28/04/2012

Kaki BERSIH 3.0 Nak Kasi Bersih Lagi.

Bismillah.

Dear journal,

profhariz.com

  Kepada SIS AI. Apa pendapat anda sebagai seorang bebas politik? Maksud saya, sebagai rakyat yang tak membuta-tuli main sokong satu parti? Apa pendapat anda pasal Bersih 3.0 ni?



Media Yang Langsung Tak Adil? Aku SOKONG.

totti-batista.blogspot.com

  FIRST, aku fikir ada tuntutan yang penting. Contohnya media kena adil, hentikan rasuah, dan hentikan politik kotor. So aku fikir positif bab ni.

  Aku dah naik letih baca surat khabar, baca media pasal kutuk pembangkang. Kenapa tak adil? Kenapa kerajaan je dapat kelebihan sebar lebih maklumat, tapi pembangkang tak dapat? Terutama kat televisyen. Aku rasa unfair sangat.

  Biarlah rakyat tengok sendiri, bukak mata sendiri. Kita bukan baby, nak disuapkan semua. Apa kata bagi rakyat berfikir sikit? Tapi bagi aku paling baik, tak payah la nak kutuk sesama sendiri. Dua kali lima je. Baik diorang story masalah rakyat daripada masalah diorang nak dapat undi.

  Kerajaan duk cerita hal pembangkang liwat. Pembangkang duk cerita hal kerajaan ni lembu. Woi, bila korang nak cerita hal RAKYAT?



Pembangkang Tak Puas Hati Lagi? PUASKAN Hati Diorang.

nukerude.blogspot.com

  SECOND, on the same time kita boleh tafsir jugak yang Bersih ni dibuat atas sebab pembangkang tak puas hati asyik kalah je. Diorang budget ada undian luar yang SPR tak kira semua, so diorang pun nak la dakwat kekal semua tu.

  Kalau kita di pihak yang benar dan kita rasa kita the best, apa salahnya kita ikut kehendak diorang? Kalau kerajaan usaha the best, dakwat kekal ke, dakwat transparent ke, diorang tetap naik jugak. Buat apa nak takut?

  Maybe aku terlepas pandang dengan faktor-faktor yang buat SPR tolak permintaan diorang. Still, diorang tak puas hati dan teruskan demonstrasi. Apa kata SPR kasi cakap jelas sikit kalau tak boleh laksanakan? Manalah tau diorang ni tak faham bahasa ke kan..

  MANA LA TAU..



Demonstrasi Ala Rusuhan? Mana Buku Diorang Belajar Ni?

abunuha.wordpress.com

  Masa aku perhatikan Bersih 2.0, yang yeye lontar bom, lontar air semua macam polis je. Siap ada geng biru datang lagi. Diorang ingat ni filem yakuza ke, geng ramai-ramai datang nak berentap? Apa ni, Mega Movie ke?

  Rusuhan lain, demonstrasi lain. Bersyukur la sikit diorang ni waras lagi, nak buat demonstrasi aman. Kalau tiba-tiba diorang buat rusuhan ramai-ramai, tak ke naya? Apa je diorang buat. Nyanyi-nyanyi, jerit-jerit, jalan-jalan. Dah penat diorang balik la.

  Yang ya nya diorang ni tak puas hati.. Pergilah puaskan hati diorang ni.. Tak boleh kasi puas, pergilah explain jelas-jelas, betul-betul. Buat diorang takde point lagi untuk buat demonstrasi.



Menakutkan Orang Awam? Buat Kerugian? Perempuan Dengan Kanak-Kanak Join BERSIH?

Yang lawa-lawa ni duduk rumah, ok?
langitilahi.com

  Part ni aku setuju. Tu la, tak payah nak berarak bagai. Cukup diorang duduk satu tempat je. Walaupun feel ala warga asing kena tahan, takpe. Asalkan korang tak nyusahkan orang lain. Part ni silap la. Kita kena fikir jugak orang awam dengan peniaga.

  And yes, aku kurang setuju sebenarnya bawak budak-budak, bawak kaum perempuan sama-sama. Bukan apa, cuba kita tengok perempuan muslimah yang datang sana? Aku rasa, tak enak mata. Kenalah fikir apa akan jadi kat diorang.

  Orang laki boleh la cerita kencang, dah diorang hati kering sikit. Perempuan ni bila dah kena jerit sikit, dah getar. Budak-budak apatah lagi, taktau apa-apa. WALAUPUN DEMONSTRASI AMAN. Aman tak aman, ada risiko. Itu kena fikir.

  Apa kata perempuan duduk rumah, sediakan air selepas si suami penat melalak-lalak ala menegakkan keadilan sana? Dan kanak-kanak pergi save energy untuk urut ayah yang penat berjalan ke hulu-hilir.

  Sapa nak bising-bising kata perempuan perlu bangkit sama. Ya, perlu bangkit BILA PERLU. Sekarang tak perlu, masih aman lagi negara kita. Kita bukan nak pi berperang. Kita nak demo je.

  Kitalah yang kena duduk doa', mudah-mudahan Allah selamatkan negara kita.
  
  Laki duduk bantah. Adil kan?


*********************************************************************************

  Pasal Ambiga, Ambigo semua aku taknak komen. Ni ha, AI-biga mari berblogging. Aku lagi suka cakap hal umum daripada kasi putar belit otak kita. Kalau korang nak tau maklumat lanjut pasal Bersih 3.0 ni, rajin-rajin la klik SINI dan SINI.

  Apa pandangan korang lepas baca entri aku? Setuju ke tak?

29 comments:

  1. setuju jugak... Apa yg di ideskan dalam blog ni sy setuju... kdg2 nmpk ketidak adilan dalam berkempen dan di media... lg satu, diorg mengutuk sesama sendiri... bukan nak bela rakyat mana pun...

    ReplyDelete
  2. Xnk join mne2. Dok uma suda

    ReplyDelete
  3. haaaa betul gak kata sis Ai neh, knp depa suka pikir masalah depa je..ce fikir pasal hal rakyat..bazir masa je semua tu..apa yg penting.KERJASAMA!! muehehe

    ReplyDelete
  4. politik yang membosankan -_-

    ReplyDelete
  5. akak xamek port,,yg akak tau akak kene berkempen BERSIH untuk bersihkan bilik ujung minggu ni,hahahahaaha

    ReplyDelete
  6. entry yg best dan bijak.. nasir pun tak pandai bab2 politik neh.. entahlah sis, bukan tak berminat, tapi kalau orang cerita bab politik ni suka gak dengar.. apapun caya lah sis..hehe

    ReplyDelete
  7. diaorg nak bersihkan apa?
    rasanya 7 dr 8 pemintaan diorg SPR dh penuhi...jd apa lg yg diorg xpuas ati...sbenarnya diorg nak create 1 issue yg boleh dijdkan modal utk pilihan raya...lg senang bila berlaku kekerasan oleh polis...

    politik itu kotor...mereka sgup hina,fitnah,berbohong,merasuah utk dpt kn undi...jgn ikot membabi buta je...

    ReplyDelete
  8. woooowwww semangat nyahh. hehe.. aptb.. thanks yea..

    ReplyDelete
  9. terbaek.... dalam kes macam ni, yg kesiannya, polis la.... hehehe

    ReplyDelete
  10. Mungkin yg pro kerajaan akan merasaikan 'bodo' sapa yg menyertai Bersih ini.

    Namun di sebalik bersih ini. Suara rakyat tidak mahu penipuan di dalam sistem Pilihan raya di malaysia.

    Kita lihat demo malaysia paling 'baik' .

    :)

    dan Suara mahu Kerajaan Barisan Nasional di tamatkan.. :)

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  11. Fikiran saya;

    1. Media - Namanya "Reverse psychology". Sebab Itu rakyat sekarang rasa tunggang terbalik. Media asas menyiarkan apa kerajaan fikirkan, mereka buat hal untuk menyiarkan pemikiran mereka. Media mana nak rugi kalau tidak menyiarkan perkara besar?

    2. Puas Hati - Selagi mereka tidak jadi kerajaan, tidak akan pernah mereka puas hati. Lumrah Manusia. Siapa yang dapat 10sen tak nak 10ringgit?

    3. Cara Demonstrasi - Kalau ikut cara betul2 demo, bagi saya tiada masalah. Tapi, demo bagai nak buat gaduh. Kita ada undang2. Kalau sedikit bertolak ansur, apa salahnya bukan?

    4. Orang Awam - Baiklah Orang Awam. Kita punya minda untuk mencari kebenaran. Jadi gunakan. Jangan nanti sesal kemudian hari. Rugi. Jangan pertaruhkan masa depan anak cucu kerana kita!

    5. Pandangan Saya - Politik makin menjadi bahan yang memuakkan. Sehinggakan ada yang mempergunakannya dalam segala hal. Contoh PTPTN, paling ringkas kalau pinjam tak mampu bayar, buat demo supaya dihapuskan dan.....fikirkan.

    ReplyDelete
  12. :)
    there's a reason behind everything.
    dan walaupun xseaktif sesetengah orang,saya juga merupakan seorang penyokong pembangkang.

    for me personally,a gathering such as Bersih gives hope to the people.it shows that the struggle for a better tomorrow is not being done alone, but rather shared by many others.

    dan saya memilih untuk memberikan sokongan kepada pembangkang bukan kerana it looks cool ataupun rebellious, tapi sudah lama saya membuat analisa sendiri,sudah lama saya memerhatikan perkembangan,i think i want to make a stand.

    dan untuk reply Camy Alya, walaupun mengikut kata saudari yang politik membosankan, kerana politik lah u can enjoy the leisure comfort you are enjoying today in the first place.i don't enjoy baseless,ignorant comment such as yours.

    im not telling you that you should participate in a rally such as bersih but then again,as a responsible citizen,it is not a question of being optional.it's a question of responsibility and commitment.

    even if you're not a supporter of the opposition,nor the government,but to make such comments has only shown that ignorant lies within you.

    Take note eh,aku bukan marah.Aku menasihati.mungkin "nada" ayat macam marah, Camy Alya, tapi dalam penulisan yang tak melibatkan pengeluaran suara,macam-macam kesimpulan boleh dibuat.

    have a good day.

    ReplyDelete
  13. Muttallif :
    Ulasan bro mmg mnarik prhatian sy. Lain mnusia, lain cra pndangan. Ada btul apa yg bro kta tu. Yg pasti, sy prnh jmpa dgn salah sorang org kuat Bersih, dan dia kta at least diorg puas, usahakn bnda yg diorg nk drpada duduk melangak je. I guess usaha diorg dh bgus, cuma cra tu. Hmm.. Ada jugak knalan sy kta, klu brkumpul rmai2, tak mustahil boleh timbul rusuhan, prgaduhan.. Allahhua'lam..

    ReplyDelete
  14. yahh,,sye setuju ngan 0pinion kak AI,,even sye bl0m layak utk mengundi mane2 parti tp hati sye dh nmpk kebenaran di sebalik sume nie,,frankly speaking politic is dirty,,*peace 4 all..!

    ReplyDelete
  15. siyes suka yg ni

    Apa kata perempuan duduk rumah, sediakan air selepas si suami penat melalak-lalak ala menegakkan keadilan sana? Dan kanak-kanak pergi save energy untuk urut ayah yang penat berjalan ke hulu-hilir.

    ok cantik.. :)

    ReplyDelete
  16. semua TV sokong kerajaan...Masa berita pon duk tunjuk berita BN jer... meyampah dah tgk berita...

    ReplyDelete
  17. ntahla.. L harap. Kali ni pmbngkang menng.. L nk tgk sejauh mana diorang tadbir negara. sejauh mana janji yg diberi dikotakan. Belum beri, kita belum tahu kan. so kita lihat... huhu

    ReplyDelete
  18. hahaha . akk tak amek port . sebabnye akk mmg tak minat politik . ekekeke

    ReplyDelete
  19. apa yg dorang dapat buat demonstrasi mcm ni pun tak tahu la..buat penat badan je...dan menyusahkan orang lain..pasal dorang je habis satu KL jalan byk tutup...adehhh~

    ReplyDelete
  20. Bila orang mula tak side, benda baik war-war bagai nak rak. Bila salah tutup mata buat tak nampak. Sokong membuta tuli.

    ReplyDelete
  21. minat untuk menonton tv terus hilang bila saja 30minit berita yang pertama berkisar tentang politik semata-mata. lagi-lagi kalau ada perhimpunan umno segala bagai, anggap saja berita dah tak ada..

    kalau adil dan saksama tu tak apa, ini tidak, pasal umno dan BN semua baik belaka. pasal pas, pkr dan dap memanjang tak elok punya cerita..

    sebab tu PRU akan datang saya tak rasa nak undi BN. saya akan undi selain BN..

    undi rosak pun dipertimbangkan. tapi insyaAllah tak akan bagi rosak..

    ReplyDelete
  22. salam

    sis pun bukanlah amek port sangat pasal politik ni.tp sis sgt setuju dgn pendapat abam taliff..

    tadi tengok kat berita..sana sini hari ni bcerita ttg itu,
    dah yes
    i want to say

    takut duduk dalam negara sendiri kalau berterusan macam ni , sedih :'(

    ReplyDelete
  23. dunia skang ni dh x fikir akhirat sana.. yang dikejar pangkat dan harta.. :(

    ReplyDelete
  24. ramai yg memilih utk jadi pemimpin skrg ni.. tapi bila dh diberi peluang ternyata peluang itu disalahguna...

    ReplyDelete
  25. err. politik heee fiqa tak tauu huhuh fiqa blurr =="

    ReplyDelete
  26. tak tahu la nak komen pape...aku kebingungan la dg politik nih...but, aku suka point yang last tuh...nice Sis AI...

    ReplyDelete
  27. demonstrasi tanpa kawalan hampir menjd rusuhan.
    yg amat2 penting...sy nk duduk negara malaysia yg aman damai ni smpai bila2...thanks pd pihak polis yg kawal keadaan di sana...
    sy pn bukan peminat kerajaan, bukan jgk pembenci kerajaan, bukan jgk kakitgn kerajaan...hanya rakyat malaysia...yg mahukn kedamaian...

    ReplyDelete
  28. Saya stuju dgn ketidakadilan media dan juga tuntutan yang agak pelik untuk tidak dipersetujui. Jika mereka tidak bersetuju, harus dinyatakan sebab. SPR yang sepatutnya tidak berat sebelah/ tak memihak mana2 seolah2 mengikut telunjuk kerajaan. Sistem kehakiman kita telah tercemar, polis juga sama. Jika SPR juga begitu, mungkin tak lama lagi negara kita akan runtuh dari segi akhlak dan tamadunnya.

    Agak pelik apabila kerajaan menentang demo aman. Sediakan sahaja kompleks untuk mereka berdemo, jadi takdelah kesan kat kawasan berniaga dan awam. Jika ada yang bernasib baik, boleh berniaga cari rezeki kat sana. Bila kerajaan membalas api dan api, rasanya yang terhasil pastinya bukan api. Sm cam org marah, layanan yang baik dan tulus pasti melembutkan. Ni tak, marah vs marah, konpem jawapannya marah merah menyala2.
    Part pompuan n kanak2, saya diantara setuju dan kurang setuju. Mungkin sebab dasar perjuangan kot, tak mengira pompuan untuk berjuang. Namun ianya bergantung kepada individu gak, saya mungkin silap. Hal kanak2, mengapa mesti mereka dibawa adalah sesuatu yang "Apa??? Gilakah mereka??!!"

    ReplyDelete

Hentam saja la...