Bismillah.
Assalamua’laikum
dan selamat sore!
Dear journal,
Pergh, tajuk panas! Panas-panas-panas! Rileks! Jangan melatah! Rileks!
Ambik air sejuk dalam peti ais.
Baca bismillah, minum.
Ambik wudhuk mana yang
terasa panas lagi.
Dah sejuk? Alrite, baru
aku boleh go on.
Bila aku dah letak tajuk macam ni, mesti korang akan tertanya-tanya. Part
mana yang kolot tu? Part mana yang silap tu? Jap, jap, ni bukan blog perkauman, blog politik.
Ini blog aku, blog FIKIR. So, bila baca, buka minda, buka hati.
Renungkan balik.
1. Kebersihan
Muka.
Kepada mat-mat Melayu, pernah tak korang terfikir,
“Eh, apasal muka laki K-Pop hensem-hensem, cute-cute eh?”
Mesti korang just fikir,
“Alamak, tak payah nak gay sangat la kan
diorang ni?”
See? Perasan tak, mat-mat Melayu yang wujud kebanyakannya
diorang tak ambik tau pasal penjagaan muka? Bagi diorang, kalau pergi cari pencuci muka ni nampak gay, nampak metroseksual.
Macam mana ni bro. Cuba tukar sikit mindset
tu.
fakhruru.blogspot.com |
Lelaki ni bagi aku kena jugak jaga muka. Ala,
beli pencuci muka semua tu tak
bermakna kau gay. Kau nak jaga kulit kau yang dipinjamkan
oleh Tuhan. Itu salah satu tanda syukur, betul tak? Come on la, jangan kata perempuan je yang perlu beli semua tu.
Aku tak kata pun laki ni kena pakai make-up
semua. Just, jaga muka, tu je. Cukup time cuci muka kasi
bersih. Tak payah nak kasi putih, nak kasi gincu semua. Just refresh kan kulit korang.
Bagi aku, hensem apa mamat muka Melayu ni. Serius, aku lebih suka tengok
lelaki bermuka Nusantara yang coklat
biasa, tak terlalu putih,
biasa-biasa je, macamboyfriendaku. See? Aku tak faham la bila orang kata laki jaga muka ni gay. Aku tak faham.
paaduu.com |
Habis, kau tak jaga muka kau, muka kau dah jadi muka pecah rumah, then bila kau tengok lelaki lain yang hensem dan comel, kau nak salahkan diorang sebab diorang jaga
muka diorang? Tak patut, tak patut..
Ni aku bukan cerita nak
hina kejadian Tuhan ni. Tak, kau silap. Maksud aku, Tuhan
dah bagi muka masing-masing. Tak kisah la hensem ke tak.
Just, take care of it. Jaga dalam
kadar PERLU. Tak kisah la laki ke
perempuan.
2. Bila Orang
Jumpa Bersalam, Berpeluk = Tanda Gay Dan Sangat Janggal.
Semasa aku
berjalan-jalan dalam satu event ni, aku singgah surau jap. Then settle
semua, aku pergi kat sorang akak ni, nak salam. Dia pandang aku dengan muka
terkejut tahap gaban dan sambut
salam aku. Tapi dia tak lepas tangan
aku. Dia renung je muka aku.
“Err... Errr...”
“Errr... Ha??”
“Err.. Kak. Saya saja salam akak.
Saya tak kenal akak pun.”
Then muka dia muka lega, lepaskan tangan aku. Dia tersipu-sipu.
Lagi-lagi bila
lelaki bersalam and nak peluk sesama lelaki. Mesti orang
akan fikir gay. Dan kalau bersalam,
mesti nak orang yang kita kenal je. Kalau tak kenal nak bersalam,
rasa janggal gila.
hotarabicmusic.blogspot.com |
Korang tau tak, orang muslim kat luar sana
bukan je berpeluk, tapi siap bercium
kat pipi! Tanda persaudaraan sesama Islam yang kuat gila. Tapi kita ni.. Bersalam hanya untuk orang kita
kenal, berpeluk tanda gay. Kalau
cium? Hm, entah-entah dah melatah, buat report kat Majlis Agama Islam.
Mindset ni kena ditukar.
Peluk tu, bagi aku takde hal. Orang perempuan biasa dah berpeluk bila jumpa. Lelaki la yang mindset aneh-aneh sikit. Bersalam ni satu sunnah. Ada hadith meriwayatkan, gugur dosa-dosa
kita bila bersalam. Ha, takkan taknak kot?? Free-free je!
Tapi jangan la bukan mahram pun kau nak salam, nak cium, nak peluk.
Memang kena high-kick la sekali.
3. Bila Orang
Gagal, Mesti Nak ‘Booo’!
Macam penyokong bola
sepak Malaysia la. Kalau menang, yeye je sokong kemain. Bila dah kalah,
mula la nak tinggalkan padang, kritik kaki bangku la, apa la.
Okey la fine,
memang ada separuh macam tak reti
main bola. Tapi tak boleh ke bagi kritikan membina? Bagi kritikan
serupa support? Ini tak. Kalau dah maki, maki jela.
Walhal kosong. Macam tin kosong.
hazmanfadzil.com |
Bagi aku kan, orang Malaysia macam ni yang
bila gagal nak ‘boo’ orang, bagi aku diorang
tak matang. Serius tak matang. Yelah, tengok budak-budak. Kalau member fail buat something, mesti diorang gelakkan. Of course,
budak. Apa ada hal.
Tapi jadi hal bila
orang dewasa yang tak matang
turunkan ke-tak-matang-ngan dia kat anak dia. Itu yang menurun sampai la harini.
Bagi aku, kalau gelak tu..
Ringan-ringan lagi la kot. Lagi-lagi orang laki. Biasa la. Tapi kalau dah tahap
mencarut tu, fikir la sendiri.
Please, Tuhan dah kasi pinjam akal. Inilah masanya kita guna.
Apa kata bagi
sokongan ke. Ala, macam orang Korea la. Aku bukan gila Korea, serious. Aku ni ada jiwa zaman batu sikit, so aku tak layan sangat. Buat sedap halwa telinga, cukup. Tapi aku kagum
dengan rakyat dia.
imglols.com |
Bila ada satu team ni kalah, diorang akan
ramai-ramai jerit,
“Tak apa, tak apa!”
Maksudnya, it’s okay, you can do it better next time.
See? Eish, bab artis Korea bukak baju tayang dada kemain
lagi kita ikut. Tapi bab moral diorang,
semua buat dono je, macam tak pernah
wujud. Inilah masanya kita tukar mindset
kan?
4. Kalau Dalam
Satu Event Kena Sorak Tanda Support, Semua Diam.
Contoh paling senang
walaupun aku kureng berkenan,
konsert. Bila orang suruh shout, cikai-cikai je yang menjawab.
Bila orang suruh join tepuk tangan, alahai. Berapa kerat je sokong. Lepas tu diam balik.
Eleh, penipu la kau nak kata yang datang konsert tu sebab saja je. Of course tanda
sokong. So kalau dah sokong tu, sokong la sungguh-sungguh. Aku tengok negara Jepun, pergh, siap ramai-ramai menari lagi bila artis dia menari.
Bukan menari gelek
yang ghairah tu. Tapi menari ala senamrobik. Kira fun la kalau tengok and join. Tapi kalau orang Malaysia ramai kat
situ, hambar kot. Kalau sorang dua,
mesti diorang pun nak merasa.
konpakunouta.animeblogger.net |
And aku pernah pergi satu kem remaja Islam ni. Mula-mula bila
suruh takbir, hambar je. Last-last dah kena brainwash, semua
jadi semangat.
Tak kisah la apa-apa event pun. Hari Kantin ke, hari ambik slip
keputusan SPM ke.. Aku kecewa bila ada students
yang tak datang sekolah saja-saja
sebab boleh check result SPM pakai SMS. I mean, come on! Benda ni dah
macam budaya seorang pelajar ok.
Berkongsi suka duka. Ini lah life!
Orang Malaysia ni ada lazy and penyegan tak bertempat. [Argh,
terasa sikit] Yes! So, ini lah masanya kita berubah!
5. Bila Orang
Dapat Lebih Daripada Kita.
Contohnya dalam business. Tengok je orang Melayu lain
lebih sikit, mula cari bomoh. Mula nak
sihir-sihir. Tak sedap mata
kononnya. Macam mana orang Melayu nak maju kalau saling dengki?
And yet, dari segi study.
Kalau orang kureng pandai tapi gengster, dipandang tinggi. Kalau orang
kureng pandai tapi popular ala gaya budak Amerika, dipandang tinggi. Kalau
orang pandai je akan kena pinggir,
panggil nerd. Orang pandai lebih
sikit kena buli. And then ramai-ramai cakap,
“Eee, apasal dia budget pandai sangat nak
jawab soalan tu?”
aoao2.deviantart.com |
Eh, aku tak faham la dengan orang macam ni. Serius tak faham. Apa masalah kau sebenarnya? Kau tak puas ke dengan apa
yang kau dah dapat? Sebab tu la orang Melayu kita susah sangat nak
maju.
Bila dah ke depan, orang kita sendiri yang cuba sedaya upaya untuk jatuhkan.
Bila dah ke belakang, orang kita sendiri cakap,
“Orang Melayu ni memang pemalas.”
See? Serba tak kena! Come on la kepada yang terasa bab ni. Tolong sedar dan bangun. Kita makin
dipijak!
6. Bila Orang
Cakap Dengan Sopan.
Eh, ni aku nak tegur sikit. Kenapa eh
aku dengar kat beberapa stesyen
radio tempatan, bahasa diorang pakai
kasar sangat? ‘Aku, kau, gua, lu’ and ada bahasa yang tak patut guna. Ingat yang dengar radio tu keturunan dengan member
je ke? Bukan ke kita duk pegang ‘bahasa
jiwa bangsa’?
zolkifli.blogspot.com |
So, bangsa kita ni dahnak runtuh la ye? Even cerita kartun
pun pakai ‘aku kau’. Bahasa tu
kasar la untuk budak-budak. Aku
zaman budak pakai aku kau, kena
lempang dengan ibu aku. Even dalam
filem ada ‘sial’, ada ‘bodoh’, ada ‘babi’. Bagus sangat la tu?
Sampai ada
budak-budak dah mengikut perkataan
kasar tu atas dasar kat panggung wayang ada cop ‘UMUM’ bila tengok wayang. Tolonglah
pakai akal sikit. Jangan nak cari
duit sampai hancurkan bangsa sendiri!
And sekarang bila orang guna bahasa sopan, mesti ada je suara sumbang,
“Wei, tak payah la nak baik sangat.”
Tu bukan tunjuk baik. Tu
namanya ADAB, tau.
Blog aku pakai ‘aku kau’? Aku dah claim yang aku akan
pakai bahasa santai dalam blog. And
kalau dalam blog, bagi aku ok je sebab kebanyakan blog peribadi and berblogging pun kena pakai kreativiti penulisan untuk tarik orang.
hidney.com |
Eh, takde maknanya
kreatif guna bahasa kasar bila bercakap. Bahasa jiwa bangsa. Remember?
Wake up, Malaysian.
We are more than that. We’re good than what we know actually.
7. Bila Terjadi
Satu Isu, Semua Pandang Satu Hala.
Contoh paling mudah,
bab Illuminati,
Freemason.
Mana yang percaya, sampai dah naik paranoid, sampai semua nak dikaitkan Illuminati. Mana yang tak percaya, 100% diorang tolak pasal
benda ni dan siap kutuk lagi orang
yang percaya.
Come on la.. Tak perlu paranoid.. Benda tu taktau kesahihannya ke tak. Dan tak perlu tolak 100%.
Ada ilmu, ambik. Pandai-pandai la
fikir. Kalau benda tu betul-betul
jadi? Tak ke melatah?
And yet, ada pengajaran di sebalik isu tu. Taknak pulak kita tengok
kan?
Kita claim :
1. Illuminati kuasai dunia.
2. Illuminati nak hancurkan agama.
3. Illuminati nak main perang pakai akal. Guna teknik ‘mastermind’.
Oh, come on. Boleh tak kita ambik
kesimpulan,
1. Kalau macam tu
kita kena cuba maju sedaya-upaya, jangan terus dikuasai.
2. Kalau macam tu
kita kena beratkan agama lagi, kena banyak beribadat, kena kuatkan semangat ummah. Biar agama kita jadi kuat.
3. Kalau macam tu
kita kena lagi hati-hati dalam penularan budaya asing. Kita kena tetap pendirian.
loveforlife.com.au |
Boleh tak kita set mind macam tu? Fikir, semua ni ada pengajaran. Bukannya jadi paranoid tak tentu hala
dan memaki-maki mana yang percaya kat
Illuminati
tu. Yet, aku tak nampak pun sebarang perubahan. Sama-sama je hampeh
kita ni.
Wake up, people. Akal kita boleh lebih daripada tu. Kita boleh jadi lebih baik daripada
tu.
And kalau kita jumpa video aneh-aneh. Mana yang percaya, terus
percaya. Mana yang tak percaya,
tolak 100% taknak percaya. Ambik
pengajaran la wei. Tak kisah la tipu ke betul.
Pengajaran tu yang penting. Untuk
diri kita.
cekikdarah.com |
Pergh, panjang jugak aku
bebel ni. Mesti ada yang skip-skip baca. Takpe, aku tak marah.
Yang penting, kita nak berubah. Yang
penting, bila baca ni dalam hati rasa
terbako dan nak maju. Terima cabaran yang aku lontarkan.
Aku pun cuba sedaya upaya jadi good Malaysian.
Mudah-mudahan kalau aku terlupa satu hari nanti, artikel ni dapat ‘lempang’ muka
aku balik, buat aku sentap. Maaf la bahasa aku agak straight. Aku cuma nak
orang faham point aku.
Apapun, buang yang
keruh, ambik yang jernih. Alrite!
hahah..betul la tu...tapi tang nak berpeluk tu aku tak teramalkan kot..takda la nak ckp tu gaya gay ke apa..cuma memang takda kot aku nak peluk sapa2 lagi buat masa ni..hahaha..
ReplyDelete*ko sentiasa ada idea nak tulis pepanjang kan sis..bagus betul..
wahhh tertunggu2 entry dr sis. xtau nk komen ape cuma sy setuju ngn semua yg ditulis kt atas tu. idea sis mmg slalu creative. keep it up! :)
ReplyDeletewah..panjang lebar n3 ni yer sis..tapi info menarik untuk kesedaran masyarakat..welldone..:)
ReplyDeleteYm.Bundle :
ReplyDeleteHahaha! Eleh, bro mmg jiwa rock, tkut mneggeletar pulak part peluk tu. Yela, at least bro tak kutuk. Dh ok la tu.
Haha! Err, takde la sgt bro.. Sbb byk fkir kot psl mnusia ni. Ada minat la bro :)
Chic Na :
Thanks sis! Hehe, maaf la ya, busy skit.. Apapun, akn rajin2 update bnda yg bermanfaat. :)
Taman Persinggahan Kayangan :
Thanks sis.. Err, sy pun sdar agk pnjang. Lain kali akn dipadatkn tp brmanfaat :)
bebelan yang baik dan mantap....haha...suka la baca....teruskan membebel ye...:)
ReplyDeletewoah...
ReplyDeletewoah...
woah...
hehehe...
artikel sentap..
by the way, keep it up, Sis AI.
aiyang :
ReplyDeleteAiyak, mcm perli je. Wakaka! Apapun, thanks!
aku/a... h.... :
Sentap ke?? Ouch.. Hehe. Thanks!
ape sal tAK tulis..lepas melabur tolong jirus...haha
ReplyDeletesangat x suka orang bagi booo..
ReplyDeletepemikiran macam ni selalunya macam dah sebati dalam kehidupan tu yang manusia ni susah nak berubah..mulut jer kata pikir positif tapi ermmm asyik negatif jer tak habis2!!! apa pun salam kenal yer sis
ReplyDeleteaku sokong... apa yg kau katakan semuanya betul...
ReplyDeletehttp://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/04/kisah-dulu-kala-permainan-tradisional.html
bila salah smua nak tuding jari...mmg salahlah gitu...semuanya berbalik pada diri masing-masing sebenarnya.....yg buruk tu buang and elak, yg baik tu amik..and buat yg lebih baik... ^_^
ReplyDeletep/s : kalu tuding jari "kau dan aku", sampai bila pun takkan selesai... ^_^
Cik Laure Weng :
ReplyDeleteHaha! Formal la skit sis..
kay masingan :
Yg tu tak faham la jgk. Lpas tu nnti gduh..
saffiya_aleesya @ echa :
Salam perkenalan sis. Apapun, inilah msanya utk buat prubahan kan. :)
faizulosman :
Trima kasih atas skongan! Undilah Sis AI, wakaka!
Ckin Kembaq :
Smua akn brbalik kpada diri msing2, JIKA msing2 sedar dgn apa yg msing2 buat.. Bg sy, isu ni rmai org tak sedar dan prlu dtegur. Apapun, siapa2 yg baca trmasuk diri sndiri yg menaiping, hrap dpt sma2 buat pmbaikan.
Tp taktau la klu ada yg baca tp trus mnuding jari sbelum mmikirkan diri dlu. Hrap tak berlaku.^^
Apapun, trima kasih utk pndangan dan tguran!
sangat tepat... typical malay. mmg macm ni.. kolot sangat minda... try to open kan.. kan..?
ReplyDeletemissbiyaa :
ReplyDeleteYes. Hrap2 kita dpt buat pngajaran la n maju kdepan.. Kalau hrap kat org lain yg tak bca2 entri ni, mmg tak la..
Sis Al, sy bagi komen sekerat2 je..
ReplyDeleteJaga muka bagi lelaki, ada yang digelar metroseksual dan ianya tidak bermakna gay. Namun definisi ini agak diketengahkan dan agak janggal bagi yang kurang membaca.
Namun ada alkisah, selagi tak ditegur hodohnya rupa, selagi itu taknak mengubah ketentuan Tuhan. Dalam beragama, itu apa yang diamalkan oleh kebanyakan kita namun kita lupa tentang amalan menjaga kebersihan diri.
Part berpeluk tu, kat negara luar (Turki) sesama lelaki bercium tapi tak bermakna gay. kat Bangladesh, pegang2 tangan jalan kesini sana tak bermakna gay. Agaknya mentaliti kita yang tak nak menerima bahawa kebaikan itu wujud walau dalam dunia serba maju.
Part yang tak menyokong bangsa sndr. Ingat lagi Spiderman? Bila dia panjat menara KL, rakyat negara kita tepuk tangan sorak sorai masuk tv sebab HEBATNYA!!! Tapi, bila orang kita sendiri buat benda sama, MAKKKKK!!!! ADA ORANG GILA! dan bermacam2 lagi karenah untuk menjatuhkan. Bodo? SANGAT.
Bila terjadi satu isu, pandang satu hala. Kita rujuk politik, sepanjang pemerintahan PM skrg, pe yang kita terkesan sangat2? Percaya atau tak, sepanjang tempoh tu, isu kes liwat DS Anuar no.1 dan isu beg tangan Datin Rosmah no.2. Dalam hal ekonomi, kita direncanakan bahawa ianya baik, namun berdasarkan harakah, ianya tak. Jika merujuk kepada manga Akumetsu, apa yang terjadi kini kepada negara kita adalah tanda kejatuhan negara. Namun, apabila kita didedahkan dengan satu hala isu DS Anuar, kita tak sedar, minyak Ron95 naik seposen walau eko baik. Keliru? Subliminal.
Ini dah cukup panjang rasanya sy membebel. Lol. Apapun, memang panjang entri ni. Hahahha..
Apple :
ReplyDeletePanjang, pjang ni.. Boleh buat krangan ni brader, wakaka!
Byk fkta yg diutarakn bg sy boleh dterima pkai! Dan politik tu.. Waah, mmg sakit hati la brader.. Kita ni dh mcm lembu dcucuk hidung. Apa yg diorg bwk, kita ni ikut jela.. Realiti sbenar?? Wallahhua'lam...
sye suka blog ni. sekian terima kasih. :)
ReplyDelete