13/04/2012

TROLL : Surat Untuk Gadis Takut-Kena-Tinggal-Pakwe


Bismillah.

Dear journal.

AMARAN : Surat fiksyen ini berbentuk sarkastik yang sangat berat, namun pengisian yang banyak jugak, terutama kepada COUPLE non-halal. Asalkan pembaca cuba faham real-real.

  Baca atas risiko sendiri!


*********************************************************************************


Ke hadapan gadis takut-kena-tinggal-pakwe,

Aku Brutal Spears. Aku cute, jangan jealous!

  Nama pena aku Brutal Spears. Aku nak luahkan isi hati aku yang dah terbuku, menanah, kena makan anai-anai. Aku harap korang tak sakit hati. Punggung panas cukup la. Dah cukup dah buat aku puas hati.

  Kenapa ya korang perlu jadi puaka dan mengutuk aku dari belakang? Walhal depan muka aku korang senyum, siap mintak tolong lagi time rumah korang terbakar. Siap korang ngumpat aku dalam blog lagi. Ingat blog korang dah cukup hot untuk cerita pasal orang hot? Pfffttttt!

  Jap, lap air liur.

  Ok, sambung. Dan yang lagi aku sakit hati tahap gajah nak terberanak bila korang tuduh aku nak rampas pakwe korang. Aku sedih. Bukan sedih sebab mulut takde lesen korang, tapi sebab aku tengok kaum sendiri yang bercakar demi pakwe yang taktau esok lusa entah mana awek dia kahwin kalau takde jodoh. Sentap mak.

  First of all, ingin aku katakan. Janganlah korang menjadi puaka yang menghantui hidup aku. Korang tau tak setan? Setan hasut orang dari belakang, diam-diam. Korang nak jadikan Seth Tan ni idola korang ke?? Tolong berhenti jadi pengecut dan bagitau aku apa yang korang tak suka. Boleh tak berterus-terang? Korang ingat korang DIVA sangat nak aku tanya??

  Ok la, fine. Aku buang ego aku. Aku nak jadi budak baik. Jadi aku tanya korang apa masalah aku dengan korang. Ok, pasal pakwe rupanya. Korang kata aku nak rampas pakwe korang.

  Ooohh.. Aku ni nak pakwe kau la?

  Kiranya aku ni desperate la sampai buta nak nampak laki single lain?

  Kiranya aku lagi hot daripada kau la?

  Kiranya kau dah goyang la tengok pakwe kau leleh tengok aku?

  Kiranya kau takut aku yang hot ni sambar pakwe kau la?

  Ok, takpe. Aku terima. Aku akur. Aku kan budak baik.

  And then aku dapat tau salah sorang daripada korang putus cinta, siap kena sepak lagi dengan pakwe kau depan orang ramai. Kesian kan? Kau bercakar bagai nak rak dengan aku demi pakwe kau... Tapi cukup time pakwe kau sepak kau, tinggalkan kau. Apa yang kau cuba pertahankan selama ni? I don’t get it.

  And salah sorang daripada kau still tak puas hati dengan aku lagi. Apa lagi kau nak? Aku dah tak contact pakwe kau lagi la. Kecuali time bagi aku penting, aku contact. Eh, kau nak tunding jari aku penyebab semua benda?

  Kau tu dah sempurna sangat ke sampai kau dah tak reti pergi hadap muka kau kat cermin and tengok silly mistake kau? Jangan nak main tunding jari je. Kau nak tau kenapa kau kena dump? Sebab SINI.

  So, ada kena mengena dengan aku? Takde kan?

  Tolonglah jangan nak bergaduh sebab lelaki-bukan-suami. Tak berbaloi. Dan bagi aku buat rugi pakej ‘Suami’ je. Bila dapat pakej suami, barulah ‘feel’ kau nak pertahankan dia. Ala Titanic gitu. U jump, I jump! Boleh la kau buat drama.

  Ops! Sorry. Kau tak hot, tak boleh berlakon drama, hak hak hak!

  Dan bagi aku kalau wujud orang ketiga dalam satu hubungan... Walaupun orang ketiga tu tergedik-gedik tahap cacing kerawit, aku akan tegur si lelaki, bukan si cacing. Dah tau dia tu mak cacing, perlu ke si lelaki layan?

  And kalau kau dah halau sekor mak cacing, esok lusa datang lagi cacing lain. Solusi?? Si lelaki la! Sampai bila kau nak halau cacing? Bunuh la PENTERNAK CACING!

  Tapi, kalau hal penting, aku boleh toleransi. [Toleransi? Apakah? Hak hak hak!] Dan kalau aku tak mampu terima, aku akan tinggalkan lelaki tu walau terpaksa.

  Kalau tak sanggup, bermadu la aku.

  Ok la, aku dah puas luah semua. Harap korang retilah ambik pengajaran. Kalau sentap je lepas tu bebel kosong, korang pergi la geng dengan tong kosong.

  Tong tong tong! Isi tarak.

  By the way, aku dah kahwin. Hak hak hak! Hubby aku pun hot jugak tau! Hot dengan hot la. Kau ada? Hak hak hak! Hubby aku setia tau. Dia banyak fangirls, tapi dia kata aku paling cute. Of course aku paling cute. Hubby aku tu memang romantik. I love you bebeh! Gimme gimme one more time!

  Untuk tak jatuhkan semangat korang, aku nak tunjuk sikit gambar aku dengan hubby aku ber-lovey-dovey.

fanpop.com


  Ini gambar kami bermesra bersama, awww!


flickrhivemind.net


  Sentap? Kisah pulak aku?


*********************************************************************************


Pengajaran :


1. Selagi belum kahwin, tak payah la nak gaduh-gaduh pasal pakwe/makwe sendiri.
2. Kalau ada orang ketiga, tegurlah pakwe/makwe korang, bukan orang yang kacau hubungan korang. Sebab kalau pasangan korang tak layan orang ketiga, maka takde la orang ketiga.
3. Hidup kena pandai fikir! Jangan buat malu je.
4. Tak untung bercinta tak kahwin, so cepat-cepat la kahwin!


16 comments:

  1. serius, agak tak faham sebenarnya, haha.

    tapi bolehlah tangkap maksud kamu tu sikit2.

    (berangan Edward Cullen)

    ReplyDelete
  2. Pengajaran yang ke4 tu, sila cakap pada diri sendiri. Cepat2 la kawen ye? Haha.

    ReplyDelete
  3. hahaha..kat fb pon banyak kisah gado kapel2 ni apatah lagi kat blog..tapi yang macam ni cinta budak2 je sis..budak sekolah..yng dewasa kurang la..dalam drama je ade..

    serius bangang kalau nak bergaduh dengn orng ketiga tu..settle dengan pasangan sudah..tu je pendapat aku..

    ReplyDelete
  4. ok, dh dpt pengajaran di situ. :)
    salute lah cik brutal spears tu. mmg brutal. hikhikhik..

    ReplyDelete
  5. Hoho.. panas gak Brutal Spears ni. Tapi, mmg terokla rasa bila dituduh untuk sesuatu perkara yang tidak kita lakukn. Skrg baru BF sangup bercakaran, bila dah jadi suami, mungkin tahap membunuh kot. psycho.

    ReplyDelete
  6. Teringat satu video fb yg dok bergadoh pasal bf di tempat awam..

    lol

    btw.. best entri inio..


    jom terjah:
    http://pemudattbc.blogspot.com/2012/04/jangan-cemari-ayat-suci-quran-dengan.html

    ReplyDelete
  7. paham...paham....
    carilah pakwe yang sanggup mati untuk mendapatkan kita...bukan kita yang bermati-mati untuk untuk beliau...hahaha.
    gedik like cacing kerawit? wakakak....macam ulat cempedak pun ok gak kot.... melentis2

    ReplyDelete
  8. esok aku nak kahwin lah....

    ReplyDelete
  9. Love your sarcasm! :]

    ReplyDelete
  10. aku/a... h.... :
    Sbb kmu baca nk double meaning. Entri ni takde double meaning. Sy dh ltak pengajaran k. :)

    Liyaa Mf :
    Wakaka! Tu la, kureng beest.. Bru smlm ckp kat dia. Cpat skit kahwin, wakaka!

    Ym.Bundle :
    Hm, ada je bro budak dh hbis skolah, dh khwin lg buat gaya mcm ni jgk.. Taktau la bro. Bnda ni ikut kmatangan akal kot. Sy pun spendapat dgn bro! Settle dgn kita2 je, udah ler.. Lain la klu tak layan pun still kena kcau. Tu mmg nk kna ajar la..

    Chic Na :
    Haha! Luahan tersemat di hati la sis dia tu.. :P

    Apple :
    Stuju sgt! Mmg dh ada psiko smpai snggup bnuh org.. Yg nasi kangkang tu? Apa cerita pulak? Mudah2han mntak jauh la.. Knalah pndai2 fikir..

    naim :
    A'ah, budak prempuan skolah kan? Mngalahkan samseng.. Bahana tu bro..

    aiyang :
    Yes, boleh jadi jgk tu. Klu dia mati2 utk kita, kita ni pun syok la skit nk brgadai utk dia, ye tak. Wakaka! Melentis2 tu yg tak boleh blah!

    Encik H :
    Wakakaka! Jgn lupa jemput!

    ReplyDelete
  11. kawen cepat ~ haha . brutal spears tu tak bole blah !

    ReplyDelete
  12. ada jugak ke manusia mcm ni? kalo aku jumpa, rasa mcm nak bagi headshot je kat dorunk ni...kat mana la letak otak tuh, kat kepala lutut per...

    p/s - tetiba plak aku naik angin...

    ReplyDelete
  13. jagalah hati dan perasaan pasangan masing2 :)

    ReplyDelete
  14. trolling tahap you ming...hehe~

    ReplyDelete
  15. BOYAA MARADONA :
    Haha! Dia mmg ala2 DIVA skit.

    Iman Lurv Islam :
    Pergh.. Rileks bro, rileks.. Tp yes, sy dh jumpa rmai org mcm ni dlm hidup sy. Nk headshot pun, taktau la bro. Dah lali dh..

    sis92 :
    Yes.. Pndai2 la fkir sndiri, nk jaga hati msing2..

    deqwan corat coret :
    Apa yg best? Troll dia? Wakaka!

    Si Jagung :
    Apa kejadah la Si Jagung ni ckp.. Sy tak fhm, haha!

    ReplyDelete

Hentam saja la...