awek pun biar la jangan jahanamkan bisnes tauke. Tapi aku rasa bab tu Tuhan nak tunjuk kuasa. Tauke dia pun ala-ala kedekut. Jadi dapat la pekerja 'pemurah'. Adil kan?

  Still, perlu ke nak pikat dengan politik duit? Ok la, aku faham semua laki dah maklum sekarang perempuan mata duitan. TAK SEMUA, and bagi aku masing-masing ada sebab sendiri.

  Tapi, serius, pikat macam tu akan menyebabkan diri seorang lelaki akan ditipu. KALAU la aku ni jenis ambik kesempatan, dah lama aku hari-hari beli. Siap wink-wink kat dia, mana la tau dapat RM 1.00 seketul? And then cukup time aku buat tak layan. Tak ke dah aniaya diri?

howsz.net

  Tolong la jangan pikat cara tu. Aku ingatkan semua lelaki bukan sebab apa, aku taknak korang teraniaya. Aku pun ada adik lelaki yang belum kahwin. Aku pun taknak dia teraniaya dengan awek kaki kikis. Dan aku semakin segan nak beli, sebab dapat murah macam tu.

  Ikutkan hati, nak aje aku cakap,

  "Brader, jangan la bagi murah kat saya. Rambut brader bukan kerinting. Saya suka lelaki berambut kerinting. Lagipun saya dah ada hero saya. Saya tak larat jaga banyak hero, brader. Nanti hero utama histeria, guling-guling macam budak hilang mainan, susah saya.."


coolmenshair.com

  Kalau kau rasa rambut kau tak kerinting tapi muka ala comel tahap lembu hitam-putih macam gambar pakwe Jepun kat atas, boleh la kita buat rundingan. Wakakaka! Leklek, gurau je..



33 comments:

  1. suker gak laki rambut kerinting... xla kerinting sgt.. sekadar biasa je.. pakai cekak macam laki jepun tu.. so sweet.. keh2..

    ok,, tu je yg dpt dri entri ni... hahaha.. xptut betul...

    betul2 bukan suma pompuan hadap duit sgt.. =)

    ReplyDelete
  2. saya adalah spesis lelaki yg ada dalam cerita ni. mudah untuk ditipu kot..bezanya, saya tak jual ayam..:D

    personally, kalau saya dah suka kat sorang ppuan, saya tak berkira sgt pasal duit..bukan dalam konteks membeli perasaan seseorang dengan nilai ringgit..tidak..cuma lebih kepada senang memberi..

    biasanya saya akan beri kalau orang tak minta..tapi kalau jenis orang ppuan yg suka meminta-minta, sangat berat hati saya nak bagi..simply said, saya tak suka orang ppuan yang suka meminta-minta..rimas walaupun dia orang yg saya suka..:D

    kalau pernah tengok filem Setem, ada satu dialog lebih kurang begini:

    "Pak Ramli selalu cakap, kebahagian yang sebenar datang daripada memberi, bukan menerima."

    hehe..panjang bebenor komen kali ni..:p

    ReplyDelete
  3. jagung rambot kerinting..hahaha..=_=

    ReplyDelete
  4. hurmm, mana tau masa sis beli ayam goreng tu happy hour, beli ayam dapat murah.. thinks positif kay..

    ReplyDelete
  5. waahh! bestnye dpt murah~ untung la ade org nak ngorat .kahkahkah .

    ReplyDelete
  6. hahaha. patot la dia xkerinting.. btw mugmerah pon pnah kena. dulu dgn abg kantin sekolah. smpai mugmerah rasa takot nak makan kt kntin. sanggup tahan lapar. cesss!

    ReplyDelete
  7. kalau cam tu aku pon nakjugak beli ayam hari2.meh alamat.haha

    ReplyDelete
  8. selalunya macam tu la sis Al.. kalau perempuan yang membeli mesti dapat murah daripada biasa. tapi betul jugakan tak la dia sesaje je bagi murah kan? hehe..

    ReplyDelete
  9. hahahaha ,. alahai , kes macam ni pun ada ea ,?

    umph2 , minta2 lar dijauhkan dengan pisau cukur nih ,

    ReplyDelete
  10. aku HaniAsyira :
    Wakaka! Hbis la laki rmbut lurus skrg.. Haha! Btul tu. Yela, klu bg skali skala takpe.. Klu bg slalu, tu yg susah tu..

    Encik H :
    Hmm.. Bgus jgk bro bg pndangan bro sbgai org yg suka 'mmberi'. Tp tu la bro, org prempuan mcm sy pun rsa segan.. Sy sbnrnya tak kisah dia nk bg murah.. Tp bila satu hri dia dh smpai tegur sy dgn 'hai', sy trus rsa segan, tkut2 skit.. Yela, lgpun tjuan dia 'mmberi' yg sy jumpa ni? Sbb nak cuba ambik hati.. Klu boleh, sy tknak la buat org mnghrap..

    Si Jagung :
    Wakakaka! Jagung mna boleh kerinting! Kna lurus dan rapi!

    Al Kisah :
    Bro, takkan la hari2 happy hour? Ayah sy try beli on the same day, dpt harga biasa, walhal siap borak dgn tauke. Apa cerita?

    my eyes for shine :
    Untung skali skala tu ok la sis.. Pikat? Errr... Err..

    mugmerah :
    Yes, btul tu sis! Kita rsa tkut kan? Mula2 bg murah tak ckp, lpas tu bg murah ckp 'hai', esk lusa mntak nombor ke, hapa ke.. Kita mstilah rsa tak slamat..

    keli menari :
    Wakakaka! Taknak try yg dkat2 dlu ke? Wakaka!

    Cik Kay Jue :
    Yes, sbnrnya tak kisah bg murah2.. Tp bila dh ambik langkah 'further step' tu yg buat rsa tkut..

    shafiq :
    Bro laki, kureng mrasa la kot, hahaha! Apapun, yes bro. Mntak jauh byk2 kat bro..

    ReplyDelete
  11. boleh bankrup demi cinta la kalau camtu.

    ReplyDelete
  12. tak penah kena pikat dgn cara tu..

    so lps ni klu beli kt mna2 kedai, barder yg jga, dpt murah plk,, kena beware!!.. hahahaha>.<

    ReplyDelete
  13. betul2..sebenarnya lebih kepada niat..kawan saya pun x selesa bila saya selalu nak tolong dia..sampaikan dia amik keputusan utk derma apa yg saya bagi kat tabung bencana..

    since that day, bila saya ada rezeki lebih nak tolong dia, saya akan terus bank in tanpa bagitau apa2 kat dia..:D

    call me stupid? you're most welcome..;)

    ReplyDelete
  14. miss no right :
    Klu yg ambik ksempatan, confirm la bankrup jwbnyaa..

    Cha_Haya :
    Haha! Klu bru beli skali dia bg murah, ok la tu lg.. Ikhlas tu.. Tp klu dh byk kali, sipa buat 'further step' hati2 la cikgu.. :)

    Encik H :
    Bg sy, itu bkn tindakn bodoh la bro. Bg sy, klu buat mcm tu tnpa ckp apa2, lg elok. Takde la org tkut2, duit msuk free, sapa tknak? Haha! Yg pnting, kita ikhlas. Amboooi, bro nk tolong awek ehhh.. Wakaka!

    ReplyDelete
  15. kalau wani, 'beli' 10 ketul terus pastu mntak free je. wakakaka~ :B

    ReplyDelete
  16. haha

    ganas jugekk.

    mintak jauh drpd sifat pisau cukur neh.,
    amin...

    ReplyDelete
  17. mmg tak patot la kan. tp rasanya lelaki mmg camtu la kot. kalau dh suka seseorang mmg takkan berkira psl duit. tp agak2 la kan. huhu.. :)

    ReplyDelete
  18. hahaha..politik wang..sesuai la untuk untuk playboy dengan pisau cukur..

    ReplyDelete
  19. yup..betul..hampir semua org akan kata itu tindakan bodoh..hehehe

    but then, saya suka buat something stupid yg mcm tu..chenta tu kan buta..membutakan mata, akal dan jiwa..cewah..:p

    i think, we do have our own will to show how much we care..don't we? :)

    ReplyDelete
  20. hehe, bagus apa bagi murah. doakan lah dia balik semoga murah rezeki. dia nak tackle lah tu kot;))

    ReplyDelete
  21. tengok title ni tba2 teringat kat kata2 sorang kwn suatu ketika dahulu, skang dunia dah maju.. so kita sebagai perempuan ni kenalah materialistik skit.. haha.. so, kena r cari laki kaya.. hahha.. :D
    tp, kalo nak pikat perempuan tu tuk jadikan sbg istri,x payah r pakai duit... pakai hati yg suci n bersih je.. konfem dapat pnye... ho3

    ReplyDelete
  22. baiknyer si budak x berkerinting tu kan..blh plak camtu ngorat awek cun cam sis al ni...

    ReplyDelete
  23. tapi masyarakat kita da kene "latih" gini,so susah jugak nak cakap otherwise.dunia materialistic yang smakin parah.

    ReplyDelete
  24. hehe ntah la kdg2 mcm2 cara nak mgorat ek.nasir memang tak pandai nak ngorat2 agaknya sebab tu lah mbujang smp skg.huhu..

    ReplyDelete
  25. tak suka orang pikat guna duit. hengat kita materialistik. -.- '

    ReplyDelete
  26. err. takyah nakk pikat perempuan dgn duit. buang duit jee. better dgn akhlak :D

    ReplyDelete
  27. wah.. dia ada admire la.. hahah.. hensem tak?? hahaha.. lain kali, buat je dia malu.. perli je cukup2. tak pun mengadu dgn tauke dia yg dia selalu jual murah.. hahah

    ReplyDelete
  28. =__=

    Aku pikat perempuan pakai duit la selama ni..? Tak pernah terdetik pun.. Cuma suka tengok mereka senyum ja dapat barang percuma..

    Sedih... Selama ni orang ingat aku nak tackle perempuan..

    Poyo je ayat aku nih.

    Anyways, aku memang agak selalu menghabiskan duit untuk awek. Dah la pakai duit parent. Tak tahu malu. Tapi, secara personally, actually niat tu ikhlas. Bukan dekat makwe je aku kasi belanja apa-apa. Kawan laki perempuan semua ada.

    Entah. Aku rasa happy kut buat orang lain happy. Walaupun sebenarnya duit tak banyak mana, tapi kalau duk belanja orang tu, entah. Rasa happy pulak.

    Tak percaya? Cuba torai. Belanja kawan-kawan perempuan kita ke.

    Dan aku rasa, mamat jual ayam tu, dia bayarkan la untuk kau. Kalau standard harga RM2.50, dia bagi RM2, maka, lagi 50 sen tu dia tambah sendiri la tuh. Kita sangka baik la sikit ye. Dia tak tambah, itu urusan dia dengan majikan dia lah. Siapa suruh tak jaga amanah dengan betul.

    ReplyDelete
  29. takutake :
    Hmm.. Belanja kwn, prnh try. Yeah, syok la jgk mcm kmu ckp ni. Hehe! Ntah la bro, klu bro prgi blanja prempuan hari2, cuba tgk lama2. Msti diorg agk segan. Atau, tak. Hahaha! Tp segan la bro!

    Yg bg murah tu, yela, btul jgk ckp bro tu. Kita brsangka baik la. Yes, bab tu sy fkir itu antra dia dgn tauke dia.. Hrap2 apa bro ckp ni btul la..

    ReplyDelete
  30. sory2 buka citarasa saya <~~ kejam x ayat?? ehhehe... agak2 laa.. xD cari y betul2 ikhlas.. mmg diakui duit tu penting tapi jangn la smpai tergadai maruah.. ekekkekek

    ReplyDelete
  31. Buat aku terfikir

    kau cub tu kne ngurat tu

    kdg sgn gak mkn. Sbb cm thutang budi lak

    ReplyDelete
  32. :)

    Hati perempuan bukan untuk di jual beli

    ReplyDelete
  33. haha.. bro ym bundle pernah tulis entri pasal mengurat, mula2 jadi kawan, lama2 jadi orang diperlukan etc. Rasanya, pemuda tu mencuba cara sama, nak jadi kawan namun agak cepat lalu menjadi sesuatu yang berbeza hasilnya. Dalam hal bukan barangan dia nk beri kat org tapi tauke dia, ntahla, dia tak amanah dan risiko kat masa depan, potensi ada tuk itu. Mulai dengan benda kecik lalu melarat kepada yang lebih besar. Pernah tengok pasangan yang mula2 L minta duit sket kat P. Then lama2 L siap mara tuk dpt duit dr P. Tak lama kendian smp tahap pukul P. Mulai dengan benda kecik lalu jadi besar. Dats y kena elakkan KOT..

    ReplyDelete

Hentam saja la...