23/04/2012

Siapa Kata Lelaki Tak Suka Makwe Kasar?

Bismillah.

Dear journal,

  Aku taktau kenapa hati aku tiba-tiba nak cakap pasal benda ni. Maybe sebab aku nak lepakkan otak aku sekarang. Dan aku rasa otak korang pun dah berserabut baca entri aku yang serius tahap gaban. So, apa kata kita cakap hal light-light?

  Apapun, as usual, aku cerita ni ambik yang jernih buang yang keruh alrite. Sebab ni pun kisah zaman aku dulu-dulu. Kita mestilah kena berubah selalu ke arah kebaikan kan? Ok, sudah faham, kita teruskan!

  Masa aku budak-budak kan, members aku selalu cakap,

  "Kau ni mana boleh kasar-kasar sangat AI. Perangai macam laki, terkinja-kinja macam laki. Nanti takde laki suka kat kau."

  Ok la, orang yang kenal aku dalam real life je yang tau aku ni memang kasar gila masa budak-budak. Sekarang kasar jugak, tapi light-light. [Ye ke?] Itu sejarah aku sendiri. Yang pasti, aku macam, pi lantak la ada laki nak suka ke tak. Yang penting takde sapa berani buli aku.


Best jugak kalau aku buat aksi ngeri kat future hubby aku macam ni, wakaka!

  Satu hari, aku lepak kat satu pokok belakang sekolah dengan member-member aku. Tiba-tiba datang la satu geng laki ni kat kitorang. Tengok muka macam geng mamak. Wakaka! Ada sorang laki ni ala boss geng tu la, dia halau kitorang.

  "Woi, ni tempat lepak kitorang. Berambus."

  Maka aku pun terus buat dono sebab pokok tu bukan abah dia yang tanam dan jaga. Lagipun pokok tu dalam tanah sekolah, harta sekolah. Oleh kerana aku buat dono, maka terjadilah satu pergaduhan mulut antara kitorang.

  Dan masa kelas malam, aku bertembung dengan boss dia. Kitorang gaduh mulut lagi and lastly kitorang bertumbuk depan tangga. Aku menang walaupun aku ada tersungkur sekali kena tendang dengan dia. Dan cikgu jumpa kitorang, marah-marah-marah.

collider.com

  Aku ingatkan dah habis. Rupa-rupanya laki tu tak puas hati sebab kalah malu. Dia panggil geng-geng dia, berkumpul belakang sekolah. Ramai gila, serius ramai. Macam 30+ orang. Maybe diorang sebar kat semua orang kot. Aku taktau apa motif dia. Maybe nak ramai jadi saksi kemenangan dia kot.

  Tapi akhirnya sebelum sempat aku bertumbuk lagi dengan dia, loceng dah berbunyi. And aku taktau kenapa, tapi tiba-tiba kitorang saling minta maaf dan berbaik. Ok. Aku pun, ok.

  Tiba-tiba keluar cerita geng dia jumpa aku, kata yang boss dia suka kat aku. Aku dah.. Oh tidak. Tidak-tidak-tidak. 

  Itu sungguh menakutkan. Satu mimpi ngeri. Oh tidak. Kalau muka dia ala gengster hensem and cool ala Crow Zero ke, geng Jun Matsumoto ke, boleh difikirkan, wakaka!

Matsumoto-kun, hancur hatiku menatap kau menyentuh ramai bukan muhrim.
Maka kau bukanlah calon suami terbaik aku.
Syukurlah hero aku seorang muslim. Kalau tak aku kasi sengat, wakaka!


  Dan oleh kerana aku tolak 'cinta monyet' dia, maka kitorang bergaduh lagi. Benda ni berakhir bila laki tu pindah sekolah. Alhamdulillah. Syukur. Dah sampai aku pegang penyapu nak halau dia.

  And bila aku lalui hidup aku, pengalaman aku kan, aku boleh buat beberapa konklusi melalui topik aku.


  1. Tak semua laki taste perempuan lembut.

  2. Ada sesetengah laki akan jatuh hati dengan perempuan yang boleh smackdown keegoan dia.

  3. Ada sesetengah laki suka perempuan yang lasak, yang boleh buat benda setaraf dengan laki.

  4. Ada sesetengah laki suka perempuan garang.

  So, mana yang desperate tu aku rasa tak perlu belajar pakai skirt, pakai make-up dengan kadar over, pakai baju ketat, ok? Percayakan diri kita seadanya. We can do better than show our body actually. Eh, aku cakap ikhlas ni! Aku tak perli, serius.

  Dan aku sangat bersyukur kat Allah SWT. Walaupun aku kasar, tapi sebab kasar ni la aku dari kecik suka pakai seluar panjang, suka baju lengan panjang, suka topi yang cover rambut aku. Akhirnya, semua ni mudahkan aku untuk menutup aurat dengan sempurna. Perancangan Allah SWT terhadap aku sempurna.

  
  Haa.. Tapi, topik ni aku bukan galakkan perempuan jadi mafia, jadi 'naga betina' yang duk sembur asap rokok ala gengster tu ya. Kasar tu, biar bertempat, biar kena dengan waktu. Aku pun sekarang tengah cuba lembut-lembutkan diri aku ni sikit. Nanti pecah pinggan mangkuk semua kalau kasar sangat, wakaka!

  Walaupun masih kasar dan masih dalam perubahan, aku bersyukur sangat. Haa, siap dipinjamkan hero kerinting yang boleh terima aku seadanya. Ekekeke! Cepat-cepat sikit! Nanti aku kena kebas, wakaka!

P/S: Tahun ni aku pernah jumpa laki yang gaduh dengan aku tu. Aku tegur dia dan kitorang berbaik. Masing-masing dah matang. Sebagai ummat Islam, kenalah saling bermaaf-maafan.



33 comments:

  1. abang rambut kerinting yang jadi pojaan hati sis al....sila hati-hati tau....wakaka!

    ReplyDelete
  2. Yang n3 ni aku suka bebenor Sis Al... Aku pun tak ler selembut mana..Dah pun kawin jugak... Dulu pun aku mcm naga betina gak..Skarang dah berubah dah..Insyaallah...hihihii

    ReplyDelete
  3. si matsumoto tu jgak yg dia nak.. hahaha

    ReplyDelete
  4. haha ganas la sis! x menyangka plk boss tu tetiba dh jatuh hti plk iye... so sweet.. ekekekeke ;P

    btw, stuju dgn entri ni. setiap org ada citarasa yg berbeza. ^_^v

    ReplyDelete
  5. wah.. gengstar plus ganas juga ea sis Ai ni.. dahsyat. teringat pula ckj masa kecik2 dulu. ckj memang ramai kawan lelaki. hehe.. tak tau la macam mana boleh jadi macam tu.

    indahnya.. dari pergaduhan/ musuh jadi kawan. mesti klakar bila ingat balik. hehe..

    ckj setuju. tak semua lelaki suka perempuan yang femini ni.. ada kala mereka pun rimas nak layan. hehe..

    ReplyDelete
  6. hahaha . klkr la sis al ni . kite pulak yang takut dibuatnye .kite pon gngster jugak tp kite gangster takde la smpai bertumbuk . hahaha

    ReplyDelete
  7. alamak hehehee betul2 kire bertempat la isteri tegur suami kan kan kan ;)
    psss tu la semua tegur tanya tentg hospital heeee

    ReplyDelete
  8. phewww , hehe , jgan jadi bini-bini ku gengster dah lar weyy .. hehe

    actually rimas gak bila pompuan tu terlalu mengada-ngada , grr .. semuanya nak kena bf tolong , manja lar sangat ,,

    tapi xminat jugak yang ala-ala mafia bawak geng , ambik gambar sambil pose mulut itik dalam cermin tandas , lpas tu bila marah , amboi , segala yang ada dalam sampah keluar dari mulut ,,

    #pheww , macam biasa , komen gua memang panjang , hahaha . *apa kejadah bahasakan diri 'gua' nih , nak tunjuk gengster kut , hehe , :p*

    ReplyDelete
  9. aiyang :
    Wakaka! Rmbut kerinting ehh.. Haha!

    Minah Bunga :
    InsyaAllah sis.. Btul tu. Mstilah slalu kna brubah ke arah kbaikan kan.. Mudah2han sis brjaya harung!

    mugmerah :
    Apa nk buat, muka dia comel, haha! XDD

    Cha_Haya :
    Ergh, cikgu.. Takde istilah sweet di sini.. Err, bg sy agk mnakutkn.. Sbb wlaupun sy ni ksar, tp ckgu.. Ehehe, sy tak suka laki kasar..

    Cik Kay Jue :
    Err, dlu2 kwn dgn budak laki sbb rsa diorg lg sporting. Tp skrg tak la, sgt jaga batas dia.. Btul! Nk fminin sgt pun susah jgk. Ikut taste msing2..

    my eyes for shine :
    Ekeke! Tu la.. Dh bsar ni pun mcm, ya Allah.. Truknya prempuan gduh2 mcm ni.. Pngalaman hidup.. :)

    Bulan Syurga Firdausi :
    Apa kna ngena pulak dgn suami isteri ni? Ekekeke! Bro fkir apa ni? Haha! Apapun, nnti crite la hospital tu..

    shafiq :
    Oh tidak.. InsyaAllah tidak.. Pergh, apasal yg manja sgt tu mnusuk kalbu, wakaka! Prempuan mmg mcm tu la bro.. Oh ya. Yg tnjuk gengster smpai mlut mncarut tu, mintak jauh sgt.. Tak prnh smpai ke situ bro, nk tnjuk samseng mcm tu.. Bg sy, dh mcm tu tahap mlampau la.. Ahahaha! GUA pun boleh! Gngster la tu??

    ReplyDelete
  10. muahahahah...

    mmg lawak la mengenang zaman sekolah nih..

    akak asyik tanya..
    cemana la agaknya kalau nkoranh terjumpa balik..

    taksangka kat ujung entry ada bgtau nkorang dah terjumpa..

    er..

    ada add kat fesbuk tak..?

    hehe..

    ReplyDelete
  11. kalau lembut sangat pon, menyusahkan jugak... at least, yang 'keras' sikit ni, boleh la jugak berdikari. x de la nk harapkan laki 100%...

    ReplyDelete
  12. sumer org ada jodoh masing2. x kira la pompuan tu style lembut ke, ganas ke.

    ReplyDelete
  13. bess r.mai jadi membe aku.rilekss sya jer nak adjust line..kot kalau masuk.

    ReplyDelete
  14. fuyoooooooo... ganaz sis Al.. terbaik lah... dalam hati ada taman kan... =)

    peweeeet,, nak ngorat boleh..

    ReplyDelete
  15. aaaa... aku setuju dengan kau. Just jkadi diri kita.. nanti ada la lelaki yang suka kat kita.. hahaha. =D

    ReplyDelete
  16. memang la. kalau tak, xkawen la semua perempuan2 yg kasar. hehe.. tp kalau lembut sgt pun xbleh jgk, sedang2 aje. hehehe.. :)

    ReplyDelete
  17. haha

    terbaik la sis

    jom baca:
    http://pemudattbc.blogspot.com/2012/04/ptptn-bagaimana-hujah-anda-wahai.html

    ReplyDelete
  18. hidayah :
    Tak mntak pun FB dia sis. Biarlah brbaik2 mcm tu je, jgn mengenang zaman yg dah lapuk tu, wakaka!

    ReplyDelete
  19. wah, hebat bertumbuk bagai n last2 jatuh cintan..heee~~

    kalau muka cam matsumoto tu, ceq pon nk...

    ^^

    ReplyDelete
  20. Fuyoh! Ganas gila Sis bleh kalahkan boss geng tu. Cheh, boss pun kalah! Nampak sgt samseng taik minyak. Wakaka!

    Ehh ehh. Ni ganas2 pun ada selit gak kesah2 centa ni. Okeyy laa tu. Luaran je ganas. Tapi hati tetap hati wanita. Ecewah! :P

    ReplyDelete
  21. tak boleh cari pasal dengan hang la ni

    ReplyDelete
  22. Mmg pon. Kwn aku ramai kasar

    aku sndri

    tapi ade je y nk kn

    ReplyDelete
  23. dalam kasar2 tu ada juga kelembutan sebenarnya.

    ReplyDelete
  24. ahahahha ganas nye lahai , like,,tp papepun be ourselves la kan ,heheh ganas ke x ke itu setail masing2 ,,

    ReplyDelete
  25. hihi..cam kelakar pn ade kisah sis ni....sy pn ade kwn kasar...ala2 tomboi..tp tu dulu..n jari dia still keras cm dulu gak..x sangke dia dh kawen...syukur

    ReplyDelete
  26. hahahaa... lasak sungguh smpai gaduh2.. :P semoga bahagia selalu lah ek ngn jejaka rmbut krinting! :)

    ReplyDelete
  27. Duh'xtahan tang bertumbuk2 bagai tu..hebat2 sis Al brtumbuk ngn laki..! hehe ap yang penting jadi diri sndiri,yg lembut keep in lembut tayah nk jadi kasar, and yang kasar keep kasar tayah nak jdi lembut..tapi sekasar2 pompuan hatinya tetap lembut kan..kan..kan..hehe :D

    ReplyDelete
  28. haha ikut orang jugak la yer...ada yang suka ni,suka tu...kalau berkenan,kalau confident boleh jage,sesuailaa tu...hehe

    ReplyDelete
  29. kasar tapi tak biadap..kan..
    macam pic tuh dh ala2 biadap je tuh.hihi

    ReplyDelete
  30. hee...kalau lembut sgt takut dibuli...tapi ada je yg suka kan...so be yourself.. :D

    ReplyDelete
  31. saya suka..hehe.. nasir pulak suka yang sederhana je..tak kasar tak lembut, tapi jodoh belum sampai dah nak buat lagu mana..haha..

    bila teringat kenangan lama memang rasa indah jekan sis, tapi semua tu hanya tinggal kenangan yg tak dapat diulang kembali.. ceh.. huhu

    ReplyDelete
  32. Setuju. Haha.. Dan Maxyra Himura adalah gadis ganas yang menendang memukul orang untuk memperjuangkan apa yang patut.

    ReplyDelete
  33. abang rambut rebondingFebruary 01, 2013

    hahaha lawok2..nampak je mafia, tp dalam hati ada taman...ye dok?

    ReplyDelete

Hentam saja la...