29/04/2012

REVIEW : The Avengers Dan Konklusi BERSIH 3.0.

Bismillah.

Dear journal,

imdb.com

  Pergh! Pergh pergh pergh. Pada pukul 10.45 malam, aku and the family pergi tengok wayang cerita The Avengers. Sejujurnya, aku tak minat action ala Marvels ni. Layan tu layan la kalau ada orang ajak, tapi not my taste. [2 kali aku menguap]

  Tapi aku gagahkan diri aku duduk panggung sebab aku dah lama tak tengok The Incredible Hulk. Ok, Captain America agak hensem. Tapi tak boleh lawan Hulk yang comel. Ok fine, faham-faham la orang perempuan bagi review, wakakaka!

  Aku bagi point je la. Nanti ada yang maki aku kat ruangan komen.



  First, aku suka storyline dia dan takde cerita cinta lucah yang meleret. Okay, so filem ni kategori clean la jugak. Clean tahap Amerika la. Kalau tahap Islam, tak clean sangat dan takkan clean kot. And tak bosan. Ada selit humor spontan. Memang bukan lawak bodoh la.

Abam Hulk aku nampak paling comel, wakaka!
loupdargent.com

  Second, aku suka pengajaran cerita ni. Pasal kerjasama, pasal kempimpinan, pasal pengorbanan demi Bumi yang tercinta. Konsep bagus. Oh yes, persahabatan pun ada.

  Third, aku puas hati bab 3D, animation diorang. Memang nampak real habis. Tapi makhluk asing dalam filem tu ala raksasa Final Fantasy pulak. Korang tau tak Final Fantasy? Salah satu game meletup milik syarikat game Jepun. Kira ala fantasy la jugak cerita ni.

  Fourth, kalau korang tak kenal karakter dalam komik Marvels, agak susah sikit korang nak faham storyline dia. Sebab masing-masing jadi superhero ada sebab. Contoh, aku kureng kenal karakter utama Thor. Aku kenal, tapi kureng kenal. Ok fine. Tapi bila aku fahamkan, baru aku tau siapa Thor ni.

  Fifth, yang pasti Hulk ni comel. Badan besar, warna hijau, rambut ala rumput, perangai spontan yang lawak, bila mengaum pun comel, wakakaka! Ok ok, sentap hero kerinting aku, wakaka!

  So, tak hairan la bro Ben dengan bro Ezad kata best! Memang best pun! Tapi lagi best kalau aku tengok cerita seram. Ok, fine. Aku kena kurangkan tengok cerita seram.



*********************************************************************************

Amekaw! Geng kuning mari!
beritasemasa.com

BERSIH 3.0 dah habis. Jom kita tengok sama-sama kalau ada sebarang perubahan.

Aku tengok video polis langgar orang BERSIH. Ada kekeliruan kejadian sebab baru tadi member aku kata bukan orang BERSIH. Still, semua orang dah maklum provoke ada di mana-mana, terutama time demonstrasi. Aku still fikir, kenapa orang Bersih tak halang? Keadaan kelam-kabut? Sila buat demonstrasi lebih teratur selepas ini.

Dan Ustaz Hasrizal ceritakan pengalaman pahit beliau kena carut, kena maki dengan pihak FRU walaupun sekadar duduk tepi kolam. Aku taktau la kalau mencarut ni boleh melegakan keadaan? Dan aku taktau pulak kalau kita ada kuasa boleh hina orang lain?

Aku bukan cakap ni niat nak tunding-tunding, tak. Niat aku, nak semua orang nampak. No one's perfect. Pihak polis tak perfect, pihak BERSIH tak perfect. So tolong jangan fanatik sangat.

Dah macam-macam status aku baca kat FB. Tolong jangan tegakkan benang yang basah. Dan tolong jangan nak melatah, terus bersangka buruk. Kalau kita taktau apa-apa, diam. Jangan tunjukkan kebodohan. Kalau nak bercakap pun biar had sampai ilmu yang kita ada. Jangan tokok tambah.

Kita taktau pihak mana yang sebenar-benar, pihak mana yang seburuk-buruk. Politik memang kotor. Jangan terus buat konklusi sendiri. Kalau kita kat pihak yang salah, alamatnya menjawab kat padang Mahsyar. Hati-hati ketika bercakap. Kerana mulut, badan binasa!

Walau apapun yang berlaku, benda SUDAH berlaku. Berdoa' sama-sama demi keamanan dan keadilan negara kita. Yang benar pasti akan diselamatkan Tuhan.

36 comments:

  1. ada2 je kan...Allah selamatkanlah negaraku..

    ReplyDelete
  2. Saya harapkan politik kita bukan kerana kuasa-kuasa luar. Kerana jika da kuasa-kuasa luar yang mempengaruhinya banyak perkara yang tidak kita ingini akan berlaku.

    Ambil contoh mudah, Negara ISLAM Tanah Arab. Satu persatu jatuh, jatuh, jatuh dan tidak boleh bangun sehingga sekarang.

    1. Bosnia
    2. Kuwait
    3. Palestin
    4. Iraq
    5. Mesir
    6. Syria
    7. Iran (Sekarang)
    8. Adakah kita mahu nama Malaysia menjadi disini?

    Semoga Allah swt jauhi bala bencana ini. Semoga dijauhi.

    Sedar tidak bahawa kita berada di akhir zaman. Zaman yang banyaknya fitnah, dan antar afitnah itu fitnah dajjal. Fitnah yang mampu menghancurkan walau dengan sebtang PENA dan sebaris kata!

    Beringat

    ReplyDelete
  3. masing2 dah berpelajaran tinggi... tahu yg mane baik dan yg mane salah...

    pasal avengers tu tak ada kesempatan lg nak tgok...

    ReplyDelete
  4. http://amenoworld.blogspot.com/2012/04/penjelasan-kejadian-sebenar-isu-kereta.html

    ReplyDelete
  5. Memang silap la tak tahu menahu watak Marvel... (Tiba-tiba)

    ReplyDelete
  6. seriusly hari ni fiqa nak pi tgk cite tuu :D hahaha thanks sebab bagi info awal2. selamat hehehehe. btw politik hmm takutt >.<

    ReplyDelete
  7. eh kita plk minat action ala Marvels ni! ahah~

    eemm setuju, polis xperfect, pihak bersih pun xperfect. masing2 ada betul dan salahnya.

    betul tu,, sama-sama lah doa untuk negara kita. =)

    ReplyDelete
  8. betol2.. hulk nampak comel walaupon masa mengaum... hehehe... tapi tak sangka yg hulk pon ada sense of humor.. ingatkan iron man sorg je..

    pasai bersih tu, betol la.. benda dah jadi. amik iktibar...

    ReplyDelete
  9. seelok bahasa kena lah dilampiaskan secara sesopan mungkin ... uncle tak berapa berkenan walaupun berlainan ideologi..carutan hendaklah dielakkan sejauh mungkin ... berkawan biar ramai ..takkan berpolitik terus putus sahabat ...

    (hal yg terjadi pada uncle)

    ReplyDelete
  10. arghhh kata nak aman tp huruhara plak. ciri2 org munafik ;p

    ReplyDelete
  11. wahh dah tengok movie tuh..eee jeles la pulak..meh tiket free!hehe

    ReplyDelete
  12. Iran tidak akan tumbang akibat rakyat mereka. tetapi sikap amereka

    TUNGGU PRU 13 jerk. :)

    ReplyDelete
  13. i'm the hidden :
    Sy tak peduli hal tu, lantak diorg la. Yg pasti, diorg kan brsatu padu time tu. Knapa bila dh ada org buat provokasi takde sapa nk halang? Takde sapa yg nk tegur? Org yg buat provokasi tu leklek trbalikkan kreta, join sekaki walhal kita smua dh maklum, dan mreka smua dh mklum demonstrasi aman? Nmpak tak? Byk point boleh ambik. Ok la, sbb time tu mmber kelam kbut kan. So, lain kali kna buat demonstrasi dgn lbih terancang!

    ReplyDelete
  14. Memang tak sabaq M nk tgk the avengers ni. BERSIH?? Banyak buruk dari baiknya... Hmmmmm... Berpaksikan Hukum Allah agar tak tersasar..

    ReplyDelete
  15. ahahahah dah tengok ea?? best kan,,

    ReplyDelete
  16. ni jeles ni...k, aku kena tunggu 1 May baru nak pergi tengok..huhu...

    hurm, bila bercerita pasal politik, aku rasa mcm nak lari jewr...hurm, tak lama lagi aku kena mengundi, nak tak nak memang kena ngundi...cuak jugak nak pilih...apapun, nanti kena wat istikharah la...semoga aku pangkah yang terbaik...

    ReplyDelete
  17. ske dgr pandangan dr sis...
    sy mmg x ske pd org yg bertindak melampau!
    hmmm...ramainyer geng2 kuning di sana...cer try tonton balik video yg dh dirakam...mana matlamatnya? mana keberkesanannya? mana keberhasilannya? nah!...lihatlah...aktiviti & kesan perhimpunan yg ala2 terbaik tu

    ReplyDelete
  18. huhuhu tak sempat lagi nak pergi tengok wayang... huhu best nyer sis Ai..


    Ckj tak tau mau cakap apa tenteng bersih ni.. tapi gara2 perhimpunan ni parents ckj tak bagi keluar this weekend.. huhu terbantut sudeh mau pergi pesta buku..

    dahsyat juga tengok berita semalam 54 jalan tutup..

    ReplyDelete
  19. xdpt tgk avengers tu. hukkk..
    actually sy xfaham apa maksud yg diorg ckp perhimpunan bersih tu berjaya. ;p

    ReplyDelete
  20. best ke cite tu ? hahaha . rmai yg kate best tapi kite tak minat cte cenggitu la . hehek

    ReplyDelete
  21. huwaa.. nak tgok gk.

    p/s : mls la komen sal bersih. setiap individu berhak berfikir ikut cara msg2. so xde sape yg salah pon kan:?

    ReplyDelete
  22. tu ke cter yang terbaru kat pawagam skang? ho3.. dh lama x tgk muvie nih...

    ReplyDelete
  23. bersih bersih bersih bilik. kucing berak. hehe :D

    ReplyDelete
  24. hohoho... nak tgk je coz my hero en.thor ade... hehehe.. tp bila dah kawin nie payah seket... nmpknye kena tgu kat kuar internet r...
    bersih??? bersih ke... pada kasih banyak buruk dr baek... just my2cent...

    ReplyDelete
  25. tak berapa gemar baca status fb sejak2 bersih nie

    ReplyDelete
  26. love the Avengers sangat2! the paling awesome movie untuk tahun ni!weeee!

    ReplyDelete
  27. semoga negara kita sentiasa dalam keadaan aman dan damai. sentiasa dalam peliharaan Allah

    ReplyDelete
  28. belum tengok avengers. kalau byk review best, harus la pi tengok.

    pasal Bersih, terlalu banyak wakil rakyat muncul kat FB. Menyampah betul bila kita nyelit sikit, berdentum dentam letak komen siap buat kesimpulan macam penggulungan kat Dewan Rakyat. hahaha...

    ReplyDelete
  29. semalam nak tengok cite avengers..tapi ramai sangat orang kat wayang tu..x jadi tengokk..sobsob

    ReplyDelete
  30. wah best jer cerita ni sis? boleh pi tengok neh..

    marilah kita bersatu padu menegakkan kebenaran.. ( tetiba jer ek) hehe

    ReplyDelete
  31. 1-citer avengers biase2 je..last2 baru best..
    2-kalau bukan sebab aku dah kawin, memang aku pegi bersih tu jadi paparazi.meriah kot..hehe..

    ReplyDelete
  32. kalo ade phimpunan mcm ni mst ade ssuatu yg xelok blaku..yg elok, mcm xnmpak tang..mnenye duduk dan bantah? semua blari pukul2 adala..huhu..xtau politik skg smkin hari smakin parahh..

    ReplyDelete
  33. urghhh , best nyer citer tuh .. hehe , dah ramai bagitau citer tu sedap .. kena tengok nih ,,

    bersih .? ntah , malas ag ak nak komen benda nih , masih dalam kajian , hehe , kena fahami dan dalami yang mana buruk dan yang mana jahat .. demonstrasi tampaknya xde yang adil , dan bersih , selagi yang menyertai itu tak membersihkan diri *fikiran kotor* selagi tu lar xkan ada perhimpunan aman ..

    ReplyDelete
  34. Best benar cte Avengers ni. haha.. Sis Al patut tgk dulu Ironman 1 n 2, Thor, Incredible Hulk tuk kenal character2 dalam marvel ni then br tengok Avengers. Kan capt. Fury n Black Widow ada muncul dlm Ironman 2. Karakter terkuat rasanya Hulk sebab cam basuh kain je Loki kena belasah. Hahaha..

    Bersih 3.0. Ad yg kata yng rempuh tu hari ilh org BN so susah nk katala bila melibatkan strategi politik kotor. bersih 3.0 ad gak dijalankan kat negeri2 lain namun aman je sbb pihak berkuasa beri kerjasama kat dorg, mksd, bukan lagi rusuhan namun demo aman. Kat Terengganu takde lak n aman je tengok. haha..

    ReplyDelete

Hentam saja la...