LEPAK CORNER!
Dah duk
berbuih otak kita berfikir, meh sini
aku bagi korang satu cerita psycho! Gerenti tekak kembang!
AMARAN! Cerita ini tidak sesuai untuk dibaca
oleh orang yang cepat geli dan mungkin boleh membantutkan selera makan anda.
Cerita ini berunsur ganas/geli/loya kerana ini cerita psycho. Tak akan bertanggungjawab kalau pc anda rosak bila anda muntah atas keyboard.
Abang.
Sejak abang pulang
dari gurun bersama ayah beberapa bulan yang lalu, abang sudah berubah. Dahulu,
abang sangat kacak dan bertenaga. Kini.. Wajah abang terlalu cengkung, tubuh
abang begitu kurus. Mata abang seolah-olah hendak tersembul keluar dari soket
mata. Abang kelihatan teruk sekali.
andikafajar56.blogspot.com |
Aku dapat khabar
angin, ayah mati dalam keadaan sangat ngeri di gurun sana. Kami hanya dapat
semadikan tulang ayah sahaja. Syukurlah, abang terselamat. Kami tidak dapat
bertanya apa yang berlaku kerana abang masih trauma.
Kami tidak mahu
memaksa dia. Abang, aku gembira abang dah pulang. Cukuplah itu sahaja.
“Lapar.... Lapar...”
Sudah beberapa hari
abang terlantar di atas katil. Ibu dan teman wanita abang gigih memasak makanan
kesukaan abang. Daging yang dibeli ibu semuanya mahal-mahal dan segar.
Namun, abang mesti
memuntahkan semua makanan yang dimasak. Dia mendakwa, mereka memasak daging
busuk. Ibu cuba memaksa abang makan walau sesuap, namun abang enggan. Abang
terus memuntahkan semua.
“Lapar... Lapar...”
foodportfolio.com |
Ibu dan teman wanita
abang saling berpandangan. Teman wanita abang meminta keizinan kami untuk
menjaga abang. Dia kelihatan risau sekali. Lagipun
dia tidak mempunyai keluarga, jadi dia banyak habiskan masa bersama kami. Ibu
mengizinkan dia. Aku berharap, apabila abang mendapat lebih perhatian, dia akan
kembali sihat.
Abang, apa yang
telah berlaku kepada abang?
PRAANG!!
Aku terjaga. Seperti
bunyi pinggan pecah. Aku menatap jam loceng yang terletak di sebelah katil.
3.00 AM.
Walaupun aku terasa
mengantuk, namun aku gagahkan diri untuk melihat apa yang berlaku. Bunyi
seperti dari bilik abang. Barangkali teman wanita abang terjatuhkan barang di
bilik abang.
alliff26.blogspot.com |
“Eh, ibu?”
Aku melihat ibu
berdiri kaku di hadapan bilik abang. Aku segera mengenggam lengan ibu dan
menoleh ke arah subjek yang ibu sedang tatapi. Betapa terkejutnya aku melihat
abang sedang mengunyah isi perut teman wanitanya hidup-hidup dengan rakus.
“Sedap.. Sedapnya...”
Abang mengomel sendirian
sambil terus mengunyah usus-usus yang berselerak di atas lantai. Aku hampir
muntah apabila mula terbau busuk. Busuk seperti bangkai! Ibu berlari dan terus
memeluk abang dari belakang.
“Abang! Kuatkan
semangat! Jangan bagini, anakku!”
“Ibu.. Tapi saya
terlalu lapar.. Lapar...”
Ibu terdiam. Ibu ‘hilang’
seketika, seperti memikirkan sesuatu. Kemudian, dia bingkas bangun dan
mengheret mayat teman wanita abang ke arah dapur.
Pintu dapur ditutup,
dikunci.
“Ibu! Biar saya
tolong ibu!”
“Tak boleh! Tolong tengok-tengok kan abang!”
Aku terdiam. Air
mata aku mengalir. Ibu..
“Tidak ada cara lain
lagi....”
“Adik! Makanan dah siap dah?”
Abang menatap
wajahku sambil tersenyum.
“Sebentar ya, abang. Ibu tengah masak lagi tu.”
Sambil menjawab, aku
terus berlari ke kaunter dapur untuk mengambil makanan. Abang sudah kelihatan
sihat dan ceria sejak peristiwa itu. Kami sangat gembira dengan perubahan
drastik abang. Namun aku tertanya-tanya, sampai bila tubuh teman wanita abang
akan bertahan?
layoutsparks.com |
“Ibu, abang nampak
semakin sihat. Apa kata kita cuba bagi daging lembu?”
Aku memberi cadangan
di sebalik pintu dapur yang sudah lama terkunci. Yang pasti, ibu sihat di dalam
sana kerana hari-hari ibu mampu menyediakan makanan lazat untuk abang.
“Hmmm.. Boleh juga kita cuba. Tolong
belikan daging di pasar ya.”
Tanpa buang masa aku
terus ke kedai berhampiran. Ibu memasak makanan daging kegemaran abang pada
hari itu. Aku terus menghidangkan makanan tersebut di depan abang.
“Abang dah lapar ni. Abang nak makan.”
Abang memotong
daging itu lalu terus dimasukkan ke dalam mulut. Tiba-tiba dia mengeluarkan isi
daging itu semula.
“Ish, daging apa ni?! Busuknya! Abang tak
dapat makan! Tak sedap!”
Aku merenung abang.
Dengus. Tidak berjaya. Aku menyampaikan khabar tentang kejadian tadi kepada
ibu. Ibu hampa juga.
Abang, sampai bila?
Abang kelihatan
sangat lapar. Ibu juga semakin lama, semakin lambat memasak.
“Ibu, abang sudah
mengadu lapar.”
“Sabar ya... Ahhh!”
Aku tersentak.
“Ibu! Kenapa tu?! Biar saya masuk ke dalam! Saya nak masuk!”
“Jangan! Jangaaan!”
Aku terus menghentam
pintu dapur sekuat hatiku. Aku tidak tahan lagi. Sampai bila kita mesti begini,
ibu! Akhirnya, tombol pintu dapur berjaya aku pecahkan. Pintu terbuka perlahan-lahan.
“Ibu!”
Aku melihat ibu yang
berada di atas kerusi beroda. Aku tidak dapat melihat kaki ibu. Baju ibu
dipenuhi darah. Aku yakin, tubuh ibu tinggal separuh sahaja. Ibu.. Apa yang
telah berlaku? Tiba-tiba abang muncul di belakang aku.
“Ibu.. Lapar..
Lapar...”
“Lapar? Sekejap ya
abang..”
Dengan wajah tenang
ibu berpaling dan terus memotong jarinya satu demi satu. Air mata aku mengalir.
Terlalu hiba aku rasakan. Setelah dipotong dan disusun kemas, ibu terus
menghulurkan ‘makanan’ itu kepada abang. Abang tergamam.
“Abang, makan ni. Abang dah lapar.”
thoughtlifeconnect.wordpress.com |
Tiba-tiba abang meracau
dan menolak ibu sekuat hati. Ibu terjatuh daripada kerusi roda. Aku berasa
mual, isi perut dan darah ibu mula mengalir deras di serata dapur. Ibu masih
bernafas, namun menahan seksa.
“Ini semua salah
aku! Tak, ini semua salah ayah!
Sudah beberapa bulan kami terkandas di gurun.. Tidak ada makanan, air semakin
sedikit.. Ayah, ayah terus memotong organ-organnya dan berikan kepada aku
sebagai makanan.. Aku menolak, namun ayah tetap memaksa!”
Abang terus meracau
dan meracau seperti dirasuk. Dia kelihatan trauma.
“Dia asyik berkata
kepada aku, ‘Nak, jangan bazirkan
organ ayah.. Engkau kena terus hidup. Jangan risau.. Ayah akan terus hidup,
hidup bersama kau..’”
Ibu menatap abang
sambil mengheret diri menuju ke arah abang. Ibu memegang ususnya sambil
dihulurkan kepada abang.
“Abang.. Tak apa.. Makan lah abang..”
“Taknaaaak!”
Abang berlari
meninggalkan kami.
“Abang terlalu lapar
tu.. Tolong bagi jari ibu kepada
abang.. Tolong...”
Ibu berpesan kepada
aku dengan air mata yang berlinangan. Akhirnya, ibu menghembuskan nafasnya yang
terakhir. Aku menangis di sisi ibu buat seketika.. Ibu.. Aku mesti menunaikan
hasrat ibu.
“Abang?”
Aku terus mencari
abang di setiap sudut ruang. Abang masih tiada. Tapi aku terdengar sesuatu di
satu bilik berdekatan. Bilik tetamu.
Aku berjalan
perlahan, membuka pintu. Aku tergamam lagi. Abang sedang menggigit tangannya
dengan rakus.
“Sakit, tapi
sedap.... Sedap, tapi sakit.. Sakitnya... Sedapnya...”
berkeleygardencoach.com |
Saat itu juga, aku
melihat abang terkulai layu perlahan-lahan. Darah memenuhi bilik itu.
Abang.. Selamat tinggal..
Kalau ajak aku
berfikir, ada beberapa point aku
boleh bagi melalui cerita rekaan aku ni.
1. Kalau aku jadi
ibu dia, aku dah bunuh dia. Tapi
inilah namanya kasih seorang ibu. So,
hargailah ibu kita walaupun dia tak
bagi kita makan organ dia. Begitu jugak
ayah dia yang nak dia terus hidup.
2. Walau apa yang berlaku, keluarga akan tetap bersama kita.
Diorang akan cuba cari jalan demi
kegembiraan kita. Walaupun kegembiraan tu
menyusahkan diorang. Hargai keluarga
kita.
3. Kalau taknak
makan manusia, sediakan bekalan secukupnya kalau nak pi camping, wakaka!
takde dhob ke nak makan? gurun kan..
ReplyDeletehehe
sedeyyy....sayu....tergamam seribu bahasa... Dalam betul maksut tersiratnya...nangess!!!
ReplyDeletekeli menari :
ReplyDeleteHaha, ni mmg dh trkandas kaw2 dh ni..
Taman Persinggahan Kayangan :
Err, jangan lah nangis sis. Rileks2.. Crite psycho, tp mndalam mksudnya. :)
dasyat woooh. tak pasal pasal jadi kanibal =..=
ReplyDeletemmg psycho. sedihnya.. dan terus insaf. kdg2 tak sedar pengorbanan ibu & ayah kpd sy. sob sob..
ReplyDeleterasa homesick baca cerita ni walaupun sebenarnya baca ending dulu..
ReplyDelete*kes takut muntah depan keyboard*
Argh. Tak tahan. Geli. Tak tahan.. -__- Kenapa tulis benda macam nih. Ah.. -_______-
ReplyDeleteeww... kalau saya mak dia, saya biarkan dia mati.
ReplyDelete\m/
ReplyDeletemenarik entri ini.. teruskan. huhu
ada mksdu tersirat... :D Gulp.. >.<
ReplyDelete*mksd.. :P
ReplyDeletemiss no right :
ReplyDeleteHaha! Sadis gila abang dia.
Chic Na :
Yes, ada ibu ayh yg brkorban lg teruk drpada ni. Bersyukurlah dgn ibu ayh yg ada..
Encik H :
Haha! Rileks la bro.. Crite je.. Klu buat komik lg muntah.
takutake :
Hahahaha! Bro, rileks! Tahan! Tahan skit! XD
aku/a... h.... :
Kmu tu hati kering, mana boleh jadi mak! Hahaha!
naim :
Trima kasih bro.. :)
AiSyA LiEzA :
Err, yes. Psycho + tersirat. Hehe.
Hadoi. Dah pelik gila ngan cite ni memula sebenarnya. Adeh. Kenapa nak makan organ manusia? Erkk! Rupanya ada nasehat. Baguslahhh. Hehe
ReplyDeleteLiyaa Mf :
ReplyDeleteHaha! Itu la kepelikan yg nyata.. Rupa2nya ank lelaki dia dh gila la sis..
Oh tgh mkn!
ReplyDeletexnk baca dulu hehe tp still nk komen ;p
mlm kang cik baca yea...huhuhu...
pergh...terbaik argh...meremang bulu roma baca cerita sadis & tragis ni...actually, saspens gak...tak ter"imagine" klimaks & ending cerita ni...yang xboleh blah, ada pengajaran la plop...hahaha...InsyaALLAH, akan lebih appreciate orang sekeliling...
ReplyDeletePernah baca cerita hampir serupa dari Jepun. Tapi ianya kekurangan moral seperti kisah ini. Tapi bagus sekali pengolahan tu, saya masih jauh sekali. Huhu..
ReplyDeleteJika saya adalah si ibu, tahu je anak sendiri macam tu, dah hantar terus ke rumah sakit jiwa (hospital mental). Tapi ini kasih sayang dan kasih sayang memadamkan banyak rasionaliti.
Malangnya, zaman sekarang, kasih sayang turut berkurangan. Manusia bertopengkan bangsa dan agama untuk bermuka-muka, namun hakikatnya, mereka lupa, semua yang ada di sekeliling adalah ciptaanNya.
cik L.A.L.A :
ReplyDeleteHaha! Ok3, take most of your time.. Mkn dlu, kasi hadam elok2 dlu.. :)
Iman Lurv Islam :
Haha! Thanks bro! Yelaaa.. Karang tulis crite psiko kosong, sah2 kena hentam dgn readers, haha! Tp yes, hargailah mreka yg brkorban utk kita. :)
Apple :
Oh, ye ke? Klu bro sudi, boleh kongsikan komik dia scara online, hehehe.. Apapun, klu sy pun sy dh hntar hospital sakit jiwa. Tp kita takde kat situasi dia. Mybe btul, ksih sayang ibu ni sgt kuat.. Kita la, yg slalu lupa pngorbanan diorg.. Haih, smoga bwk keinsafan. :(
Sis Al, saya dah cari komik tersebut online namun pelukisnya tak tercatat dalam search engine - "Fujimoto Akiho"
ReplyDeleteKarya tersebut bertajuk "Meja Cinta" dan ianya diselitkan didalam buku berjudul "Rumah Ngeri" dan dicetak oleh penerbit dari Jakarta.