Bismillah.
Dear journal,
Sedang aku baca blog member yang ada, tiba-tiba aku terbaca latest entri Apple yang cerita pasal scene member dia cakap kat sorang ustaz,
“Selamat sejahtera
cikgu.”
And tiba-tiba ustaz tu jawab,
“Assalamua’laikum.”
Apa kata kita fikir,
kita kongsi ilmu pasal adab memberi salam dan menjawab salam ni? Aku akan explain dengan ringkas dan mudah difahami. Mudah-mudahan kita lagi
faham lepas ni.
FAKTA SATU : Pengertian
Assalamua’laikum.
Assalamua’laikum ni
memang bermaksud ‘Selamat sejahtera ke atas kamu semua.’ Bezanya dengan ucapan
lain,
- Ucapan ini adalah satu doa’. Sebab tu SUNAT
memberi salam dan bila diberi salam WAJIB kita jawab.
- As-salam’ sendiri
merupakan Asmaul Husna, yakni antara 99
nama Allah SWT yang indah.
So kat sini kita dah nampak beza antara ucapan salam bahasa lain, adat lain daripada
ucapan salam antara orang Islam. Kat sini dah jelas kita tak boleh samakan assalamua’laikum dengan selamat sejahtera yang selalu orang non-muslim bagi.
Hendak aku jelaskan kat sini memang Islam menyarankan ummatnya menghormati satu sama lain dengan bagi salam semua tu.
Walaupun bahasa Arab tu dikira universal dan maknanya sama dengan 'selamat sejahtera ke atas kamu semua', tapi orang Arab non-muslim pun sudah maklum yang penggunaan salam tu hanya digunakan orang Islam.
Hendak aku jelaskan kat sini memang Islam menyarankan ummatnya menghormati satu sama lain dengan bagi salam semua tu.
Walaupun bahasa Arab tu dikira universal dan maknanya sama dengan 'selamat sejahtera ke atas kamu semua', tapi orang Arab non-muslim pun sudah maklum yang penggunaan salam tu hanya digunakan orang Islam.
yoyoyspa.blogspot.com |
Cuba fikir. Sebab tu la zaman baginda Rasulullah SAW, ada bangsa Yahudi yang mengejek baginda menggunakan 'Assalamua'laikum' yang ditukar 'Assamua'laikum' yang bermaksud 'Celaka lah kamu'.
Bagi aku, 'As-salam' tu merupakan bukti yang paling kuat sebab terkandung nama Allah SWT. Kalau non-muslim tau, nak ke diorang sebut nama Tuhan selain Tuhan diorang? Tak kan? Kalau non-muslim tau, nak ke diorang ikut, a'malkan penggunaan As-salam ni? Tak kan?
Dan sebab tu la orang Islam tidak digalakkan sekadar sebut 'salam'. Sebab hilanglah salah satu nama Allah SWT yang indah. Kalau nak sangat bagi salam dalam bahasa Arab, guna ayat lain macam 'Sobah al-khoir' yang bermaksud 'selamat pagi'. Dah, habis cerita.
Selesai satu fakta.
Walaupun hukum
memberi dan menjawab salam ni memang dah tau, tapi ada situasi yang boleh bertukar hukum.
Contohnya, bila ada sorang mamat nak tackle satu perempuan ni.
“Assalamua’laikum. Hehe, tak jawab dosa tau.”
Maka, tak diwajibkan perempuan tu jawab. Sebab niat bukan nak doa’
kan. Dan boleh jatuh hukum HARAM jawab kalau boleh menimbulkan
fitnah antara lelaki dengan perempuan.
So kat sini boleh kita simpulkan bahawa hukum bagi dan jawab salam ni tak solid. Dia ada situasi tertentu. Contohnya
macam entri lepas aku pasal bini bagi salam tapi suami dia dalam tandas,
so hukum jawab salam tidak diwajibkan jugak.
Dia ikut keadaan.
Sebab tu Islam ni agama yang
sangat teliti dan halus.
Bagi non-muslim pulak, adalah diharamkan kita memberi salam Assalamua’laikum kat diorang.
Kenapa? Aku dah explain kat Fakta Satu. Cuba baca dan faham balik.
Atas dasar hormat,
maka bagilah ‘selamat sejahtera’, ‘selamat pagi’, dan yang sewaktu dengannya. Kalau diorang bagi salam pulak??? WAJIB kita jawab jugak. Tapi macam-macam jawapan pernah aku dengar.
Jawapan yang tepat adalah dengan menjawab,
‘Waa’laikum’
yang bermaksud
‘Dan ke atas kamu juga.’
Korang perasan tak, ada sesetengah non-muslim bagi salam sebab nak perli, niat jahat? Dan ada sesetengah lagi memang berniat baik.
Jawapan yang tepat adalah dengan menjawab,
‘Waa’laikum’
yang bermaksud
‘Dan ke atas kamu juga.’
Korang perasan tak, ada sesetengah non-muslim bagi salam sebab nak perli, niat jahat? Dan ada sesetengah lagi memang berniat baik.
So, kalau diorang harap yang buruk, maka ‘Dan ke atas kamu juga’ la.
Kalau diorang harap yang baik, maka 'Dan ke atas kamu juga' la.
Kiranya Waa’laikum ni adalah cara jawab paling selamat dan memang digunakan baginda Rasulullah SAW bila non-muslim bagi salam kat baginda.
Sebab baginda sangat
jaga hati orang lain. Kalau orang bagi salam,
at least jawab la, ye tak? Tapi cara
kena betul.
Terdapat cara untuk
kita bagi salam kepada non-muslim dalam doa’kan diorang dapat hidayah Allah SWT.
Kalau kita nak bagi salam dengan non-muslim
dalam konteks lebih baik, bagilah salam,
“Assalamulaikum man ittaba' al-Huda'”
Yang bermaksud,
“Salam sejahtera ke
atas mereka yang menurut (mengikut) petunjuk (Islam).”
Lebih detail lagi, doa akan ditangguh sampailah penerima salam mendapat petunjuk hidayah
Allah SWT. Kiranya salam ni jugak
sebagai satu doa’ untuk dia dapat hidayah. Salam ni diamalkan
baginda Rasulullah SAW masa berutus
surat dengan orang besar negara dalam sebarkan agama Islam.
Kiranya, salam ni bukan maksud macam Assalamua'laikum yang mendoa'kan kesejahteraan, tapi doa' lebih kepada mudah-mudahan dapat hidayah Allah SWT dan seterusnya boleh la kita doa'kan kesejahteraan dia.
Kiranya, salam ni bukan maksud macam Assalamua'laikum yang mendoa'kan kesejahteraan, tapi doa' lebih kepada mudah-mudahan dapat hidayah Allah SWT dan seterusnya boleh la kita doa'kan kesejahteraan dia.
Bukti, fakta Rasulullah SAW berutus surat dengan
gunakan ayat sebegitu? Takde bukti solid, maka aku kata cara ni, wallahhua’lam.
Sila rujuk dengan ilmuwan agama sekeliling korang
sebelum gunakan.
InsyaAllah aku pun akan tanya
jugak sebelum guna.
Walau apapun, dari segi pemikirannya, sangat baik digunakan untuk mendoa'kan orang non-muslim. And kalau korang baca aku rujuk kat SINI, orang yang menggunakan ayat ni berjaya membawa seorang rakan non-muslim nya kembali kepada Islam.
Still, kita ni kan tak suka ambik pengajaran, tapi selagi boleh nak bukti je. Hakikat yang aku nampak dalam dalam masyarakat kita. Kalau ada bukti pun bukan nak ambik pengajaran. SIBUK NAK BERDEBAT! Ambik iktibar, KOSONG.
So, kalau nak aku keluarkan bukti Rasulullah SAW berutus surat cara macam tu, aku sejujurnya takde bukti kukuh. So kalau nak tau, tanya orang ilmuwan dekat-dekat dengan korang.
*********************************************************************************
perintis-nusantara.blogspot.com |
Walau apapun, dari segi pemikirannya, sangat baik digunakan untuk mendoa'kan orang non-muslim. And kalau korang baca aku rujuk kat SINI, orang yang menggunakan ayat ni berjaya membawa seorang rakan non-muslim nya kembali kepada Islam.
Still, kita ni kan tak suka ambik pengajaran, tapi selagi boleh nak bukti je. Hakikat yang aku nampak dalam dalam masyarakat kita. Kalau ada bukti pun bukan nak ambik pengajaran. SIBUK NAK BERDEBAT! Ambik iktibar, KOSONG.
So, kalau nak aku keluarkan bukti Rasulullah SAW berutus surat cara macam tu, aku sejujurnya takde bukti kukuh. So kalau nak tau, tanya orang ilmuwan dekat-dekat dengan korang.
*********************************************************************************
nurynqisteena.tumblr.com |
See? Islam ni halus cara dakwahnya. So lepas ni mudah-mudahan kita pakailah salam elok-elok ok.. Aku jadikan perkongsian ni
sebagai satu peringatan and kongsi
dengan korang jugak.
Tentang bahasa Arab ‘kum’ yang bermaksud ramai semua tu, aku no komen. Aku tak pandai lagi dalam tatabahasa Arab. Tapi bagi aku, yang penting kita
pandai guna ikut konsep.
Wallahhua’lam.
Yang baik datang
daripada Allah SWT, yang buruk
adalah daripada kelemahan aku sendiri.
hehe..terima kasih atas penjelasan yang tak berapa ringkas tu..aku dah agak dah ko mesti buat entry ni lepas baca apple tulis tu..kehkehkeh..
ReplyDeleteohh terfikir.. slalu jgk guna perkataan Salam. pasni kena tukar lah. kdg2 ofismate yg non-muslim suka bg salam. rsnya niat diorg baik. tp konfius nk jwb pe sbb yg sy tau mmg xleh jwb kan, so senyum je. hihi.. :)
ReplyDeletehai...assalamualaikum...>.<
ReplyDeleteYm.Bundle :
ReplyDeleteHaha! Kurang hasam, perli! BTW, tau2 je bro.. Biasalah, bila fkir, bnda ni pun pnting jgk utk kita fhm elok2..
Chic Na :
Yes.. Mesti ditukar guna 'salam' tu. :) And sis kna jawab jgk salam yg dberi lpas tau ni. Taktau takpe.. Dh tau kna buat k.. :)
Encik H :
Haha! Waa'laikummusalam warahmatullah.. :)
amat berguna . tapi salam tu bermaksud selamat kan ?
ReplyDeleteAssalamualaikum.. :) Nice info.. Bagus la blog nii.. I likee..
ReplyDeleteooOOOo , baru tahu , kalau non-muslim bagi salam ada jawapan dia tersendiri , aisehh , baru tahu nih , hehe , nice info actually ,
ReplyDeleteMimi Suke Cupcakee :
ReplyDelete'Salam'? Yes.. Kalau bhasa Inggeris jdi 'hai'. Kurang arif sgt sis, sbb ni mlibatkn tatabahasa Arab.. Maaf ya..
Hanis Aliya :
Waa'laikummusalam warahmatullah.. Trima ksih sis!
shafiq :
Haha! So lpas ni prgi hafal ok.. Tak susah pun, ingt prmulaan jawab salam je.. :)
ok. TQ sis! :)
ReplyDeleteslalu dngar org bgi salam dgn sebutan yg salah.. cth: slamalaikuuuuuum.......... --! adui.. tolong lah sebut salam betul2 agr maksudnya x melencong..
ReplyDeletebtw, nice sharing =)
assammualaikum tu celakalah ke atas kamu kan?
ReplyDeleteassalammualaikum selamat sejahtera ke atas kamu or ke atas kamu semua?
boleh kan sebut salam kalau x silap ada satu artikel pasal nihttp://www.facebook.com/note.php?note_id=10150147697891719 wallahhuaqlam tegur la kalau salah
Chic Na :
ReplyDeleteU're most welcome!
Cha_Haya :
Yes.. Yang tu pun kena tekankan jugak tu. Nnti mksudnya akan melencong. Kna dsebut btul2, sbb tu la kita kna blajar sbut huruf Arab dgn btul2..
pencari hidayah ALLAH :
Yang persoalan pertama, ya. Bermaksud mendoa'kan kecelakaan.
Persoalan kedua, bermaksud 'ke atas kamu SEMUA', kerana 'kum' yang dalam tatabahasa Arab adalah berbunyi jamak. [Ramai]. Sbb tu wujudnya Assalamua'laika. [Seorang sahaja] Apapun, rujuk kepada ilmuwan yang fasih tentang bhasa Arab, sbb sy hnya insan biasa yang msih mncari ilmu sperti anda juga.
Mengenai salam tu, nama Allah SWT sendiri mengandungi kalimah 'Alif dan Lam', dan kalau perhati setiap Asmaul Husna, mesti ada penggunaan Alif dan Lam kan? Termsuk la 'As-salam'. Sy dgr sndiri pnjelasan ustaz Don Daniyal kat Tv Al-Hijrah dan kita sepatutnya sebut Asmaul Husna tu dengan sempurna dan dgn sbut kalimah Asmaul Husna dengan tepat, brulah dpt connection silaturahim nya..
Apapun, isu penggunaan salam ni kalau anda lihat lbih kpada pengetahuan mndalam trhadap tatabhasa Arab. Hendaklah diteliti dgn btul brdasarkn al-Quran dan al-Hadith serta pndangan para ulamak.
Trima kasih atas prkongsian persoalan dan mudah2han kita sama2 dpt tuntut ilmu yg lbih lepas ni. :)
ramai yg tak guna perkataan salam dgn betul..lagi2 dlam sms, n chat..
ReplyDelete-,-
semoga semua dpt manfaat :)
Nice one. :)
ReplyDeleteAku pun tak berapa tahu benda-benda ni sebelum nih. Thanks.
menarik..sangat jelas..terima kasih awak krn berkongsi .. :)
ReplyDeletesis92 :
ReplyDeleteYes.. Klu nk singkatkn pun, biar la pmbaca baca dan fhm sbutan sbenar dia..
takutake :
Alrite! U're most welcome bro!
kiwi_sengal :
Ya, sama2. Smoga manfaat bersama.. :)
Thanks atas info.. baru tau macam mana nak gunakan salam ni dengan betul.. :)
ReplyDeletemohon share boleh?
Yup! benar, inilah entri yang saya nak perjelaskan tu Sis Al dan dah dijawab menjadi satu entri panjang (Saya ada rujuk ayat2 kat dalam entri ni untuk mejawab sis Al dalam entri saya).
ReplyDeleteSebabnya, dunia sekarang ni kita menerima "Assalamualaikum" sebagai satu konsep berhubung yang universal yang dipandang remeh oleh sebilangan pihak malahan orang beragama Islam sendiri tanpa memahami makna yang tersirat dalam sesuatu perkataan itu. Sebab itu wujudnya singkatan nama "a'kum"" "skom" dan sebagainya yang mencemarkan kualiti itu sendiri.
Sepanjang pendedahan yang saya dapat melalui bacaan Al-Quran dan juga buku2 Islam, saya setuju Islam sebenarnya memudahkan (dalam konteks panduan untuk hidup), namun kini ianya dicemari dengan media dan juga isu2 yang menepikan nilai Islam itu sendiri. Itulah asal usul tajuk yang saya beri "Assalamualaikum Universal" yang mana Assalamualaikum haruslah dikhususkan dengan makna, namun apabila diuniversalkan, jadilah macam bahasa singkatan tadi dan kita tidak inginkan sesuatu yang serupa itu.
Lupa tambah, kum adalah untuk jamak (ramai), ka (kamu-lelaki), ki (kamu-pompuan).
ReplyDeleteSaya pernah tengok orang cuba memburukkan Nabi Muhammad s.a.w kerana menggunakan Assalamualaikum walau kepada ramai orang, sebab itu saya wujudkan post tersebut untuk memahamkan bahawa ianya bersesuaian. ternyata ianya menarik ramai pembaca dan juga ada yang tidak tahu (baguslah mereka sedar tentang hal menjawab salam bukan muslim dan juga faham makna penggunaan Assalamualaikum). Mungkin ada baiknya isu sekecil ini diperbentangkan untuk pengetahuan umum bagi menambah pengetahuan kita semua. Lain masa, saya akan cuba ketengahkan isu "kecil" yang lain pula.
wah, nice entry....InsyaALLAH, kita pakat2 baiki kualiti memberi salam kita....sy suka part "beri salam dalam situasi tertentu"...nak buat baik pun kenal fikir betul2...jgn benda baik membawa kpd fitnah & keburukan....rugi....
ReplyDeletehaaaa..refer pada komen sebelum ni pasal ada org call time dalam tandas..
ReplyDeletekadang2 terjawab waalaikumsalam masa dalam tandas..kadang2 melatah Allahu Akbar..huhu..