Bismillah.
Dear journal,
Baru-baru ni aku tengok dah ada muslimah Melayu start solat tanpa telekung. Tapi dalam purata 5% ar dalam satu surau atau masjid yang
aku nampak. Bagi aku, bagus la. Dah ada orang yang mudahkan cara solat dengan cara yang betul.
Tapi!
Ades, masih ada yang kena tegur-tegur sikit la.. So, harini aku diilhamkan untuk buat entri ni. Sebelum ni aku tulis 5 Kelebihan Solat Tanpa Telekung. Jangan fikir kelebihan je, tapi solat tak diterima. Kena tau jugak syaratnya,
terutama syarat aurat.
Mudah-mudahan
peringatan khususnya untuk diri aku dan semua dapat dikongsi sama. Ambik yang jernih, buang yang keruh.
Sentiasa perbaiki diri sendiri bersama.
Apapun, entri ni boleh related dengan entri 9 Cara SALAH Dalam Menutup Aurat KEPALA.
Sebab masih menyentuh jugak aspek aurat.
SYARAT 1 : Mestilah Menutup Dagu.
Seperti yang aku cakap dalam entri SINI, ada canggah pendapat pasal dagu. Tapi kalau ikut mazhab Syafie, aha, jadi tutup dagu tu ya.
Ramai orang solat tanpa telekung tak bertutup lohong dagu dia. Kalau pakai tudung bawal, boleh pin kan bahagian tepi. Kalau pakai tudung sarung, kena la pakai dua lapis untuk tutup dagu tu. Gunalah style apapun, yang penting mesti tutup.
Oh ya! Jangan lupa pin kan belakang tudung dengan baju! Nanti time sujud, boleh terselak tudung. Nanti nampak leher, batal pulak. Jangan lupa bab tu.
[Isu dagu ni terdapat khilaf, canggah pendapat. Jadi, ikutlah mana yang rasa betul. Aku taknak letak hukum sesuka hati. Rujuk kat SINI antara pendapat.]
SYARAT 2 : SEELOK-ELOKNYA PAKAI HANDSOCKS!
Yes, sebab time melakukan pergerakan solat, ada kemungkinan baju lengan kita boleh tersingkap dan nampak aurat. Memang kita boleh cepat-cepat betulkan, tapi solat kita akan jadi sangat tak selesa dan kita tak sedar kalau terbukak aurat So, kenalah pakai ok. Handsocks ni memang digalakkan.
SYARAT 3 : Memakai Baju Lengan Pendek Dengan Handsocks.
Ingat, syaratnya MENUTUP AURAT, bukan MEMBALUT AURAT. Kalau handsocks nya ketat, maka tak dikira menutup aurat sebab ketat. Paling selamat kalau pakai baju lengan pendek ni dipakai 3 lapis. Baju luar lengan pendek, baju lagi kat dalam lengan panjang, dan handsocks. Sanggup?
Jadi, tak boleh. Baju kenalah longgar semuanya. Tak boleh ada yang ketat, walaupun lengan tangan.
SYARAT 4 : Kain Tak Jarang Dan Nampak Dalam.
Seeloknya solat tanpa telekung biarlah pakai kain. Jadi bentuk kaki semua lagi yakin tertutup. Cuma, pakailah seluar kat dalam kain. Nanti time solat tersingkap kain tu, susah jugak. Baju rasanya tak perlu risau. Cuma perlu labuh dan longgar. Kalau pakai tudung labuh, lagi mudah.
Dan tudung bawal ni kadang-kadang boleh nampak bayang-bayang leher kita, jadi pastikan takde bayang-bayang semua sebelum solat, ok. Nanti terbatal solat, sayang je kita solat.
SYARAT 5 : Pakai Stokin Yang Tebal.
Pastikan stokin yang dipakai kenalah longgar dan tak nampak warna kulit kaki kita. Dan tak nampak bentuk jari antara kaki. Jadi, kita kena kasi longgar-longgar sikit stokin tu.
Apapun, nampak jari kat stokin tu pun ada khilaf jugak, bercanggah pandangan. Ada yang kata nampak bentuk dimaafkan pada syarak. Allahhua'lam..
Sebab tu la tak digalakkan pakai stokin terlalu pendek dan nipis. Nanti susah nak solat.
SYARAT 6 : Pakai Seluar?
Seeloknya, pakailah kain. Sebab khuatir seluar ketat dan time buat pergerakan solat akan tertimbul bahagian-bahagian yang tidak diingini. Kita boleh pakai seluar. Tapi seluar tu mestilah longgar dan baju yang kita pakai mestilah labuh hingga menutup punggung dan peha.
Still, aku tak galakkan. Sebab khuatir. Lebih baik pakai kain. Serius, aku takut nak galakkan, sebab kadang-kadang orang baca, lain fahaman dia. Yang pasti, seluar boleh pakai. Tapi ketat peraturan dia.
*********************************************************************************
Banyak benda perlu berhati-hati kalau nak solat tanpa telekung, terutama bila lakukan pergerakan solat. Sebab tu pakaian semua perlu longgar dan tudung seeloknya labuh.
Apapun, aku nak nasihatkan kepada orang-orang yang bergaduh pasal perkara khilaf atau bercanggah pendapat. Untuk berdebat dalam perkara ni, mesti kena banyak ilmu, bukan sekadar cakap ikut baca internet. Kena ada rujukan kitab ulamak, mazhab semua.
Aku sendiri takut nak cakap apa-apa, apatah lagi main jatuh hukum pasal benda khilaf ni.
Kalau korang tanya aku, dalam perkara khilaf, aku akan lagi hati-hati. Contohnya isu dagu, isu stokin, even isu sapu muka selepas solat. Cuba fikir dengan baik-baik. Then pilih la. Tak guna kita nak berbalah sebab benda yang berlainan pendapat ni.
Yang penting, Allah lagi Mengetahui..
Untuk perkara solat tanpa telekung ini sebenarnya ISU baru bagi saya.
ReplyDeleteTelekung adalah pakaian mudah untuk menutup segalanya bagi seorang perempuan untuk meninggalkan perasaan was-was. (penggunaan telekung juga tidak pernah dikatakan wajib bukan)
Tapi, jika solat dengan menggunakan solat tanpa telekung tapi yakin dapat menutup aurat dan tiada was-was, ini perkara yang baik untuk para wanita.
nice sharing. :)
ReplyDeletesemoga dihiraukan oleh para cueker kaum hawaa...dan mendapatkan hidayah dari tuhan YME !
ReplyDeletewah thanx , informasi yg sangat berguna =)
ReplyDeleteTrouble macam ni. better pakai telekung. syaitan pun tak terkinja-kinja nak buat kita rasa syubhah ^^
ReplyDeleteCamy Alya :
ReplyDeleteBtul tu sis! Klu sgt khuatir tak dpt laksanakn praturan aurat ni, lbih baik pkai telekung. Apapun ilmu ni ttap prlu dtuntut, mana tau nnti keadaan trdesak takde telekung kan.
syukran utk entri ini, walaupun mgkin kebanyakan dri kita sudah maklum namun tak mustahil ada yg belum pasti tentang masalah ni..maka perkongsian ini amt bermanfaat utk semua :)
ReplyDeleteislam itu agama yg mudah..sedangkan manusia lah yg sering "menyusahkan"nya..
tu la kan. mende2 cenggini byk pendapatnya, ada yg cakap boleh, ada yg cakap tak boleh.
ReplyDeletetapi ikut la mana mazhab yg kita pcaya. jgn t'keluar dr 4 mazhab tu suda~~
^^
Satu perkongsian yg bagus .. :)
ReplyDeleteIslam adalah mudah.. kekadang kita yg memyusahkan kita.. :)
hmm.jangan orang anggap telekung tu wajib sudah . telekung tu memudahkan kita menutup aurat dalam solat.takde syak wasangka..tapi pemilihan telekung yang betol perlu juga tahu :)
ReplyDeletetrime kasehh ats perkongsian ini yea.. :)
ReplyDeletenice share.. kalau pakai baju biasa yang dah cukup syarat nak solat, mesti aurat tertutup sempurna...
ReplyDeletesemoga bermanfaat..
ReplyDeleteislam tak pernah menyusahkan kan.. =)
nice sharing ma dear ^^V
ReplyDeleteTQ sis! mmg xpernah tau camne syarat2 sah utk solat tanpa telekung.
ReplyDeleteoh sebenarnya Islam tu mudah kan. :)
wowwww nicee :) thanks yee
ReplyDeleteowh , info baru bagi aku , tengss :D
ReplyDeletekadang2 tak perasan pun benda2 ni..tp jom lah kita sama2 perbaiki diri
ReplyDeletethanks for sharing... ckj pun kadang-kadang solat tak pakai telekung bila ada kat luar.. pakai kain telekong je sebab telekung kat tempat2 awam ni.. er.. urmm.. faham2 ler ea.. tiap2 antar dobi..
ReplyDeletesatu perkongsian yang menarik untuk wanita..
ReplyDeleteIslam itu mudah tetapi jangan ambil mudah.
sentiasa berhati2x..
info yang sangat berguna...sharing is caring kan dear..hehhe...
ReplyDeletekeep writing..love to read it :)
Like your blog!!!
ReplyDeletebtl tu... nk bg pendpt sesuatu lebih2 lg berkitan agama ni kena berhati2... kena kaji dulu... tak ada ilmu jgn berani2 nk cakap... tp, info dlm blog ni ok...
ReplyDeleteAku suke
ReplyDeleteramai bajet die ttp aurt spnhnye
jgnla blagak alim kalau sndri pon xtau kan sis?
Diorg mungkin wt cmtu sbb bangga semayang tnpe tlkong. Kunun pling baik la
Iffah Afeefah :
ReplyDeleteAurat prempuan ni, pling berat. Lgi2 bila nk buat time solat.. Apapun, bg sy, solat tnpa telekung ni bknlah erti nk tnjuk baik sis.. Kat luar ngara, muslimah yg solat tak pkai telekung, jdi spatutnya solat tnpa telekung ni normal, bkn bnda yg ptut dbanggakn, dtunjuk bgus. Slalunya sy pun solat tnpa telekung. Klu tak, mcm mana sy boleh ulas psl smua ni kan. Kita ckp sbb kita ada ilmunya. Bg sy, tak kisah pkai telekung ke tak. Yg pnting, tau syarat yg dtetapkn dan yg pnting niat asal utk sujud kpada Allah. Klu niat utk mnunjuk2 smua, pakai telekung pun ada, tak pakai pun ada. Sma je. Jdi soal niat tu kita tak mampu nk prtikaikn..
nice sharing :)
ReplyDeleteassalam..just sharing..kalau solat sorang2 di tempat yang tak dilihat bukan mahram boleh pakai pakaian yg ketat @ yg nampak bentuk badan, janji tak nampak kaler kulit..tapi kalo solat sorang2 kt surau ke, masjid ke..yg berkemungkinan akan dilihat oleh bukan mahram maka tak boleh la pakai ketat..
ReplyDeleteboleh rujuk soal jawab UAI..wallahua'lam
Salam..thanks for sharing...bgus klu dpt solat tanpa telekung sbb dgn pakaian yg sama itu mnunjukkn di luar solat pon kita mnutup aurat dgn sempurna..sikit2 usaha...suatu hr nanti sy pasti boleh...InsyaAllah...
ReplyDeleteselalu stokin yg kita menyarung kaki adalah jenis nylon warna kulit kaki ataupun warna hitam memang nampak bentuk kaki.
ReplyDeleteTetapi stokin yang saya pakai adalah buatan jahit sendiri idea ini saya menonton filem kungfu cina di 8tv heroin amoi tu waktu tidur buka kasut lihatlah stokin amoi tu pakai memang longgar. Masa itu cari idea beli kain nipis pelbagai warna tetapi warna kesukaan saya adalah putih dan macamana potong kain ikut saiz kaki dan jahit sendiri lepastu jahit dua helai tali kat penghujung. Apabila menyarung stokin kat kaki sampai habis dan ikat dengan tali.
Memang selesa cukup kain stokin nipis dan longgar tidaklah panas sangat sebab kain nipis sebab longgar ia tak nampak warna kulit kaki dan bentuk kaki sesuai pula menyarung sandal. Paling elok menyarung sepatu selesa pula.
Selamat mencuba.
Assalamualaikum. Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus berkaitan memakai pakaian ketat ketika solat. Sah solat sekiranya solat itu bukan dihadapan yang bukan mahram.
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/notes/dshumie-chantique-elegance/hukum-memakai-telekung-lycra-berwarna/371370162953705
Hm macam mana pulak kalau yg belajar/travel ke luar negara? Solat ditepi jalan and of course la tk pakai telekung. Hehe. Kalau baju dah labuh tutup punggung tp bila sujud/rukuk mcm nampak shape sikit sbb pakai seluar. Mcm mana ye? :)
ReplyDeleteKlu kat msjid tk pkai tlkung.adalah mkhluk Allah yg tk thu hkum agama ni mngata org..x fhm btl aq...
ReplyDeleteApa hkum solat pakai tlkung bwrna...
ReplyDelete