24/04/2012

Isu PTPTN, Isu Pendidikan Percuma, Isu TIBAI, Isu Muslimah PAS!

Bismillah.

Dear journal,

gadel.info

  Aku tengok kan, konflik politik negara kita ni makin musnah, makin punah. Sebagai rakyat, aku hanya mampu meluahkan jela rasa hati aku dan berdoa' mudah-mudahan negara kita tak tercapai dek akal zaman Jahilliyah yang dulu. Ada beberapa isu yang aku tengok dan nak bagi pandangan rasional aku.

  Semoga entri kali ni boleh kasi asah minda kita masing-masing dan selangkah jadi rakyat lebih baik. Aku pun nak jugak ambik ilmu, nak dengar cerita korang pasal politik. Ke tak ambik port? Ekeke! Baca jela ehh.

NOTA : Banyak jugak isu aku ulas. Kalau korang interesting dengan satu isu je, baca tu jela. Tapi kalau nak kasi kembang pengetahuan politik korang, baca la banyak-banyak.



ISU 1 : Mansuhkan PTPTN.

  First, aku sokong yang pinjaman bunga PTPTN tu melampau. Kalau pinjam RM100, RM100 jela bayar. Kenapa ada caj lebih? Kata nak bantu pelajar.. Alasannya, nak bagi pekerja PTPTN makan.

  Takde bahagian duit kerajaan lain ke korang nak korek? Dah la kita baru nak belajar, baru nak kerja. Mana nak sara diri, sara pekerja PTPTN lagi?? Amboi?

  Tapi nak mansuhkan 100%, jangan la. Tak semua anak pandai sampai dapat biasiswa. Dan tak semua mampu nak biaya yuran universiti. Yang taknak pinjam tu, dah la. Tak payah nak bising. Ramai lagi orang kurang berduit nak pinjam.

  Mansuhkan caj dia je boleh tak? Please, please, pleaseee..

  Dan ada sesetengah orang sokong mansuh PTPTN sebab taknak bayar hutang. Ni aku nak tergelak. Macam tu pun boleh eh? Sebelum mansuh, apa kata kasi settle dulu hutang korang? Korang dah tau kan ada bunga semua sebelum pinjam. Jadi?

  Dalam gambar ni ada jugak orang kutuk. Kononnya menunjuk-nunjuk, taknak solat dalam masjid. Aku terus istighfar. Ya Allah, apa masalah korang ni sampai isu solat pun nak masuk campur? Lantak diorang la nak solat kat mana. Itu tanah milik Allah SWT dan apa dosa diorang kalau diorang nak solat?

  Soal riak, menunjuk-nunjuk, itu antara diorang dengan Allah SWT. Kalau ada segelintir tu niat memang ikhlas? Menanggung la dosa fitnah. Dan kalau sekadar menunaikan solat wajib perlu riak, aku taktau la. Solat wajib ni memang dah WAJIB kita buat. Semua orang kena buat. Nak taknak je.



  Dan ni apa kejadah pulak buat macam ni? Tolonglah, kita ada akal. Perlu ke sampai mendoa'kan kematian orang? Dah protes tu, protes jela. Perlu ke sampai macam ni? Ini ke yang ibu ayah didik kita? Memberontak sampai macam ni?



ISU 2 : Pendidikan Percuma?

  Tapi aku tak setuju pendidikan percuma. Pendidikan percuma? Oh tidak. Aku bagi cakap straight jela kenapa aku tak setuju.

  First, aku dapat tau negara luar yang education free tu negara diorang back-up dengan cukai yang tinggi. Rakyat Malaysia mesra cukai? Oh tidak. Cukai naik 1% pun kita dah ngeluh.

sinarharian.com.my

  Second, aku perhatikan senior-senior aku. Dulu time sekolah menengah santai je belajar. Siap ada ponteng lagi. Dapat result hampas. Lepas tu taktau hala tuju. Last-last struggle kat IPTS. Score markah gempak-gempak. See? Kita ni jenis manja. Dah susah baru faham erti hargai.

  Third, habis, bankrap la IPTS. Ceruk mana pulak diorang nak cari students? Of course semua kalau boleh nak free. IPTS kan kena bayar lebih sikit. Habislah diorang.

  Fourth, apa akan jadi dengan persaingan remaja Malaysia? Tengok negara kita bersaing bab ilmu. Siapa belajar sungguh-sungguh, dapat lebih. Aik, belajar macam hampas pun dapat lebih? Tak patut, tak patut..

  And siapa nak kata kat aku yang semua orang ada hak untut tuntut ilmu walaupun result tak gempak, yes, memang semua ada hak. Tapi pergilah usaha lebih. Kumpul duit, buat pinjaman study semua.


  Oh, so kalau result hampas, disebabkan alasan HAK tu, kita pun nak senang macam orang yang dah perah otak gila-gila time study berbanding kita yang leklek je time study? Tolonglah fikir sikit sebelum cakap.



ISU 3 : Penubuhan TIBAI.

  Ni aku dapat tahu daripada blog Aiyang. Seriously?

celahgelegar.blogspot.com

  TIBAI bermaksud 'Tolak Insan Bernama Anwar Ibrahim'. Seriously?

  Apa kejadahnya korang tubuhkan TIBAI ni? Korang nak jadi ahli politik gengster ke? Tolonglah jangan berperangai macam kanak-kanak Ribena. Korang ni nak politik sihat ke kurang sihat? Daripada korang buang duit buat program mengarut ni, apa kata korang bukak biasiswa?

  Aku bukan kata nak marah, tapi aku rasa geram. Sebab dah mengarut sangat diorang ni. Tak tercapai dek akal aku dah.


ISU 4 : Muslimah PAS. Apa Kejadahnya??


Maaf gambar buruk. Aku censored kan aurat dia.
Kesian readers aku, nanti dapat dosa free, ekeke!
 

   Ni pun aku tak faham. Dah tengok perempuan ni kepala botak, kain tak cukup, logik ke nak panggil muslimah PAS? Even satu Malaysia dah maklum kalau muslimah PAS ni macam mana pakaian dia semua. Bukan nak cakap apa, tapi ni dah jadi pandangan tipikal.

  Perempuan ni, aku rasa tak perlu aku nak sebar hal dia. Yang pasti, aku just nak cakap betapa ceteknya akal sampai nak beza-bezakan jenis pengikut parti. Oh, so kalau muka pecah rumah sokong PAS, PAS ni ajar benda jahat la?

  Kalau ada muka pecah amanah sokong BN, BN ni ajar benda buruk jugak la? Come on la. Yang penting kita nilai kredibiliti parti tu, jalankan amanah ke tak. Yang sokong tak sokong tu, hak masing-masing.


*********************************************************************************

Tolong la. Dari mana aku dapat ni?

  Apapun, korang tau tak video MatLuthfi pasal politik? Video tu di share kan kat Facebook tiap-tiap ketua politik. Ketua BN, ketua PKR, ketua PAS. Masing-masing dapat satu. Sebenarnya dalam sedar tak sedar, aku perhatikan, mana satu page Facebook ketua ni yang ambik perhatian pasal video MatLuthfi ni. Sebab video tu memang merangkap luahan hati rakyat kita.

  So, mana satu yang bagi respon video tu? Jawapan dia?

  Ketua PAS je yang bagi respon, sebarkan balik and sokong video tu. Yang lain? Hmmmm.. Lalalalala~

[Jangan nilai aku terus yang aku ni penyokong PAS. Ini atas dasar pemerhatian aku. Dan aku tak tipu korang.]

40 comments:

  1. aku pemerhati je kalau bab politik ni..amik tahu, tapi malas banyak bunyik...kehkehkeh..

    kalau macam vlog matlutfi tu aku kira cam dia la..poyo plak..kehkehkeh...btw sis..ko dah daftar mengundi lom..pru13 tak lama lagi dah ni..hehehe...

    ReplyDelete
  2. Matlutfi punye video best. maybe sbb dia blaja kat aussie. overseas student slalu bg pandangan yang kritikal.

    ReplyDelete
  3. dah terlebih manja mcm tu lah..
    mcm skrg kalau dapat first class ptptn free so ramai berlumba nak dpt. sekurang2 ada matlamat lain kan.. kalau free, matlamat tu sikit nak kejar..

    bunga mansuh ok lah..

    politik memang mcm2.. =)

    ReplyDelete
  4. Ym.Bundle :
    Btul3, ambik tau, tp tak ambik port btul2. Ni sy tulis ni dh geram dh bro. Sbb dh makin mngarut. PRU? OTW nk daftar la ni, wakakaka! XDD

    NIZAM :
    A'ah la.. Dia tu pun budak pndai, sbb tu la kot pmikiran dia lgi kritis.

    aku HaniAsyira :
    Haa, btul! Hidup biasa la, kna ada target.. Apapun, klu mansuh caj dia tu, sy dh senyum lega skit..

    ReplyDelete
  5. mugmerah suka dgn pandangan sis Al. kita as a writer xleh nak berat sebelah. sebaliknya kita kena bukak minda readers kita. pk baik buruk dgn rasional bukan main hentam je. nanti yg baik pon jd buruk. =)

    ReplyDelete
  6. ni first time dengar pasai kes TIBAI tu... hmm.. ketinggalan jugak aku nih.. heheheh

    ReplyDelete
  7. kalau dimansuhkan bunga ptptn tu baik jugak. hhmm.. berapa banyak kerajaan na amik duit rakyat =='' cukai bagai --''

    ReplyDelete
  8. Best la aku baca etry ni. Sesuai dengan atas tu. Lepak + fikir. entry ni pesal isu semasa. baguss...
    i like ur opinion...

    ReplyDelete
  9. entah la...pelik la dgn dorang ni..sampai nak mansuhkan PTPTN tu kenapa...kalau hapuskan caj tu da ok da...ni jenis yg liat nak bayar hutang la ni yg nak hapuskan PTPTN ni...

    ReplyDelete
  10. memang sokong sangat2 mansuhkan bunga PTPTN tu. tp takyah la mansuhkan. nanti senang2 je dorg dapat duit dan joli entah ke mana, pelajaran ke mana. dulu takde pon bsing2. boleh je byr. duit tu bkn digunakan utk pelajaran tp untuk kepentingan peribadi dan bergaya mewah.

    pasal politik tu tak reti nak komen. poning pale dengan politik ni. buat assignment lg bagus. huhu.

    ReplyDelete
  11. kalau bab politik ni suka dengar je tapi nak ulaskan tak tahu macam mana.. huhu

    ptptn? langsung sebab memang tak belajo tinggi setakat sekolah menengag je sis.. hehahhh

    ReplyDelete
  12. wahhh....ulasan yang bagus. baik-baik nnt ada yang kopi pasta n3 ...wakakaka

    ReplyDelete
  13. isu ni bagus boleh dibahaskan lg dgn lebih panjang lebar :)
    hero ni tgh kerje x boleh tdo heee ;)alhamdulillah baru lps lunch

    ReplyDelete
  14. sebenarnya, sekarang aku pun dah jadi bengong tgok keadaan our leader. kemonlah. rasa macam kanak2 ribena macam aku ni lagi pandai pk. hahaa. stressss!

    ReplyDelete
  15. salam
    nice sharing...

    ia berkisar entri naim buat hari 2
    http://pemudattbc.blogspot.com/2012/04/ptptn-bagaimana-hujah-anda-wahai.html

    Kekadang isu politik malaysia semakin bercelaru tambah2 wakil rakyat x laku di malaysia

    100% NAIM bersetuju di dalam entrin ini.

    Walaupun pandangan politik kita berbeza. Bukan semua hendak berbeza.. :)

    ReplyDelete
  16. Memang berfikir aku masuk blog nih...memang bagus la dgn pandangan kau. Sebelum kita kata apa apa...fikir la dulu kan. samada benda tu bagus ke tak.

    ReplyDelete
  17. mcm2 sekarang isu melanda dlm negara. pasal ptptn tu akak rasa masih perlu. ramai yg perlukan ptptn utk sambung belajar. isu pendidikan percuma negara masih belum bersedia utk itu sbb situasi dan ekonomi kita. bagi akak politik adalah who get what, when and how..

    ReplyDelete
  18. huhu.. mmg langsung tak faham ngn benda2 yg berlaku skarang. mcm xcaya pun ada bila tgk ragam masing2, terfikir diorg ni betul2 ke main2 atau sy bermimpi. ahahah..

    ReplyDelete
  19. wahh! kite suke sangat entry ni . tp bab2x politik mmg kite tak msuk cmpur . hahaha .

    ReplyDelete
  20. dorang nie nak free je...da keje nty baya r..pinjam nak baya tanak..haih..dorg bagi free lau pointer dekan..blaja la betol2..sape yg nak bagi duit beribu-ribu macam tu je kan..

    ReplyDelete
  21. oyeah , aku sokong entry ni . lebih2 lagi yang pasal ptptn tuh . apehal nak bagi free edu kalo student skrg malas kan ? duit ptptn pon buat joli je rasenye . caitt !

    ReplyDelete
  22. torrbaikk..! hahaha

    ReplyDelete
  23. 1. jgn mansuhkan ptptn n biar jer caj 1% tu.. - tak ramai org boleh survive life diorg tanpa ptptn..bukan semua mak ayah kaya raya..caj 1% sebenarnya tak membebankan..bukan kena bayar masa belajar..bukan jugak bayar lum sum pinjaman tu..in case bljr tggi2 dpt diploma or degree, xmungkin kot tangga gaji kita cuma rm500/mth..buat loan keta n umah buleh jer bayar wpun interest tggi..:D

    2. boleh ada pendidikan percuma. tapi terhad sampai sekolah menengah jer..lemak la masing2 kalau nak pendidikan percuma sampai ipts..

    3. no matter what, pembangkang ni penting..tapaya nak tolak anuar berahim..lagipun politik kat negara kita ni kotor..1000 org yg tolak anuar, belum tentu anuar akan jatuh..as well as tolak najib..sama jer..

    4. muslimah pas - tatau isu ni n x berapa nak amik tau..matluthfi kata betul dah..politik kita burukkan satu samaa lain..tak kira la parti mana pun..

    5. pilihanraya akan datang ni saya tak undi BN..apa yg saya undi?mana boleh bagi tau..undi kan rahsia..yg penting bukan BN..zzzz

    ReplyDelete
  24. thanks yea ats perkongsian kamu. wahh, hbat siakk hal2 politik.. hohoo... fara x brpe sngt, tp mmg suke dahh amek twu.. hahaaa. terbaaeek.. fara mmg nnty2 kan entry yg mcm nie. macehh tw. :)

    ReplyDelete
  25. Seyesly penubuhan TIBAI macam budak-budak tak sunat!

    ReplyDelete
  26. boleh x aku sokong mat lutfi ja...

    seriously, tak paham dgn org2 tua yg bpangkat ketua negara, ketua tu, ketua nie..tapi perangai mcm budak2..

    why this happen..why~~

    =.="

    ReplyDelete
  27. isu terkini nih...sis merungkai dgn baik...ske bc....

    ReplyDelete
  28. tengah2 fokus baca.. nampak matluthfi yang comel itu.. trus x fokus... muahahaa..

    ReplyDelete
  29. sis pun sekadar pemerhati bab politik2 ni sume..kadang2 tak faham lagi menyampah dgn kerenah2 yang tidak matang -,-

    ReplyDelete
  30. salam sis Al..wowww!nice entry.sis nih mcm The Other Khairul versi prmpn laa..mmg best tauu..ayat pun sempoi2 jee..keep it up..n thanks tauu sbb sokong anisa utk contest tdg tuh..heee

    ReplyDelete
  31. macam2 konflik berlaku.. itu baru sis Ai ulaskan sikit .. huhu.. pening kepala dengan mereka ni... entah la apa nak jadi.. mudah-mudahan Malaysia sentiasa dibawah lindungan Allah..

    ReplyDelete
  32. Saya tgk, banyak komen pendek, Sbb dorg takde masa kot tapi benda ni penting tuk dibincangkan sebab melibatkan masa depan negara. Mungkin saya silap, ini pandangan saya:

    1.Jika berdasarkan perbankan Islam, kita disedarkan dengan perkataan "riba". Mungkin jika PTPN diurus menggunakan cara pengurusan Islam, mungkin kita akan mendapat cara sesuai sesuatu sistem pinjaman itu dijalankan. Pinjam rm100, pulang rm100, sy kurg setuju sebab ianya tidak membantu malahan membebankan negara. negara kita hakikatnya berada dalam hutang walau bnyk pembangunan kita lihat. Rujuk pendedahan harakah dan juga cari tentang aset negara dan cukai GSTT. Solat, saya pernah je tengok org Arab solat bukan kat dalam Masjid. Fokus kita ialah mereka menjalankan amanat yang diberi.

    2. Pendidikan percuma. Rakyat kita suka menerima tapi agak sukar untuk memberi dan akibatnya, kita terdedah kepada rakyat yang tidak membangun dan kerap meminta2. Rujuk kepada UKM, kedudukan uni ni dah jatuh dalam rating uni2 terbaik dunia. Sebab apa? Jika merujuk kepada kajian2 yang dibuat di beberapa tempat, malaysia mengejar sesuatu yang sudah ada. Tidak membangun dan sekadar mengikut jejak orang lain. Jika diberi pendidikan percuma, ramai yang akan salah guna, tak nak usaha lebih2 sebab semua percuma. Akibatnya penghasilan negara adalah moderate atau lebih rendah lagi.

    3. Tibai. Inilah mentaliti yang tidak membangun malahan akan merosakkan negara. Jika kita tolak semua pembangkang, kita akan mendapat satu kerajaan diktator dan ekonomi negara akan berkesudahan musnah seperti negara Iraq. Benar ianya tidak ingin pengaruh luar namun pemerintahan diktator dan bukan demokratik tidak pernah membawa kebaikan.

    4. Apabila agama dipolitikkan, apa2 pun boleh jadi. Kita sedar dan terang2 paham bawaha rambut adalah mahkota wanita, jadi dalam aspek ini, saya kurang paham kemana haltuju mereka dalam memperjuangkan perjuangan mereka dahulu. Hmm.. Masih baca harakah. Hoho..

    Bagus video ni. haha.. baru kelmarin datang banci politik yang cuba bertanyakan pandangan tentang Anuar Ibrahim n Najib. Strategi kerajaan dalam mencari calon mereka rasanya. Hoho..

    ReplyDelete
  33. hehe..saya memang tiap2 ari ikuti pekembangan politik..tp xbrani nak wat entri..papon tahniah Sis Al..kupasan yang bernas dan brani...=)

    ReplyDelete
  34. oke fine , macam mana lar aku boleh terlepas tajuk nih ,, best entri nih ,, boleh bagi komen panjang2 , hehe ,,

    pasal PTPTN nak mansuh , diorang nak mansuh pinjaman tu dan nak gantikan dengan pendidikan percuma , namun ramai pengkrtik pembankang aka kerajaan kata yang negara mungkin muflis kalau mansuhkan ptptn , ye , aku bukan penyokong pembangkang tapi kadang2 diorang punya pandangan pun boleh di ambil kira .. sebb stigma masyarakat pasal cukai boleh diubah , walaupun bukan dengan secara mendadak , tapi ansur2 mungkin kejutan pasal kutipan cukai tu diterima masyarakt ..

    well , aku bukan lar penyokong pembangkang , aku tak sokong PAS , tapi aku sokong yang mana keluar dari mulut tuan guru nik aziz , sebb dia ulama , dan hermm , aku tengok lar kan .. penyokong2 ni yang fanatik lebih , ustaz2 PAS banyak kata yang x elok2 , lebih kurang jer dengan ustaz2 umno , antra sebb tu lar aku x brape nak sokong PAS , tapi sokongan lebih kepada tuan guru nik aziz ,


    aku stay kat kelantan , perang politik dah lama start , kalau p kedai kopi , xde tajuk lain yang sepanas politik , ungkit sikit psal politik dah bertikam lidah , nak baling karipap pun ada , see .? penyokong yang x tahu macamana nak menyokong ,,, walhal apa yang mereka sokong tu dah betul tapi disebbkan cara sokongan mereka tu yang agak "lebih2" menjadikan perkara2 yang asalnye baik jadi x baik ..

    haaa , dah lama aku xpkir pasal bnda2 nih , perahkan otak , think outside d box ,,

    fuhh~ komen panjang giler kat sini , hehe . ;p

    ReplyDelete
  35. Apple :

    Ok, sy cuma nk jawab ulasan bro yg prtama tu. Sy rsa Sbnrnya ngara kita kaya bro. Klu tak, mcm mana mnteri smua boleh kasi kluar juta2 senang2 je? Skadar 10 ribu, diorg tolak tepi. Apa crite? Sbnrnya, yg mnyebabkn ekonomi ngara kita jtuh sbb riba'. Diorg ni main mkn duit rkyat, simpn dlm poket sndiri. Taktau la sapa, yg pasti wujud. Knapa org tinggi2 smua hidup senang lenang walhal ekonomi kita claim jatuh? Siap beli banglo smua. Haa.. Ce cite, ce cite.. Ni smua psl riba', bro. Sbb tu sy kta, ada lg sbnrnya duit lain diorg boleh cilok dbandingkn dgn mntak duit rkyat.

    shafiq :
    Ok la, contoh la kan klu bro sokong pendidikn prcuma sbb cukai smua tu boleh kasi settle. Cuba bro fkir. Ingt msyarakat kita ni nk maju ke klu pndidikn free? Even sekolah rendah, skolah menengah pun dsebabkn murah la org abaikn study. Bila dh msuk IPTA/IPTS, bru nk struggle kemain. Tkut kna tendang, tkut duit melayang mcm tu je. See? Psycho pun penting dlm hal ni.. Kita buat rules brdsarkn msyarakat kita mcm mana la. Lain la klu msyarakat kita ni jnis tau brsyukur. Free je, rembat spenuh hati. Msalahnya kbanyakan kita bkn mcm tu..

    ReplyDelete
  36. perghhhhh..no comment.haha

    ReplyDelete
  37. hermm , ye x ye jugak kan , oke lar pasal pendidikan aku rasa biar pihak berwajib je yang buat , ptptn , pinjaman , biasiswa , zaman sekarang sume bnda nak senang , itu free , ini free , alahai ,

    kira oke lar kalau bnda2 ni jadi beban sebb xnak jadi tangunggan seumur hidup , hutang wajib dibayar dan semua orang tahu pasal tu , tapi kesedaran plak yang xde , aishhh ,,


    #err , komen entri yang sama , hehe , saje bagi komen yang menentang entri nih nak tengok reaksi tuan blog , keh3 , actually saya sokong apa yang awak cakap tuh , psycho memang memainkan peranan .. hehe , peace2 ,

    ReplyDelete
  38. Wakaka! Takde hal la bro. Biasa la, bg2 pndangan ni. Klu logik, kita bincang jela.. Hehe! Peace!

    ReplyDelete
  39. Haritu aku dengar ceramah ustaz apa aku lupa nama dekat surau aku.

    Dia kata, actually, cukai tu pun haram jugak ke atas orang Islam. Sebab kita dah ada zakat. Zakat harta, zakat fitrah, zakat apa lagi? Semua jenis zakat lah.

    Anyway, abang pakai songkok dalam gambar TIBAI tu, comel. Wakaka!

    ReplyDelete

Hentam saja la...