Bismillah.
Dear journal,
Pada satu malam Keliwon.. Tiba-tibaaa! Aku nak cerita
hantu ni wei.. Ada la satu malam ni.. Aku tengah bukak Blogger dalam pukul 2
pagi. Mata tak ngantuk, minum Nescafe
punya pasal.
Nak dipendekkan cerita...
Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati..
Sebab aku rasa adik
aku masuk tandas nak mandi dalam
pukul 12.30 pagi. Dan selalunya
mamat tu kalau dah habis mandi, dia akan terus naik dan claim pc ni. Nak tengok cerita korea,
Running
Man.
So aku pun tunggu.
Aku tengok jam, dah pukul 2 pagi.
Muka aku takde la over kebabo macam ni.. |
Eh, dah 2 jam adik aku duduk dalam tandas.
Cukur misai ke? Sauna ke? Pengsan ke? Atau....
Bulu roma aku dah menegang. Mata aku asyik toleh ke
arah tangga rumah. Ades!
Ruang tamu
gelap.
Tangga pun gelap.
Aku cuba
abaikan.
Chill AI. Kau tough. Chill. U big girl. Big girl tak melatah.
TIBA-TIBA otak aku flashback balik cerita hantu yang aku tengok petang tadi. Hantu Sundel Bolong, Hantu Ular, Hantu Buaya.. Argh, tak guna! Tambah
meremang bulu roma aku! Tough la sangat!
Aku bangun, pergi kat bilik adik aku. Mana tau mamat tu masuk bilik
tanpa aku sedar dan last-last dia
tengah baik punya dengkur. Bukak
pintu. Lampu malap. Bilik kosong. Dia takde.
Aku terus duduk
balik depan pc. Bulu roma dah menaik. Dah pukul 2.30 pagi. Ah, tak boleh jadi ni.
Kenapa dengan adik aku ni. Risau dah ni. Tapi aku takut. Argh, tak guna!
Alamak, dah la gelap. Tapi takpe la,
aku risaukan adik aku. Mana tau dia ghaib ke. Aku fikir, inilah masa aku jadi heroin! Walhal jantung dahnak
tercabut.
Maka aku pun mula turun tangga perlahan-lahan...
Mulut aku dah terkumat-kamit baca taa’wudz.
“Aku berlindung
daripada syaitan yang direjam. Aku berlindung daripada syaitan yang direjam...”
And yang best nya, aku tak nampak lampu pun terbukak. Memang completely gelap gelita. Selalunya kalau
ada orang, dia akan bukak lampu. Ah, sudah.
Ok. Siap. Otak aku dah set. Hantu keluar, aku nak ikut apa Rasulullah SAW pernah buat masa baginda kena kacau ketika solat. Baginda sebut,
“Au’dzubillah hi minka.”
Maksudnya,
“Aku berlindung
daripada kau.”
And selepas Rasulullah SAW
sebut, baginda cuba tangkap syaitan tu
dengan genggam kat tangan. Part tu yang aku seriau
sikit. Berani ke aku nak sambar muka syaitan tu? Ah, takpe-takpe. Belakang cerita. Mana tau datang gila aku, aku buat jela.
Dah jalan sampai muka dapur, aku pejam mata. Sebab gelap gila. Aku berdoa', ya Allah janganlah setan main cak-cak dengan aku.. Aku terus dengar suara sayu-sayu. Apa benda pulak tu? On the same time, tangan aku dah raba dinding dapur. Argh, mana pulak suis lampu niii!
Masak aku, habislah aku. Aku mesti experience jumpa setan! Face to face, limited edition!
Tiba-tiba....
Baik punya adik aku
duduk kat corner kabinet dapur sambil tengah borak dengan member
dia dalam phone! Yang aku tak fahamnya, 2 benda.
1. Apasal dia
cakap sayu-sayu macam hantu berbisik?
2. Apasal dia bertalipon dalam gelaaaapp?
Yang pasti, lepas ni aku taubat taknak tengok banyak-banyak cerita hantu dalam sehari. Tu la, orang dah pesan jangan tengok, kau degil. Amekaw!
Aku pandang muka
adik aku. Diam-diam aku masuk tandas. Cover
line. Tapi di sudut hati aku....
haha.sembang sayup2 ngan awek kot.hadoi.akhernye tough jugak an ngan coverline tu .
ReplyDeletehaha, takleyh blah...hehe, aku pun suka tengok citer hantu...boleh la jugak bayangkan keadaan ko...hohoho....
ReplyDeletehurm, adik ko ckp dgn awek kowt...await ko tak sergah dia, buat bombkebaboo...bagi dia terkejut beruk...hahaha, boleh tengok reaksi dia...
uikks knp sampai tahap tu adik awak guna phone..wah berborak kat dapur dalam gelap gitu..macam ada something yg rahsia jer hehehe
ReplyDeletekeli menari :
ReplyDeleteHaha! Klu diikutkan hati mmg nk sekeh skit kpala dia.. Buat org goyang je..
Iman Lurv Islam :
Haha! Itulh msalah kita. Tgk crite hantu, lpas tu msti tkut2..
Nak sergah mcm mana lg bro.. Kita pun trkjut dgn dia, lg mau trkjutkan dia, haha!
saffiya_aleesya @ echa :
Ha, itu yg sy pelik.. Pling tak pun dduk la dlm blilk, nyorok dlm slimut ke, hapa ke.. Taktau la sis motif dia??
hahaha.. wat suspen aje la sis ni. hantu zaman moden tu, pandai guna handphone. kikiki.. :)
ReplyDeletehahaha... dia x nak org dgr r perbualan dia tu.. kalo sy, mmg sy sekeh dh adk sy tu... hak2
ReplyDeletehaha , bergelak sakan baca entri nih , ngeh4 , ada experience macam nih , pheww , nasib baik x maen cak2 , keh3 ,,
ReplyDeleteadat la tu orang bercinta.... ehhh ganas gak kakak dia nih....sampai terpelanting adik dia kena penyepak...haha
ReplyDeleteKahkah! Sengal betul cerita ni. Seram-seram misteri giteww! Mwahaha!
ReplyDeleteOkeyyy2! Garapan cerita dah bagus dah ni. Seram ada lawak pun ada. Paling best, ending tak dijangka langsung. Dah bleh usulkan kat pengarah filem dah ni. Haha.
Err berani betul Sis. Dah tau takut apahal tak bukak2 lampu? Ahaha! Sanggup meraba dalam gelap :P
nasib baik saya tak suka tgk citer hantu...bukan takut tau...TAK SUKA jer...kahkahkah
ReplyDeletenak cakap dalam bilik, takot orang dengaq. haha
ReplyDelete*cover line. hehe
Chic Na :
ReplyDeleteEkekeke! Skrg pun ada hntu siap bikang mtor tgh2 mlm dgn geng, haha!
Emma :
Haha! Tu la psl.. Isu dbincangkn dia, msih tnda tnya misteriii...
shafiq :
Hahaha! Best la klu bro enjoy! Nsib baik bro.. Klu tak, mmg tak arr sy nk tngkap hntu tu..
aiyang :
Haha! Sbnrnya sy mmg gnas skit sis.. Msa kcik2 main wrestling, wakaka!
Liyaa Mf :
Wakaka! Tu la! Buat short movie ni pun best jugak ni.. Boleh try arr klu ada mmber nk idea, hehe.
Mstilah nk bukak sis! Kn sy dh kta, sy traba2 cri suis dpur.. Sbb dh pejam mta, tkut sgt, haha!
Encik H :
Hahaha! Sma la mcm sorang yg sy knal ni.. Tp dia terang2 ckp dia tkut, so tak suka.. Haaa! Bro cover macho! Wakaka!
naim :
Biasa la bro.. Nk cover line, smpai ekstrem gila..
yela, hantu skarang pegi sekolah ok. hikhikhik..
ReplyDeletePart last tu memang best. Haha..
ReplyDeleteAdik Sis Al kena bercakap dalam gelap konpem sebab henfon dia glow in the dark. Sia2la henfon glow in the dark tapi tak guna dalam gelap. Mengapa kat dapur? Mana lagi nak guna lampu kecik je untuk kegunaan? Dapur, sebab nak cari peti sejuk. lol. Superb!
kang teraba bende laen . wakaka. berani jekk ko nie. siap nak bukak lampu. naseb ko x sembur kiri kanan mase teraba-2 dalam gelap tu
ReplyDeleteto be honest, saya memang tak minat tgk citer2 seram..tengok darah pun rasa loya nak muntah..in fact kalau terrrrtengok iklan medik tv pun sy dah cepat2 tukar siaran..padahal cuma iklan..:)
ReplyDelete