Dear journal,
Dalam hidup aku, ada satu benda aku tak faham. Cukup aku tak faham. SERIUS tak faham. Kalau nak bagi pandangan, silakan.
*********************************************************************************
Apa Tujuan Buat Puak So-Called-Alim Ni?
Maksud aku, pernah tak korang jumpa satu puak yang alim? Ok, kita tak kisah la diorang nak nampak alim ke, nak jadi bakal ustaz or ustazah ke. Lagi baik, ye tak? Bumi ni dibanjiri orang yang nak tegakkan kebenaran, lagi-lagi bab agama Islam. Sapa tak sokong?
flickr.com |
Tapi aku sejujurnya rasa sedih bila ada puak so-called 'Alim' ni bila pandang orang yang kurang sikit daripada diorang, diorang mula tunjuk muka meluat. Tunjuk macam orang yang buat dosa ni hina, bakal penghuni neraka dan kaw-kaw diorang confirm masuk syurga.
Motif? Sebab diorang dalam puak alim?
Aku Tak Faham La. Cuba Kau Bagi Contoh?
CONTOH :
1. Bila tudung kau tak labuh, biasa-biasa je, diorang akan pandang macam kau ni hina.
2. Nak cakap pandangan diorang pasal freehair, apatah lagi.
3. Apabila diorang ni anti, benci sangat dengan orang yang slack agama.
4. Apabila diorang pandang orang tak solat, tak puasa ni hina jugak.
fairuzliyana.blogspot.com |
Itu antara contoh yang aku pernah nampak. Selebihnya, korang boleh cari sendiri.
Kalau korang nak contoh pengalaman aku sendiri, aku boleh bagi. Dah lama dah. Ada sorang makcik ni selalu aku nampak dia. Pakaian ala ustazah la jugak. Dan satu hari, aku nampak dia tengah sapu sampah kat luar rumah dia. Dengan cucu dia kot.
Aku tegur hai kat cucu dia memandangkan cucu dia comel dan berambut kerinting. Tiba-tiba muka makcik tu berubah. Anak mata dia pandang aku sikit dan dia cepat-cepat angkat cucu dia bawak masuk rumah. Aku terus..
"Apa kejadahnya makcik ni? Muka aku ada ala puaka ke?"
Aku taktau kalau aku pernah buat pape kat dia tapi seumur hidup aku, aku tak pernah cakap dengan dia lagi. Dan aku agak tersentap jap. Kalau aku ada buat pape salah, ini ke cara penyelesaian masalah? Daripada pemakaian, sahsiah dia, aku rasa dia boleh buat lebih daripada tu.
Meh Sini Aku Nak Tegur Sikit.
Wahai orang yang sentap dan terasa bila aku buat entri ni.
forum.lowyat.net |
Sejujurnya aku sangat kecewa sebagai saudara seagama. Kita fikir kalau kita buat amal sendiri-sendiri, kita dapat free-free masuk syurga ke? Kita fikir duduk kat dunia ni hanya pegang seketul tanggungjawab je ke? Jaga kain masing-masing?
Ok la, kalau contohnya kau jumpa seorang pendosa. So, kau kena elakkan diri daripada dia ke? Takut dosa dia terpercik kat buku amal kau? So, apa gunanya kau tuntut ilmu banyak-banyak? Apa gunanya kau berserban, bertudung labuh, berkopiah tapi bergaul sesama korang sahaja?
TAKE NOTE : Aku sebut bertudung labuh, aku sedar salah satu tujuan utama adalah untuk menjaga diri kita sebagai orang perempuan. Tapi dalam sedar tak sedar, bila luaran orang dah nampak Islam, jadi faham-faham la sendiri tanggungjawab kita.
Orang Yang Alim Untuk Diikuti, Bukan Untuk Dibenci.
tariganter.wordpress.com |
Patut la kita tengok dah ramai orang biasa-biasa cukup tak suka orang ala alim ni. Kenapa? Sebab sikap deskriminasi golongan so-called alim ni sendiri terhadap seseorang yang nampak plain, nampak macam bukan kaki solat, bukan kaki agama.
Korang ada tengok tak cerita 'Aku Masih Dara' watak Ashraf Muslim? Bagi aku, itulah sebenar-benar muslim sejati. Sentiasa bersangka baik, sentiasa menerima orang seadanya, sentiasa faham yang manusia ni berbeza, dan bijak gunakan dakwah dengan cara halus.
Orang yang alim, yang misi untuk tegakkan agama adalah orang untuk diikuti, bukan untuk dibenci. Bila kita dibenci, gagal la misi dakwah kita.
Tak kira berapa besar pun dosa seseorang yang kita jumpa, ingat sikit!
Esok tak semestinya dia seorang pendosa tegar.
Dan esok tak semestinya kita seorang 'muslim tegar'.
Entah-entah time kita terkial-kial nak lalu Siratul Mustaqim, si pendosa yang kita cerca, yang kita hina tu dengan sepantas kilat masuk syurga. Time tu, menganga la kita kat tengah jambatan tu.
Jangan kita nak keji orang yang lebih buruk daripada kita, sebab esok mungkin dia jadi lebih baik daripada kita.
Kepada Puak Yang So-called Alim.
Berbalik la kepada akhlak, dakwah yang sebenar yang dipamerkan oleh baginda mulia kita, Rasulullah SAW. Jangan kita larikan diri, fikir nak bawak puak kita je ke syurga. Ingatlah bila dunia akan ceritakan perilaku kita kat Allah SWT.
elsharkyy.tumblr.com |
Kita takut-takut, nanti kita bakal dilaknat kerana mementingkan diri sendiri. Hidup ni bukan sekadar menyelamatkan diri. Kalau prinsip macam tu ada, dah lama baginda Rasulullah SAW sisihkan kita, ummat baginda. Dah lama kita tak dapat syafaat, baginda sorang yang masuk syurga.
See? Kita hidup bukan untuk diri kita je. Kita hidup untuk diri kita dan bawak orang lain sama-sama.
Dan sedarlah, kalau kita asyik berpuak macam ni, kita bagaikan menconteng arang kat agama kita sendiri. Sebab Islam menyatakan, 'Agama Itu Nasihat'. Fikir balik. Ada ke kita buat macam tu? Entah-entah sebab kita la, orang lain makin bencikan agama. Ya, sebab kita.
Fikirkan. And take note jugak yang tak semestinya orang berkopiah dan bertudung labuh je boleh berdakwah. Kita tau ilmu agama kita tak banyak sangat, tapi dengan terapkan nilai-nilai murni, akhlak yang baik untuk orang ikut, itu pun dakwah.
Dalam masa yang sama teruskan menuntut ilmu agama. Jangan bagi alasan kita tak sekolah agama, kita tak payah tau sangat bab agama. Apapun, aku berharap moga-moga berkurang la golongan macam ni. Dan aku berharap diri aku dan pembaca takkan jadi golongan macam ni..
Bila dah rasa diri tu alim, perlu ke nak larikan diri bila orang yang kurang agama nak bergaul dengan kita? Apa ingat kita alim, amal dah banyak? Dah dapat dah tiket syurga? At least taknak gaul pun, hormat la sebagai manusia. Semua manusia ada buat dosa.. Kita bukan maksum.
1. dulu masa kecik2, saya cukup tak suka dengan geng2 tabligh..nmpk drpd jauh mmg saya cpt2 tutup pintu, buat2 mcm xdak org kat umah..
ReplyDeletesaya rasa itu kali pertama kot saya diskriminasi terhadap bangsa sendiri..bukan sebab benci, cuma rasa x selesa bila "dibasuh" seolah2 sy ni terlalu jahil untuk mengerti..
mahapkan saya..saya tau niat diorang tu baik, cuma mungkin pendekatan diorg terhadap golongan muda seperti saya (pada masa itu..hehe) tak mampu saya terima..
2. bila saya beranjak sedikit dewasa, saya mula faham beberapa perkara yg saya tak faham masa muda..
ReplyDeleteperkara yg saya paling tak suka n saya selalu debatkan kat mana2 ialah perihal manusia yang suka menjatuhkan hukum sesama manusia..saya selalu tekankan dosa dan pahala ialah urusan Dia, bukan kita untuk tentukannya..
yes, kita masing2 tahu hukum..tak solat berdosa, berzina tu berdosa..tapi itu bukan tiket untuk kita menghukum sesama kita..
"tak solat tu hukumnya berdosa.."
"kau berdosa kerana tak solat.."
dua ayat kat atas ternyata ada bezanya..ramai kita terbiasa untuk memilih ayat kedua..:D
ye..sangat betul..
ReplyDeletebila saya membaca..
saya macam..asik..
angguk-angguk-angguk
lepas tu cakap betul-betul
paling tak tahan dengan pandangan macam kita nih hina sebab mereka
"sangat alim"
golongan sebegini sangat-sangat memandang serong mereka-mereka yang ingin berubah. termasuk aku. lalu mereka berkata.
ReplyDelete'aku nak tengok selama mana ko boleh kekalkan imej ko camni'
'ko takpayah nak cakap orang lah, sedar sikit diri ko'
agaknye orang yang tak berapa alim tu memang tak layak menasihati orang lain -__-
sbb nila setitik, rosak susu sebelanga..^^
ReplyDeletesbb segelintir yg b'tudung labuh b'sikap buruk, org akan pandang serong pd yg lain.
sy bkn la sempurna tutup auratnya, tp ingin mjadi perempuan yg menutup aurat. insyaAllah
Encik H :
ReplyDeleteYa, sy tak salahkn bro klu hal mcm ni jdi. Sjujurnya sy prnh jmpa org yg mcm bro ckp. Dakwah dh elok, tp cra pnyampaian mcm kita ni jahil gila dlm agama. Mcm jtuhkn mruah pun ada. Ilmu tu luas. Kita ni tak smpurna, prlahan2 timba ilmu.. Nk brkongsi biar kna cara. Cra pnyampaian pun jgn smpai trsinggung hati org lain..
hidayah :
Trima ksih sis. Btul. Sgt tak stuju dgn cra pandangan glongan so-called alim ni kat org lain..
Camy Alya :
Sis prnh kna mcm tu? Klu sy, mmg sy dh sound balik je sis. Biadap btul. Tak kisah la klu kita brubah dan prubahan tu tak dpt dkekalkan. Yg pnting bila dh smpai niat tu, Alhamdulillah, skurang2nya ada org trgerak hati. Drpada dgr lpas tu buat taktau? Mana satu lg baik? Nsihat kpada kbaikan, smua org spatutnya boleh nsihat. Klu kita nk diri kita 100% prfect bru nk nasihat, mmg takde sapa dlm dunia ni layak menasihat.
happy eim :
InsyaAllah, mudah2han niat suci sis Allah SWT prmudahkan. Sy prnh dgr jgk rintihan org yg kta glongan tdung labuh yg mcm sis ckp. Agk mnyedihkn sbnrnya. Sbb spatutnya tak kira la mcm mana pnampilan kita pun, kita smua sama. Cuma yg berbeza iman dan akhlak msing2..
ya sis, pernah gak berdepan dgn golongan2 yg mcm tu. sabar jelah & dgr jelah ape diorang kata. kalo dia mmg btul2 alim automatically kita akan respect dia. tp kalo yg so-so je, rs mcm errr.. xtaulah. hehe.. :)
ReplyDeletebetul tu sis Al ada segolongan puak yang macam tu. ckj tak sure sama ada pernah jumpa atau tak.. tapi bagi ckj disebabkan mereka orang yang biasa/ baru nak mendekati agama terus menjauh dari agama.
ReplyDeleteckj setuju, walaupun ilmu agama yang kita tau ni tak banyak, tak salah untuk di kongsikan, mana tau daripada perkongsian tu ada orang yang lebih tau dapat membetulkan/ menambahkan dari apa yang kita tau tu..
cara berdakwah yang ckj tau ada 3 kalau tak silap, menyampaikan/nasihat. kalau tak mampu ajak dia buat kebaikan. kalau tak mampu tunjukkan akhlak dan amalan yang baik kat dia. mudah-mudahan terbuka hati dia suatu hari ni untuk mendalami islam tu dengan lebih mendalam.
terima kasih sis Al buat entry. membuatkan pemikiran ckj terbuka. :)
dunia ni macam2 orang yang boleh kita jumpa kan sis..cik hana takut jugak kalau perkara sebegitu terjadi..biarlah rasa rendah diri dan takut kepada allah itu melebihi dari sifat sombong dan bongkak sesama manusia.. :)
ReplyDeleteChic Na :
ReplyDeleteYa, slalunya klu jumpa glongan mcm tu, mmg akn diam je. Tknak byk crite dgn diorg. Bg sy kan sis, klu somebody ni jenis 'so-so', tp nsihat dia boleh msuk akal n santai, sy ok je. Yg lbih2 ni jdi msalah.
Cik Kay Jue :
Yes, stuju dgn smua yg sis luahkn. Klu sis prasan, sbb tu la org muda suka UAI. Sbb cra dia dakwah sntai, lpas tu dlm msa yg sma mcm boleh dterima. Wlaupun pmakaian ala alim. Komen LANGSUNG takde kna ngena dgn politik. Hnya mlihat kelainan dkwah dan cuba ambik yg baik, buang yg keruh..
..cik hana.. :
Ya, yg tu sy stuju. Lbih baik ada sikap rendah diri drpada brsikap tak semena2 dgn org lain..
seriously, kdg2 sy penah trjumpa ngn org cmnih! lagak alim lah sangat! pandangan dia mcm lah org ni hina sgt.. tau lah, pakai tdg labuh.. bhs sopan.. tp mak aii.. pndgn tu.. agak2 la.. wlupn org ni pkai tdg x labuh cm dorg.. bhs x sesopan dorg.. tp org tutup aurat jgak.. bhs pn cuma 'kasar' sedikit je.. ho3..geram ngn org2 cmni!! *tba2 over emosi plak kt cni* ho3..sory sis...
ReplyDeleteerrr....topik yng menarik sebab pernah alami walau cuma di fb. Pernah di add dlm group geng niqab. mula2 enjoy sgt sbb dapatla baca-baca ilmu yg meka kongsikan...rasa kagum sgt sbb ye laa bukan senang nak jadi macam meka kan...pelihara aurat nampak biji mata je...ayat pun ala2 arab... tapi bila lelama duk dlm group tu sebagai silent reader rasa semacam pulak dorang ni.... ada satu kes sorang budak tu berniqab..tapi ada gambar dia dgn lelaki tak berniqab... jadi ada yng busy body tanya kenapa buat mcm tu...budak tu bg alasan dia baru nak belajar2... mak dia tak restu sgt dia berniqab. tak selesai kat situ...ada yg gatal pi tepek gambar budak tu kat group...supaya geng2 yg lain tengok...apa lagi... kecoh..ramai la yg serang budak tu...serang bagi nasihat la...tapi ayat meka pun sama je macam kita...cuma meka lebih bnyk campur ayat2 la... masa tu ya allah.... kalau nak diibaratkan, seperti sekumpulan gagak hitam yang sedang menyerang mangsa dengan rakus. tu yang khilaf sebab bergambar dengan lelaki tanpa niqab.... tanpa niqab...bukan tanpa tudung. ok tamat kisah ni. pastu ada sorang tu pulak...dia suka citer pasal pegi melancong, beli gajet2 canggih...duk hotel.sana sini...amik gambar semua...upload kat blog... hurmmm dari situ saya buat kesimpulan memang mereka jauh baik dr segi luaran dan tinggi ilmu agama tapi perangai mereka ada juga yg sama dgn kita. dan lagi memang betul...geng2 ni memang suka duduk dlm kelompok meka sendiri.
ReplyDeletesiryesly,nice entry! suka baca..mohon2 ak x jd golongan tuhh,aminn
ReplyDeletepokok pangkal hati juga lah ek sis.kalo hati kotor walau pakai litop pun tak guna juga. yg penting bersihkan hati dulu kan..
ReplyDeletepheww , bnyak sangat komen negatif atas nih , so saya komen positif ,
ReplyDeletebukan lar nak kata diorang ni perfect sangat , tapi nak bagitau , kadang2 dengan cara diorang yang agak brutal tu lar mampu menyedarkan pihak2 yang xnak sedar , bakar sikit hati puak2 susah nak sedar nih , termasuk lar aku ,
pheww , sekali aku tengah lepak dekat simpang depan rumah aku , datang diorang sampai ter-lekat aku dengn member2 3jam dengar citer tu lar citer ni lar ,, dan alhamdulillah ,
aku sedar jugak akhirnya , bukan aku sorang , member yang lepak dengan aku pun insaf , so , start dari hari tu xde lar selalu sangat aku lepak kat simpang depan rumah aku tuh ,
baik aku layan blog , hehe , see , ada pro kontra diorang cara nih , cuma cara penerimaan jer yang lain2 ,
sangat3! bersetuju dgn entri ni.
ReplyDeletepernah berhadapan dgn org mcm ni.
bila terserempak ja, bersedialah nk mengadap pandangan sinis depa..
sy pun xfhm. sgt2 xfhm. disebabkan sikap depa yg mcm tu, mmg patut la org xdekat dgn depa. dan depa pun mmg suka duduk dlm puak depa sja...
*nauzubillah.. mntak dijauhkn dgn sifat sprti tu..
skrg kan zaman milenium mana leh guna dah zaman lapuk punya pendekatan. even rasul kite pon guna cara yg plg bijak untuk dekat dengan belia bkn setakat terus nak psiko org/paksa atau er er kbai
ReplyDeletesis aku ade soalan ringan sikit nak tnya ni..bila ko cakap pasal dakwah kan, aku tengok orang skg dakwah macam untuk sesama islam je?..apa yang aku baca tentang konsep dakwah kalau dalam zaman rasulluah dakwah tu maksudnya mengajak,menyeru orang beriman kepada Allah..so bukan ke dakwah tu sebenarnya untuk non muslim..orang yang dah islam nak dakwah apa lagi?pasal jahil ke apa ke, bukan ke tu salah dia sendiri tak nak belajar..untuk pendakwah ni pulak,aku rase lebih sesuai kot kalau untuk sesama islam ni guna konsep memperingati..apa pendapat ko sis?
ReplyDeleterasanya org alim xkan pandang serong kat org tp mungkin akan bagi teguran secara elok.. kalo dh camtu blm cukup dipanggil alim.. sekadar pendapat.. :)
ReplyDeleteshafiq :
ReplyDeleteOk, yg brader crite ni diorg crite DAN KORANG BOLEH TERIMA kan? Dlm entri sy ni, mksud sy, diorg tak nsihat pun. Diorg pndang sinis, mcm yg sy dh crite contoh pngalaman sy sndiri. Dan klu diorg nsihat pun, mmg seolah2 kita ni bodoh bebenar dlm agama. Nmpk tak, dia lain konsep bro. Yg bro jumpa tu, Alhamdulillah diorg nk dekat dgn geng bro, nk nsihat elok2. Tp yg sy crite ni diorg pndang je geng bro dh pndang smacam. Lpas tu jauhkn diri. Dan klu diorg dtang nsihat pun, cra diorg sgt salah, seolah2 kita ni mmg jahil bnar. Hmm.. Mngkin yg cra nsihat ni bro kureng fhm. Tp serius, sy dh jumpa org mcm ni.. Mngkin klu satu hari bro explore rmai org, insyaAllah bro akn ada experience sndiri. Apapun, sy hrgai bro kongsi pngalaman bro. At least kita tau ada lg mkhluk Allah yg prihatin kan.
Ym.Bundle :
Ok bro. Yg tu apa kta bro selidik dlu definisi 'dakwah' ni? Ok, bro sndiri kta kan dakwah ni mksudnya 'menyeru, mengajak' kan? Berdakwah ni konsep dia sama dgn mngajak kpada kbaikan dan mncegah drpada kemungkaran. So kat situ konsep dia dh universal. Cuma lg spesifik, dakwah ni lbih ajak org beriman kpada Allah SWT dan RasulNya. Sy taknak ckp pnjang lebar kat kotak komen, tp ckuplah dgn satu sabda baginda Rasulullah SAW.
"Membawa kembali org Islam kpd agama adalah 10 kali lebih baik drpd membawa org kafir masuk Islam."
And klu nk hadith lg kuat yg kita slalu dgr,
"Tidak sempurna iman kita jika kita tidak menyayangi saudara kita sepertimana kita menyayangi diri kita sendiri."
Dripada hadith2 yg bro bca, maka ksimpulannya adalah lbih pnting kita dkwah sesama Islam dan yg trutamanya dkwah dgn diri kita sndiri. Dkwah kpada non-muslim pun tak trkecuali, cuma sy jwb la soalan bro yg konsep dakwah tak sesuai sesama muslim. Allahhua'lam.
ejulz :
Yg dlm mksud entri sy ni, 'so-called alim'. Maksudnya nmpak dsar mcm alim. Bknlah 'alim' yg btul2 alim tu. Apapun, trima ksih sbb bg pndapat. :)
manusia xkn trlps drp buat kesilapan :)
ReplyDeleteNice.
ReplyDeleteAsas kepada penulisan ini adalah kenapa mesti yang ingin mengajar tentang kebaikkan menunjukkan rasa membenci kepada yang tidak 100% mengikut tatacara agama.
Untuk mengajak kebaikkan kita perlu memberi tunjuk ajar yang baik. dan untuk mengajak kejahatan, tunjukkan ajaran yang jahat.
Itu mudah. Justeru, apabila menyampaikan ilmu perlulah kita tunjuk tauladan.
Jika mahu orang bersangka baik, semestinya tauladan yang baik.
Straight to the point.
Salam. :)
salam sis...
ReplyDeletehope sis sihat2 je...
ske tgk bird lam pic tu...gebu...suci putih...
xnk komen psl entry ni..coz x tahu nk komen ape...tp sy bc..n sy fhm perasaan sis...hope sis semakin cantik :)
Yumida :
ReplyDeleteWaa'laikummusalam.
Err.. Trima ksih Yumida.^^ Err, tp takde kna ngena dgn sy pun, haha! Mngkin, cra pnulisan sy bab ni trlalu tegas kot. Maaf ya..
xpe la sis kita ada Tuhan. biar Tuahn yang nilai perbuatan kita. yang penting bersihkan hati. think positif ok. :)
ReplyDeleteEhem.
ReplyDeleteAku bukannya pandai sangat bab agama nih.
Untuk lagi jelas, aku explain dulu. Aku bekas budak sekolah agama. Sampai form 3 je lah. Then aku chow ke sekolah teknik.
Dan secara jujurnya, actually aku dulu pun, macam golongan alim ni jugak lah time sekolah agama dulu. Aku pun tak berapa faham kenapa aku boleh fikir mereka yang pakai tudung kecik, baju ketat, kuat hisap rokok ni memang teruk tahap celaka dan konfem masuk neraka. Entah apa jahil sangat aku time tuh.
Tapi lepas masuk sekolah teknik tu, memang agak satu culture shock la. Budak-budak tu yang dah berzina pun ada. Cara cakap, dengan tak solatnya, memang teruk jugak ah.
Tapi, mula dari saat tu la, aku mula faham sikit. Mereka-mereka ni sebenarnya cuma tak tahu je. Tak ada pendekatan agama. Yang golongan tabligh ni pulak, depa ni terlampau banyak sangat belajar agama. Langsung tak bergaul dengan golongan yang tak belajar agama. Yang duk mengajarnya pun satu hal. Depa pun sama ja. Pandang golongan yang tak banyak ilmu, tak ikut pakai tudung labuh bagai ni macam kroni syaitan. Memang agak silap aah.
And then baru la aku sedar, kalau Nabi Muhammad SAW dulu pun duk pandang slack dekat orang kafir zaman dulu-dulu pun, entah sampai ke tak Islam dekat negara Malaysia nih.
Cara berdakwah sekarang dah kena ubah. Sebab budak-budak zaman sekarang memang keras kepala dan terikut sangat budaya barat dengan budaya kapir. Sampai depa tak tahu Islam tu tak bagi buat benda-benda gitu.
Dan sesungguhnya, please la. Jangan pandang mereka yang tak pakai tudung labuh, or laki yang selalu pakai shorts tunjuk aurat lutut tuh, or mereka yang tak solat, puasa tu macam hina ya amat gedamat. Kawan-kawan aku dekat teknik tu ramainya gitu. Tapi depa sebenarnya baik. Bukan diorang tak tahu tak boleh buat benda tuh. Cuma diorang tak selalu diingatkan dengan balasan and such.
Cara nak menyampaikan tu pun kena betul. Amalkan apa Nabi Muhammad SAW buat lah. Senyum, baik sangka, dan akhlak tu penting.
Bagi aku, cara efektif dakwah zaman sekarang adalah dengan bergaul dengan mereka-mereka nih. Buat kawan. Buat lawak jenaka bodoh sesama. Tapi disamping tu, selit-selit la sikit demi sedikit unsur agama tu. Pandai-pandai lah.
betul2..sokong statement kat atas ni..:)
ReplyDeletekadang2 org yg dikatakan "alim" ni tegur mcm tak kena tempat... kiranya kurang berhikmah kan.. bukan semua.. sikit jer.. masih ramai lg yang bagus.. tulah, mcm sis ckp,, orang yang betul2 baik adalah menganggap oarng lain turut baik dan tak pandang hina atas dosa dia.. mana tahu nanti dia jadi lebih baik kan dari kita ni.. =)
ReplyDeletekalau tegur tu dgn cara y baik.. ikut conth Rasulullah saw. :D
ReplyDeleteKalo kt skola ade geng ustajah
ReplyDeletetp bab ngumpat die num satu
hailaaa
si die pakai bju npe fit la apela
hmm... reality... based on pengalaman sndiri, penah try masuk geng 'alim' ni. ye la, kata org, nak berilmu, kena bergaul dengan org yang berilmu. tapi, agk sedih jugak bila golongan 'alim' ni sndiri memang mudah pndang hina geng yang biasa2 ni...
ReplyDeletesedih...
Kekadang puak2 jahil memamdang serong puak alim ini
ReplyDeletehehe
++
Filem dakwah selalu x selalu baik ushhar filem dakwah indonesia selalu tip top.huhu
terbako terbako terbako....pergh, dahsyat...hehe, memang tak dinafikan kewujudan golongan ini...speechless la nk komen, tapi aku just nak menyeru kita semua agar berdoa supaya ALLAH jaga kita, jgn sampai kita tergolong dlm kalangan org seperti itu...jgn sbb kita, jatuh fitnah atas Islam...nnt dakwah kita tu sekadar buih-buih di lautan jewr...wallahualam...
ReplyDeleteMungkin mereka lupa bahawa agama disebarkan dari zaman ke zaman, dari jahilliah kepada berakal, dari satu konsep traditioanl manusia kuno dan manusia moden bertamadun. Jika kita menjauhkan diri daripada orang2 sebegini, maka kita selayaknya tidak boleh mengaku bahawa kita Islam atau apa sekalipun agama kerana jika merujuk kepada sejarah tamadun Islam, kita diperkenalkan dengan Islam bukan daripada ramai manusia melainkan dari seorang kepada beberapa orang dan kemudian berkembang kepada ribuan jutaan orang dan terus berkembang.
ReplyDeleteno komen..kita give and take..xsuka x semestinya benci..suka x semestinya minat
ReplyDeleteAnonymous :
ReplyDeletePoint anda? Tak jelas.
sokong dengan takutake..mcm pendekatan yg dibuat UAI, banyak tarik golongan muda mudi dengo ceramah dia, even yg bertindik telinga pun ada..takpa la nak dtg dengo ceramah ustaz tu pun dah cukup baik, moga2 dorg berubah kepada yg lebey baik..
ReplyDeleteaku slalu kena mcm tu..yg tudung labuh slalu pandang serong kt aku..kecik ati..tapi kita sangka baik je la..dia pakai tudung labuh so dia sempurna tutup aurat, jgn kita kaitkan sikap buruk dia dgn pemakaian dia, n kita doa la semoga dia ubah sikap mcm tu...cukup kita benci sikap buruk dia je, jgn sampai kita benci dia.moga2 bila kita bertudung labuh kita tak bersikap buruk mcm tu..