Bismillah.
Dear journal,
Baru-baru ni classmates aku yeye nak buat grouping. Reunion kononnya. Tak kisah la gathering ke apa. Yang penting aku nak cakap sikit pasal event grouping yang bakal aku join ni.
Dulu aku pernah join jugak grouping dengan member, tapi ada sesetengah macam haram. Entah-entah taktau kot apa peraturan grouping ni. Kalau taktau, meh sini aku bagitau sikit. Harap faham la ya bahasa Malaysia ni.
1. Jangan pakai pakaian dan make-up ala nak pergi red carpet.
Kita nak grouping, have fun. Bukan jadi glamour. Tolong pakai pakaian yang sesuai dan senang mata memandang.
2. Jangan bawak orang asing yang takde kena-mengena dalam group.
Dah la asing, tak reti bersosial pulak tu. Kalau reti bersosial dengan member group lain, okey la jugak. Aku rasa macam nak halau je.
3. Jangan berpecah group kerana SERUPA TAK PAYAH GROUPING!
Kalau kau berpecah, itu menunjukkan kau bosan dalam grouping tu dan sikit sebanyak mengguris hati member lain. Kalau bosan, cakap. Lain kali tak payah ajak.
Lain la kalau group tu member lebih 20 orang, nak pecah 10. Bagi aku ada ampun lagi.
4. Jangan pinggirkan diri dalam grouping.
Serius la, apa guna kau ikut? Buat sakit bebola mata je. Apa gunanya grouping kalau bukan untuk bersosial dan mengeratkan silaturahim? Ini pun rasa macam nak halau.
5. Kalau boleh kena AKTIF bila dalam grouping.
Tolong la. Grouping ni diadakan sebab berjumpa sekali-sekala. Boleh tak aktif sikit? Kalau hambar, bagi aku satu grouping ni FAIL.
6. Nak balik bagitau semua! Bukan lesap macam pelesit!
Kalau kau main hilang je tanpa bagitau semua orang, nampak sangat kau perlukan kasih sayang dan perhatian. Sebab kau berjaya buat orang tercari-cari and risaukan kau. Come on la, kalau tak mampu bagitau semua, suruh member lain bagitau.
Tapi come on, kalau member tak sampai 10, apa kejadahnya kau tak boleh inform kat semua?
7. Jangan jadi pencacai yang menggunakan bahasa kasar time dalam grouping. Bergaduh apatah lagi.
Tolong la. Kalau kau sorang kena cop BIADAP, takpe. Ini dalam grouping. Sorang biadap, orang pandang satu group biadap.
Maaf la entri kali ni aku ter-emo sikit. Sebab last time gathering aku sungguh menyakitkan hati. Dan harini aku kasi luah semua dalam entri ni, wakaka!
kikiki.. lawak pn ada bc entry nih. tp btul jgk kan, mmg brlaku pn. ada jgk yg bwk pasangan, pastu berkepit je brdua. xfaham btul. :)
ReplyDeletebila dah bergrup ni, masing2 kene tahu tugas masing...klo tak boleh buat inform awal2..atleast yang lain boleh backup :)
ReplyDeletebtl ke aku komen ni?hahaha
Chic Na :
ReplyDeleteYela sis.. Ni sbnrnya luahan prasaan ni, wakaka! Tp btul, yg couple tu pun kna la agak2.. Yg tu takde pulak sy nk msukkan.. Sndiri fkir la kan..
LoveBug :
Yes, btullah tu apa sis komen tu. Ni yg pakai datang tp taktau rules ni yg letih ni.. Hrap maklum la yer..
Betul2...saya stuju...=)
ReplyDeleteleteran yang bagus.... haha
ReplyDeleteHamboi. Luah perasaan nampak? Haha. Nak gathering pun ada adab2 ye? Baru tahu :P
ReplyDeletehaha..suke3! betol2,kena beradab jugak kan bukan pakat main redah aje =D
ReplyDeleteSi Jagung :
ReplyDeleteHaha, trima ksih!
aiyang :
Cis, tak hbis2 leteran. Hahaha!
Liyaa Mf :
Haha! Biasa la sis.. Tkut mletup klu bnda sma brulang.. Apapun, tu la rules dia sis. Ada org tak reti pndai2 sndiri, so kita tlong fhm2 kan..
O CIKTEDDY :
Yeesss... Yg main pakai redha ni sakit jiwa jap..
Haha.. ni memang kes luahkan perasaan. part yang anti sosial tu, kesian gak jika tak layan. Tapi memang tak patut bawa orang luar tuk grouping, tu SANGAT2 salah. Ap2pun, seronok gak grouping ni. Lol.
ReplyDeleteApple :
ReplyDeletePrnh try nk 'ramah' bro, tp seriously dia tak layan. I was like.. Argh, tak patut dtng! Tak patutt.. Tp grouping ni mmg sronok bro, asalkn ikut rules :P